Thursday, March 1, 2012

hai hai bye bye Jahiliyyah!

Barusan menonton filem-filem sayonara Jahiliyyah.Sekilas teringatkan suatu masa dahulu pernah juga disentuh oleh Jahiliyyah-jahiliyyah itu.Pernah melalui zaman hidup tanpa cahaya.Terleka dengan cerita ‘realiti’,animasi yang penuh fantasi,hiburan yang mematikan semangat jihad,mainan kanak-kanak dan sikap memilih untuk hidup bersuka ria.


Alhamdulillah,sentuhan tarbiyyah menarik tangan ini keluar dari gelap ruang itu,ke arah suatu tempat yang lebih terang bercahaya bersama orang-orang yang ingin mencari Redha-Nya.


Hebatnya tentera-tentera penyembah Syaitan mentajmik kita,menarik kita dengan bisikan-bisikan merdu agar tergelincir dalam najis jahiliyyah itu.Hebatnya jemaah laknatullah mengatur dan menyediakn wasilah Dakwah ila Syaitan dengan Hiburan,makanan,fashion,football,facebook dan sebagainya.Mantapnya kader-kader Syaitan mentakwin penyembahnya untuk menjadi tentera-tentera Ghazwul Fikr dalam menyerang pemikiran kita.Berapa ramai hari ini tewas!


Hasilnya,ummah kita porak peranda.Sedangkan kita dahulu pernah menguasai 2 pertiga dunia.Sedangkan kita telah terpilih untuk manjadi khairu Ummah itu.Tetapi kerana jahiliyyah itu,kita jadi robot yang hanya mengikut telunjuk jari Israel laknatullah!Jahiliyyah yang melekakan menjauhkan kita dari Al-Qur’an,memadamkan rasa persaudaraan.Lantas,bergemalah Tangisan derita di Al-Aqsa.Suadara mara kita terus menazarkan diri mempertahankan tanah milik kita,tapi kita seolah-olah tidak pernah cakna hanya mampu membisu memejam mata.Sekecil-kecil usaha pun tidak kita lakukan.
"Dan orang-orang yang beriman berkata: "Mengapa tiada diturunkan suatu surat [1] ?" Maka apabila diturunkan suatu surat yang jelas maksudnya dan disebutkan di dalamnya [perintah] perang, kamu lihat orang-orang yang ada penyakit di dalam hatinya memandang kepadamu seperti pandangan orang yang pingsan karena takut mati, dan kecelakaanlah bagi mereka. (20) "-Muhammad-


Hanya bait-bait cinta ini mampu mengekspresikan perasaan saat mendengarkan Taujihat pelaksaan Global March to Jerussalem yang akan diadalakan pada 30 Mac ini.Masanya telah tiba,seolah-seolah semboyan telah berbunyi menyeru kita ke sana.Mungkin suatu masa kita lah yang paling lantang agar peperangan dilancarkan,sdgkan Islam itu berkembang bukan melalui kekerasan.Tapi saat demontrasi aman nanti akan dilancarkan,apakah kita akan turut menjadi orang yang memandang kepada Rasulullah seperti pandangan orang yang pengsan?
Serius ke?Biar Betul?Mungkinkah hanya itu yang terpacul?
Isu ini membuka mata,urgensinya kita untuk terus thabat memilih untuk berubah,memilih untuk hidup dengan insan-insan yang sedang membina sebuah mujahadah dalam menghadapi goncangan-goncangan kecil nafsu,sebelum berdepan dengan goncangan dahsyat seperti yang diterangkan dalam surah Al-Ahzab ayat 7-15


wallahua’lam,caknalah isu ummah,kerana ia menggerakkan enjin iman untuk terus istiqamah dalam berubah.Kita membina diri dalam menjadi individu muslim untuk memakmurkan bait muslim yang berlandaskan taqwa,dalam melahirkan generasi masyarakat yang bertaqwa,kerana masyarakat itu sangat penting dalam membentuk sebuah daulah yang dipenuhi insan-insan bertaqwa,kerana kewujudan daulah itu meyakinkan seluruh manusia memilih Islam dalam usaha mengembalikan Khilafah.Dan khilafah yang didasari orang-orang bertaqwa akan terus berlari laju menegakkan kalimahnya di seluruh dunia dalam mengembangkan Empayar.Agar nanti,seluruh alam merujuk Islam semula,dan saat itu terlaksanlah syahadatul Hak kita dengan sempurna.


Katakan bye bye pada jahiliyyah kita dahulu,kita harus tinggalkan kerana ingin bersama orang-orang yang serius ingin membantu saudara mara kita di situ
Dan katakana Hai kepada orang Jahiliyyah,kerana kami sedang membangkita,dan akan terus bangkit dalam menegakkan yang hak dan menjatuhkan yang batil.


“Ya Allah,ikhlaskan hati kami”-amiiiin-


p/s-Jom cakna dengan mengikuti perkembangan GMJ di laman web ini http://www.mygmj.org/








No comments: