Monday, September 6, 2010

ramadhan kian pergi meninggalkan kita

bismillah
pejam celik pejam celik
ramadhan sudah semakin hampir ke penghujungnya
muhasabah diri
apakah aku telah memanfaatkannye sebaik mungkin
atau sekadar memenuhi tuntutan menahan lapar dan dahaga

 "Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertaqwa. Puasa itu diwajibkan dalam beberapa hari tertentu. Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) maka hendaklah ia digantikan dengan hari-hari lain."
Al-Baqarah : 183

jelas melalui dalil di atas
tujuan kita berpuasa adalah untuk mendidik diri kita menjadi orang-orang yang bertakwa
takwa yang bagaimana?
sudahkah aku mencapai takwa tersebut?
pause sebentar.mari kita zoom in apa itu definisi takwa


IMAM AR~RAGHIB AL~ASFAHANI

Takwa iaitu menjaga jiwa dari perbuatan yang membuatnya dosa, dan ianya ialah dengan meninggalkan apa yang dilarang,menjadi sempurna dengan meninggalkan sebahagian yang dihalalkan.

IMAM AN~NAWAWI

Takwa iaitu mentaati perintah Allah dan meninggalkan laranganNya yakni menjaga diri dari kemurkaan Allah s.w.t

IMAM AL~JURJANI

Takwa itu menjaga diri daripada pekerjaan yang mengakibatkan seksa baik dengan melakukan perbuatan atau meninggalkannya.

CIRI-CIRI ORANG YANG TIDAK BERTAKWA
  • tidak menjaga diri dari perbuatan dosa
  • melihat apa yang diharamkan Allah
  • mendengar dengan telinga apa yang dimurkai Allah
  • mengambil dengan kedua tangan apa yang tdk diredhai Allah
  • berjalan ke tempat yang dikutuk Allah
  • membangkang perintah Allah dan laranga-Nya

sudahkah kita memiliki ciri-ciri takwa?
atau masih ada lagi ciri-ciri orang yang tidak bertakwa dalam diri kita?
sama-samalah muhasabah
wallahua'lam

No comments: