Tuesday, August 31, 2010

Apabila harta dipandang tinggi siri 2

Imam mogok



2010/08/31
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
MANAMA: Seorang imam yang mendakwa tidak dibayar gaji mengunci pintu sebuah masjid di Arab Saudi menyebabkan jemaah tidak dapat menunaikan solat di masjid itu, semalam.
Menurut laporan akhbar harian Al Yaum, sebelum ini seorang dermawan menawarkan diri untuk membayar gaji imam warga Sudan terbabit.
Bagaimanapun, kegagalan dermawan berkenaan berbuat demikian mendorong imam terbabit mengunci pintu masjid di daerah Wadi Al Dawaser.

Penduduk di situ merayu imam terbabit membuka pintu masjid bagi membolehkan mereka menunaikan solat Isyak dan Tarawih tetapi rayuan mereka tidak diendahkan. “Kami mahu memperbanyakkan ibadah ketika Ramadan dengan menunaikan solat Tarawih dan membaca al-Quran di masjid tetapi imam terbabit tidak menghiraukan hasrat kami,” kata seorang penduduk.

Kira-kira 60 jemaah menunaikan solat di masjid itu yang dibina hasil sumbangan dana seorang dermawan. “Kami sudah melaporkan kepada pihak berkuasa supaya melantik imam baru supaya kejadian seperti ini tidak berulang,” kata seorang lagi penduduk. - Agensi

sumber: METRO ONLINE

***
hoho
apa nak jadi da
fakkiru fakiruu jaiyyidan

syurgamu ramadhan


bismillah
kepada sesiapa yang tahu ana hanya mempunyai besi buruk berbentuk kotak tv mesti pelik tbe2 ana publish pasal rancangan tv
huhu..dunia dah berubah
zaman makin maju
sekarang semua mende di hujung jari
oleh kerana rasa mcm dah lama sangat2 x menonton tv
alamtanya kami yang hanya mempunyai internet ni mengambil keputusan utk menonton siri2 tv di internet sajalah
credit to kak ngah yg suggestkan crt ni

cerita ni pada ana best
bukan pasal cinta cintun kapel x tentu pasal
ade la jugak siket
tp bukan tu mesej yang nak disampaikan

secara ringkas cerita ni mengisahkan tentang HALIMATON ibu kepada dua orang anak MARLIA dan YASEEN.HALIMATON ade krisis ngan anak dia sebab anak die jatuh cinta ngan orang low profile.mula2 anak dia sayang kat NIZAM.tp sebab dah kantoi n nizam da kena sogok ngan duet allah izin director kawenkan die ngan BUDI pemandu kereta marlia yang sgt ensem dan baik hearty.tp dugaan la die memilih budi.last2 terpaksa kawen lari.yang mak die pulak nak gi kawenkan ngan REMY.lelaki kaya yang buaya darat.

nak tau lebih lanjut ushalah kat tv.kalau x nak tdo lewat sebab nak qiam esok tontolah petang dalam kol 2~3 petang ke.

nak ulas sket pasal setiap perwatakan yang ada menurut kaca mata ana
(mcm nak tulis krgn komsas la pulak)

HALIMATON
terlalu workaholic
asek cakap pasal bisnes
x setuju dgn tndakan dia yang MEMAKSA anak die kawen ngan laki lain
kalau ade agama xpela gak
isteri yg nusyuz sanggup biokan je suami dia krn terlalu fanatik dengan perniagaan dia

MARLIA
keras kepala siket
memang la ada hak x nak setuju ngan cdgn mak dia
tp ana x brape setuju la cara dia bernogisiasi ngan mak die
cubelah pujuk director kasik mak dia lembut hati sket kalau die ckp baik2
(bajet aku director ke)

YASEEN
anak yang baik ikut je ckp mak dia
walaupon terpaksa kawen dengan AISYAH yang mcm gangster
tp sebab kawen terpaksa tula mcm2 dosa dapat
salah satunya menjadi suami yang dayus
lantak p je aisyah tu nak pakai mcm mana,keluar ngan sapa
lelaki2 kat luar sana jgn jd suami dayus ye
tego2la pemakain isteri
ambik2 taula isteri kuar gi mana
senang crt keluar je sekali ngan isteri
(mcm aku ade suami)

watak-watak laen banyak lagi
tp kang panjang posting
ade pulak yg tepakse beli kanta pembesar nak bc posting ana ni

nota kaki:-
sedang menanti episod ke 10
kalau nak tonton crt ni siap2 tisu kat sebelah..siyes lebih haru dr crt korea korang
nak tambah feeling dengar OST die sekali

wallahua'lam

fadhilat membaca ayat kursi

SINAR CAHAYA AYAT KURSI







·

Dalam sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan yang duduk di atas pintu rumah. Tugasnya ialah untuk menanam keraguan di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan di hati isteri terhadap kejujuran suami di luar rumah. Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah

sehingga Baginda mendengar jawaban salam dari isterinya. Di saat itu syaitan akan lari bersama-sama dengan salam itu.



Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:



1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi bila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.



2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada dalam lindungan Allah SWT hingga sembahyang yang lain.



3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, dia akan masuk syurga dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah SWT akan memelihara rumahnya dan rumah-rumah disekitarnya.



4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap-tiap shalat fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia setiap hati orang yang bersyukur, setiap perbuatan orang yang benar, pahala nabi2, serta Allah melimpahkan rahmat padanya.



5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.



6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang, Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama Nabi Allah sehingga mati syahid..



7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam kesempitan niscaya Allah SWT berkenan memberi pertolongan kepadanya.



wallahua'lam


kalau ade mana2 fakta yang salah mohon diperbetulkan di ruangan komentar
syukran

bersiap dan bernikahlah

Posting ini bukanlah bermakna ana akan bernikah dalam masa yang terdekat
sekdar perkongsian apa yang ana baca melalui majalah haluan baru-baru ini

***
Nikah-satu perjanjian berta yang bertujuan untuk:-

  • menjaga kesucian diri
  • membina kekuatan umat islam

PERSEDIAAN SEBELUM PERKAHWINAN

  • proses pembinaan individu
  • proses pencarian calon pasangan 
  • persiapan konsepsional
  • persiapan peribadi
  • persiapan fizikal danwalimah
  • persiapan material

PROSES PEMBINAAN INDIVIDU:
  • spiritual dan moral yang baik
  • matang dr sudut islam
  • usaha meningkatkan sahsaih diri kepada lebih baik

PROSES PEMILIHAN CALON PASANGAN

  • doa diberikan calon pasangan yang soleh dan solehah
  • memilih pasangan yg memiliki agama serta fikrah yang sejahtera
  • memilih mengikut saranan rasulullah seperti melihat pada AGAMA,keturunan,kekayaan dan rupa.
  • istikharah

PERsEDIAAN KONSEPSIONAL

  • menjadikan rumahtangga sebagai platform untuk melahirkan generasi rabbani serta sarana tarbiyah

PERSIAPAN PERIBADI

  • menjaga fizikal dan personaliti (lambang mampu amanah terhdp diri sndr sebelum memegang amanh yang lebih besar)

PERSIAPAN FIZIKAL DAN WALIMAH
  • rancang ekonomi dengan bijak

PERANAN RUMAH TANGGA

  • MASJID-memastikan rumah tangga padat dengan aktiviti2 yang mendekatkan diri dengan Allah dan agama islam.
  • SEKOLAH-membekalkan ilmu duniawi dan ukhrawi kepada ahli rumah a.k.a keluarga
  • MARKAZ-melatih ahli keluarga menjadi parajurit
  • HOSPITAL-merawat jasad dan hati2 yang terluka diserang GHAZWUL FIKR

wallahua'lam

Monday, August 30, 2010

merdekakah kita?




bismillah
dah lama ana tidak membuat penulisan merujuk kepada kamus dewan edisi ketiga
hari ini 30 ogos dan esok 31 ogos 2010
ya,siapa yang tidak kenal tarikh keramat itu
tarikh pembebasan negara kita daripada tangan penjajah
negara kita saat ini telah 53 tahun merdeka
namun merdekakah kita?

sebelum ana mengulas panjang
moleklah kiranya ana mendefinisikan makna merdeka melalui rujukan yang ana buat via kamus dewan edisi ketiga ini
merdeka dapat dedefiniskan sebagai bebas (daripada penjajahan),kurungan.naungan dll.lepas daripada tebusan,tuntutan.berdiri sendiri tidak bergantung pada yang lain.

ana akui
ana maseh tdk mampu mengulas definisi sebuah kemerdekaan dengan penulisan yang matang lagaknya seperti seorang cendekiawan
bersungguh ana mencari dan membelek2 surat khabar ulasan mengenai kemerdekaan
namun ana mati akal
tdk tahu cara terbaik untuk menulis dengan cerdik

apa yang ana mampu kongsikan
sebuah persoalan atau mungkin banyak persoalan
merdekakah kita setelah 53 tahun ini?
merdekakah kita walaupun maseh terpaksa berdepan dengan perang pemikiran yg dilancarkan oleh penjajah sejak dahulu hingga kini?
merdekakah kita andainya maseh lagi ada isu buang bayi,bunuh-membunuh dan rogol sana-sini,
merdekakah kita walaupun dunia fesyen kini ilhamnya hasil inspirasi negara-negara penjajah kita sendiri
merdekakah kita?
merdekakah kita?


53 tahun yang lalu
perdana menteri kita yang pertama melaungkan merdeka!merdeka!dan merdeka!
7 kali
tapi hari ini
ana kira laungan yang perlu ana laungkan jauh dr sudut hati
merdekakah kita?merdekakah kita dan merdekakah kita?

***

alhamdulillah
syukur ke hadrat Illahi
merdeka kali ini jatuh dalam 10 malam terakher dalam bulan yang suci
ramadhan al~mubarak
bagi ana
mungkin merdeka tahun ini dapat dedefinasikan sebagai kebebasan melakukan amal~ibadah bagi merebut malam lalilatul qadr

tema merdeka tahun ini
1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI
semoga ramadhan kali ini membantu kita untuk mentransformasikan sahsiah diri
dari buruk kepada baik dan dari baik kepada lebih baik

sama-samalah kita bebas beribadah sambil menghayati erti sebuah kemerdekaan

wallahua'lam

indahnya persahabatan



indahnya persahabatan
bila dia gembira
aku turut teruja
bila dia ketawa
aku ikut gelak sama
bila senyum menghiasi di bibirnya
seolah dunia aku yang punya
bila dia tenang
hilang rasa bimbang

dan.... 
bila dia berduka
aku bermuram durja
bila dia resah
aku merasa gelisah
bila dia menderita
aku terseksa
bila dia menangis
hati aku terhiris

dua hati satu rasa
berkongsi segala pahit manis cabaran hidup di dunia



semoga yang terbaik dr Allah itu adalah untuk kita sahabat

wallahua'lam


~Monolog jauh dari sudut hearty~

Sunday, August 29, 2010

sembelihan


gambar sekadar hiasan

bismillah
gambar di atas ditangkap semasa amali sembelih
yang diadakan tahun lepas di sekolah sempena bulan BADAR x silap

bercakap mengenai sembelihan
ana sebenarnya baru sahaja lepas menonton satu video yang dikongsikan oleh sahabat ana RAIHAN rahmat
mengenai cara2 orang membuat daging burger
apa kejadahnya mereka mengisar lembu itu hidup-hidup tanpa di sembelih dahulu?
 (cuba baca ayat ni dgn gaya wan kamaruddin wan ibrahim)

mungkin ada sesetengah pihak yang selama ini menyangka umat islam yang bertindak kejam kerana menyembelih haiwan sebelum di makan
nah..saksikanlah sendiri dalam video itu
siapa yang kejam sebenarnya

teringat kisah yang disampaikan oleh guru bahasa inggeris ana  di Sekolah Rendah Ibnu Khaldun
orang kafir kalau nak menyembelih haiwan pelbagai cara
ada seorang fulan berbangsa sekian2
sanggup mengetuk2 seekor kambing menggunakan penukul besi sampai mati
apa kejadahnya
kan mudah dgn cara islam
sembelih dengan cara memutuskan urat halkum dan murih
serta menggunakan alat sembelihan yg tajam
agar haiwan yg disembelih cepat mati
xdela terseksa menunggu sasi baki nyawa dalam tempoh masa yang lama

kepada yang kisar lembu tu hidup2
bayangkanlah kalau die yg kena kisar
nauzubillah



lembu berkata: siapa yang kisar kwn aku hidup2 tu..aku tanduk kang baru tau!!

fenomena: busana muslimah

bismillahirrahmanirrahim
Rasulullah S.A.W bersabda:

"Terdapat dua golongan penghuni neraka yang aku tidak akan jumpa: (PERTAMA) Orang yang memliki alat pemukul seperti ekor lembu yang mereka menggunakan untuk memukul dan (KEDUA) wanita yang berpakaian tetapi telanjang,yang cenderung lagi mencenderungkan.Kepala mereka seperti bonjol unta yang condong ke sebelah.Mereka tidak akan memasuki syurga dan tidak akan menghidu baunya sekalipun bau syurga dapat dihidu dari jarak yang sekian-sekian."

***

ana bukanlah sesiapa yang hebat untuk mengulas mengenai busana muslimah
namun kerana kebelakngan ini berjalan2 ke blog orang lain maseng2 sibuk menyatakan kebimbangan mengenai perkembangan fesyen busana muslimah yang telah diinovasi dari masa ke semasa
katanya sebagai alternatif bagi mana2 individu yang ingen mengekalkan imej muslim dengan gaya yang selesa,dan moden
moden katanya??
sedangkan rata2 busana muslimah kini tidak mengikuti kriteria yang digariskan oleh agama islam


ana x faham kenapa kalau keluar ternampak wanita2 yang memakai tudung tdk menutup dada?
x faham asal la nak tunjuk sangta segala yang ada (maaf mungkin persoalan ni sedikit sensitif)
n ana pon x faham asal la sekarang maken ramai wanita yang memakai tudung ade bonggol tinggi kat belakang
teringat masa ana,saadah dan hasanah menaiki perkhidmtan lrt dr wngsa maju untuk ke pulang ke rumah
kami ada juga terserempak dengan seorang wanita yang berbonggol besar di belakang
besar sangat pulak
sekali tengok mcm ade ketumbuhan kat kepala pon ade
astaghfirullah

ana xde gambar nak dikongsi mengenai busana2 muslimah yang dikatakan tdk memenuhi kriteria yg digariskan agama islam
beliau ada ulasan panjang mengenai pandangan beliau terhadap busana muslimah

sekadar menyampaikan satu pesanan yang ana pena dapat dr seorang kwn ana
kepada wanita-wanita di luar sana TUTUP lah auratmu bukan BALUT lah auratmu

kepada yang terasa ingin melakukan anjakan paradigma dalam menutup aurat tetapi maseh belum ketemu butik2 yang ada menjual kelengkapan menutup aurat bagi wanita
bolehlah kujungi i NUR shop


sekadar menyampaikan apa yang ana tau
semoga kita maseng2 dapat menjadi contoh untuk wanita2 di luar sana dalam etika berpakaian dihiasi dengan akhlak yang solehah

wallahua'lam


seindah hiasan adalah wanita solehah

Saturday, August 28, 2010

iftar jamaie di DE' LAIHA

bismillah
alhamdulillah
berbuka di luar rumah sekali lagi
kali ini di restoran di DE' LAIHA
setiap tahun alhamdulillah kami memang selalu dijemput untuk berbuka di sini secara percuma
tu best jd anak pengetua..

berikut merupakan juadah yang disediakan di restoran
maaf gambar x berapa nak cantek
kamera sony erricson w205 memang kureng


nasi putih (agak-agak kat jordan leh x makan nasik hari-hari)



ikan 3 rasa

daging??

udang tempura kata aki



ssssaaaayyyyuuurrr??


jus tembikai dan fresh orange

turut menyertai kami sekeluarga seekor kucing yang tidak tahu milik siapa

terima kasih daun keladi kepada empunya restoran
lain kali belanja la lagi

wallahua'lam

credits to: dayah yang rajen snap photo

Hepi belated birthday and hepi birthday


bismillah
hepi belated birthday kepada x~ahli usrah aku
syikin othman
yang kini sedang berada di luar sememnanjung malaysia
huhu
sori lambat wish
pepon semoga panjang umur dan murah rezeki
semoga dapat jadi best student di bumi kenyalang sana
(eh sarawak ke sabah eh??)
hehehe


n selamat hari lahir to hafizah mihat
aku rs pija x bc ke blog aku
tp mana tau tbe2 pija terbukak blog ni
this post is special for syikin n u ok
semoga cepat besar dan cepat tinggi
serta cepat matang..hehehe
fakta: pija adalah kwn aku since skola rendah
alhamdulillah jodoh kami masih panjang untuk melanjutkan pelajaran bersama-sama di bumi isra'

wallahua'lam

bazar atau masak sendiri

Bazar Ramadan paling berisiko




BAZAR Ramadan yang dikunjungi orang ramai untuk membeli juadah berbuka menjadi tempat paling banyak berlaku keracunan makanan. -




gambar sekadar hiasan


--------------------------------------------------------------------------------





KUALA LUMPUR - Bazar Ramadan mungkin menjadi tempat paling sesak dengan orang ramai yang mahu mencari juadah berbuka tetapi ia juga tempat yang paling banyak berlaku kes keracunan makanan sejak umat Islam mula berpuasa pada 10 Ogos lalu.



Laporan Kementerian Kesihatan mendapati, daripada 13 kes keracunan makanan yang dilaporkan sejak 10 Ogos lalu, sebanyak tujuh kes didapati berpunca daripada makanan yang dibeli di bazar Ramadan.



Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican dalam kenyataannya di sini semalam menjelaskan, kesemua kes membabitkan makanan yang telah basi tetapi masih dijual kepada pelanggan.



"Kami kecewa dengan sikap pengendali makanan yang masih menghidang atau menjual makanan basi tanpa mengambil kira kesan terhadap kesihatan pelanggan mereka," katanya.



Menurut beliau, tiga kes lagi berlaku di institusi seperti kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) atau kolej manakala lain-lain kes di kantin sekolah serta majlis persendirian.

dipetik daripada: KOSMO ONLINE.

* * *

pendapat peribadi
memasak di rumah lebih better daripada pergi bazar
tambahan pegi bazar bukan sahaja akan mendedahkan anda kepada ancaman keracunan makanan
malah ia juga akan turut mendorong pembaziran yang melampau
tepuk perut tanya selera
tepuk dada tanya iman

iftar jamaie di kampung


bismillah
alhamdulillah diberi kesempatan untuk meluangkan masa bersama saudara mara sebelah ibu
bagi memeriahkan lagi program berbuka puasa bersama mereka
sebelum ni ana pernah terlepas untuk berkumpul bersama mak cik dan pakcik serta sepupu sepapat yang lain kerana terpaksa mengahdiri HIGH TEA di Sam Bestari

memandangkan Kuala Lumpur terkenal dengan keadaan lalu lintas yang MUZDAHIMAH jidan2
maka kami telah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selama beberapa jam
memang sgt x seswai untuk memandu kereta di Kuala Lumpur
maka gunakanlah pengangkutan awam sekiranya anda berhasrat untuk berjalan2 di sana

