Monday, March 19, 2012

Tarbiyah kuih cara kita-episod 1




Bahan-bahan telah tersedia.Tepung gandum jenama Somalia yang dibeli di aswaq zam zam di syarik jamiah petang tadi,2 biji telur,perasa pandan bewarna hijau sedikit garam dan susu segar jenama Saudi dimasukkan,dicampur dan bersedia untuk diblender.Bahan-bahan tersebut diblender segera sehingga betul-betul pasti campuran itu sebati antara satu sama lain.Tiada ketulan kelihatan,tiada tepung yang masih menjadi serbuk.

Bekas acuan kuih cara milik ukhti itu dipanaskan di atas dapur.Dengan bantuan daun pandan dari Malaysia yang baru sahaja diposkan oleh ibundanya tercinta ke Jordan tempoh hari,dibuat sebagai alat untuk menyapu minyak ke dalam bekas acuan.Api dinyalakan,minyak dipanaskan,bersedia menerima tuangan acuan yang sudah nampak kehijauan.

Perlahan-lahan,sebatang tubuh milik serikandi bernama Khadijah,cermat menuang acuan ke atas bekas yang telah dipanaskan.Usai beberapa saat,acuan itu dicampurkan dengan sesudu teh kecil butiran-butiran halus berwarna putih.

“Eh Khadijah,yang anti masukkan tadi bukan garam ke?”

Khaulah yang sedari tadi khusyuk memerhatikan gerak kerja sahabatnya yang sedang sibuk menyiapkan kuih cara untuk adik-adik usrah tercinta menegur Khadijah.Sangkaannya pasti benar,butiran putih yang dimasukkan tadi sah garam,bukan gula.Kerana itu dapur rumah Khaulah.Khaulah lebih kenal bekas mana yang menyimpan gula,bekas mana yang menyimpan garam penambah rasa.

Khadijah cuba menjilat sedikit butiran yang masih berbaki di atas sudu teh kecil itu.Kedua-dua mata terpejam rapat,lidah terjelir sedikit mengeskpresikan rasa masin garam yang dijilat.

“Allahuakbar,garam la khaulah.Ana sangka gula tadi.Sama je rupa dengan gula.Warna putih.Halus-halus macam tu.Allah,mesti takde siapa nak makan kuih cara ana nanti”

Khaulah tergelak kecil.Kalaulah dia tidak pernah mendapat sentuhan tarbiyah,suatu sentuhan yang telah mendekatkan dirinya dan sahabatnya dengan Allah,pasti akan terhambur kemarahan.Namun,tarbiyah yang menggunakan manhaj Rasulullah itu,mengembalikan dan mengacukan peribadi mereka dengan akhlak Qur’an.Mengingatkan bahawa Allah menjanjikan sesuatu yang lebih baik kepada orang yang menahan amarahnya dan memaafkan orang lain.Menggolongkan orang-orang seperti ini dalam kalangan orang bertaqwa,orang-orang yang dijanjikan syurga seluas langit dan bumi sebagaimana termaktub dalam kalimah cinta surah Ali Imran ayat 133-136.


“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,[133]

 [yaitu] orang-orang yang menafkahkan [hartanya], baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan mema’afkan [kesalahan] orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.[134]

 Dan [juga] orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri , mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.[135]
 Mereka itu balasannya ialah ampunan dari Tuhan mereka dan surga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, sedang mereka kekal di dalamnya; dan itulah sebaik-baik pahala orang-orang yang beramal. ”[136]

bersambung...

2 comments:

Anonymous said...

ok,
menantikan analogi menarik dari tragedi garam dan gula.

hipotesis sy,
garam adalah jahiliyah
gula adalah islam

apabila kita tidak mampu tamayuz gula dan garam dengan baik, kita akan tersubconscious dengan menamakan garam itu gula. fizikalnya sama tetapi rasa berbeda.

akhirnya jahiliyah dan islam itu bercampur, berkecamuk dalam kefahaman kita.

sy nak hadiah kalau tekaan ini betul.nyih3

Aliyah Al~Istiqamah said...

masha Allah,sangat tepat dan ayat susunan ayat yang sangat hebat

hehe,mcm mana nak bg hadiah kalau x tahu gerangan pemberi komentarnya

salam ukhuwah fillah :)

moga kita memasuki islam keseluruhan,dan tanggalakan secara tajarrud pakain jahiliyyah :)