Sandwich jannah.Gelaran yang mereka berikan kepada ayat-ayat cinta ini.Sekilas Khaulah terkenangkan sandwich yang dia sediakan untuk sahabat-sahabat serumah sambil berkongsikan ayat ini.Sekeping sandwich.Dengan kepingan roti Gardenia yang mengapit daging zinger,sayur hijau salad segar,mayonis dan sos cili.Enak.Begitulah ayat tadi.
Ayat ke 133 dan 136 itulah rotinya.Roti yang menjanjikan keampunan Rabb dan syurga seluas langit biru dan bumi.Maka apakah yang diapit roti keampunan dan syurga tadi kalau bukan orang-orang bertaqwa yang dengan jelas diterangkan cirinya dalam ayat 134 dan 135.
Menahan amarah dan memaafkan kesalahan orang lain bukanlah suatu perkara yang mudah tanpa iman yang telah bangkit dari kelesuan yang berpanjangan.Mengingatkan bahawa menjadi dalam kalangan orang bertaqwa dengan menahan amarah dan memaafkan orang itu bisa Allah ganjarkan dengan cinta,syurga dan ampunannya,Khaulah jadi tenang bersahaja melihat kecuaian Khadijah.Terasa seolah ayat-ayat tadi meyirami segenap hati,bukan mendinginkan keadaan,tetapi menyejukkan hati untuk belajar berlapang dada.Bukankah berlapang itu tahap paling minima dalam bersahabat?
Sejenak 2 sahabat itu terduduk sebentar.Cuba memandang persiapan kuih cara bergaram itu dari kaca mata tarbiyah.Begitulah sistem islam dan sitem jahiliyyah.Tiada kompromi,tiada jambatan yang akan menyatukan mereka untuk disamakan.Filem islam yang suci tanpa percampuran unsur jahiliyyah seperti seks bebas dan ikhtilat terlampau tidak sama dengan filem yang dijenamakan dengan istilah islam seperti kitab,tasbih,tahajjud dan sebagainya.Mungkin sekali imbas tampak serupa hakikatnya ia berbeza.Hubungan lelaki dan perempuan yang halal dengan nikah tidak sama sekali dengan couple yang dijenamakan islamik kononnya menjaga batasan,tidak berdating dan sebagainya.Sedangkan yang haram jelas haram,yang halal jelas halal.
Begitulah salah faham yang pernah berlaku dalam kalangan orang Arab Quraisy,yang menyangka anutan mereka yang diwarisi nenek moyang mereka sejak kurun kemurun dahulu adalah sama dengan fahaman islam yang dikatakan Rasulullah s.a.w sama dengan agama Nabi Ibrahim dalam rangka mentauhidkan Allah.Mereka menyangka mereka mengikuti agama Hanif yang benar,sedangkan mereka telah silap percaturan dalam membunuh anak-anak mereka.Sangka mereka apa yang mereka lakukan sama dengan peristiwa kurban nabi Ismail yang dilakukan Nabi Ibrahim.Maka membunuh anak-anak untuk dipersembahkan kepada tuhan itu adalah salah satu cara mendekatkan diri pada-Nya.
Kafir Quraisy tersesat jauh.Mereka percaya akan Allah sebagai penguasa,mereka yakin kewujudan Allah sebagai pencipta.Sayang seribu kali sayang,syirik yang tercampur merosakkan aqidah yang sejahtera.Ada yang menyembah ukiran patung berbentuk orang-orang salih,ada yang menjadikan penyembahan berhala itu salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.Bukankah Allah itu terlalu dekat dengan kita sehampir urat leher kita sendiri sebagaimana yang telah dikatakan-Nya kita ?
“ dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya,” (50:16)
Tidakkah mereka pernah terfikir,pemberiaan dari seseorang itu,selayaknya ucapan terima kasih diberikan terus kepada pemberinya bukan kepada orang lain.Ibaratnya seorang akhowat bernama Maizura yang mendapat kamera DSLR dari sahabatnya Arifah.Apa perlu Maizura mengucapkan terima kasih kepada Alaa atas pemberiaan Arifah.
“Alaa,terima kasih untuk kamera DSLR yang Arifah hadiahkan kepada saya.”
Pelik bukan?
bersambung....
No comments:
Post a Comment