Tuesday, May 15, 2012

Naqba Palestine.Tahukah anda?

Mogok lapar


Tahu kah anda apa itu protes mogok lapar oleh banduan2 palestine? Protes mogok lapar ini ialah kempen di mana banduan2 palestine yang dipenjarakan oleh israel melakukan protes lapar supaya beberapa tuntutan mereka dipenuhi.


 Antara tuntutan-tuntutan mereka ialah ; 




 1. Memenuhi hak mereka sebagai tawanan perang. 
 2. Diberikan hak untuk dilawati. 
3. Hak berpendidikan. 


 Sebenarnya, apa yang mereka tuntut itu selari dengan undang2 antarabangsa. Bukanlah sesuatu yang melanggari apa2 akta ataupun piawaian pun. Ia sebenarnya tertakluk sebagai undang2 standard bagi mana2 negara pun yakni banduan2 neh ada juga hak2 mereka walaupun mereka neh banduan yang ditahan ketika negara sedang bergolak.


Tetapi sayangnya, israel tidak mengikuti undang2 tersebut. Dorang ikut kepala dorang sendiri. Dorang tetapkan undang2 sendiri. Dorang menutup semua akses orang awam untuk memantau dan meninjau keadaan banduan2 palestine yang ditahan. 


Ini adalah satu bentuk kezaliman. Boleh jadi mereka nak tutup perbuatan mereka yang menindas warga palestine sebab tue mereka tak benarkan sesiapa pun mendekati banduan2 tersebut dalam apa jua cara dan kaedah. Kalau bukan disebabkan mendapat info dari orang dalam sendiri [warga israel yang belot] aku ingat sampai bila2 pun kita takan tahu keadaan tahanan perang di dalam penjara israel. 


 Mereka2 yang sedang mogok lapar ialah ; Bilal Thiab, Thaer Halahleh, Hassan Safadi, Omar Abu Shallal, Mohammedd Al-Taj, Mahmoud Sarsak, Faris Al-Natur, Jafar Ezz Al-Din,i Abdallah Al-Barghouthi dan lebih daripada 2000 Banduan..


Jumlah hari mereka telah berlapar adalah berbeza bagi setiap mereka. Tak dapat dipastikan sehingga kini. Itupun tak pasti samada mereka sume neh masih hidup ataupun tidak. Menurut kenyataan Syeikh Yusoff Alqardhawi pula ; Mogok lapar mungkin satu - satunya pilihan yang ada pada mereka di sana. Prof Dr. Yusuf al Qaradhawi ada menjelaskan hukum mogok lapar ketika menjawab satu soalan yang diajukan kepadanya mengenai hukum mogok lapar oleh tahanan ummat Islam di dalam penjara Israel . 


Syeikh Yusuf Al- Qaradhawi menjawab : Mereka adalah pejuang keadilan! Mogok (lapar) adalah hak mereka yang telah diiktiraf yang bertujuan untuk membongkar segala bentuk kezaliman dan kejahatan yang dilakukan ke atas mereka ! Oleh itu menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk memberikan sokongan padu kepada mereka mengikut kemampuan masing-masing samada secara sokongan aman, demontrasi atau sokongan moral termasuklah secara mogok lapar ! atau menghantar telegram dan mengeluarkan kenyataan rasmi untuk merasakan dan menzahirkan bahawa kita adalah senantiasa bersama-sama dengan mereka !


Warna coklat neh sebenarnya ialah warna rasmi bagi banduan yang dicop sebagai pejuang berani mati dalam penjara israel. Sebab tue lah pic profile neh berwarna coklat. Dan logo kat pakaian tue bermaksud perkhidmatan penjara israel. Jika anda bersama2 mereka anda juga boleh lakukan kempen tersebut melalui facebook dan media sosial yang lain samada menyebarkan kempen dan info neh agar lebih ramai orang alert, tukar pic profile dan berdoa.


Sumber : http://sozcyili.blogspot.com/2012/05/kempen-sokong-protes-mogok-lapar.html

Sunday, May 13, 2012

Pancit di jalan dakwah

Kayuhan basikal itu,
sungguh punya ibrah kathirah,
Saat roda-roda di balik kekisi itu berputar laju,
terkadang tayar hitam di bawah itu letaknya di atas,
acapkali tayar hitam di atas itu pula di bawah.


Kayuhan basikal itu,
mengapa sepertinya tiba-tiba perlahan seolah kepancitan?
Apakah kerana engkau menelusuri jalan-jalan yang penuh paku-paku jahiliyyah,
yang banyak tersepah bertebaran di jalan yang diindahkan syaitan
lantas tayar itu kebocoran dari angin iman?


Sekilas,teringat kisah Ubay bin Kaab dan Amirul Mukminin Umar Al-Khatab,
saat ditanya tentang taqwa
jawab umar,taqwa itu ibarat menelusuri satu jalan indah yang dipenuhi duri,
tentu sudah,kita akan melaluinya penuh waspada,
siapakah yang fitrahnya tercipta cinta pada kesakitan dan luka cedera?
Mengorak langkah penuh hati-hati,derap tapak kaki dibiar teliti,agar nanti tidaklah kita tersakiti.


Duhai engkau sang pengayuh basikal di jalan dakwah dan tarbiyyah,
Yang menggerakkan roda-roda islam agar terus berputar seiring zaman,
Yang kepingin meletakkan kembali Islam di tempat tertinggi,
Jangan pernah engkau hentikan kayuhan ini,
Meski seringkali engkau terpaksa melewati jalan berduri


Waspadalah,berjaga-jagalah,berhati-hatilah
Bawakan bersama bekalan Qur'an dan sunnah dalam raga basikal itu,
Tanggalkan tayar yang bocor keimanan itu dan gantikan dengan yang baru,
Sebuah roda yang dibaluti tayar sarat angin-angin keimanan dan ketaqwaan,
Teruskan mengayuh,meski terkadang hati akan teruji merapuh
Dan ingatlah,ada penumpang tumpang membonceng,
untuk engkau bawa ke destinasi yang utama dan paling penting,


Di sana itu,Jannatul Firdausi A'la yang dijanjikan Illahi



Wednesday, May 2, 2012

Fokus matlamat hidup kita

usai berjabat tangan,aku meninggalkan bilik tahfiz itu dengan iringan soalan dari guru tahfiz kami,persis muhasabah,curhat,apa yang kami rasa sepanjang menempuh tempoh hampir 2 tahun berada di atas jalan huffaz dengan bantuan akademi tahfiz az-zikr ini.Sejenak,kenangan lama berputar seketika.Saat kami merangkak-rangkak menghafal di rumah guru kami,tidur bersama,ditagged di fb oleh guru kami,PERSEPSI yang sangat best hoyeh dengan senaman ala-ala ruhul jadid bersama guru kami,lagu-lagu motivasi dari Sami Yusoff yang make me strong,menghafal sambil bersukan,rehlah ke wadi syuaib,terkadang date berdua saja dengan guru itu,oh,alanglah rindunya aku detik-detik indah itu.


Dan malam itu,guru sempat berkongsi sesuatu dengan kami.Inilah salah satu  sesi buat aku jatuh cinta dengan akademi ini.Akademi ini bukan sahaja menyumbangkan telinga-telinga guru kami untuk menadah alunan hafalan kami saban hari,tapi tiap anggotanya berperanan dalam memberi sokongan untuk kami terus thabat dalam jalan huffaz ini.Dan salah satu kurniaan Allah itu adalah kata-kata dari guru kami.FOKUS,malam itu,kalimah itu menjadi topik sembang-sembang kami.


Rata-rata manusia menyangka fokus itu seperti seseorang yang sedang menumpukan sepenuh perhatian kepada hafalannya dengan air milo memikat hati di sisi.eh.Seboleh-bolehnya,target untuk menghabiskan 1 page petang itu akan dicapai dengan mengenepikan air milo yang bisa membuatkan seseorang terliur kehausan semasa musmim soifi,mengabaikan status-status facebook,skype yang memanggil-manggil,bayangan-bayangan roti yang menyelerakan dan panggilan-panggilan rindu dari kawan-kawan.


Namun,guru kami menyatakan sesuatu fakta yang baru.Katanya,fokus itu adalah saat kita mampu menyeimbangkan antara hati dan amalan kita.Hati yang sarat dengan keinginan dan impian,diseimbangkan dengan amalan yang membiaskan keinginan kita.Dan untuk menjadi seorang yang fokus,haruslah kita punya matlamat dalam sesuatu perkara itu.Mudahnya,seperti seorang yang meletakkan melengkapkan hafalan 30 juzuk sebagai matlamatnya.Keinginan ditanam dalam-dalam di hearty,lalu amalan yang terzahir membiaskan impiannya.


Hari-hari yang dilalui memantulkan matlamat dalam hati.Perjalanan panjang dari rumah ke jamiah diluangkan dengan dendangan mp3 ayat Qur'an,sembang-sembangnya dengan sahabat sekitar ayat mutasyabihat,hiburannya saat sedih adalah murajaah lebih 10 mukasurat,selingan belajarnya yang meletihkan adalah dengan menghafal Qur'an.


Masha Allah,beruntunglah golongan huffaz,yang memiliki ciri-ciri ma3adin itu,logam,yang berpotensi untuk menterjemahkan tabiatnya ke jalan dakwah dan tarbiyah ini.Di jalan huffaz ini,aku mengenal matlamat hafalan Qur'an untuk menghabiskan 30 juz,biar nanti Qur'an jadi peneman di liang lahad.Alhamdulillah,di jalan dakwah dan tarbiyah ini,aku mengenal matlamat yang memandu hari-hari dalam hidupku,iaitu menjadi abid [hamba] seperti yang dinukilkan dalam surah Ad-Dzariyaat ayat 56
"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku". (51:56)
,dan matlamat hidup untuk menjadi khalifah sebagaimana termaktub dalam surah Al-Baqarah ayat 30


"Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi". 

Beruntunglah kita kerana dipilih Allah untuk mengetahui bahawasanya hidup kita punya matlamat.Maka,tanamlah dalam-dalam matlamat hidup ini di hati,Imani ia dengan kepercayaan yang tinggi,lalu jadilah seorang yang fokus,seimbangkanlah keinginan dan impian mencapai matlamat itu dengan menzahirkannya melalui amalan-amalan yang memantulkan cerminan matlamat hidup kita.Sajikan telinga-telinga dengan zikir dalam rangka menjadi abid serta dendangan mp3 sarat dengan recording-recording bahan tarbiyah dari masyayikh kita,selingkan waktu tepu mengulangkaji dengan buku-buku tarbiyah yang menyegarkan jiwa,hiburkan hati yang kering dengan bahan-bahan ruhiyyah yang membasahkan hati,dan macam-macam lagi.

Jadilah seorang yang fokus dalam mencapai matlamat hidup anda.Fokuslah dalam menjadi individu muslim.Rangkalah amalan-amalan yang membantu kita melengkapkan 10 muwasofat tarbiyah.






Fokuslah dalam menaiki 7 tangga ke arah menjadikan islam ustaziyatul alam seperti zaman Abbasiyyah dahulu,aturlah amalan-amalan kita dengan perancangan yang rapi.Semoga fokus ini akan memudahkan kita menuju Jannah Firdausi yang dijanjikan Illahi






wallahua'lam

Intense to be a muharikah dalam jalan dakwah ini

Barusan,mendapat perkongsian dari guru tahfiz kami yang dipetik dari artikel ini
http://www.productivemuslim.com/the-fast-forward-technique/


Secara ringkasnya,artikel ini berkisar tentang bagaimanakah cara terpantas untuk kita mengatasi rasa-rasa 'intense' yakni,saat-saat kita berada dalam klimaks sesuatu rasa.Rasa gembira yang melampau,rasa sedih yang teramat,sangat marah yang tidak mampu dibendung,dan berbagai-bagai rasa yang tidak terbatas yang seringkali hinggap di hati ini.


Fast-forward-technique mengajar kita untuk membendung rasa gembira tanpa batasan dengan duduk muhasabah sebentar saat kita berada 10 tahun di hadapan,20 tahun dan seterusnya.Mungkinkah kegembiraan kita yang diiring gelak ketawa tanpa henti itu mampu berkekalan sehingga ke akhirat sana?Maka,batasilah rasa-rasa 'intense' itu agar bisa dikawal,bisa dirai sekadarnya.


Begitu juga rasa sedih yang tidak mampu dibendung.Ana pernah mengalaminya.Saat kita rasa tertekan dengan pengkhianatan dunia,rasa tidak memiliki apa lagi,dan kemarahan yang meluap-luap dan terasa ingin dihamburkan kepada semua orang ,dan saat itu, hamburan api kemarahan bertukar air mata yang tumpah tanpa henti namun,hati,terluka dan parah seolah-olah menunggu untuk dimasukkan  ke bilik unit rawatan rapi.


Namun,fast-forward-technique mengajar kita untuk duduk sejenak,dan membayangkan suatu masa akan datang,mungkin Allah  akan kurniakan suatu kegembiraan yang tidak mampu kita bayangkan,tidak pantas kita gambarkan,apatah lagi saat kita mengkhayalkan syurga yang indah dalam memujuk hati yang sudah rapuh dengan kezaliman seseorang terhadap diri kita.


begitulah kita dalam jalan huffaz ini,seringkali kita diselubungi rasa intense untuk menghafal 30 Juzuk,maka saat kita menikmati 'intese' to complete 30 juzuk itu,berdoalah kepada Allah dengan rendah hati dan penuh harap,insha Allah,doa itu lah senjata untuk menepis sebarang halangan internal dan external yang tidak memungkinkan kita untuk melengkapkan 30 juzuk hafalan,doa itulah yang menjadi peringatan kita hari-hari yang kita sedang menempuh jalan ke destinasi huffaz itu dalam menggapai mardhatillah.


lain orang,lain persepsinya dalam mencari jalan menuju redha Allah itu,lain pilihannya dalam menuju syurga itu.Mungkin ada orang yang menanggap pernikahan yang menghalalkan itulah yang memudahkan dia mencapai syurga Allah,maka dia memilih untuk kahwin segera,dalam menyempurnakan keimanannya,seterusnya baki-baki kehidupan diperuntukkan untuk suami tercinta,dalam rangka menuju redha Allah.


Sebahagian manusia,ada yang memilih jalan huffaz ini untuk mencapai redha Allah.Namun,pernahkah kita mengkaji,apakah rahsia besar yang melayakkan 'graduan'-'graduan' universiti dunia-fana-semenetara untuk memperoleh segulung ijazah yang melayakkan mereka ke syurga?Bukankah untuk mendapatkan tips kejayaan dalam mencapai segulung ijazah dengan cemerlang di universiti kita selalunya merujuk kepada orang-orang yang sudah bergelar graduan,sudah menempuh jerit perih perjuangan di dunia kampus itu?


Begitulah juga kita,dalam usaha mencapai kejayaan yang melayakkan diri ke syurga,haruslah kita bertanya pada orang yang dijamin masuk syurga.Namun,mustahil bukan,kerana yang tinggal kini hanya makam-makam mereka.Tetapi,jangan pernah lupa,haruman sejarah kegemilangan dan gambaran peribadi mereka tetap kekal abadi terpateri dan dinukilkan dalam mashaf-mashaf yang pelbagai.Capailah,bukalah,dan rujuk kembali,apa rahsia yang melayakkan mereka ke syurga.


Tidak kebanyakan mereka menempuh jalan huffaz,Khalid Al-Walid hanya menghafal surah Al-Ikhlas.Tidak kebanyakan mereka sudah menikah,rata-rata mungkin sudah syahid dalam usia yang masih muda.Tetapi persamaan Abu Bakar,Umar,Ali,Uthman,Zubair Bin Awwam,dan sahabat-sahabat lain yang 'comfirm' masuk syurga adalah kerana mereka menempuh satu jalan yang sama,itulah jalan dakwah dan tarbiyah.


Saat hidayah Allah itu mengetuk pintu hati,pada detik tika syahadah itu menyedarkan,hidup mereka lantas hanya berpaksikan lafaz Lailaha Illa Allah,Muhammad Rasulullah.


signifikannya jalan dakwah ini,tidak ubah seperti jalan huffaz yang seringkali dihiasi dengan corak-corak kepayahan,keterlambatan dan tempoh yang panjang,namun penghujungnya adalah suatu jalan yang selamat.


Makanya,dari fast-forward-technique itu,kita pelajari sesuatu.Begitulah kita dalam menempuh jalan yang sering dikatakan susah,panjang dan lambat ini.Timbulkanlah rasa 'intense' untuk menjadi hamba yang ikhlas dalam menempuh jalan ini,menjadi abid yang bergerak pantas dalam merealisasikan maratib amal yang kita imani.Doa senjata kita,doalah yang mengingatkan kita.Janganlah kerana intense in jelousy kita terhadap mereka-mereka yang semakin mencipta nama -seperti Inche Gabbana dan Muharikah,eh?- dalam medan ini membuat kita merasakan tidak layak untuk terus mengubah diri dan melakukan transformasi ke arah membentuk kader-kader super murabbi


Berdoalah dengan penuh harap,teruslah thabat dalam kebaikan,kerana rahmat Allah bersama-sama dengan orang yang melakukan kebaikan   Rujuk 7:56


"Di antara orang-orang mu’min itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada [pula] yang menunggu-nunggu [1] dan mereka sedikitpun tidak merobah [janjinya], (33:23)"



Sunday, April 29, 2012

PASUKAN PENYELAMAT

Kesinambungan daripada post yang lalu,kita ditinggalkan dengan persoalan,bagaimanakah untuk mewujudkan sebuah pasukan keselamatan?

Dan jawabannya adalah TARBIYAH.Tarbiyah itu datangnya dari Allah secara langsung kepada Rasulullah.Lalu saat wahyu itu turun,tanpa bertangguh,Rasulullah menyampaikan kebenaran itu kepada Khadijah binti Khuwailid,Abu Bakar As-Siddiq,Uthman,Ali dan sehinggalah sampai kepada kita pada hari ini.

Suatu proses yang menyentuh ketiga-tiga komponen yang menjadikan seorang manusia itu bukan robot mahupun bangkai bernyawa yang bergerak.Suatu proses pembinaan yang menyentuh akal melalui TAALIM Al-Qur'an dan As-Sunnahnya,menyentuh jasad melalui TILAWAH Al-Qur'annya dan hati.Suatu proses yang menyentuh hati melalui TAZKIAH [penyucian] jiwanya.Bukankah kenyataan ini telah dinukilkan dalam Al-Qur'an surah Jumuuah ayat 2



Lihatlah bagaimana ajaibnya proses Tarbiyah ini dalam menghasilkan manusia yang dari JAHIL kepada ILMU,dari HINA kepada EZZAH [mulia],dari LEMAH kepada QAWIY dan dari PERPECAHAN kepada KESATUAN,lantas lahirlah sebuah khairu ummah,yang terkeluar kepada manusia,menyuruh kepada kebaikan dan menegah dari kemungkaran serta beriman kepada Allah.

Sorotilah sirah-sirah nabawiyyah dari Rokheeq Makhtum,buku-buku sahabat,dan lihatlah bagaimana nabi menukarkan Umar yang bengis terhadap islam bertukar 180 darjah kepada seorang Umar yang bengis terhadap musuh islam.Lihatlah bagaimana Rasulullah s.a.w mentransformasi golongan hamba,minoriti dan miskin yang selama ini dipandang hina,lemah,dan bodoh kepada satu golongan yang terkehadapan,berani,ezzah,berilmu dan sebagainya.

Carilah tarbiyah itu,bukan terhenti dalam bulatan gembira usrah anda yang setiap minggu menemukan lutut kamu dan dia.Tapi wasilah tarbiyah kita merangkumi Jaulah,Rehlah,Mabit,muktamar,konferens riang dan sebagainya.Mulalah memakai kaca mata islam dalam menjadikan tiap hari kita adalah Tarbiyah.Moga kelak,biar terpaksa menempuh jalan yang lambat,susah dan panjang ini,kita dijamin akan mampu menghasilkan pasukan penyelamat itu,dalam menjadi hero menyelamatkan ummah,bagi mencapai mardhotillah.wallahua;lam

Saturday, April 28, 2012

Umat Jahiliyyah

Geleng kepala dan tanggan menggerakkan tetikus,cursor diskroll ke bawah dengan pantas.Balik-balik isu politik.Malaysia terlalu sibuk dengan isu politik sehingga isu-isu besar ummah seperti Pilihan Raya Mesir,isu kemanusiaan seperti Palestin di Syria,liputannya tidak meluas.Lantaran itu,ramai rakyat Malaysia yang tidak pernah cakna,apa sebenarnya yang parah sedang berlaku di dunia sekarang.


Namun,cukuplah berita-berita jenayah,peningkatan bilangan murtad,bunuh anak,kepincangan akhlak dan sebagainya menggambarkan keadaan Malaysia yang sudah parah laksana pesakit jantung yang menunggu masa dimasukkan ke dalam unit rawatan Rapi.


Suatu masa dahulu,negara Arab pernah mengalami detik-detik zaman yang penuh dengan kejahilan.Dan bukanlah kejahilan itu terletak kepada kebodohan ilmu sebagaimana yang dilihat berdasarkan kaca mata manusia zaman sekarang,atau sepertimana yang dinukilkan dalam kitab-kitab teks sejarah tingkatan empat dalam bab arab jahiliyyah.Kalau tidak,masakan Abu Jahal yang diangkat menjadi pemimpin Arab itu dikategorikan sebagai jahiliyyah juga.sedangkan bukankah pemimpin seringkali dipilih dalam kalangan orang yang bijaksana?


hakikatnya,jahiliyyah itu adalah saatnya kita tidak mampu lagi mengaitkan hakikat penciptaan kita kepada sang Pencipta.Ketidaktahuan itu adalah saat kita tidak tahu bahawa tujuan hidup kita adalah menjadi abid dan khalifah Allah.Kebodohan kita adalah saatnya kita tidak tahu bahawa hidup kita ini adalah berpandukan Al-Qur'an dan As-Sunnah yang telah Rasulullah wariskan kepada kita bukan sekadar untuk dibaca pada malam jumaat semata-mata.eh.


JAHIL,itulah salah satu ciri umat yahng jahiliyyah.Bukan sahaja bodoh,tapi umat jahiliyyah itu juga adalah dalam kalangan umat-umat yang merasa dirinya HINA.Hina saat mengenakan tudung labuh di pagi raya,sedangkan orang lain sudah 'maju' ke hadapan dengan pashmina,tudung bawal dan sebagainya.Hina saat membawa Al-Qur'an ke mana-mana sedangkan kita bukan budak agama,budak medic je kowt.Hina saat orang lain bangga kehilangan dara,tetapi kita dikatakan kolot kerana teman tapi mesra yang lain jantina pun kita tak pernah ada.Allahuakbar!Untuk alasan apa khairu ummah ini merasa hina,sedangkan bukankah Allah kata kitalah umat yang terbaik itu.


"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah [pula] kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi [derajatnya], jika kamu orang-orang yang beriman. (2:139)"


Umat jahiliyyah itu juga adalah umat yang LEMAH.Lemah mempertahankan maruah,lemah melawan nafsu.Tidak perlulah ana ulaskan panjang tentang ini.


Sudahla kita lemah dari dalaman,apatah lagi luaran kita.Sedih 1000 kali sedih,kerana dari dalam lagi kita sudah kalah dalam memerangi nafsu,maka bagaimanakah caranya untuk kita menang dalam peperangan menentang musuh islam jika keadaan kita masih begini?


Ambillah ibrah dari Kisah Talut dan Jalut dari surah Al-Baqarah ayat 246 hingga 251.Bagaimana mereka awal-awal lagi sudah merasa lemah sebelum menghadap bala tentera Jalut.Sudah merasa tidak mampu untuk menghadapi bala tentera besar.Lupakah mereka bahawa berapa banyak kali golongan yang kecil mampu mengalahkan golongan yang besar kerana kekuatan dalaman dan luaran yang dibekalkan Allah buat penolong agamanya?


Umat jahiliyyah juga adalah umat yang BERPECAH-BELAH.Palestin dan Syria di sebelah Jordan,namun,mengapa Jordan kelihatan aman dan damai,sedang negara-negara di sekelilingnya hiruk-pikuk dengan jeritan penderitaan dan tangisan kesengsaraan.Bukankah kita bersaudara?


Lupakah suatu masa dahulu,Jordan,Syria,Mesir dan Saudi pernah melakukan sinergi hebat yang berjaya merampas Sinai dari Israel laknatullah.Namun semenjak kejatuhan khilafah,di manakah kesatuan kita?Negara Malaysia apatah lagi,tidak sudah-sudah berpecah-belah antara parti politiknya,fitnah di sana sini,berbalah tidak pernah kenal erti berhenti.


Maka,hasil dari JAHIL,HINA,LEMAH dan BERPECAH-BELAH ini,maka lahirlah umat islam sebagai umat yang berada di dalam KESESATAN YANG NYATA.


Bayangkan anda sesat di sebuah Pulau Pandan yang jauh ke tengah.pasti anda akan menanti-nantikan pasukan penyelamat untuk menyelamatkan anda bukan?Setiap situasi-situasi 'danger' pasti membutuhkan pasukan keselamatan.Saat rumah terbakar,kita menantikan kehadiran pasukan bomba berlumba-lumba,saat rumah dipecah masuk,kita menantikan pasukan polis datang menyelamatkan kita,saat kekeliruan agama,kita menunggu pak ustad dan ustazah pilihan menyelesaikan masalah kita.






Secara 'tobi3enya' [semulajadi] masing-masing mengharapkan harakatul inqaz [pasukan penyelamat] ini.Namun siapakah pasukan penyelamat umat islam?Dan kalaulah pasukan bomba memerlukan latihan dan training sebelum berjaya menjadi satu anggota pasukan bomba,bagaimanakah pula pasukan penyelamat ummah kita?Apakah yang kita perlukan dalam mewujudkan pasukan ini.


bersambung

Saturday, April 7, 2012

Mengapa perlu bangga dengan ISLAM ?


Kesinambungan drpd artikel Ezzah Islam | Fitrah,pasti masih ramai lagi yang tertanya,dan selepas itu,apa lagi jawaban-jawaban yang bisa kita senaraikan dalam mengekspresikan kebanggaan kita terhadap agama Allah in?.Apakah alasan-alasan yang bisa kita kemukan mengapa kita dijenamakan sebagai Ummat Islam ini?

Masih anda ingat,saatnya anda menjadi seorang champion sebagai sperma yang bisa menembusi ovary ibu anda?Saat itu,anda telah menjadi insan terpilih untuk menginap di dalam rahim ibu anda,yang diselaputi 3 kegelapan.Maka bermulalah proses evaluasi,menjadi zygote kemudian embryo,bertukar fasa menjadi janin lalu tiba saat ditiupkan ruh,dan ruh kita yang asalnya dari setitis mani yang keluar dari kawasan yang dampak hina,dimuliakan oleh Allah melalui kontrak untuk menjadi abid dan khalifah di muka bumi ini.Inginkan bukti pemetraian kontrak ini?

"Dan [ingatlah], ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka [seraya berfirman]: "Bukankah Aku ini Tuhanmu?" Mereka menjawab: "Betul [Engkau Tuhan kami], kami menjadi saksi". [Kami lakukan yang demikian itu] agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: "Sesungguhnya kami [bani Adam] adalah orang-orang yang lengah terhadap ini [keesaan Tuhan]", (7:172)

Nah,faktor sejarah telah menyebabkan kita memilih Islam.Dan tidak boleh tidak kita perlu mengingati janji kita,jangan pernah melupai sejarah kita.Kerana orang yang melupai sejarah,pasti tidak akan ketemu masa depannya.Kerana itu ramai manusia sekarang terus hanyut dan leka tanpa masa depan yang pasti,gara-gara melupakan sejarah yang pernah menjadi episod hidup mereka.

Anda suka barang antik?Kereta antic mungkin,atau jam antic dan sebagainya.Seringkali barang antik itu disukai dan digilai ramai kerana kualitinya dan kemampuannya bertahan di pasaran bukan?Ia terbukti asli,tetap utuh dan memiliki nilai yang stabil.Begitulah agama islam yang seawal zaman nabi Adam lagi agama tauhid ini terus bertahan dan memilki penganut yang berbondong-bondong.Sedangkan agama lain,ada sahaja yang sudah ditelan zaman,Seperti agama majusi mungkin,agama menyembah bintang dan bulan.Kerana agama-agama ini emangnya tidak original.Malah buatan manusia yang hanya bersangka-sangka tanpa ilmu yang pasti.



