Sunday, August 8, 2010

belajar daripada alam

bismillah
alhamdulillah
diberi kesempatan hari ini untuk meluangkan cuti ahad bersama keluarga dengan menyertai rehlah di teratak riverview anjuaran HALUAN cawangan Rawang.
syukur sangat sempat juga ke sungai sebelum terbang ke negara orang.

rehlah ini turut disertai oleh lebih kurang 40 orang bakal jururawat daripada kolej kesihatan sungai buloh (if im not mistaken)
oleh kerana terlalu ramai akak2 nurse dan mak cik2..maka ana merasakan diri masih muda
dengan itu,sepanjang rehlah ana menghabiskan masa bersama adik-adik iaitu sakinah,ismail dan hidayah bermandi-manda di dalam sungai yang deras tanpa melibatkan diri secara langsung dalam proses penyediaan bbq..ehehe~

kawasan teratak riverview terletak agak dalam..terpaksa melalui jalan yang sempit serta berlubang-lubang.belajar dari alam.jalan yang sempit mengajar kita untuk bertolak ansur sesama pemandu yang ingin keluar masuk ke kawasan teratak riverview.

oleh kerana kawasan ini terletak jauh ke dalam hutan..telefon tangan saya gagal mengesan any coverage..tidak kiralah anda menggunakan DIGI,MAXIS atau CELCOM.maaf kepda kak azi sebab x dapat balas msg beliau oleh kerana tiada coverage di dalam hutam

sebagaimana yg saya katakan sebenatar tadi..air sungai di sini agak deras..menyebabkan kami sukar untuk berenang-renang kerana sentiasa dibawa arus merentasi sungai yang agak berbatu-bata.belajar dari alam.dalam kehidupan era globalisasi tanpa limitasi ini (ayat karangan spm),kita dapati rata-rata manusia kian dibawa arus jahiliyyah tanpa mereka sedar..maka sebagai seorang mukmin..kita harus punya jati diri agar tidak terikut sama dibawa arus jahiliyyah yang hanya akan membawa kita ke lembah kehancuran.

oh,lupa ingin ana nyatakan,rehlah ini bukan sekadar suka-suka untuk berenang sahaja,tapi rehlah ini merupakan rehlah tarbawi.selepas meluangkan masa berenang dan menikmati hidangan tengahari iaitu BBQ,kami telah solat jemaah dan mendengar sedikit tazkirah ringkas daripada seorang mas'uliah mengenai kepentingan ukhuwwah.

wallahua'lam~

No comments: