Wednesday, August 4, 2010

fenomena:spekulasi

spekulasi jika dirujuk di dalam kamus dewan edisi ketiga yang berkulit hijau muka surat 1302 bermaksud perenungan tafakur atau pendapat yang tidak berdasarkan kenyataan atau fakta-fakta.

ana lebih selesa untuk mengulas definisi spekulasi yang kedua iaitu pendapat yang tidak berdasrakan mana-mana kenyataan atau fakta.

tak tahu kenapa pagi-pagi ni tibe-tibe terbuat posting gaya macam seorang intelektual..
sila abaikan ayat poyo di atas

bila menyebut perkataan spekulasi..kepada flollowers yang setia mungkin pernah ingat..suatu masa dahulu ana pernah juga wat post pasal spekulasi ni

spekulasi mengenai keputusan spm..tyme tu semua calon-calon spm 2009 rancak dan hebah mengatakan keputusan akan keluar pada tarikh sekian-sekian.certain-certain tarikh membuatkan ana dan kwn blogger ana zieda rasa mcm nak tercabut jantung..dan akhirnya spekulasi itu tamat jua apabila result spm akhirnya diumumkn pada..................bila ya..ehe..x ingat..sebab ana x amik result pon..jg nenek di rumah masa tu.

hari ini bukanlah ana ingin mengulas kembali spekulasi tarikh pengumuman keputusan spm..kerana sijil spm sudah pun berada di tangan walaupoun ana ambil lambat sikit daripada orang lain.tapi hari ini ana ingin mengulas spekulasi mengenai kursus biro TATA negara.

ada yang kata kursus tu 5 ogos..khamis ni..jiran ana acop da dapat panggilan da pon..tapi kenapa ana belum..istimewakah ana sampai tidak perlu ke btn??ehe~~

ada yang kata jordanian takde btn..oooo..kenyataan itu sangat mengejutkan senior ana di jordan..dia segera meminta ana call kpt..uhuk3..

ada kata jordanian nye btn bulan pose..pergh~~mungkinkah kami akan mencatat sejarah..sebab rasanya btn belum pernah dibuat dalam bulan pose..jadual makan yang sepatutnya 6 kali akan bertukar kepada 2 kali la..hmm~~~

apapun spekulasi yang ana dengar..harap ia tamat segera..andainya btn khamis ni..sedihla x dapat ke kelas iktisod utk kali terkahir jumaat ni..siapa2 yang rasa anak kepada mana-mana pegawai jais..sila-sila la tanya ayahanda antuma ade btn x utk jordanian ni..ayoyoyo~~


kepada pakar bahasa seandainya ana tersilap menggunakan perkataan SPEKULASI sila tinggalkan teguran membina di ruangan komentar..terima kasih

wallahua'lam


1 comment:

abu uwais said...

xde BTN utk jordan, ada sebabnye ~