Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis bukan
kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar
senyum kosmetik.
kerana merah kilau lipstik pada bibir mekar
senyum kosmetik.
Cantik seorang wanita itu sebagai remaja
tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah.
Cantik seorang wanita itu sebagai Hawa tidak
kerana bijak meruntuh iman kaum Adam.
Cantik seorang wanita itu sebagai anak tidak
menjerat diri pada kedurhakaan.
Cantik seorang wanita itu sebagai isteri
merempuh badai di sisi suami.
Cantik seorang wanita itu sebagai menantu
menjauhi persekongkolan ipar lamai.
Cantik seorang wanita itu sebagai ibu membuai
anak di kala suami menjalin mimpi.
Cantik seorang wanita itu sebagai mentua telus
hati mengagih kasih setara pada semua.
Cantik seorang wanita itu sebagai nenek
menjaring teladan para anbia buat cucu-cicit.
Cantik seorang wanita itu sebagai warganegara
peka membela nasib dan maruah negara.
Cantik seorang wanita itu sebagai warga tua
menghitung hari dengan selembar mashaf.
Cantik seorang wanita itu sebagai intelektualis
menyala obor mewangi setanggi profesionalis.
Cantik seorang wanita itu sebagai akidah solehah
mengandam rindu kekasih pasrah di atas sejadah
No comments:
Post a Comment