Saturday, August 28, 2010

bazar atau masak sendiri

Bazar Ramadan paling berisiko




BAZAR Ramadan yang dikunjungi orang ramai untuk membeli juadah berbuka menjadi tempat paling banyak berlaku keracunan makanan. -




gambar sekadar hiasan


--------------------------------------------------------------------------------





KUALA LUMPUR - Bazar Ramadan mungkin menjadi tempat paling sesak dengan orang ramai yang mahu mencari juadah berbuka tetapi ia juga tempat yang paling banyak berlaku kes keracunan makanan sejak umat Islam mula berpuasa pada 10 Ogos lalu.



Laporan Kementerian Kesihatan mendapati, daripada 13 kes keracunan makanan yang dilaporkan sejak 10 Ogos lalu, sebanyak tujuh kes didapati berpunca daripada makanan yang dibeli di bazar Ramadan.



Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya di sini semalam menjelaskan, kesemua kes membabitkan makanan yang telah basi tetapi masih dijual kepada pelanggan.



"Kami kecewa dengan sikap pengendali makanan yang masih menghidang atau menjual makanan basi tanpa mengambil kira kesan terhadap kesihatan pelanggan mereka," katanya.



Menurut beliau, tiga kes lagi berlaku di institusi seperti kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau kolej manakala lain-lain kes di kantin sekolah serta majlis persendirian.

dipetik daripada: KOSMO ONLINE.

* * *

pendapat peribadi
memasak di rumah lebih better daripada pergi bazar
tambahan pegi bazar bukan sahaja akan mendedahkan anda kepada ancaman keracunan makanan
malah ia juga akan turut mendorong pembaziran yang melampau
tepuk perut tanya selera
tepuk dada tanya iman

1 comment:

uwais said...

terasa kut, aku dtg bazar bwk RM50 keluar bazar dh hilang digit '0'.

tragis btul