Wednesday, September 29, 2010

memaafkan untuk syurga

Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia.



Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi.



Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham.



Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.



Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.



Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."



Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.



Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.



Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.



Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.



Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."



Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."



Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.

sumber:
http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/866-memaafkan-untuk-syurga.html


Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat

Sunday, September 26, 2010

mukhayyam palestin

bismillah
alhamdulillah
diberi kesempatan untuk keluar berjalan2 di balad bersama roomate dan kwn2 yang lain

hr ini destinasi kami ialah ke mukhayyam palestin yg terletak di sekitar balad
tempat pelarian palestin ditempatkan
sebelum berangkat ke sana kami sempat singgah di rumah mentor kami kak ilmi untuk bersarapan pagi
serta mendengar tazkirah mengenai individu muslim
dan blaja sket2 bhs ammi untuk berbual dengan rakyat2 palestin di mukhayyam itu nanti

destinasi pertama rumah2 anak2 yatim
turut bw bersama gula2 untuk diberikan kepada anak2 yatim di sini
gembira melihat wajah2 comel mereka
berusaha untuk berkenalan dan bertanya soalan satu dua
berjumpa dengan mudirah rumah anak yatim itu
untuk mendengar sedikit sebanyak maklumat mengenai markaz tersebut

mengulas mengenai rumah anak yatim tersebut
berdasarkan apa yg ana faham dan apa yg ana ingat
rumah itu menempatkan sumea anak2 yatim tdk mengira umur
mereka mempelajari ilmu2 agama,hafal qur'an.diberi didikan untuk menjadi individu muslim dan sebagainya
ganjaran kepada yang paling banyak menghafal akan dihantar ke mekkah utk mengerjakan umrah
menarik bukan

kunjungan kami juga menerbitkan rs simpati kepada mereka
bersyukurlah kita yg masih punya ibu bapa
walaupun jauh di mata tapi masih boleh dihubungi melalui alat2 tekonogi terkini
tapi pada mereka yg telah kehilangan
hanya doa menjadi penghubung
wallahua'lam

p/s: kecewa dengan diri sndr kerana masih gagal menguasai bahasa ammi =(

Saturday, September 25, 2010

rehlah mashiah

bismillah
serasa sudah lama tidak mengupdate blog ini
mungkinkah terkena tempias sahabat2 jordan lain yang turut sama membiarkan blog mereke sepi seketika
masing2 sibuk mungkin dengan aktiviti2 tertentu

mengulas sedikit mengenai perkembangan terkini ana di jordan
hr khamis yang lepas baru sahaja selesai kashfu dam
kepada kumpulan yang belum amik darah
jangan risau dan takut doktor tu buat ala2 cubit manja je

back to the main topic
mengulas mengenai rehlah mashiah
alhamdulillah telah diberi kesempatan untuk menyertai kakak2 senior berjalan2 di sekitar irbid
destinasi kami taman permainan irbid


mengimbas kembali zaman kanak2

merentasi jalan yang agak jauh untuk sampai ke sini
ditemani sang mentari yang alhamdulillah tdk begitu terik sangat pada waktu ini
disapa dengan angin irbid yang sepoi2 bahasa
mengingatkan tentang perjalanan rasulullah dan para sahabat ketika berhijrah
atau mungkin ketika dalam peperangan badar
dimana bilangannya kecil
perjalanannya jauh dan mereka berpuasa

tahniah kepada nurulhanan ahmad yang berjaya menjadi pelakon terbaik
dimana hanan telah berpura2 sakit
untuk menguji ukhuwwah kami bersama
ada yang prihatin dan ada juga sebaliknya
sama2 lah kita muhasabah diri

wallahua'lam

p/s:insya Allah esok keputusan markaz lughah akan diumumkan
doakan yg terbaik buat kami ya


Tuesday, September 21, 2010

markaz lughah dan jamiah yarmouk

bismillah
semalam telah diadakan perjumpaan dengan senior dan seniorita yarmouk
untuk mendengar sedikit taklimat mengenai markaz lughah dan jamiah

alhamdulillah
ujian markaz lughah telah pon dimulakan pg td dengan ujian perbualan atau muqabalah terlebih dahulu
insya Allah ujian kitabah akan diadakan selepas zohor

pada hari khamis insya Allah akan diadakan kashfu dam (pemeriksaan darah) untuk proses membuat iqamah
selain dr exam markaz lughah kami juga akan menghadapi exam kafaah sebagai ujian kelayakan untuk memasuki jamiah yarmouk
biller tu ana masih x tau

bercakap mengenai exam markaz lughah
resultnye akan diketahui esok insya Allah
berdasarkan result para pelajar akan dibahagikan mengikut 4 tahap
tahap sani
tahap salis
tahap rabik alif
dan tahap rabik ba

para pelajar yang wajib hadir ke markaz lughah tdk mempunyai sbrg pilihan dan perlu membyr yuran markaz lughah sebanyak 400 JOD
manakala para pelajar yang tdk wajib diberi pilihan untuk hadir atau tdk hadir
sekiranya hadir wajib membayar sekurggnya 300 JOD

mengenai exam kafaah pulak
exam ini menggunakan komputer
english
arabic
n computer
maklumat lanjut pernah dipost oleh seorang akh x silap
wallahua'lam

10 pesanan imam syafi'e

Sebelum Imam Shafie wafat, beliau sempat berpesan kepada muridnya serta umat islam umumnya. berikut adalah kandungan wasiat tersebut: ” Barangsiapa yg ingin meninggalkan dunia dlm keadaan selamat maka hendaklah ia mengamalkan 10 perkara:



Hak kpd diri: mengurangkan tidur, mengurangkan makan, percakapan dan berpada-pada dgn rezeki yd ada.





Hak kpd malaikat maut: mengqadakan kewajipan2 yg tertinggal,mendapatkan kemaafan dr org yg dzalimi, membuat persediaan utk mati dan merasa cinta kpd ALLAH





Hak kpd kubur: membuang tabiat suka mneabur fitnah, tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu org yg dizalimi.





Hak kpd Munkar dan Nakir : tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat menasihati.





Hak kpd mizan(neraca timbangan amalan pada hari kiamat): menahan kemarahan, byk berzikir, mengikhlaskan amaln dan sanggup menahan kesulitan.





Hak kpd sirat(titian yg merintangi neraka pada hari kiamat): mmbuang tabiat suka mengumpat, warak, suka membantu orang beriman dan suka berjamaah.





Hak kpd Malik(malaikat penjaga neraka): menangis lantaran takutkan ALLAH s.w.t, berbuat baik kpd ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta sembunyi dan memperelokkan akhlak.

Monday, September 20, 2010

sambutan pelajar baru

bismillah
semalam sesi pembelajaran untuk pelajar yarmouk bg tahun kedua dan seterusnya telah bermula
kwsn jamiah mula sesak dengan mahasiswa dan mahasiwi jordan
kami mengambil peluang untuk menziarahi maktabah yarmouk untuk melihat suasana jamiah
serta mengunjungi mat'am
untuk pengetahuan pengunjung blog mat'am (kantin) di sini
sistemnye anda perlu bayar dulu dan kemudian ke kaunter lg satu untuk apply ape yg korg minx


pada sebelah malam telah diadakan majlis sambutan pelajar baru oleh seniorita2 di sini
semua pelajar baru tajaan mara.jpa,jais,fama dan sebagainya telah dikumpulkan
tujuan majlis ini adalah untuk mengenalkan kami kepada jawatankuasa2 sambutan pelajar baru
serta ahli jabatan kebajikan dan keselamatan student
sedikit penergn mengenai langkah2 keselamatan rumah dan pertahanan diri telah dimaklumkan kepada student

insya Allah exam kami bukan semalam atau hr ni
tp esok
doakan urusan kami dipermudah
urusan tasjil,urusan buat iqamah,pembayaran rusum (yuran) dan sebaginya
wallahua'lam

Sunday, September 19, 2010

berdikari

bismillah
semalam merupakan hr yg agak relax bg ana dan ahli rumah ana
bersarapan dengan memeasak mee adabi tomyam
bukan kami x reti memasak nasi lemak atau nasi campur
tetapi untuk penjimatan bekalan makanan yg maksimum kami makan makanan segera dulu

selepas bersarapan kami meluangkan masa bersama2 di dalam rumah
menyambut ketibaan tetamu2 dr rumah lain yg x putus2 berkunjung tiba ke rumah kami
sama ada untuk lawatan muhibbah atau aktiviti pinjam meminjam

bersama-sama meraih pengalaman menaiki sutuh
tgkat paling atas sakkan untuk melihat bandar irbid dr atas
meluangkan masa mengulangkaji bersama-sama memang seronok
tengahari kami mula memasak menu pertama dengan nasi beras diamon iaitu ayam sos life!!!
alhamdulillah berkat msk bersama hidangan kami sedap hingga menjilat jari


ayam cume seketul seorang untuk penjimatan di tahap maksimum!!

pada sebelah petang kami bersama-sama meluangkan masa berjalan2 sekitar syarik jamiah
melakukan survey di setiap suk yang ada di sini
membuat perbandingan harga serta menulis perkataan baru di atas buku nota
kerana terlalu taksub menulis x sdr terconteng tdg sndr..astaghfirullah~~

menunaikan solat maghrib di masjid jamiah
hasanah really like to perform our prayer here
tyme solat kami terserempak ngan dak2 jpa yg baru sampai alhamdulillah
serta terserempak dengan seorang kanak2 arab yg comel
"labbisni" kata dia yg meminta ana memakaikan telekung untuk mengikut umminya solat maghrib



i call her bunc becoz i forgot to ask her name..realy cute!!!!

pada sebelah malam kami bersama kak ilmi singgah di rumah kakak2 dentist
berjumpa dengan dak2 dentist,medic,dan IKTISOD mara
pulang ke rumah sndr menaiki teksi
alhamdulillah semakin lama kami semakin boleh meyakinkan diri untuk bertutur x kire sama ada dalam bhs ammi atau fushah
walakin maseh banyak yg perlu dipelajari
alfu syukr kpd kak ilmi yg banyak mengajar,membimbing,mendidik dan belanja kami

alfu syukr juga kepada ahli rumah ana yg juga budak2 iktisod yang sama2 mendisiplinkan diri kita dalam membuat perancangan ekonomi untuk belanjawan sepanjang kita berada di irbid
semoga Allah memuudahkan urusan kita
wallahua'lam

p/s:matang itu adalah apabila kita sedar dunia itu sementara dan akhirat kekal abadi


Saturday, September 18, 2010

shopping jordan

bismillah
betullah hadis nabi sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat
apa yg kita niatkan itulah yg akan kita dapat
same goes to me
teringat sebelum menjejakkan kaki ke bumi jordan ana memang beriya2 untuk membela seekor kucing
n semalam the cat came to me
mule2 btol la kata kak farahdina
kucing jordan memang ganas
tp setelah dirasuah dgn nuget akhernya kami menjadi mesra
alhamdulillah

bercerita mengenai program kami semalam
alhamdulillah ana dan ahli rumah telah diberikan seorang mentor yang diberi nama kak ilmi nadrah untuk membawa kami berjalan2 di sekitar uni yarmouk serta membeli keperluan harian di irbid
memulakan perjalanan ke rumah kak ilmi dengan berjalan kaki pada jam 11 pagi waktu jordan
berjalan2 di sekitar uni yarmouk
merentasi syarik jamiah singgah sebentar membeli buah tin basah
seriously agak ternganga sedikit mendengar jordanian bertutur dalam bhs arab ammi
sebab selama ni ana just blaja bhs fushah
so x pasal2 kak ilmi terpkasa jd translator sepanjang perjalanan ktrg
huhuhu

aktiviti pertama: ziarah rumah kak ilmi.bertemu dengan kak aisya,kak azlin,ihsan dan kak najwa
aktiviti kedua: singgh kat tempat money changer untuk menukar wang usd dolar dan bahrain dinar ke dalam jordan dinar
aktiviti ketiga: mengunjugi masjid untuk menunaikan solat jumaat
 (kat malaysia pon aku x pena wat solat jumaat..hehehe)\
aktiviti keempat: ke balad untuk mebeli barang keperluan dapur,bilik air dan bilik tidur
aktiviti kelima: makan makjaniyat berupa lahmah,zaktar.jubney dan macam2 la
aktiviti keenam: ke arabella mall untuk memberi keperluan yang x cukup lagi

banyak mende blaja semalam
1.jangan mandi dulu sebab nak biaskan dengan suasana di irbid
2.jangan masak air paip jordan sebab banyak klorin
3.learn how to speak in ammi (honestly i prefer fushah)

insya Allah hr ni kami berada di rumah sahaja untuk blaja bhs ammi serta ulangkaji siket2 sebagai persedian mengahadapi exam mustawa esok!!!
mohon doanya!!!

p/s: when i see my family's picture,seriously i miss them a lot!!!

Friday, September 17, 2010

mimpi jadi nyata

bismillah
alhamdulillah
ana sekarang telah selamat sampai di irbid
x tau nak mulakan crt dr mana
berkali2 ana menulis dan menekan butang backspace semula

mengulas mengenai perjalanan kami dr malaysia ke jordan
pelajar2 mula berkumpul di KLIA pada jam 7 pagi untuk urusan check in dan sebagainya
terima kasih kepada ayah,ibu.abg acan encem dan kaklong,cik mat,cik timah,kak bibot, kwn2 serta guru yang mengiringi pemergian saya ke jordan semalam

perjalanan dimulakan pd jam 1040 pagi dengan menaiki pesawat gulf air




macam x percaya ana telah terbang di awanan
terasa bagaikan mimpi dan masih tidak boleh menerima kenyataan ana telah pon merentasi lautan dengan menggunakan kapal terbang

transit sebentar di bahrain untuk menunaikan solat jamak zohor dan asar
meneruskan perjalanan semula lebih kurg pada jam 5 petang directly to lapangan terbang QUEEN ALIA

disambut oleh beberapa kakak2 senior including kak nadhirah sahri n maryam isa
alhamdulillah sakkan di sini sangat selesa
seriously ana memang rs sangat2 gembira kerana terpilih untuk melanjutkan pengajian di sini
sebab i really interested in arabic
so when i see all the signboards is written in arabic, (although there some words i dont understand)
n looking at the mamat2 n minah2 arab di sini
its really interesting

baru sahaja selesai menunaikan solat subuh dan sedang menanti agenda apakah hari ini
wallahua'lam

sakkan banat yarmouk
1017 waktu malaysia
0520 pagi waktu jordan

Wednesday, September 15, 2010

episod baru

bismillah
sungguh sekejap waktu berpapasan
macam x percaya yang esok akan menjejakkan kaki ke sana
bumi isra'
urdun!!!
nantikan kehadiran kami di sana

pemergian ke bumi jordan menuntut pengorbanan yang tinggi
bakal terlepas banyak perkara di malaysia
tambahan hari lahir ayah x lama je dr sekarang
salah satu mende bakal aku terlepas
menyambut hari lahir ayah
tapi mungkin banyak perkara yang akan aku dapat di sana

pemergian ke jordan menuntut pengorbanan yang tinggi
memerlukan mujahadah untuk menempuhi cabaran di sana
sebelum aku jejakkan kaki ke sana lagi aku bakal membawa atau dalam erti kata lain mendukung sebuah ujian yang bakal menguji hati dan perasaan
apa bentuk ujian itu biarlah hanya aku dan Dia tahu
dan mungkin dia juga tahu

pemergian ke jordan menuntut pengorbanan yang tinggi
tepaksa berpisah dengan keluarga tercinta
kucing kesayangan
makanan ibu yang tiada tandingannya
dan macam2 lain

tapi kerana aku telah memilih jalan ini
maka tiada perkataan mengalah
perjuangan harus diteruskan
doakan ana di sana dipermudahkan urusan
diislahkan niat
bukan semata2 untuk membawa segulung ijazah untuk dibangga2kan
wallahua'lam


Monday, September 13, 2010

aidilfitri 1431 hijrah

bismillah
alhamdulillah
berkesempatan menyambut hari raya aidilfitri bersama keluarga di malaysia sebelum terbang meninggalkan tanah air 16 september ini

hari raya pertama
berhari raya di pulau pinang
sempat menunaikan solat sunat hari raya di masjid badawi 
beraya di rumah paklong yang mana anak2 nya boleh berutur dalam bhs thailand (menarik!!)
menziarahi kwn ibu di batu maung dan kwn kaklong kak ilham

hari raya kedua 
berhari raya di selangor
di rumah mak cik sedara cik nani.cik nina dan maklong

hari raya ketiga
berhari raya di kampung sebelah ibu
manziarahi cik jo sekeluarga

insya Allah hari raya ke 5 ini akan diadakan kenduri kesyukuran
kepada kwn2 ana yg rasa nak menatap muka ana sebelum fly jemputla datang ke rumah lepas zohor
kalau nak alamat umah mesej kat fb na
wallahua'lam


berita menarik
jambatan pulau pinang terbakar
alhamdulillah sempat pulang sebelum kejadian ini berlaku
kalau x terpaksalah kami bersabar terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama 6 JAM
berkat ikut nasihat ibu ku terchinta [=

Thursday, September 9, 2010

salam aidilfitri


bismillah
posting akan dibuat seringkas mungkin
kerana ingin segera menyelesaikan tugasan lain sebelum bertolak pulang ke kampung
di kesempatan ini
empunya blog perkongsian hearty ingin memohon seribu kemaafan atas salah dan silap yang ana pernah lakukan kepada individu2 yg mengenali ana
dan mohon maaf juga kepada pengunjung-pengunjung blog
andainya ada isi2 dalam blog yang menyinggung perasaan
atau menimbulkan tanda tanya kepada kamu,kamu dan kamu
wallahua'lam

Jika HATI sejernih AIR, jangan biarkan IA keruh,
Jika HATI seputih AWAN, jangan biarkan dia mendung,
Jika HATI seindah BULAN, hiasi IA dengan IMAN.
Mohon Maaf lahir Dan batin
Menyambung kasih, merajut cinta, beralas ikhlas, beratap DOA.
Semasa hidup bersimbah khilaf & dosa, berharap dibasuh maaf.

selamat hari raya aidilfitri kepada semua penganut agama islam di dunia
raikan aidilfitri dengan penuh kesederhanaan dan elakkan pembaziran
rebutlah peluang untuk mengunjungi saudara-mara dan rakan taulan
rebutlah peluang untuk mendengar khutbah raya dan solat hari raya di masjid2 berdekataan
wallahua'lam~



Wednesday, September 8, 2010

muhasabah ramadhan

Muhasabah Ramadhan
Album : Nur Syawal
Munsyid : Unic


Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah
Ada maksud murni yang lebih hakiki

Pada nafsu yang dilentur lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah semuanya telah dimiliki

Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyinkap hijab antara hamba dengan Illahi

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita
Adakah masih di tahap lama

Lalu muhasabah di hujung Ramadhan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dankukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Bersembilu dosa duri angkara

Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasakah ita hamba Illahi
Yang hanya mampu mengukir tadbir
Sedangkan padaNya segala takdir

Monday, September 6, 2010

ramadhan kian pergi meninggalkan kita

bismillah
pejam celik pejam celik
ramadhan sudah semakin hampir ke penghujungnya
muhasabah diri
apakah aku telah memanfaatkannye sebaik mungkin
atau sekadar memenuhi tuntutan menahan lapar dan dahaga

 "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain."
Al-Baqarah : 183

jelas melalui dalil di atas
tujuan kita berpuasa adalah untuk mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertakwa
takwa yang bagaimana?
sudahkah aku mencapai takwa tersebut?
pause sebentar.mari kita zoom in apa itu definisi takwa


IMAM AR~RAGHIB AL~ASFAHANI

Takwa iaitu menjaga jiwa dari perbuatan yang membuatnya dosa, dan ianya ialah dengan meninggalkan apa yang dilarang,menjadi sempurna dengan meninggalkan sebahagian yang dihalalkan.

IMAM AN~NAWAWI

Takwa iaitu mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya yakni menjaga diri dari kemurkaan Allah s.w.t

IMAM AL~JURJANI

Takwa itu menjaga diri daripada pekerjaan yang mengakibatkan seksa baik dengan melakukan perbuatan atau meninggalkannya.

CIRI-CIRI ORANG YANG TIDAK BERTAKWA
  • tidak menjaga diri dari perbuatan dosa
  • melihat apa yang diharamkan Allah
  • mendengar dengan telinga apa yang dimurkai Allah
  • mengambil dengan kedua tangan apa yang tdk diredhai Allah
  • berjalan ke tempat yang dikutuk Allah
  • membangkang perintah Allah dan laranga-Nya

sudahkah kita memiliki ciri-ciri takwa?
atau masih ada lagi ciri-ciri orang yang tidak bertakwa dalam diri kita?
sama-samalah muhasabah
wallahua'lam

Sunday, September 5, 2010

Muhasabah niatku


bismillah
alhamdulillah berkesempatan untuk menghadiri majlis bersama mahasiswa dan mahasiswi serta berbuka puasa di masjid negeri semalam
program ini telah dianjurkan oleh badan kebajikan anak selangor mesir dengan kerjasama
ikatan lepasan mahasiswa mesir
persatuan mahasiswa malaysia morocco dan
badan kebajikan anak selangor jordan

pada mulanya memang rasa x nak hadir
tp mengenangkan peluang untuk bertemu dengan sahabat2 daurah di sana mendorong ana untuk menggagahkan juga langkah kaki ini ke sana
(Bunyik cm da salah niat je)
mungkin ada yang kata pengisian sama je mcm yg kami dapat sebelum ini di ildas
atau secara tidak langsung melalui senior dan seniorita kami seperti akh fauzi akmal,akh hatta,kak bell,kak amirah labibah,kak nik madihah,kak fadhlina,dan lain2
tp pada ana tak rugi juga dtg sini

sekurang2nya majlis ini telah memberikan ana aura sebelum berangkat ke jordan dalam beberapa hari sahaja lagi
sekurang2 nya majlis ini membuka mata ana seluas2nya kepentingan berpersatuan di sana nanti
sekurang2nya majlis ini mengajar ana bahwa kita tdk boleh berada di dunia sendiri bila kita di negara orang nanti
sekurang2 nya majlis ini mengingatkan ana untuk mengislahkan kembali niat ana ke jordan
semata2 untuk berbangga aku pelajar luar negara
atau untuk mendalami ilmu yang banyak melalui alim ulama' dan prof2 hebat di sana

banyak lagi senanye ana dapat
alhamdulillah sempat juga membina ukhuwah dengan kakak2 jordan walaupun nama x berapa nak ingat kecuali kak nadia dgn kak erna

pesanan khidmat masyarakat untuk pelajar perbankan islam dr kak nadia
perlu pakar dalam bhs inggeris dan bhs arab seiring
kalau boleh amek kelas english di sana
sebab kerjaya dalam bidang ini memerlukan individu yang pakar dalam kedua2 bhs
kalau x susah nak dapat kerja

bukanlah ana nak menggalakkan kite belajar semata2 untuk mengejar kerjaya yg hebat2
tp sebagai individu muslim memang kite perlu hebat
kerana kita adalah ummat terhebat
kalau bukan kita yang mendominasi ekonomi siapa lagi
atau anda pasrah membiarkan ekonomi dunia amnya dimonopoli oleh yahudi
tepuk dada tanya iman

pejam celik pejam celik
x sgke tggal 11 hari lagi
bersediakah ana?bersediakah anda?
semoga Allah mempermudahkan urusan kte di sana
wallahua'lam


Friday, September 3, 2010

kawad kaki


siapa pernah masuk kawad kaki?angkat tetikus anda!!

bismillah
baru sahaja lepas menonton video kawad versi tarian from fb kak muslihah amani
bole pulak zaman sekrang formasi kawad kaki siap ada background music
mcm2 tarian dibuatnya
ana ingat nak menonton sampai hbes
mana tau dalam formasi tu ada step tarian ring ding dong shinee
hampeh
pelik2 je diorang menari
sampai konpius ana dibuatnya
pertandingan kawad kaki ke?
pertandingan sehati berdanda?
hoho

ana nak ulas panjang2 pasal kawad kaki ni bukan reti sangat
ana dulu memang rajin
rajin tengok orang berkwad
nak masuk pertandingan tu
cukupla kawan2 ana yang wakilkan
hehe

semoga kawad kaki ini membawa faedah kepada kamu dan kamu yang menyertainya
wallahua'lam

p/s: penat crk gmbr kawad dak laki batch ana..x jumpe2..haih~~

Thursday, September 2, 2010

menjadi diriku

Tak seperti bintang di langit
Tak seperti indah pelangi
Karena diriku bukanlah mereka
Ku apa adanya


 wajahku kan memang begini
Sikapku jelas tak sempurna
Ku akui ku bukanlah mereka
Ku apa adanya

Menjadi diriku
Dengan segala kekurangan
Menjadi diriku
Atas kelebihanku.......

Terimalah aku
Seperti apa adanya
Aku hanya insan biasa
Ku pun tak sempurna

Tetap ku bangga
Atas apa yang ku punya
Setiap waktu ku nikmati
Anugerah hidup yang ku miliki

EDCOUSTIC TERBAIK!!!


~~~~~~~

biar gambar menterjemahkan 1001 rasa

GHAIZUN FASTURUHU

wallahua'lam