Barusan,mendapat perkongsian dari guru tahfiz kami yang dipetik dari artikel ini
http://www.productivemuslim.com/the-fast-forward-technique/
Secara ringkasnya,artikel ini berkisar tentang bagaimanakah cara terpantas untuk kita mengatasi rasa-rasa 'intense' yakni,saat-saat kita berada dalam klimaks sesuatu rasa.Rasa gembira yang melampau,rasa sedih yang teramat,sangat marah yang tidak mampu dibendung,dan berbagai-bagai rasa yang tidak terbatas yang seringkali hinggap di hati ini.
Fast-forward-technique mengajar kita untuk membendung rasa gembira tanpa batasan dengan duduk muhasabah sebentar saat kita berada 10 tahun di hadapan,20 tahun dan seterusnya.Mungkinkah kegembiraan kita yang diiring gelak ketawa tanpa henti itu mampu berkekalan sehingga ke akhirat sana?Maka,batasilah rasa-rasa 'intense' itu agar bisa dikawal,bisa dirai sekadarnya.
Begitu juga rasa sedih yang tidak mampu dibendung.Ana pernah mengalaminya.Saat kita rasa tertekan dengan pengkhianatan dunia,rasa tidak memiliki apa lagi,dan kemarahan yang meluap-luap dan terasa ingin dihamburkan kepada semua orang ,dan saat itu, hamburan api kemarahan bertukar air mata yang tumpah tanpa henti namun,hati,terluka dan parah seolah-olah menunggu untuk dimasukkan ke bilik unit rawatan rapi.
Namun,fast-forward-technique mengajar kita untuk duduk sejenak,dan membayangkan suatu masa akan datang,mungkin Allah akan kurniakan suatu kegembiraan yang tidak mampu kita bayangkan,tidak pantas kita gambarkan,apatah lagi saat kita mengkhayalkan syurga yang indah dalam memujuk hati yang sudah rapuh dengan kezaliman seseorang terhadap diri kita.
begitulah kita dalam jalan huffaz ini,seringkali kita diselubungi rasa intense untuk menghafal 30 Juzuk,maka saat kita menikmati 'intese' to complete 30 juzuk itu,berdoalah kepada Allah dengan rendah hati dan penuh harap,insha Allah,doa itu lah senjata untuk menepis sebarang halangan internal dan external yang tidak memungkinkan kita untuk melengkapkan 30 juzuk hafalan,doa itulah yang menjadi peringatan kita hari-hari yang kita sedang menempuh jalan ke destinasi huffaz itu dalam menggapai mardhatillah.
lain orang,lain persepsinya dalam mencari jalan menuju redha Allah itu,lain pilihannya dalam menuju syurga itu.Mungkin ada orang yang menanggap pernikahan yang menghalalkan itulah yang memudahkan dia mencapai syurga Allah,maka dia memilih untuk kahwin segera,dalam menyempurnakan keimanannya,seterusnya baki-baki kehidupan diperuntukkan untuk suami tercinta,dalam rangka menuju redha Allah.
Sebahagian manusia,ada yang memilih jalan huffaz ini untuk mencapai redha Allah.Namun,pernahkah kita mengkaji,apakah rahsia besar yang melayakkan 'graduan'-'graduan' universiti dunia-fana-semenetara untuk memperoleh segulung ijazah yang melayakkan mereka ke syurga?Bukankah untuk mendapatkan tips kejayaan dalam mencapai segulung ijazah dengan cemerlang di universiti kita selalunya merujuk kepada orang-orang yang sudah bergelar graduan,sudah menempuh jerit perih perjuangan di dunia kampus itu?
Begitulah juga kita,dalam usaha mencapai kejayaan yang melayakkan diri ke syurga,haruslah kita bertanya pada orang yang dijamin masuk syurga.Namun,mustahil bukan,kerana yang tinggal kini hanya makam-makam mereka.Tetapi,jangan pernah lupa,haruman sejarah kegemilangan dan gambaran peribadi mereka tetap kekal abadi terpateri dan dinukilkan dalam mashaf-mashaf yang pelbagai.Capailah,bukalah,dan rujuk kembali,apa rahsia yang melayakkan mereka ke syurga.
Tidak kebanyakan mereka menempuh jalan huffaz,Khalid Al-Walid hanya menghafal surah Al-Ikhlas.Tidak kebanyakan mereka sudah menikah,rata-rata mungkin sudah syahid dalam usia yang masih muda.Tetapi persamaan Abu Bakar,Umar,Ali,Uthman,Zubair Bin Awwam,dan sahabat-sahabat lain yang 'comfirm' masuk syurga adalah kerana mereka menempuh satu jalan yang sama,itulah jalan dakwah dan tarbiyah.
Saat hidayah Allah itu mengetuk pintu hati,pada detik tika syahadah itu menyedarkan,hidup mereka lantas hanya berpaksikan lafaz Lailaha Illa Allah,Muhammad Rasulullah.
signifikannya jalan dakwah ini,tidak ubah seperti jalan huffaz yang seringkali dihiasi dengan corak-corak kepayahan,keterlambatan dan tempoh yang panjang,namun penghujungnya adalah suatu jalan yang selamat.
Makanya,dari fast-forward-technique itu,kita pelajari sesuatu.Begitulah kita dalam menempuh jalan yang sering dikatakan susah,panjang dan lambat ini.Timbulkanlah rasa 'intense' untuk menjadi hamba yang ikhlas dalam menempuh jalan ini,menjadi abid yang bergerak pantas dalam merealisasikan maratib amal yang kita imani.Doa senjata kita,doalah yang mengingatkan kita.Janganlah kerana intense in jelousy kita terhadap mereka-mereka yang semakin mencipta nama -seperti Inche Gabbana dan Muharikah,eh?- dalam medan ini membuat kita merasakan tidak layak untuk terus mengubah diri dan melakukan transformasi ke arah membentuk kader-kader super murabbi
Berdoalah dengan penuh harap,teruslah thabat dalam kebaikan,kerana rahmat Allah bersama-sama dengan orang yang melakukan kebaikan Rujuk 7:56

"Di antara orang-orang mu’min itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada [pula] yang menunggu-nunggu [1] dan mereka sedikitpun tidak merobah [janjinya], (33:23)"
No comments:
Post a Comment