Sepanjang berjalanan
ibu ade bercerita mengenai kes pecah amanah
yang dilakukan oleh seorang jaga
apa nak jadi
nama jaga tetapi bukan dia yang menjaga
harapkan pagar,pagar makan padi
(kalau buat krgn spm mesti ade mrkh bonus sebab bubuh peribahasa..ehe)
jaga itu telah memecah masuk bilik komputer
dan berjaya melarikan 2 buah laptop
sekarang telah menghilangkan diri entah ke mana
kepada jaga tersebut bawak2 lah bertaubat di bulan yg mulia ini

Alhamdulillah
dengan izin Allah kami sampai juga ke kampung beberapa minit sebelum azan berkumandang
pelbagai juadah telah dibawa oleh setiap mak cik dan pak cik
dan tidak terkecuali kami sekeluarga membawa lauk ASAM PEDAS IKAN PARI
memang pergh~~

solat maghrib,dan isyak serta tarawikh dilakukan secara berjemaah
diimamkan oleh encik ibrahim a.k.a Pak USU
iftar habis dalam jam 1030
semoga perkumpulan antara keluarga dapat merpatkan lagi kemesraan antara kami semua
wallahua'lam

Friday, August 27, 2010

Wajah Baru

bismillah
alhamdulillah
blog ana telah bertukar wajah
bukan ana tidak setia
tapi saja2
hahaha
memang takde kene megena
(sila baca dengan bhs baku untuk mendapatkan rima yang sama)

maaf andai ade pelawat yang rasa template baru ni x kena
jika anda rasa begitu silelah buat blog sendiri dan pilihlah template yg anda suke pastoo tatap sorang2
maaf andainya saiz font tulisan utk template ini kecil
anda boleh amik beberpa langkah
1.tekan butang X di sebelah kanan utk tutup trus blog yang menyakitkan mata
2.tekan butang Ctrl sambil tekan butang + untuk menambahkan kebesaran tulisan (x taula kalau laptop dell je yang leh wat mcm too.)
3.pakai spek mata
4.pakai kanta pembesar

semoga blog ini bukan sahaja berubah rupa
tetapi akan cube diusahakan oleh empunya blog untuk mengubah gaya penulisan
supaya tampak lebih matang dan bergaya (ecece)
wallahua'lam


Credits to :Adobe Dreamweaver CS5

Thursday, August 26, 2010

mujahid baru

bismillah
tahniah kepada kak nurul adni andan
merangkap naqibah usrah ana
yang telah berjaya dan selamat melahirkan seorang mujahid baru
yang diberi nama ABDULLAH
semoga kehadiran mujahid baru ini menjadi satu anugerah yang tak ternilai untuk kak nurul sekeluarga
serta bakal memberi manfaat kepada agama ISLAM kite
wallahua'lam




gambar sekadar hiasan ok

p/s:sori kak nurul x dpt call..xde kredit..hehehe

Hukum Ikhtilat menurut pandangan Islam

DEFINISI IKHTILAT:
percampuran antara lelaki dan perempuan yang ajnabi (bukan mahram)

PANDANGAN:-

Dr.Abdul Karim Zaidan dalam kitab Al~Mufassol fi Ahkam Al~Mar'ah wa Bait Muslim:

-pada dsrnya hukum ikhtilat adalah HARAM di sisi ISLAM.
-pergaulan mestilah:
  • mempunyai batasan
  • bukan sama seperti kita melayan sama jantina
-beberapa keadaan mengharuskan ikhtilat:-
  • percampuran kerana dharurat
  • percampuran kerana keperluan (hajat)
PERCAMPURAN KERANA DHARURAT:-

-seorang wanita yang tersesat dan cume ade sorg laki je.laki tu perlu tolong die sampai ke tempat yang selamat

PERCAMPURAN KERANA HAJAT:-

  • jual beli
  • saksi di mahkamah
  • tugas pengawasan cth AL~ADAWIYAH yang dilantik amirul mukminin untuk awasi keselamatan pasar
  • isteri layan tetamu dgn syarat suami ade di situ
  • naik kenderaan awam utk menuju ke tempat berfaedah
  • jihad
  • belajar dan mengajar
  • ziarah saudara mara

ADAB-ADAB IKHTILAT YANG BETUL MENURUT ISLAM:-

  • menutup aurat
  • jaga pandangan
  • tdk bersentuhan laki pompuan
  • wanita x lunakkan sore
  • wanita x berhias (tabarruj)
  • tdk berdua-duan
  • tiada perbuatan dan perbualan yg berunsur syahwat
KESAN PERGAULAN BEBAS:-

  • keruntuhan akhlak
  • lahir anak zina
  • penceraian dan keruntuhan rumah tangga
  • dll
KESIMPULAN:-

Ikhtilat tanpa had yg dilakukan oleh barat adalah bercanggah dgn islam.walaupon berselindung di sebalik alasan TEMAN BIASA,TEMAN TAPI MESRA,SUKA-SUKA atau DAPAT KAWAL DIRI DARI ZINA,namun ia tetap tidak akan mampu mengubah hakikat bhw syaitan akan menjadi penghasut dan penyemarak kepada gelora nafsu manusia yang tdk pernah padam.

IKHTILAT SIBER BAGAIMAN PULA??

wallahua'lam

pembakar semangat


bismillah
baru lepas jalan2 di fb kwn2 lama
mata ku tertarik pada salah satu status update seorang mantan ketua kelas 5 al~jabar tahun lepas
dia dapat 4 flat utk exam baru2 ni
aku tau ko x bc pon blog aku
papepon aku sgt berbangga dan tahniah!!!

selain tu bukan dia saja
malah salah seorang mantan penghuni kelas 5 al~jabar juga telah berjaya mendapat 4 flat di matrik melaka n jd best student sekali
amal betulkah kenyataan mereka tu
ko sama matrik ngan beliau kan?
kan2

apepon sangat gembira dan tumpang gembire la sekali atas kejayaan mereka
dan sgt2 membakar semangat untuk belajar bersungguh2 di yarmouk uni nanti
x mustahil kan pelajar malaysia nak jd best student kat negara orang??
yg penting disiplin dan jaga hubungan baik dengan Allah dan manusia terutama guru dan ibubapa

22 hari lagi..bersediakah anda??


Wednesday, August 25, 2010

sebarkan

PADERI MELAYU  BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG - RAZMAN ZAKRI Subject: FW: PADERI MELAYUPLEASE FORWARD THIS MESSAGE TO OTHER MUSLIMS..

SEKARANG KRISTIAN SEDANG AKTIF DI SEREMBAN 1900 ORANG PADERI MELAYU YANG BARU TIBA DARI SINGAPURA BERADA DI SINI SEKARANG. MEREKA MENGGUNAKAN SIHIR. BERHATI- HATI DENGAN AIR MINERAL JENAMA:- 1. AL -BARAMKAH 2.AL-MANSORI 3. AL-BISTARIA P/S : SAMA ADA DIPEROLEHI SECARA PERCUMA ATAU DIJUAL MURAH SEMUA AIR-AIR INI TELAH DICAMPUR DENGAN 'HOLY WATER' TOLONG SEBARKAN MESSAGE INI KEPADA SEMUA UMAT ISLAM/SAHABAT/SAHABIAH & DLL. SESUNGGUHNYA KITA TAK TERMAMPU MEMEGANG SENJATA UNTUK MENEGAKKAN AGAMA ISLAM, AKAN TAPI KITA BOLEH LAKUKAN DENGAN SEND MESSAGE NIE .. SEMOGA JASA BAIK INI DIRAHMATI OLEH ALLAH SWT..

WALLAHUA'LAM

kucing


bismillah
pagi2 subuh memang aktiviti aku jalan2 kat dalam dunia siber
baru je menonton satu video kucing yg dipotong kaki depannya sebab mencuri ikan di restoran bukan islam

sebagai seorang pencinta kucing
siyes nak menanges giller2 masa tengok video tu
sebelum ni ade usha video pasal kekejaman manusia atas kucing
mungkin korang pena tengok kan video seorang wanita pijak kucing dengan kejam pakai kasut tumit die
apa kejadahnya die wat mcm too pon aku tak faham

teringat kat umah ade jugak kucing kat sini yang  x sengaja menjadi mangsa
jiran aku tdk berniat kejam
suatu hari die maen mercun dan campak ke jalan
korang tau la kucing kalau nampak kte baling2 ni die ingat makanan sedap ke apa
kucing tu pon amik mercun too
gigit kowt (aku bukan saksi kejadian)
so..faham2la apa yg terjadi

alhamdulillah kucing too masih mampu meneruskan hidup
cume mulut ia berubah rube
first tyme aku nampak kucing tu ingatkan keajaiban dunia ade kucing mulut mcm too
biller tanya adek aku brla aku tau

so sapa yang suke maen mercun ke meriam ke atau yg sama waktu dengannya tu
doksahlah maen depan kucing korang ke ayam korang ke
kalau ikan xpela..die bukan bole lompat kuar nak amik mercun tu
senang ckp x yah maen mercun la
wat bazir duet je
baik simpan bg aku
wallahua'lam


kucing: sayangilah saya yang comel tuan2 dan puan2 sekalian


Tuesday, August 24, 2010

peringkat puasa

bismillah
sempena ramdhan al~mubarak ini
empunya blog perkongsian rohani ingin berkongsi sedikit sebanyak info PERINGKAT PUASA yang ana dapat dr naskahah PEDOMAN RAMADHAN MUSLIM SEJATI

PERINGKAT PUASA:-
-puasa umum
-puasa khusus
-puasa khususul khusus

PUASA UMUM
-puasa orang islam yang masih menderhakai Allah
-puasa makan dan minum
-mampu tahan nafsu syahwat
-masih ade amalan2 buruk seperti mata kernajng
-maksiat telinga
-kaki masih menuju ke tempat2 sia2 dan maksiat

-scr zahir masih belum mampu berpuasa
-secara batin hati masih ade unsur2 riak,ujub,sombong,takabbur,cinta,dunia,bakhil,dan sebagainya.

-puasa tdk beri kesan pada jiwa
-tidak dapat hikmah berpuasa
-tidak diterima sebagai ibadah

PUASA KHUSUS

-puasa golongan ABRAR,AL~MUFLIHUN dan AL~FAIZUN
-puasa dr segalan yang diperintah oleh kecuali menahan hati dr ingat mende2 dunia yang halal dan harus diingati
--tak makan,x minum,x melakukan perkara2 yg batalkan puasa atau kurgkan keberkatan puasa but still ingat mende dunia yg halal dan harus diingati

PUASA KHUSUSUL KHUSUS

-puasa golongan MUQARROBIN
-puasa dr segi lahir dan batin dan puasa dr mende2 dunia yang harus
-hati sentiasa ingat Allah pd tiap saat,detika,dan jam
-hati tenggelam lahir dan batin memuja dan memuji Allah
-merupakan puasa para Rasul,nabi dan wali2 Allah

SEMOGA RAMDHAN KALI INI LEBIH BAIK DARI SEBELUMYA

wallahua'lam

ibrah daripada seekor kucing

bismillah
teringat di satu maghrib yang harmoni
tengah2 berbuka
mcm biasa kucing kuarga kami yang bernama 'gemok' pasti akan turut bersama menambahkan riuh rendah dengan mengeluarkan bunyi berbaur simpati di luar rumah
mungkin kalau bole ditranslatekan ia sedang berkata kepada kami
"oi..bukak puasa tak ajak aku"
hahaha

GEMOK
haiwan peliharaan yg paling disayangi ayah
tengah2 buka
tbe2 ayah memulakan bicara
biller tengok 'gemok' makan timbul beberapa persoalan
istimewa betul kucing nikan
makan tulang2 sekali
gigi kecik je..bukan besar mcm kite
dala x tecekik
makan pakai mulut je
mantain x yah gune tangan
apatah lagi sudu dan garfu

huhu
ibrahnya
setiap makhluk ada keistimewaan maseng2 kan
ade yg kite leh wat ia x leh wat
ade yg ia leh wat kte x leh wat
melalui kucing itu juga
aku belajar
lemahnya manusia
apa lah yg nak dibangga
makan pon kena ade bantuan tangan dan kadangkala kutleri yang lain

jadi untuk alasan apakah  kite membangga diri
sungguh kite memang hamba yang kerdil di sisi ILLAHI

wallahua'lam




24 hari lagi..bersediakah anda??

bismillah
pejam celi pejam celik
tinggal 24 hari lagi je bakal meuju ke jordan sana
mcm mana persediaan
jom kita zoom....

PERSEDIAAN MATERIAL
-pakaian: tdg labuh.baju kurung.t~shirt,telekung n yg sama waktu dengannya

-alat bantuan belajar:alat tulis,kertas kajang,buku nota,kalkulator saintifik (utk pelajar iktisod khusunya jgn lupe bwk),laptop,beg kuliyah.

