Kepada : Nur Akmalina Zulkifli
Tawaran menjadi ahli akademi tahfiz Az-Zikr Generasi 6 sesi 2010 dan Jemputan Menghadiri Taklimat Perjalanan Tahfiz
Sukacita dimaklumkan,saudari telah terpilih untuk menganggotai kelab tahfiz aZ-zikr Irbid
dengan ini,kami berbesar hati untuk menjemput anda menghadiri Taklimat Perjalanan Tahfiz
Butir program adalah seperti berikut
Tempat : Musolla Az-Zikr
Masa: Lepas Maghrib
Tarikh : 16 september 2011
opps,sekejap-sekejap,teruskan membaca
Ini bukan iklan,ini bukan nostalgia ana dipilih menjadi ahli tahfiz az-zikr dan sengaja ana titipkan bait-bait ayat yang terkandung dalam surat tawaran kami
Tetapi,mari duduk di hadapan laptop anda bersama ana,kita beriman sejenak
kita berfikir seketika,apa yang anda rasa saat anda membacakan kenyataan tadi
mungkin pelik,atau mungkin tidak terasa apa-apa kerana kenyataan di atas bukan ditujukan untuk anda bukan?
Itu surat biasa,bagaimana pula dengan surat luar biasa yang selama ini telah kita lupakan?
Surat cinta dari Allah.Al-Qur'an
Rasa-rasa,surat-surat cinta itu untuk siapa.
Untuk nabi sahajakah?Untuk ahli makkah sajakah.Atau untuk ahli Madinah sajakah?
Kalau anda berasa seperti itu,sudah lama dalam pengajian ilmu ulum Al-Qur'an menerima definisi makki dan madani dari segi mukhatibnya
Yakni,ayat-ayat makki membawa maksud ayat yang diturunkan kepada ahli makkah sahaja
dan ayat madani adalah ayat-ayat yang diturunkan kepada ahli madinah sahaja
definisi ini ditolak kebanyakan ulama'
Ya,surat cinta itu hakikatnya untuk kita
Kalau tidak,masakan sampai kini Allah masih memeliharanya untuk kita
Kalau tak,masakan sahabat sangat risau apabila melihat pertambahan syuhada' dalam perang yamamah yang dibimbangi akan mengurangkan bilangan penghafaz Qur'an
Dan kalau benar Qur'an itu bukan untuk kita
Mengapa termaktub dalam hadith tentang Surah Al-Fatihah yang mana hakikatnya
saat kita sedang membacakan Al-Fatihah satu-persatu ayatnya
Allah menjawab dengan jawaban-Nya
T A H U K A H A N D A ?
Oatk ktia mmapu membca apa sjaa aayt
wlaauupn eajanyna baynk ynag sliap.
Dnegan sayart hruuf petrama dan treakihr
breada pdaa temapt ynag beutl. tiadk
pelru membcaa hruuf dmei hruuf tetpai
sebrais aayt selakigus. Heabtkan?
Alhamdulillah,ana yakin dan percaya
kebanyakan kita mampu membaca tulisan di atas
petanda otak kita masih berfungsi
tetapi tahukah kita,dalam diri manusia kita bukan punya otak sahaja sebagai komponen penting yang menujukkan kita adalah sejenis makhluk berjenama manusia
Kalau otak sahaja tanpa hati,bukankah kita ibarat robot
kalau jasad sahaja tanpa otak dan hati bukankah mayat namanya
kalau hati sahaja tanpa otak yang mampu berfikir bukankah haiwan namanya?
Kalau sebentar tadi kita cuba menguji kemampuan otak kita
Bagaimana pula kita mahu menguji kemampuan hati kita?
Anda pernah dengarkan ayat Al-Qur'an yang berbunyi begini :-
Kalau sebentar tadi kita cuba menguji kemampuan otak kita
Bagaimana pula kita mahu menguji kemampuan hati kita?
Anda pernah dengarkan ayat Al-Qur'an yang berbunyi begini :-
" Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakannya untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah], dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakannya untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (7:179)
Maka,sejauh mana hati kita berfungsi lagi-lagi saat berinteraksi dengan ayat-ayat Qur'an yang dinukilkan dalam Bahasa arab
Bahasa yang tidak memerlukan intonasi yang betul dalam memahaminya
Bahasa yang kaya dengan nahu.sorof dan balaghah
Bahasa yang walau lagu apapun yang kita gunakan untuk mengalunkannya ia masih mampu untuk mencuit,menjentik dan menyentuh hati-hati pendengarnya
Sekiranya kita memahami bahasa arab dengan betul
Jadi apa perlu kita buat untuk beriteraksi dengan love letters Allah kalau kita sedar bahasa arab kita tidak seberapa?
Sama-sama kita tingkatkan bahasa arab kita untuk bersegara membaca surat cinta itu
Anda sangat fanatik dengan Korea kan?
Anda kenal Minho dari kumpulan shinee?
Anda sangat fanatik dengan Korea kan?
Anda kenal Minho dari kumpulan shinee?
Bayangkan anda dapat surat cinta dari dia
Apakah anda akan membiarkan surat itu tidak dialih bahasa dan simpan baik-baik dalam kotak musik anda
Dan hari ini,surat-surat cinta kita dari Langit itu telah banyak dialih bahasa untuk memudahkan kita membacanya
Anda menentukan,sama ada ingin membacanya,atau mengabaikannya
Pernah baca novel cinta?Pernah tonton drama Adam Maya?Pernah tengok filem Korea?
Kadangkala ada part-part dalam cerita itu yang membuatkan anda menitiskan air mata bukan?
Kerana anda melihatnya dengan penuh perasaan
Dan rasa itu lahirnya dari hati,bukan dari otak
Begitulah saat mata kita melalui ayat-ayat cinta dari Allah yang hakikatnya di dalam Kitab Suci itu juga terkandung cerita-cerita yang mungkin tidak mampu dipaparkan di kaca tv anda apatah lagi dalam vidoe-video you tube anda
Ada kisah-kisah fizikal seperti peperangan Badar
Ada kisah-kisah meruntun jiwa dan menyentuh hati seperti kisah Allah memujuk nabi dengan surah Ad-Dhuha
Yang mana ketika itu,sudah lama Allah tidak menurunkan wahyu pada nabi
Lantas orang-orang kafir mendakwa Allah tidak sayang akan nabi lagi
Masa spm dulu terasa sejarah dan pelajaran sirah itu sesuatu yang membosankan bukan?
Terlalu banyak fakta untuk dihafal.Terlalu banyak tarikh untuk diingat
sebab itu seringkali kita gagal menjiwai apa yang sejarah cuba sampaikan kepada kita
Dan oleh sebab itulah kita perlu memahami sirah yang terdapat dalam Al-Qur'an dengan hati
Bagaimana caranya adalah dengan mencari sumber-sumber rujukan sirah yang padat dengan dialog agar saat kita membacanya terasa seolah-olah kita juga adalah salah-satu watak dalam cerita itu
Bukankah itu yang anda lakukan saat membaca novel dan menonton drama?
Masa sekolah dulu,selalu berlaku masala assobiyah kan?
Ada geng skema,ada geng otai,ada geng thiqah
Masing-masing hidup berkelompok mengikut sesuatu yang dirasakan paling besar dalam hidup mereka
Begitu juga pada zaman nabi.Ada pelbagai kelompok manusia
Lalu saat surat cinta ini turun,nabi lantas menyampaikan dakwah kepada suatu kelompok lantas terbentuklah kelompok baru,kelompok Islam
yang bertahun-tahun dibentuk,dan ditarbiyah nabi pada awalnya di rumah Al-Arqam bin abi Al-Arqam
untuk apa kalau bukan untuk melaksanakan tugas sebagai abid dan khalifah di muka bumi ini
serta meletakkan islam ke tempat yang paling tertinggi
Lalu kita,siapakah kita
Apakah kita bukan dalam kalangan orang-orang yang mendukung Al-Qur'an itu
apakah kita bukan dalam kalangan orang yang mahu dibentuk,ditarbiyah dan memahami tugas di muka bumi ini adalah untuk menjadi abid dan khalifah?