Lihat bulan,lihat bintang,lihat rerumpun menghijau,lihat langit nan biru,lihatlah burung bebas berterbangan,lantas lihatlah Al-Qur’an dari surah Ali Imran ayat 83 hingga 85.
"Maka apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah, padahal kepada-Nya-lah berserah diri segala apa yang di langit dan di bumi, baik dengan suka maupun terpaksa dan hanya kepada Allahlah mereka dikembalikan. (83) Katakanlah: "Kami beriman kepada Allah dan kepada apa yang diturunkan kepada kami dan yang diturunkan kepada Ibrahim, Isma’il, Ishaq, Ya’qub, dan anak-anaknya, dan apa yang diberikan kepada Musa, ’Isa dan para nabi dari Tuhan mereka. Kami tidak membeda-bedakan seorangpun di antara mereka dan hanya kepada-Nya-lah kami menyerahkan diri." (84) Barangsiapa mencari agama selain agama Islam, maka sekali-kali tidaklah akan diterima [agama itu] daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yang rugi. (85)"



Setiap makhluk di muka ini bukan milik berhala yang membatu tanpa mampu mencipta,bukan milik sesiapa melainkan yang Maha Pencipta.Semuanya tunduk patuh berserah diri.Maka,mengapa memilih untuk membuang diri kita dari alam dengan memilih saru agama selain dari Islam?

Selain itu,mengapa kita bangga dengan agama ini kerana faktor kebenaran.Agama inilah yang paling benar,bukan palsu semata-mata sebuah rekaan.Dan saat kita memilki kebenaran ini,mengapa memilih untuk menyembunyikan?Bukankah kebangaan kita terhadap suatu kebenaran seringkali membuatkan kita teruja untuk menyampaikan.Persis seorang professor yang sangat ecxited untuk membuktikan penemuan mumia Firaun dan menyatakan kepada seluruh dunia,’Akulah orang pertama yang menemui mumia ini”Kebenaran membuatkan dia teruja,sedang Al-Qur;an sudah lama merakamkan,dan umat islam sudah maklum tentang itu berabad lamanya semenjak Al-Qur’an diturunkan.

Dan kebenaran islam itu perlu dicari,dikaji,dipegang dan digenggam erat saat kita memperolehnya,dicintai dan dipertahankan dengan segala upaya dan kerelaan untuk bekorban.Amatlah pelik bagi orang-orang yang menjadi saksi kepada sebuah kebenaran tetapi memilih untuk menyembunyikan malah lebih teruk memutar belitkan kebenaran.

Dan islam yang kita banggakan ini sudah tentu ada keistimewaannya yang tersendiri untuk kita banggakan.Apakah keistimewaan-keistimewaan itu?Nantikan penulisan seterusnya.Teruskan bersama membina iman bersama kami di DhiyaulKahfi J

Monday, April 2, 2012

Ezzah Islam | Fitrah


"Dukturah,syu yakni i3tizaz az-zati"

Seorang pelajar arab terkebil-kebil mengangkat tangan sambil menanyakan soalan yang dilihat remeh oleh pelajar-pelajar lain

"Apa maksud kebanggaan diri?"

Rasa inkuiri yang tinggi untuk bertanya meski soalan itu kelihatan picisan bagi yang lain,tetapi pensyarah berambut pendek dan berskirt labuh berwarna hitam dengan seragam kemas membalut tubuhnya,cuba menyambut soalan itu dengan cara yang paling berseni.

"Ok Abdullah,awak duduk di mana ye?"seolah-olah pensayarah ingin mendekati pelajarnya dengan memulakan sesi taaruf.

"Ramsah, Dukturah"

"Ramsah,kat mana tu?Saya tak pernah dengar pun nama tu."

Pandai pensayarah itu berlakon buat-buat tidak tahu,sedangkan siapa yang tidak kenal Ramsah.Salah satu daerah yang terdapat di Bumi Syam itu,Hashemite Kingdom of Jordan.

Seolah ada lampu mentol menyala di atas kepala,Abdullah peroleh idea,apa makna di sebalik i'ktizaz zati itu,kebanggaan diri sendiri.Saat kita bangga dengan sesuatu,pasti kita akan sediakan hujah-hujah panjang berjela bagi mempromosi sesuatu yang kita tahu,sesuatu yang kita cintai,sesuatu yang kita banggakan.

Begitulah agama,selama ini kita memeluknya,apakah kita merasa bangga,dan untuk apa dan atas sebab apa kita berbangga menjadi seorang Muslim?Nah,ana kongsikan bersama.

Ada beberapa faktor yang menyebabkan kita harus berbangga menjadi penganut agama Allah ini.Baik kelebihan yang ada pada Islam itu sendiri atau Faktor-faktor sedia ada.

Salah satunya ialah faktor fitrah.Fitrah seorang manusia yang sememangnya ingin hidup bersama individu-individu yang lain.Fitrah seorang manusia yang tidak betah duduk sendiri terpencil.Fitrah beragama yang Allah campakkan dalam diri kita.Memetik salah satu rangkap berbahasa arab

"الانسان مدني بالطبيعي"

Manusia itu secara semulajadi adalah makhluk sosial.Tidak boleh tidak satu sama lain pasti ingin hidup di bawah satu lembayung yang sama.

Memetik kata-kata berbahasa arab lagi,

"الناس من البدو والحاضرة,بعض لبعض,وان لم يشعر بالخدم"

[Kalau dibaca kena dengan barisnya,cantiklah bahasa dari sudut lenggoknya.].

Ayat di atas membawa maksud,manusia itu sama ada dari kampung atau pun desa adalah sebahagian dari sebahagian yang lain-lain,sedangkan masing-masing tidak merasai dan menyedari bahawa mereka adalah khadam [pembantu] antara satu sama lain.


   "Tidakkah kamu memperhatikan bahwa sesungguhnya kapal itu berlayar di laut dengan ni’mat Allah, supaya diperlihatkan-Nya kepadamu sebagian dari tanda-tanda [kekuasaan]-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi semua orang yang sangat sabar lagi banyak bersyukur. Dan apabila mereka dilamun ombak yang besar seperti gunung, mereka menyeru Allah dengan memurnikan keta’atan kepada-Nya maka tatkala Allah menyelamatkan mereka sampai di daratan, lalu sebagian mereka tetap menempuh jalan yang lurus [2]. Dan tidak ada yang mengingkari ayat-ayat Kami selain orang-orang yang tidak setia lagi ingkar. (31:31-32) "


Teringat sejenak,kisah gempa bumi yang pernah berlaku di Jepun seingat ana tahun lepas.Bagaimana ana difahamkan,ada beberapa orang Jepun yang rata-ratanya tidak percaya akan kewujudan tuhan,hilang arah saat diuji dengan bencana Alam itu.Mereka cuba bersujud,tetapi entah pada siapa mahu memohon.Lagikan menadah tangan,entah doa apa yang perlu dibaca dan kepada siapa harus meminta.

Kejadian ini menjadi salah satu bukti bahawa manusia itu seringkali merasa ingin bertuhan.Ingin bergantung kepada sesuatu bernama Illahi,Raja yang Memilki dan satu sembahan.Tinggal perlu ada insan yang memipin tangan.

Maka kita yang telah memiliki Sang Pencinta bernama Allah,izzahlah dengan kewujudan Dia,sebutlah nama-Nya saat kita lapang,sempit,duduk,berdiri,baring.Ucapkanlah Bismillah sebelum kita memulai suatu pekerjaan.Lafazkanlah Alhamdulillah saat kita menyudahkan suatu urusan.Tuturkanlah astaghfirullah dan innalillah saat teruji dalam kehidupan.Pujilah Allah dengan tahmid,tasbih,dan takbir yang diajarkan.Moga-moga dengan praktis itu,lidah yang basah ini memancarkan identiti islam yang menarik orang-orang muallafatu qulubuhum [dilembutkan hatinya] untuk menerima islam.

"Maka hadapkanlah wajahmu dengan lurus kepada agama [Allah]; [tetaplah atas] fithrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fithrah itu. Tidak ada perubahan pada fithrah Allah. [Itulah] agama yang lurus; [1] tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui," (30:30)







Saturday, March 31, 2012

4m untuk jalan dakwah ini

Gelombang global March to Jerussalem masih belum berakhir.Itu baru permulaan.Ibaratnya seperti Perang Badar.Yang merupakan perang terawal bagi ummat Islam,dan selepas itu Allah menurunkan ayat ini kepada Rasulullah dan para sahabat,


"Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu dan kamu tidak akan dianiaya. "(Anfal-60)


Sekali pandang dan sekali dengar,pasti yang tidak tahu akan mengatakan ayat ini lebih cocok diturunkan sebelum perang Badar.Kerana itulah perang pertama buat umat islam.Sudah tentu Allah akan memberikan peringatan buat Rasulullah dan para sahabat soal persiapan di medan perang.Kekuatan apa yang perlu,persiapan apa yang harus.Tetapi hakikatnya,ayat ini turun selepas perang Badar,sebagai petanda,perang Badar itu baru permulaan,tetapi selepas itu akan ada ancaman-ancaman lain yang akan menjengah datang tanpa disangka.


Ini bukan soal mengulas tentang 'Masirah 'Alamiyah Ila Al-Quds' atau nama komersialnya Global March to Jerussalem yang alhamdulillah selamat diadakan dengan suasana aman semalam.Soal itu,insha Allah ana potraitkan dalam post yang berasingan.Tetapi ini soal tugas kita selepas ini apa.Cukupkah sekadar mengutip semangat di medan laut mati di bawah terik mentari yang hangat terasa tempoh hari,kemudian pulang tanpa melakukan apa-apa dan menyambut semangat itu dengan cara yang paling terbaik.


Alhamdulillah,Allah tutupkan episod ana semalam dengan keghairahan meneruskan bulatan-bulatan cinta kami,USRAH.Allah sudahi episod semalam dengan satu jawapan yang thabat dan pasti,bahawa kita harus tetap teguh dan yakin dengan jalan dan manhaj yang kita pilih.dengan menjadikan usrah ini sebagai paksi.Inilah jalan dakwah kami.Dalam usaha membina ummah takwinah,ummah yang terus membina diri,membina bait muslim,membina masyarakat muslim,membina hukumah islam,membina daulah islam,membina khilafah islam,membina empayar islam,membina ustaziyatul Alam,seterusnya membina redha Illahi dalam mencari kunci ke Jannah Firdausi.


Dan dalam melakukan kerja 'liyanfiru Qaumahum' [memberi peringatan kepada kaum kamu] ini,tidak boleh tidak,kita perlukan 4 perkara asas,iaitu modal,model,modul dan akhir sekali medal.


Modal kita yang utama tidak lain tidak bukan adalah Al-Qur'an dan As-Sunnah itu sendiri.Tidak hairanlah mengapa saat Rasulullah meninggalkan kita,baginda hanya meninggalkan dua perkara ini.Kerana isi kandungan Al-Qur'an dan As-Sunnah itu sendiri sudah terlalu syumul,kamil dan mutakamil dalam menjadi perlembagaan,manhaj dan jalan hidup kita.Tinggal kita perlu pelajari bagaimana berinteraksi dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah,siapakah insan-insan yang harus kita temukan dalam usaha cuba menjadi generasi Al-Qur'an yang unik seperti suatu masa dahulu.


Selain itu,kita juga boleh menjadikan pengalaman syuyukh-syuyukh [orang-orang tua] dalam menempuhi jalan dakwah ini.Mereka lebih dahulu makan garam.Mereka lebih dahulu merasai perit jerih jalan ini.Begitu juga kisah-kisah manusia-manusia osem zaman Rasulullah.Kalau kita mahu graduasi pasti kita merujuk tips-tips kecemerlangan dari orang yang sudah bergraduasi,begitulah juga dalam usaha menjalankan kerja dakwah ini,harus merujuk cerita-cerita orang yang sudah berjaya meriaslisasikan dakwah ini.


Kesilapan itu bukan sekadar untuk disesali,dan terkemudian menyebabkan kejatuhan diri.Tetapi,boleh jadi kesilapan-kesilapan yang pernah kita lakukan sepanjang melakukan kerja-kerja dakwah ini adalah modal untuk kita terus thabat,yakin dan belajar dari kesilapan serta terus berusaha melakukan yang terbaik pada masa akan datang.


Soal model,model contohan mana lagi yang terbaik kalau bukan perintis utama jalan dakwah,Rasulullah s.a.w.Akhlak baginda sendiri persis Al-Qur'an.Hadith-hadith baginda cukup untuk menggambarkan tauladan dan akhlak yang dipersembahkan.Andai merasa terlalu jauh,tidak salah kiranya menjadikan tokoh-tokoh ulama atau para ugamawan sebagai model kita juga.Dr Maza mungkin,Ustaz Azhar Idrus,Nouman Ali khan atau siapa-siapa sahaja yang anda kagumi.Asalkan mereka mencipta nama berdasarkan aqidah yang sohih,berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah.


Untuk Modul pula,carilah dan kajilah.Apa yang penting Modul yang paling Allah redhai,yakni berlandaskan Al-Qur'an dan As-Sunnah juga.Dalam era globalisasi tanpa limitasi ini.keadaan kita sudah jauh berbeza dari zaman-zaman dahulu,maka perlulah kita mencari modul-modul dakwah yang kontemperori sebagai contoh modul Ikhwan Muslimin yang diasaskan Imam Hasan Al-Banna sendiri.Yang membina manusia dalam halaqah-halaqah tarbiyah dan mahabbah.Yang mencetak kader-kader dakwah dalam membina ummah takwinah.


Dan akhir sekali,medal itu,Allah jualah yang akan beri,Syurga itu sendiri.Syurga itu terlalu indah untuk diungkapkan.Terlalu mahal untuk dijual beli.Tetapi,yakinlah,Allah membeli orang-orang yang berjihad di jalan-Nya dengan bayaran sebuah syurga yang kekal abadi.Maka teruslah melakukan kerja dakwah dan Tarbiyah ini kerana kita ingin meraih medal yang dijanjikan Illahi.


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar." (Taubah:111)

Sunday, March 25, 2012

Syahadatul Hak 2.0-Jangan sampai tersungkur di pintu syurga

Ibu itu menangis kepiluan.Anaknya dilanggar tanpa sebarang kesalahan.Dasar Negara cina yang mengenakan hukuman agar tertuduh dikehendaki membiayai kehidupan seorang yang dilanggar sehingga lumpuh sepanjang hayat mangsa,menyebabkan defenden yang cetek akal terus menerus melanggar anak kecil.Dari nyawa-nyawa ikan umpama telur di hujung tunduk,lebih baik dihabiskan riwayat anak itu yang hanya akan menyukarkan masa depannya.

“Maaf ibu,mahkamah tidak boleh menjatuhkan hukuman atas defenden kerana tiada saksi yang dapat memberikan keterangan bahawa defenden bersalah atau tidak”
“Tidak,saya yakin ramai yang menyaksikan kejadiaan ini,saya ingin datangkan seorang saksi.Tukang sapu sebelah kedai makanan tempat anak saya dibunuh,saya mahu dia datang ke mahkmah memberikan saksi.Saya tahu dia berada di tempat kejadian bukan”



Tukang sapu,bakal diheret ke mahkamah,memikul beban menjadi saksi memberikan hujah,saksi ini yang menentukan,sama ada defenden bersalah atau tidak.saksi ini juga yang bakal menentukan,gelap cerah hati seorang ibu tua yang kehilangan anaknya tempoh hari.

Menggigil,berdebar,lutut terketar-ketar saat si tukang sapu menerima panggilan dari pihak mahkamah.Akukah yang akan dipersalahkan atas tuduhan bersubahat?Akukah yang akan turut menanggung beban hukuman atas pihak terlibat?




Gerun,cemas,takut saat di mahkamah,dahsyat lagi rasa-rasa ini saat kita dihadapkan di mahkamah akhirat.Apa jawapan kita yang telah menjadi saksi kewujudan Allah dan pengutusan Rasulullah.Yang dinamakan ahli fatrah bakal memetik nama kita seorang demi seorang dengan dakwaan,islam tidak pernah sampai kepada kami.Layakkah kami dihukum sebegini?!!

“Rasul-rasul (yang Kami telah utuskan itu semuanya) pembawa khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang kafir dan yang berbuat maksiat), supaya tidak ada bagi manusia sesuatu hujah (atau sebarang alasan untuk berdalih pada hari kiamat kelak) terhadap Allah sesudah mengutuskan Rasul-rasul itu dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. “(4:165)

Tersungkurlah tapak kaki di pintu syurga.Bakal pewaris Firdausi itu diheret ke neraka atas jenayah,menyembunyikan kebenaran!
“Lu mau masuk islam yang lamai orang Melayu tu.Sudah la,itu bangsa buluk pelangai woo.isap dadah manyak,lempit sini sana,satu lagi anak sedala saya,bila masuk islam,kasi buang sama ayah dia punya nama.Apa agama ini main buang-buang keluaga”

Wong cee menasihati sahabatnya yang ingin menukar agama.Dari seorang penganut tegar Buddha,hidayah yang menyapanya menyentuh jiwa.Namun,tanggapan berubah tiba-tiba.Kaum india dan cina yang sudah duduk satu langit dan satu tanah dengan orang-orang Melayu di Malaysia masih buta.Islam itu bagaimana.Islam itu agama melayu sahajakah?Islamkah itu yang anak mudanya belum bernikah tapi duduk berpelukan mesra,berpimpinan tangan menyangka sudah cukup bahagia?
Kitalah yang berdosa.Kitalah yang tidak melaksanakan syahadatul hak itu dengan tahap giga.Lalu,bagaimana mampu kita melaksanakannya?

Laksanakanlah syahadatul hak itu melalui perkataan.Santuni manusia dengan kata-kata membantu mereka pulang ke arah Tuhan.Kerana selama ini hidup mereka sebenarnya tertipu hasil perang pemikiran yang dilancarkan penyembah-penyambah taghut terhadap kita semua.

Buktikanlah kebenaran itu melalui tingkah laku.Tonjolkan system islam yang syumul dan mampu membahagiakan individu.Putarkan kembali darjah syahadah batil yang ditonjolkan dalam arena politik,perundangan,pendidikan dan sebagainya.Biar ia berputar kembali 180 darjah ke sudut yang tepat dan benar berlandaskan Al-Qur’an dan As-Sunnah.

Sistem Islam tidak pernah lekang dek hujan,tak lapuk dek panas.Agama kita kamil,mutakamil dan syumul,namun berapa ramai orang islam yang Berjaya membuktikannya.
Jika dulu seorang sahabat bernama Zubidajain jatuh cinta pada agama ini setelah mendengar khabar-khabar indah dari Daulah Madinah,begitulah juga yang perlu kita lakukan dalam menarik hati-hati insan-insan di luar sana.Dakwah kita perlu menguasai pemerintahan,agar terpacul satu model yang menyebabkan tiada lagi pilihan yang lebih baik melainkan gaya hidup islam itu.Gunakan islam,lupakan yang lain,seperti anda Gunakan Daia,lupakan yang lain.

Untuk menguasai tampuk pemerintahan,adalah menjadi satu urgensi untuk kita mempunyai tamayyuz dalam pelbagai aspek ilmu,kepakaran,kepetahanan,akhlak,semua itu harus dibina.Dan pembinaan itu bermula dari bawah,tidak lain dan tidak bukan dengan acuan tarbiyah!
Komitedlah dengan pembinaan diri kita.Aulakan proses ini dari segalanya.Keluarlah dari kepompong itu.Bermotomorfosislah,dan sampaikanlah walau mungkin usia kita masih terlalu awal.Abu Bakar yang baru sehari menerima islam,esok hari sudah mampu menyampaikan pada 6 orang sahabatnya yang lain.Tidak mustahil kita juga mampu melakukannya.Yang penting adalah ikhlas dan betul cara.Mudah-mudahahan urusan dakwah dipermudah Allah yang Esa.

Rekrutlah orang-orang yang komited dengan agama ini,tinggal kita memberikan suntikan agar baik mereka bukan nafsi-nafsi.Seriuskanlah diri kita dalam memperbesar bulatan muslim ekstrim,muslim dakwi dan muslim komited ini.Moga nanti,muslim-muslim yang BAIK bisa idisantuni,lantas dakwah ini dapat dirasai manusia-manusia di luar sana yang masih menacri-cari.

wallahua’lam

Syahadatul Hak 1.0-Umat pertengahan

Bumi Maududi itu pernah berdiri teguh dibawah satu nama Negara bertamadun,setaraf dengan Tamadun Parsi,Greek Tua dan Romawi.Namun,mendukacitakan,sebuah Negara yang zahirnya kelihatan bertamadun,korup dengan kepincangan akhlak yang tersasar jauh dari norma-norma kehidupan manusia yang sebenar.



Bumi Taj Mahal itu pernah disimbahi cahaya islam.Namun,entah mana silapnya,kepimpinan yang dilaksanakan menggambarkan islam yang sebaliknya.Agama islam yang hakikatnya diwarnai warna-warni kedamaian,keadilan dan kemakmuran,bertukar menjadi sebuah pemerintahan yang penuh kekejaman.Dikriminasi terhadap mereka yang bukan beragama islam.
Orang bukan islam tidak diberikan layanan yang sepatutnya sebagaimana yang pernah Rasulullah ajarkan.Bagaimana baginda menyantuni golongan zimmi,bagaimana para sahabat melindungi kafir mu’ahid.

Hasilnya,rakyat tertekan,kebangkitan dilancarkan,permerintahann islam digulingkan.Terpecahlah India jua Paksitan.Hari itu,dalam muktamar yang mengharapkan kehadiran bukan islam agar mereka dapat melihat kebenaran agama ini,hasilnya mendukacitakan.Harapan hanya tinggal harapan.Islamicfobia yang menghantui menjauhkan mereka dari islam yang sebenarnya menyejahterakan,menenangkan dan mendamaikan.

Berapa ramai muslim kini tertipu dengan islam yang diperoleh secara warisan.Kaca mata biasanya hanya mampu memandang islam pada 5 perkara,solat,zakat,puasa,haji dan syahadah yang sekadar di tepi bibir.Hakikatnya 5 perkara ini hanyalah cerucuknya,tetapi dimanakah bagunan yang gah dengan system islam itu?

Berapa ramai umat islam kini mampu mengangkat telunjuk jari,melafaz syahadah dalam duduk tahiyatnya,tetapi sayang,mereka gagal memaknai erti syahadah yang hakikatnya sarat dengan tanggungjawab.

Apa bezanya antara kita dengan Raju,yang menyembah sebuah patung lembu.Apa lainya kita dengan Quan Yu,yang khusyuk membakar colok di hujung sudut tokong itu.Apakah syahadah yang dilafazkan sekadar ucapan semudah abc ,ritual semata-mata sedangkan Allah mengangkat agama ini ke darjat yang tertinggi?

Umat pertengahan,begitulah yang Allah gambarkan tentang kita,umat islam,dalam surah Al-Baqarah ayat 143.Umat yang mana Rasulullah menjadi saksi atas perbuatan kita,dan kita menjadi saksi atas umat lain senatero dunia.

nantikan syahadatul hak edisi 2.0..

Saturday, March 24, 2012

Tarbiyah kuih cara kita-episod akhir

Sukar membetulkan keadaan orang yang pernah mendapat sentuhan Aqidah yang benar tetapi disesatkan dengan salah faham dan bisikan syaitan.Sesukar dakwah ini diterima oleh golongan asatizah yang menyangka gedung akal mereka sudah penuh dengan fahaman islam yang benar,praktis islam yang syumul,hukum-hakam yang tepat,sedangkan hasilnya hanya pulang membawa timbunan ilmu yang menggemukkan otak sendiri,sedang hati dan rohani mengecut tanpa terisi dengan fikrah islami.Berbondong-bondong pelajar dihantar ke Timur tengah buat memperlajari dan memperdalam ilmu agama.Pulangnya mereka bukan sekadar mendidik anak bangsa dengan ilmu tutup aurat,ilmu mendirikan solat tetapi hakikatnya peranan mereka lebih dari itu iaitu memberi peringatan kepada masyarakat.

“Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya [ke medan perang]. Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122)”



Pembikinan kuih cara tadi samalah juga dalam skop kita dan penghijrahan diri dalam mencelupkan diri kita dalam sibhgah Allah.Celupan islam yang akan meresap dalam setiap gerak laku,ekspresi emosi dan cara hidup.Saat kita bermula dengan angka kosong,umpama kuih cara yang hanya punya bahan telah siap tersedia,tapi tanpa keinginan untuk dicampurkan,diblender dan dipanaskan,kita tidak akan mampu menjadi kuih cara yang sedap dipandang,enak lagi dijamah.

Saat kuih cara itu bersedia dipanaskan,samalah dengan diri kita,bersedia dan merelakan diri untuk melalui sebuah proses perubahan dan pembentukan diri dalam usaha ke arah menghangatkan iman yang lesu,biar bersemarak dengan ruh mujahadah dalam menentang musuh dalam kalangan jin dan manusia yang sentiasa menarik-narik ke dalam kancah Jahiliyyah.

Dan saat hati kita disemarakkan dengan nyalaan iman yang hangat membakar,Allah mencampakkan kita dengan kemanisan iman.Sama bukan dengan situasi kita meletakkan gula dalam acuan kuih cara itu?Bila kemanisan iman itu meresap ke dalam jiwa,Allah dan Rasulnya menjadi obsesi kita melebihi segala benda,sahabat yang kita cintai hanya kerana Dia,dan jahiliyyah yang pernah kita lalui menjadi satu kebencian persis bencinya kita untuk dimasukkan ke dalam api neraka.



Acuan ditutup,sebagaimana diri kita yang telah dikurnia kemanisan iman perlu dipelihara.Usah tercampur dengan unsur-unsur jahiliyyah.Bagaimana jika acuan tadi dimasukkan dengan garam,atau sedikit kekotoran,pasti semua menolaknya tanpa berfikir berkali-kali.Begitulah kita,bagaimana kiranya hati yang telah disemarakkan dengan hangatnya iman dalam memperjuangkan kalam-kalam Allah dimasuki jahiliyyah yang dikaburi bayang-bayang islam,pasti kita akan direject bukan?Rejected by Allah.Nauzubillah

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. “(2:208)

Selepas 1 hingga 2 minit,kuih cara yang siap diangkat keluar.Siap untuk dihidang.Khaulah mecubit sedikit ingin merasa.Manis,moga semanis iman yang akan kita peroleh dari Allah.Amiin.

Tarbiyah kuih cara kita-episod 3

Sungguh,Allah itu terlalu dekat dengan manusia.Meski Dia bersemayam di arasy yang tinggi dan mulia,namun permohonan kita didengari-Nya,permintaan kita dikabulkan-Nya.Hebat bukan cinta Dia kepada kita?Sehinggakan dalam berdoa pun kita di ajar menyebut Allahumma.Perkataan Allah itu didahulukan tanpa didahului oleh harfu Nida’ seperti Ya Allah,Wahai Allah,Oh Allah.Terus Allahuma,terus kita berbicara tanpa perantara.Betapa dalam surah An-Nas juga membuktikan hampirnya Dia dengan makhluk bernama manusia.Katakanlah Aku Berlindung dengan Tuhan Manusia,Penguasa Manusia,Sembahan Manusia.Setiap gelaran keagungan-nya disusuli satu perkataan bernama Manusia.Bukan jin,syaitan atau malaikat yang setia memuji-Nya.Allah membuktikan lagi dekatnya kita dengan membezakan bentuk jawapan bagi setiap ayat persoalan dalam Al-Qur’an.

Melalui kalamNya yang menakjubkan,apabila ada ayat-ayat berkisar persoalan seperti


يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡأَهِلَّةِ‌ۖ قُلۡ هِىَ مَوَٲقِيتُ لِلنَّاسِ وَٱلۡحَجِّ‌ۗ

atau pun


يَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلشَّہۡرِ ٱلۡحَرَامِ قِتَالٍ۬ فِيهِ‌ۖ قُلۡ قِتَالٌ۬ فِيهِ كَبِيرٌ۬‌ۖ

dan banyak lagi ayat-ayat pertanyaan dalam Al-Qur'an,pasti dipisahkan oleh kalimah قل.Sedangkan bila ditanya tentang diri-Nya,Allah lantas menjawab tanpa dipisah dengan mana-mana lafaz lain.


وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِى عَنِّى فَإِنِّى قَرِيبٌ‌ۖ



Kafir Quraisy tenggelam dengan syirik yang bercampur aduk dengan aqidah yang sebenar.Ubudiyyah mereka kepada Allah tersilap cara.Ada yang memilih menyembah jin dan malaikat kerana sangka mereka 2 makhluk ini lebih dekat dengan Allah.Apatah lagi agama Yahudi menyembah nabi Uzayr yang disangka anak Allah,Agama Nasrani pula menyembah manusia bernama Isa.Kedua-duanya manusia seperti mereka,maka bertambah banggalah Kafir Quraisy yang menyembah jin dan malaikat yang kedudukan mereka dengan Allah dianggap lebih dekat.

Kerana menyangka agama mereka tepat,mungkin iras-iras agama Nabi Ibrahim,tanpa rasa segan dan malu mereka cuba bernegosiasi dengan Rasulullah s.a.w

“Apa bisa setahun kami menyembah tuhan kamu,setahun lagi kami menyembah tuhan kami?”

“Apa bisa kamu jangan mencerca tuhan kami dan letakkanlah syarat apapun,asalkan kami kekal dengan agama nenek moyang kami”

قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ

Allah lantas menurunkan ayat ini.Sebagai satu bentuk perintah dengan kalimah Qul.Feel Amar yang tegas memerintahkan kepada nabi untuk mengatakan

“Wahai orang-orang kafir”

Kerana mereka tanpa rasa malu menanggap diri mereka berada di atas jalan yang lurus,berdiri di atas paksi kebenaran,hidup dengan keimanan,sedangkan mereka adalah golongan yang ingkar dalam mentauhidkan Allah.

Tentu sekali Tuhan yang kita sembah tidak sama dengan Tuhan mereka yang bisu tidak mampu berkata apa-apa.Sama sekali sistem Tauhid kita yang bersumberkan kalam-kalam mukjizatNya,berpaksikan kepada perintahNya,berteraskan kepada undang-undangNya jauh berbeza,tidak serupa dengan agama mereka.

“Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu bukan penyembah Tuhan yang aku sembah. (3) Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah. (4) Dan kamu tidak pernah [pula] menjadi penyembah Tuhan yang aku sembah. (5)”

Ayat dari surah Al-Kafirun ini seolah-olah berulang, simbolik ketegasan sikap kita kepada sistem Jahiliyyah dan syirik yang merosakkan aqidah.Lambang keberanian kita dalam membuktikan tiada titik pertemuan yang akan menyatukan sistem Islam yang suci dan bersih dengan sistem Jahiliyyah yang kotor berlumpur dosa dan melangkah ke arah langkah-langkah syaitan durjana.

Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku".

Satu kata pemutus,satu perantara,penegas bicara tiada kompromi dalam beragama.

bersambung....

Tuesday, March 20, 2012

Tarbiyah kuih cara kita-episod 2



Sandwich jannah.Gelaran yang mereka berikan kepada ayat-ayat cinta ini.Sekilas Khaulah terkenangkan sandwich yang dia sediakan untuk sahabat-sahabat serumah sambil berkongsikan ayat ini.Sekeping sandwich.Dengan kepingan roti Gardenia yang mengapit daging zinger,sayur hijau salad segar,mayonis dan sos cili.Enak.Begitulah ayat tadi.
Ayat ke 133 dan 136 itulah rotinya.Roti yang menjanjikan keampunan Rabb dan syurga seluas langit biru dan bumi.Maka apakah yang diapit roti keampunan dan syurga tadi kalau bukan orang-orang bertaqwa yang dengan jelas diterangkan cirinya dalam ayat 134 dan 135.




Menahan amarah dan memaafkan kesalahan orang lain bukanlah suatu perkara yang mudah tanpa iman yang telah bangkit dari kelesuan yang berpanjangan.Mengingatkan bahawa menjadi dalam kalangan orang bertaqwa dengan menahan amarah dan memaafkan orang itu bisa Allah ganjarkan dengan cinta,syurga dan ampunannya,Khaulah jadi tenang bersahaja melihat kecuaian Khadijah.Terasa seolah ayat-ayat tadi meyirami segenap hati,bukan mendinginkan keadaan,tetapi menyejukkan hati untuk belajar berlapang dada.Bukankah berlapang itu tahap paling minima dalam bersahabat?

Sejenak 2 sahabat itu terduduk sebentar.Cuba memandang persiapan kuih cara bergaram itu dari kaca mata tarbiyah.Begitulah sistem islam dan sitem jahiliyyah.Tiada kompromi,tiada jambatan yang akan menyatukan mereka untuk disamakan.Filem islam yang suci tanpa percampuran unsur jahiliyyah seperti seks bebas dan ikhtilat terlampau tidak sama dengan filem yang dijenamakan dengan istilah islam seperti kitab,tasbih,tahajjud dan sebagainya.Mungkin sekali imbas tampak serupa hakikatnya ia berbeza.Hubungan lelaki dan perempuan yang halal dengan nikah tidak sama sekali dengan couple yang dijenamakan islamik kononnya menjaga batasan,tidak berdating dan sebagainya.Sedangkan yang haram jelas haram,yang halal jelas halal.

Begitulah salah faham yang pernah berlaku dalam kalangan orang Arab Quraisy,yang menyangka anutan mereka yang diwarisi nenek moyang mereka sejak kurun kemurun dahulu adalah sama dengan fahaman islam yang dikatakan Rasulullah s.a.w sama dengan agama Nabi Ibrahim dalam rangka mentauhidkan Allah.Mereka menyangka mereka mengikuti agama Hanif yang benar,sedangkan mereka telah silap percaturan dalam membunuh anak-anak mereka.Sangka mereka apa yang mereka lakukan sama dengan peristiwa kurban nabi Ismail yang dilakukan Nabi Ibrahim.Maka membunuh anak-anak untuk dipersembahkan kepada tuhan itu adalah salah satu cara mendekatkan diri pada-Nya.

Kafir Quraisy tersesat jauh.Mereka percaya akan Allah sebagai penguasa,mereka yakin kewujudan Allah sebagai pencipta.Sayang seribu kali sayang,syirik yang tercampur merosakkan aqidah yang sejahtera.Ada yang menyembah ukiran patung berbentuk orang-orang salih,ada yang menjadikan penyembahan berhala itu salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.Bukankah Allah itu terlalu dekat dengan kita sehampir urat leher kita sendiri sebagaimana yang telah dikatakan-Nya kita ?

“ dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,” (50:16)

Tidakkah mereka pernah terfikir,pemberiaan dari seseorang itu,selayaknya ucapan terima kasih diberikan terus kepada pemberinya bukan kepada orang lain.Ibaratnya seorang akhowat bernama Maizura yang mendapat kamera DSLR dari sahabatnya Arifah.Apa perlu Maizura mengucapkan terima kasih kepada Alaa atas pemberiaan Arifah.

“Alaa,terima kasih untuk kamera DSLR yang Arifah hadiahkan kepada saya.”

Pelik bukan?

bersambung....


Monday, March 19, 2012

Tarbiyah kuih cara kita-episod 1




Bahan-bahan telah tersedia.Tepung gandum jenama Somalia yang dibeli di aswaq zam zam di syarik jamiah petang tadi,2 biji telur,perasa pandan bewarna hijau sedikit garam dan susu segar jenama Saudi dimasukkan,dicampur dan bersedia untuk diblender.Bahan-bahan tersebut diblender segera sehingga betul-betul pasti campuran itu sebati antara satu sama lain.Tiada ketulan kelihatan,tiada tepung yang masih menjadi serbuk.

Bekas acuan kuih cara milik ukhti itu dipanaskan di atas dapur.Dengan bantuan daun pandan dari Malaysia yang baru sahaja diposkan oleh ibundanya tercinta ke Jordan tempoh hari,dibuat sebagai alat untuk menyapu minyak ke dalam bekas acuan.Api dinyalakan,minyak dipanaskan,bersedia menerima tuangan acuan yang sudah nampak kehijauan.

Perlahan-lahan,sebatang tubuh milik serikandi bernama Khadijah,cermat menuang acuan ke atas bekas yang telah dipanaskan.Usai beberapa saat,acuan itu dicampurkan dengan sesudu teh kecil butiran-butiran halus berwarna putih.

“Eh Khadijah,yang anti masukkan tadi bukan garam ke?”

Khaulah yang sedari tadi khusyuk memerhatikan gerak kerja sahabatnya yang sedang sibuk menyiapkan kuih cara untuk adik-adik usrah tercinta menegur Khadijah.Sangkaannya pasti benar,butiran putih yang dimasukkan tadi sah garam,bukan gula.Kerana itu dapur rumah Khaulah.Khaulah lebih kenal bekas mana yang menyimpan gula,bekas mana yang menyimpan garam penambah rasa.

Khadijah cuba menjilat sedikit butiran yang masih berbaki di atas sudu teh kecil itu.Kedua-dua mata terpejam rapat,lidah terjelir sedikit mengeskpresikan rasa masin garam yang dijilat.

“Allahuakbar,garam la khaulah.Ana sangka gula tadi.Sama je rupa dengan gula.Warna putih.Halus-halus macam tu.Allah,mesti takde siapa nak makan kuih cara ana nanti”

Khaulah tergelak kecil.Kalaulah dia tidak pernah mendapat sentuhan tarbiyah,suatu sentuhan yang telah mendekatkan dirinya dan sahabatnya dengan Allah,pasti akan terhambur kemarahan.Namun,tarbiyah yang menggunakan manhaj Rasulullah itu,mengembalikan dan mengacukan peribadi mereka dengan akhlak Qur’an.Mengingatkan bahawa Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik kepada orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain.Menggolongkan orang-orang seperti ini dalam kalangan orang bertaqwa,orang-orang yang dijanjikan syurga seluas langit dan bumi sebagaimana termaktub dalam kalimah cinta surah Ali Imran ayat 133-136.


“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,[133]

 [yaitu] orang-orang yang menafkahkan [hartanya], baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan [kesalahan] orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.[134]

 Dan [juga] orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri , mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.[135]
 Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal. ”[136]

bersambung...

Saturday, March 3, 2012

Angin Shita | Bawa pergi Jahilyyah kami

"Nuha,sudah-sudah la tu duduk di balkoni,terkena tempias hujan nanti,masuk cepat,kalau tak basah nanti"
Kauthar memanggil ahl Bayt Tamayyuz itu.Nakal gerangan kawannya yang seorang ini nampaknya.Terlalu teruja menyambut kehadiran hujan froze yang menjanjikan salji-salji putih suci di Tanah Irbid yang setelah sekian lama tidak turun hujan lebat dan sejuk-sejuk membeku seperti ini.

"Ala Koca,duduk kat balkoni ni,ada bumbung sedikit atasnya,Excited ni nak main hujan froze" Nuha menjawab sambil tangan terus teruja menyambut ketulan-ketulan ais di ruang balkoni Bayt Tamayyuz itu.

"Tapi kalau x masuk rumah,basah juga nanti.Sat lagi komplen ke ana,stokin dah habis la,baju-baju lambat kering la.Jom-jom masuk.Ana buat makanan feveret anti ni"Pandai Kauthar memerangkap sahabatnya yang sangat-sangat gemar dengan Kek Coklat buatan tangan Kauthar

"Waaaaaaaaaaaaaah,kek coklat ke?"Segera Nuha menutup pintu Balkoni,masuk terus ke dalam rumah mendapatkan kek coklat kegemarannya.Tangan laju cuba mencubit sedikit cebisan dari kek itu.

"Ehhhhhhhhhhh,Nanti-nanti.Sabar,jangan makan dulu.Ana nak bagtitau sesuatu ni"

Suapan Nuha terhenti,perut yang lapar meragam kerana niat untuk menghilangkan irama itu terhenti dengan kata-kata sahabatnya."Aduh,potong line betul la Koca ni" getus hati kecilNuha.

"Enti nak tau tak,sebenarnya tadi..............ehe............."Kauthar menutur kata sambil baris-baris gigi putih bakal doktor gigi itu tersusun menzahirkan sengihan senyum kambing sambil menggaru-garu kepala yang hakikatnya tidak gatal.

"Apa dia Koca,cepatla khabak kat kami.Lapa da ni.Toksah nak tunjuk-tunjuk sangat gigi hang tu,Taula dentis.I love gigi"

sejenak,ketawa kecil terhambur dari dua-dua sahabat itu.Terkenangkan sweater student2 dentist bertuliskan I love gigi.Teringat jenaka seorang pak cik yang mengatakan ketakutan melihat sweater itu.Bimbang kalau-kalau pencinta gigi ini ingin mencabut giginya.

"Sebenarnya tadi,ada,,,erm,,,tahi cicak termasuk dalam kek ni.Ana tak perasan pulak.Maklumkah,dapur rumah kita gelap tak berlampu"

Mata Nuha terbelalak seketika,Terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh sahabatnya.Biar betul?Segera Nuha meletakkan semula cebisan kek yang hampir-hampir sahaja dikunyahnya dengan penuh lahap.

"Eh,Nuha tak nak makan ke?sikitje taik cicak tu tadi.Insha Allah part sebelah sini tak tercampur kowt dengan tahi cicak tu.Ehe.Makanlah.Penat Koca buat kek ni besar-besar"

"Aduh koca,kalau ikutkan memang nak habiskan je semua kek ni,Tapi bila anti cakap da termasuk tahi cicak tu,gelilah ana,Esh,buat barulah"

"Buat baru??Habislah telur rumah kita nanti Nuha"Kauthar cuba memujuk Nuha untuk menjamah.Nuha menggeleng kepala,bangun dari tempat duduknya,menuju ke arah balkoni untuk menyambung semula bermain dengan titis-titis hujan froze tadi.

Satu langkah,dua langkah,3 langkah,Kauthar segera mendapatkan tangan mulus sahabatnya sambil berbisik di telinga Nuha,

"Ana gurau jela,Jom duduk semula.Ada ibrah yang ana nak sampaikan"

Masha Allah,ada-ada sahaja sahabat baiknya ini.Segera Nuha mematikan langkah,dengan harapan betullah kek itu sebenarnya tidak dimasuki tahi cicak.Moga-moga dapatlah Nuha menjamahnya dengan hati riang gembira seriang bulatan gembira.

"Maaflah Nuha,saja je nak kongsi something dari gurauan tadi.Macam tula manusia,Fitrahnya,tidak boleh menerima sesuatu yang baik jika dicampuri dengan sedikit kekotoran atau perkara-perkara yang menjijikkan bukan?walaupun hanya sekelumit cuma.Kita sudah lama berbulatan gembira,sudah diberi perkongsian tentang sejarah Kita,tentang jalan dakwah dan tarbiyah kita,tentang urgensi menyampaikan pada orang-orang di sekeliling kita,tentang urgensi perubahan kita.Tapi sejauh mana kita sudah betul-betul berubah secara total ke dalam celupan Allah ye?

Adakah kita sudah menjadi seperti bola besi itu.Yang mantelnya didasari dan ditanamkan dengan aqidah yang mantap sehingga mampu melebur ke atas matlamat hidup  kita,pemikiran kita,perasaan kita,emosi kita.Lantas dizahirkan melalui gerak amal,perilaku dan akhlak kita.Apakah leburan mantel itu sudah tumpah keluar sehingga tertempias juga pada sahabat-sahabat kita di luar?

Sekelumit cuma,sedikit kadarnya tahi cicak yang ana reka-reka kewujudannya,tapi kita lantas segera menolak keseluruhan kek coklat itu.Bagaimana la pulak agaknya diri kita di hadapan Allah.Mungkin sebahagian besar hati kita sudah cuba dipenuhi dengan cinta Allah,tapi ada sudut-sudut hati kita yang masih berbekas karat-karat,rawaib-rawasib jahiliyyah itu.Apakah Allah sudi menerima kita,atau kita akan ditolak bulat-bulat.

Tunduk,terkesan sungguh Nuha dengan kata-kata Kauthar yang tidak pernah tinggal sastera dan skema susunan ayat putisnya.Sekilas terkenang momen-momen mereka melakar senarai Jahiliyyah di dalam lukisan hati atas sekeping kertas suci berwarna putih itu.Dicontengnya setiap jahiliyyah yang dia azam akan tinggalkan.Terlalu banyak contengan,Ingin menyingkir jahiliyyah itu,tapi sedih melihatkan 'hati' putih berconteng sana-sini dengan kesan-kesan jahiliyyah yang pernah dilakukannya.

Ikhtilat melampau,korea,akademi fantasia,muzik-muzik melalaikan,solat lambat,buang masa.Allah banyaknya jahiliyyah yang pernah dilakukan.

Sejenak duduk-duduk mereka menambahkan iman.Angin Homsin tiba-tiba bertiup kencang melepasi kawasan Perumahan bahagian Bab Syimali itu.Cawan kosong di hadapan mereka dimasuki butir-butir pasir.Kauthar mengambilnya,membuang pasir-pasir kecil yang dibawa Angin Homsin,membasuh cawan itu bersih-bersih,Lalu dituangkan air teh na3nak [daun pudina] ke dalam cawan kosong itu.

Itulah gambaran resolusi muhasabah mereka di petang itu.Jahiliyyah yang syaitan datangkan yang ada selama ini,yang menyerang dari kiri,kanan,atas,bawah,depan dan belakang seperti yang dinyatakan dalam surah Al-A'raf ayat 16 dan 17

"Iblis menjawab: "Karena Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan [menghalang-halangi] mereka dari jalan Engkau yang lurus, (16) kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur [ta’at]. "(17)

Jahiliyyah dalam diri ini,jahiliyyah yang bersarang dalam hati ini,perlu dibuang seluruhnya.Dan ruang hati ini,diri ini perlu disucikan sebersih-bersihnya.Agar boleh diisi dengan jernihnya islam dalam membentuk mantel aqidah yang mantap sehingga mampu mencair dalam diri sehingga melimpah tertempias ke arah orang-orang di sekeliling mereka.

"Nuha,basah tak stokin enti" Kauthar memecahkan kesunyian petang itu sambil Nuha leka menghirup secawan teh na3nak yang terhidang.

"ehe,basah...sebasah hati ana petang ini.Jazakillah Koca."

"Tula,ana da kata.,masuk dalam rumah,duduk di balkoni pun,walaupun separuh berbumbung,kita akan basah juga.Bagitulah islam,kita kena masuk keseluruhannya.Tidak boleh sebahagian sahaja yang kita ambil.Kerna islam yang dicampuri jahiliyyah tidak akan menjadi islam,tapi terus menjadi jahiliyyah.Macam kek tadi,Kek sedap yang dicampuri unsur-unsur kurang enak,tidak akan enak lagi"


"Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. (2:208)"

Mereka menjamah kek itu tanpa ragu lagi.Manis,moga semanis iman yang akan  diperoleh dengan penyingkiran jahiliyyah.Yang mana Allah dan Rasul dicintai melebihi dari yang selain kedua-Nya,sahabat dicintai kerana Dia dan jahiliyyah dibenci sebenci ingin dimasukkan ke dalam api neraka.Sehebeat angin shita membawa pergi dedauanan pepohon zaitun di luar,bawalah juga pergi jahiliyyah ini agar jauh tidak akan kembali lagi.


sayonara jahiliyyah!

Antara dua jalan,anda yang menentukannya!