-dokumen-dokumen penting:gambar passport bwk banyak2 utk wat iqamah,salinan ic diri sndiri,mak bapak (bwk jela),n apa2 sijil yg rasa perlu serta surat2 yg rasa pelu.bak kata nabil raja lawak LU PIKIR LA SENDIRI atau dalam bahasa lebih bertamadun FAKKIRU2 JAYYIDAN..haha..

-buku-buku atau yg sama waktu dengannya: qur'an tafsir,kamus 1je cukup,mathurat kecil,diari harian (utk menjadikan hdup anda sistematik)

MAKANAN
-rempah ratus,instant noodle (kes emergency),sup campbell (sape2 belanja aku..hehe),periuk belanga segala..

PERSEDIAAN EMOSI DAN MENTAL
-doa banyak2 kat Allah
-muhasabah,mujahadah and munakahah (eh..tu lama lagi)
-didik nafsu dan uruskan perasaan

PERSEDIAN OTAK
cara-cara mengasah otak yg mungkin berkarat di simpan di rumah:-

-buat latihan bahasa arab yg mudah2..crkla buku latihan bahasa arab komunikasi form one ke..buat..mesti syok..sebab kte da besar kalau buat level drg insya Allah relax dan mendamaikan..dalam masa yg sama otak bergerak
-x yah susa2 perah2 otak buat soalan addmath melainkan ko memang terror..amik je buku matematik UPSR,jawab semua set soalan..bergerak gak otak en3
-p ziarah laman web LANG MEDIA ARABIC IN JORDAN tu..best woo bahasa ammi

kepada yang masih belum beli barang2..cepat2 selesaikan urusan beli belah.nanti esok orang raya kat umah..kite raya kat pusat beli belah pulak.haha..

wallahua'lam

apabila harta dipandang tinggi


bismillah
baru sahaja lepas menonoton atau mungkin mendengar
rakaman suara seorang pendengar radio atau mumkin tunangan org
yg meluahkan masalah PERIBADI nya di radio
dengan harapan deejay dapat membantu nya
masalah lelaki tersebut
tunangnya mintak putus gara2 lelaki tersebut hanya bekerja sebagai penjual burger

terkedu dan termanggu
beberapa soalan menerjah fikiran

saoalan pertama
apakah mendedahkan masalah peribadi on air satu langkah yg bijak?

soalan kedua
mengapa meminta bantuan deejay utk menyelesaikan masalah peribadi dia?
rasanya masih ramai kaunselor
lain la kalau tyme too slot bersama penceramah rumah tangga
nak kongsi masalah dan tanya jalan penyelesaian xpe gak

soalan ketiga
perlu ke deejay tersebut menghubungi tunang lelaki tersebut dan soal selidik bla..n bla..n bla..

soalan keempat
kenapa perempuan tu tidak punye rasa malu dengan menjawab setiap soalan yg ditujukan dipenuhi perasaan emosi?

soalan kelima.apa benar lelaki yang hanya menjual burger tidak mampu menjamin masa depan seorang wanita?

simpati pada lelaki tersebut
kerana harta dipandang tinggi
perniagaan yg boleh dikatakan halal dipandang remeh oleh wanita
dengan alasan kerjanya tidak mumkin mampu menjamin masa depan hidupnya kelak
dan kemungkinan utk berkahwin amat sukar

simpati pada perempuan tersebut
dia tidak tahu agaknya



klik unttuk usha

kepada lelaki tersebut
bersabarlah
mungkin Allah nak kurniakan die insan yg lebih baik
wallahua'lam

ISLAM ITU MEMUDAHKAN BUKAN MENYUSAHKAN



Monday, August 23, 2010

dakwah

bismillah
kawan
maaf andai aku yang bersalah

kawan
terima kasih menyedarkan
betapa aku telah pergi jauh dr medan dakwah

aku hanya mampu melihat kemungkaran
tnp mencari jalan penyelesaian
hanya mampu melakukan sesuatu yg dikatakan selemah-lemah iman

aku sedang cube
mencari kekuatan
dan semestinya aku perlukan Tuhan
serta sahabat rakan dan taulan
kerana kekuatan aku dan kamu
bersatu di situ

mohon doanya agar diberi kekuatan utk lebih serius dalam medan perjuangan
wallahua'lam

Sunday, August 22, 2010

di sebalik 22 ogos

bismillah
hari ini 22 ogos
bersamaan 12 ramadhan 1431 hijrah
merupakan hari lahir sahabat aku yg bernama iffah munirah bt mohamad radzi

selamat lahir iffah
semoga peningkatan umur siring peningkatan iman dan amal
semoga panjang umur
murah rezeki
cepat kawen..haha (kalau kawen jemput tau!!)
bajet ifa bc la blog aku tu
huhu

insya Allah iffah skrg sdg brada di INTEC
sebagai persediaan sebelum melanjutkan pelajaran ke US pada tahun hadapan
dalam bidang kewangan

sgt x sgka aku dan dia alhamdulillah diberi pueluang melanjutkan pelajaran ke luar negara
teringat sehelai kertas biru yg aku tulis atas meja belajar
IFFAH-AUSTRALIA
ALIYAH-JORDAN
dan alhamdulillah apa yg aku tulis jd kenyataan
walaupon iffah ke us maybe thats better la kowt then austaralia
cume jauh siket dr keluarga
hope iffah x homesick
heheheh


semoga kejayaan menjadi milik kite dunia akhirat
wallahua'lam

iftar jamaie haluan rawang

tanggal 21 ogs 2010 yang lalu (semalam je kowt) bersamaan denagn 11 ramdhan 1431 hijrah
pihak haluan rawang telah mengadakan iftar jamaie di sekolah agama menegah rawang
bilangan peserta tidak dapat dipastikan
yg pasti ana sempar berjumpa dgn mak cik2 yang ana jumpe masa rehlah tarwbawi di teratak river view yang lalu

tentatif program bermula pada jam 530 petang
menantikan ketibaan ahli haluan rawang yang lain
sambil tu ana dan kak ngah bajet anak dara yg rajen
membantu ustazah hamilah mengasingkan makanan utk muslimin dan muslimat
dan juga mengusha pak cik berbaju oren membancuh air oren dan juga blackcurrent maybe
ooo..nampaknye muslimat dpt blackcurrent
sedang ana telah pon terpikat dengan air oren yang sunnguh menggoda tekak

jam 6 petang terdapat slot ceramah di musolla SAMER
walakin ana dan kak ngah serta ibu tdk dapat naik ke atas sebab terpaksa berjaga2 takut makanan kami di serang kucing2
dalam jam 630 anak naik juga ke atas utk santapan rohani
unfortunately..audio system x brape sedap
so ana x dapat nak dengar sgt apa yg disampaikan
cume ana ingat st ayat
BAHAGIALAH DENGAN MEMBAHAGIAKAN ORANG LAIN

jam 7 malam ana turun ke kantin
menemani ibu dan kak ngah yg sdg menjaga makanan
ktrg terpaksa bebuka di bwh terlebih dahulu dan solat di bengkel masakan ibu krn bimbang akan khdrn kucing yg akan menyebabkan kekacauan di sana

jam 8 malam
masa utk berbuka
*wink*
antara juadah yang disediakan ialah nasi tomato
bersama kari daging dan ayam masak merah
pergh~sssedddaaap
for da first tyme ana terpkt dgn daging

iftar tamat lebih krg pukol 9 malam
kemas2 dan bersurai


wallahua'lam~



Tuesday, August 17, 2010

juadah iftar:nasi ayam

bismillah
empunya blog perkongsian hearty kembali lagi dengan menu iftar yang terbaru
nasi ayam spesel kes punye
semalam masak spaghetti lagi so takyah publish


gambar: ihsan google

bahan-bahan nasi ayam:

planta
bwg besar
bwg putih
halia
ayam dipotong kecil
air secukupnya


bahan2 utk sup:-
ayam
bwg putih
lada putih
halia
kayu manis
bunga cengkih
lobak
kentang
garam gula secukup rasa


sambal nasi ayam:-

cili merah 5 batang
bwg putih
sos tomato
sos cili
garam gula secukup rasa


nasi ayam family kitorang xde sambal2 kicap
kalau nak kasik warna warni rajen2 la potong tomato,timun,n salad
siap utk dihidangkan bukan utk dijual..haha

cara memasak:-

campak2 sambil menyanyi lagu saat lafaz sakinah

tidor

bismillah
tup tap tup tap da masuk ramdhan ke7
amacam pose kite semua
ade orait ke x
ke banyak tdo je?~peringatan utk dr sendiri gak~

so..untuk mengellakn diri aku dan kamu sekalian daripada memenuhi waktu2 berkualiti sepanjang ramdhan dgn tdo
so dengan penuh rasa takzim empunya blog perkongsianhearty nak share sket beberapa fakta

INFO

-jangan tidur semasa LAPAR.rasa lapar membuatkan tidur kamu terganggu.ini disebabkan kadar gula dalam darah kamu menjadi rendah sehingga menyebabkan adrenalin dibebaskan.kire kalau tdo waktu lapar ni tdo yg x berkualiti la.

-jangan tidur berlebihan kerana akan menyebabkan tubuh kita x sihat kerana ia mempengaruhi metabolisme dan merangsang daya asimilasi.semakin lama kite tdo..maka akan jadi makin lesu..ayoyo~

RISIKO TIDUR DI SIANG HARI

tidak digalakkan tido di siang hari dalam keadaan cuaca panas kerana:-

-mendatangkan penyakkit kulit
-rosakkan warna kulit
-beri effect pada jantung
-menambah tekanan perasaan
-melemahkan kecerdasan akal

di sini nak share gak CARA HINDARKAN LESU SELEPAS BANGUN DR TDO
-wudhuk
-elakkan tdo lewat malam..lgpon esok nak kiam memburu lailatulqadr en
-wat la senaman ringan atas katil
-minum segelas air masak tyme bangun too
-cuci muka especially mata kasik ilang taik mata
-solat subuh/kiamullail~

diciplak dr majalah dara.com keluaran ogos 2009

"kurangkan tidur,tingkatkan tafakur"

Monday, August 16, 2010

dosa 24 jam di facebook

click this

rentetan daripada post ana sebelum ini
ana mohon sgt2 sekiranya ada mana2 pihak yang meletakkan gmbr ana di laman web sosial antuna
mohon didelete
dan kepada muslimah di luar sana
tepuk dada tanya iman
peringatan sudah diberi
wallahua'lam~

Sunday, August 15, 2010

AWAS Wanita!!!. GAMBAR anda di Fb dalam Bahaya!!!. Pleasee baca... Sebarkan

please klik this link

sejauh mana keberannya wallahua'lam
kepada sesiapa yang ada meletakkan gambar ana di fb mohon didelete
wallahua'lam~

juadah iftar: nasi lemak + ayam masak merah

ramdhan keempat

bahan masakan nasi lemak:

beras
air secukupnya
garam sikit
santan

ayam masak merah:-

bawang besar
bwg putih
halia
sos cili
sos tomato
garam gula secukup rasa
kalau nak kasik masakan nampak warna warni di aidilfitri boleh la letak daun ape2


cara memasak:-

bc doa campak2 siap la nanti
wallahua'lam

juadah iftar: spaghetti

ramdhan ketiga

bahan-bahan masakan penyediaan kuah:

bawang besar
bawang putih
cendawan butang
daging kisar
garam gula secukup rasa
sos kimball
black pepper/sos black pepper
daun bawang


spaghetti sila celuh dalam air panas dan bubuh minyak sket k


cara masak: campak2 mcm biase
 

juadah iftar: sayur kobis masak lemak


juadhah ramadhan kedua
bahan-bahan masakan:
udang
bawang putih
bawang merah
cili merah
santan
kubis
garam gula secukup rasa

cara-cara memasak:-

campak2 sambil selawat ke atas nabi
wallahua'lam

juadah iftar: asam pedas ikan kembung


juadhah ramdhan kedua

bahan-bahan masakan:-

ikan kembuung yang telah digaram kunyitkan
serai
halia
bawang besar
bawang putih
garam gula secukup rasa
cili giling
kacang panjang/bendi
asam keping/tomato

cara memasak:-

mcm biasa campak2 dengan penuh keyakinan
wallahua'lam

juadah iftar: kari ayam

bismillah
sempena bulan ramdhan al~mubarak ini
empunya blog perkongsian hearty dengan penuh rasa takzim akan sentiasa membuat post mengenai juadah iftar sepanjang bulan ramdhan
sesapa nak bertukar recipe boleh la tinggalkan komentar eh


ni juadhah iftar masa ramdhan pertama
gambar diciplak dari encik google je


bahan-bahan masakan:

halia 1 inci
bawang merah 3 ulas
bawang besar 1/2 labu
bawang putih 3 ulas
serai 2 batang
2 camca serbuk kari yang dibancuh
kentang
kayu manis
bunga lawang
asam keping
ayam yang dah digoreng atau belum
garam dan gula secukup rasa
santan segar (lebih masyuuuk)

cara memasak

campak-campak je
haha
 
 
wallahua'lam



Saturday, August 14, 2010

~renungan~


saat cinta manusia menguji diri
terasa peritnya mujahahah

***

Kadang-kadang (selalu sebenarnya), seorang perempuan terpaksa mengeraskan hatinya, demi untuk tidak menjatuhkan diri ke dalam fitnah. Andai kita merasakan bahawa perempuan itu sangat tegas terhadap orang lain (maksudnya lelaki), ketahuilah bahawa dia sebenarnya lebih tegas terhadap dirinya sendiri. Mungkin bagi lelaki pun begini, saya pun tak tahulah sebab saya bukan lelaki, tetapi kadang-kadang kita memang perlu mengeraskan hati demi menjaga maruah diri.



