Thursday, August 5, 2010

telepati

bismillah
pernah tak suatu hari sahabat anda online walaupoun anda x bgtau suro online tapi dalam hati sangat2 berharap kwn anda online?
pernah tak anda ke kelas atau jalan2 ngan kawan memakai baju yang sedondon dengan kawan anda walaupon anda tak pernah plan apa2?

mari kita bereksperimentasi sebentar dengan suatu fenomena yang mungkin boleh dikaitkan dengan situasi di atas
TELEPATI
telepati jika dirujuk melalui kamus dewan edisi ketiga yang sudah tentu berkulit hijau
pada muka surat 1402 membawa erti perhubungan fikiran perasaan dan secara langsung antara minda seseorang dengan minda seorang lain bukan melalui deria yang biasa

maka mari kita mulakan sedikit eksperimen mengenai fenomena telepati ini
oleh kerana eksperimen ini adalah berkaitan dengan FENOMENA maka kaedah laporan akan dibuat seperti laporan fizik yang bermula dengan inferens
kerana fizik adalah satu ilmu yang mengkaji mengenai fenomena
bukankah begitu wahai calon-calon spm sekalian???

INFERENCE: telepati seseorang dgn seseorang bergantung kepada keuatan tautan hati dengan ILLAHI

HIPOTESIS: semakin kuat tautan hati seorang dengan sesorang kepada ILLAHI, semakin kuat hubungan telepati.

MATERIAL : dua hati yang tertaut kerana ILLAHI,doa yang berpanjangan untuk orang-orang yang dikasihi.

sebenarnya semakin lupa format report fizik..tapi ingin disampaikan di sini salah satu contoh fenomena telepati yang saya sendiri pernah alami (agaknya la..ini teori x leh pakai)

1.pagi ini saya sangat berharap rean online walaupon saya xde la nak wat urusan urgent sgt ngan dia..saja je ngada2..dan tbe2 die online..saya ingatkan dia dapat msg..tp dia menafikan..mungkinkah kami telah bertelepati??

2.sepanjang di daurah saya dan ummu seringkali memakai baju yg sedondon warnanya tanpa merancang apa2 pada malam sebelum kelas..mungkinkah ini telepati?

kadang-kala telepati boleh disangkal dengan satu perkataan lain iaitu KEBETULAN

apa pun sebagai kesimpulan daripada eksperimen budak yang baru nak blaja matang ni

TAUTLAH HATI KAMU DAN DIA KERANA ILLAHI DAN SAKSIKANLAH KEAJAIBAN HUBUNGAN TELEPATI

(dalam eksperimen kadangkala hipotesis tidak diterima)

amalkan doa rabitah
semoga hati kamu dan dia akan sentiasa tertaut kerana ILLAHI
wallahua'lam

***
doa rabitah


اللهم اِنّكَ تَعْلَم اَنّ هَذِهِ القُلُوبَ قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَى مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ وَتَوَحَّدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيعَتِكَ فَوَثِّقِ اللهمَ رَابِطَتَهَا وَاَدِمْ وُدَّهَا وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَامْلَئَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِي لا يَخْبُو وَاشْرَحْ صُدُورَهَا بِفَيْضِ الاِيمَانِ بِكَ وَجَمِيلِ التَوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاحْيِهَا اللهم عَلَى دِينِكَ وَاَمِتْهَا عَلَى الشَهَادَةِ فِي سَبِيْلِكَ اِنَّكَ نِعْمَ المَوْلَى وَنِعْمَ النَصِيْرِِ


Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya

Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu




3 comments:

~ Rean~ said...

di saat hati bertemu,,terbitlah perasaan kasih..dari itu muncul lah ''TELEPATI" hohohoho~

aLiYaH aHmAd said...

apa benar kenyataan itu
tapi ia sedikit sebyak membantu membenarkan teori ali
hehe

As Ahmad said...

skema skema skema! hahaha! mcm bes jek ilmu telipati ni kan? ^^