bismillah
dah lama ana tidak membuat penulisan merujuk kepada kamus dewan edisi ketiga
hari ini 30 ogos dan esok 31 ogos 2010
ya,siapa yang tidak kenal tarikh keramat itu
tarikh pembebasan negara kita daripada tangan penjajah
negara kita saat ini telah 53 tahun merdeka
namun merdekakah kita?
sebelum ana mengulas panjang
moleklah kiranya ana mendefinisikan makna merdeka melalui rujukan yang ana buat via kamus dewan edisi ketiga ini
merdeka dapat dedefiniskan sebagai bebas (daripada penjajahan),kurungan.naungan dll.lepas daripada tebusan,tuntutan.berdiri sendiri tidak bergantung pada yang lain.
ana akui
ana maseh tdk mampu mengulas definisi sebuah kemerdekaan dengan penulisan yang matang lagaknya seperti seorang cendekiawan
bersungguh ana mencari dan membelek2 surat khabar ulasan mengenai kemerdekaan
namun ana mati akal
tdk tahu cara terbaik untuk menulis dengan cerdik
apa yang ana mampu kongsikan
sebuah persoalan atau mungkin banyak persoalan
merdekakah kita setelah 53 tahun ini?
merdekakah kita walaupun maseh terpaksa berdepan dengan perang pemikiran yg dilancarkan oleh penjajah sejak dahulu hingga kini?
merdekakah kita andainya maseh lagi ada isu buang bayi,bunuh-membunuh dan rogol sana-sini,
merdekakah kita walaupun dunia fesyen kini ilhamnya hasil inspirasi negara-negara penjajah kita sendiri
merdekakah kita?
merdekakah kita?
53 tahun yang lalu
perdana menteri kita yang pertama melaungkan merdeka!merdeka!dan merdeka!
7 kali
tapi hari ini
ana kira laungan yang perlu ana laungkan jauh dr sudut hati
merdekakah kita?merdekakah kita dan merdekakah kita?
***
alhamdulillah
syukur ke hadrat Illahi
merdeka kali ini jatuh dalam 10 malam terakher dalam bulan yang suci
ramadhan al~mubarak
bagi ana
mungkin merdeka tahun ini dapat dedefinasikan sebagai kebebasan melakukan amal~ibadah bagi merebut malam lalilatul qadr
tema merdeka tahun ini
1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
semoga ramadhan kali ini membantu kita untuk mentransformasikan sahsiah diri
dari buruk kepada baik dan dari baik kepada lebih baik
sama-samalah kita bebas beribadah sambil menghayati erti sebuah kemerdekaan
wallahua'lam
No comments:
Post a Comment