Perempuan sememangnya dilahirkan berhati lembut. Namun sebagai 'respons' terhadap apa yang ada di sekelilingnya, terpaksa mengeraskan hati sehinggakan orang merasakan dia seorang yang keras hati, ego dan sebagainya. Jadi bantulah kami kaum perempuan, nasihatlah kami dengan baik, jangan 'test' limit kami, kerana mungkin saja kami akan gagal. Moga kita sentiasa dipelihara Allah dalam setiap perkara.

dipetik dari artikel i luv islam
 
***
tetapi ingatlah
mujahadah itu pahit dan perit
kerana nikmat syurga itu manis
 
wallahua'lam

Friday, August 13, 2010

surat pemberitahuan fly *wink*



alhamdulillah
baru je dapar surat fly td
x perasanlak ibu da letak surat tu atas meja
ingat kan posmen rawang yg x keje
hoho

berikut merupakan sedikit informasi mengenai surat tersebut
kwn2 sila cakna!!


TARIKH PENERBANGAN : 16 SEPTEMBER
HARI: KHAMIS
TEMPAT BERKUMPUL : ARAS 5
KAUNTER BERKUMPUL : H
MASA BERKUMPUL: 07:30
MASA BERLEPAS: 1040


sebenarnye terasa nak tulis segalanya yg ada dalam surat tu
termasuk lampiran A dan juga senarai nama
tp xde mood nak tulis sebab banyak sangat
tambahan nama aku tbe2 menjadi Aliyah BIN Ahmad Bahari
hoho..mentang2 atas nama aku abdul hakim bwh nama aku amir akhtar
x pasal2 aku pon jd sejantina dengan diorang
allah~


nampaknya terpaksalah buat panggilan hangit kepada encik yusaini
wallahua'lam

tawaran hebat!!!rebut jangan x rebut!!

Thursday, August 12, 2010

al~kisah di sebalik kem biro TATA negara

jangan tanya ana tentang kursus biro TATA negara
hal ini demikian kerana jordanian tiada kursus biro TATA negara
(pecah rekod kowt)
so klik je link ni

lepas baca dan usha gamba serius aku jeles ok
walaupon mungkin kat sana terpaksa tadah telinga dan membuntangkan mata dengar ceramah yg x masyuuk langsung
tapi sekurang2 nya bole enjoy jumpe kawan2 terutamanya raihan rahmat
huhu
wallahua'lam~

Wednesday, August 11, 2010

tips komunikasi antara muslimah dengan muslimin

Berikut adalah 5 tips bagaimana berurusan dengan lelaki ajnabi. Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disegani oleh kaum lelaki dan kaum wanita. Semoga dengan mengamalkan perbatasan hubungan ini, akan lebih mensucikan hati kita dan hati mereka. Sama-samalah kita menjaga hati...







1. Elakkan berurusan dengan lelaki - Selagi masih boleh dan berpeluang untuk minta tolong daripada perempuan. Kecuali dalam hal seperti dalam hal repair kereta, repair laptop dan lain-lain. Disebabkan limitation kemampuan wanita dalam hal tersebut, maka terpaksalah juga akhirnya minta bantuan daripada orang lelaki.






2. Kalau terpaksa berkomunikasi dengan orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan seperti SMS, e-mail atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal,bukan bahasa pasar. Contoh :maaf(bukan sorrie..), terima kasih(bukan time kacih..). Lagi satu, tak payahlah buat smiley face ke =),gelak ke (hihihi..), dan lain-lain yang kurang berfaedah.






Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum betul-betul desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa insan yang bernama lelaki. Buktinya sampai ALLAH sound kepada wanita supaya keraskan suara! Rujuk Quran,Surah Al-Ahzab, ayat 32 : "Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah-lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik."


Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, sepatutnya kita juga menyahut seruan tersebut untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka-darjat wanita bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. Best kan ???






3. Tundukkan hati. Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang-kerana takut pada ALLAH! Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tersebut tertarik kepada kita. Sewaktu berhadapan dengan lelaki-lelaki tersebut, banyakkan beristighfar dan berdoa "YA ALLAH, janganlah KAU jadikan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya daripada panahan-panahan syaitan."






4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dengan subjek communication skills yang pernah kita belajar, "make eye contact with the person you’re talking to..". Ianya applicable kalau kita bercakap dengan sesama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati teori 'dari mata turun ke hati' itu benar-benar bisa berlaku.






Para sahabat dahulu pun, ALLAH perintahkan supaya tahan pandangan mata mereka apabila berurusan dengan isteri-isteri nabi. Rujuk kembali Surah Al-Ahzab, ayat 53 :"…apabila kamu meminta sesuatu daripada isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagimu dan hati mereka…". Tetapi kita bukanlah disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. Kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, fail ke..






Kita lihat betapa ALLAH sangat mengambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tidak tewas ke dalm kemungkaran. Kalau kita nak jadi sehebat mereka, kenalah aplikasikan apa yang mereka lakukan. Takkan nak tunggu ALLAH sebut nama kita dalam Quran baru nak buat. Contoh :"Wahai cik _____, tundukkanlah pandangan..". Isk,isk..tak layaknya..






5. Cepatkan urusan. Perkara ini mungkin applicable kepada students/orang yang dah bekerja dan terpaksa berurusan dengan team lelaki. Dah tak dapat nak dielakkan, mereka sahaja teammate kita. So, apa-apa kerja yang dibuat bersama, buat sahajalah kerja tersebut. Tak payahlah nak berborak-borak, tanya hal peribadi, gelak-gelak, buat lawak..tak perlu,TAK PERLU! Siapkan kerja cepat-cepat, then go.






Discussion venue pula buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional. Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mukminah yang ada identiti, yang taat perintah ALLAH dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan orang yang menerimanya. Jagalah diri, hiasi peribadi.


Wassalam.
 
credits to:.::KitA HaMbA::.::