Dan surat-surat cinta itu,telah ana katakan awal-awal tadi
Ianya adalah untuk kita
kita dan sahabat sama sahaja
Kitalah yang bertanggungjawab mendukung Islam itu
kitalah yang bertanggungjawab melaksanakan apa yang terkandung dalam Al-Qur'an itu
kitalah yang diamanahkan untuk membawa fikrah islam itu
Seringkali manusia itu hanya mampu mengeluh
"Ya Allah,teruknya masyarakat zaman sekarang.Berzina dengan anak pun nak bagitau satu dunia"
Mengeluh sahaja tanpa melakukan apa-apa?
Dan apa perlu kita buat sebenarnya
Tahukah anda,hakikatnya,gejala-gejala sosial ini berlaku kerana manusia kian jauh dari Al-Qur'an
Dan Al-Qur'an itu telah menjadi jauh dari manusia kesan dari kejatuhan Khilafah
tiada siapa lagi mahu mengingatkan bahawa hidup kita bukan permainan
Tiada siapa lagi mahu mengingatkan bahawa Al-Qur'an itu adalah manual kehidupan
Maka,kerana itu,sangat pentinglah kita untuk mencari kelompok-kelompok manusia yang sedang ditarbiyah dan mentarbiyah diri dengan Al-Qur'an
bukan sekadar untuk menghafalnya di bibir,tetapi untuk menjadikannya manual dalam mengembalikan islam
Dan kelompok-kelompok itu tidak lain tidak bukan
Kelompok bulatan-bulatan gembira dalam University Tarbiyah yang ada di sekeliling anda
Pilihan di tangan anda
Anda mampu mengubahnya,Insya Allah
5 comments:
macammana nti kenal minho?hihi
betullah IDQ kena rasuk dalam diri baru zouq nak ambil ibrah.apa yg kita dapat simpulkan,kitalah manusia-manusia yg sama seperti sahabat,yang boleh mnjadi sehebat Abu Bakr,segarang Umar yg benar-benar mnjadi QS di zaman makkah..
persoalan.benarkah kita bersedia utk ditapis sehingga ke perahan terakhir untuk menghasilkan hasil yang benar-benar muntij..?
moga blog ini naikkan derajat kamu disisiNYa.
katakanlah amiin
semua orang pasti pernah melalui zaman jahiliyyahnya
tarbiyahla yang membantu ana untuk mengatakan bye bye jahiliyyah pada korea
kalau duhulu minho menjadikan ana gila
hari ini ana rasa gila betul mencintai berhala-berhala moen itu
doakan ana aku.hamba.abdi
sambut tangan ana saat terjatuh
pegang tangan ana erat-erat sampai kita melangkah ke syurga abadi
sama2 berpimpinan ke syurga~
~MasyaAllah,tarbiyah dr ALQURAN~
semoga enti thabat dlm perjuangan ini..
~MG~
doakan ana~
la,,kak aliyah ke,,ingatkan kak husna najihah..betul la tuh,,ade seorang bekas paderi yg da convert into Islam bg tazkirah kat masjid tempat kite..
mase die blajar jadi paderi dulu,,
diorg kene cari rahsia kekuatan org Islam..
Diorg dpt simpulkan dua perkara :
1.Org Islam kuat apabila die berpegang kpd Al-Quran
2.Org Islam lemah apabila die berpaling drpd Al-Quran..
boleh la singgah blog kite utk bace post pasal tazkirah tu
http://gincumerahjambuaku.blogspot.com/2011/12/day-hearing-ex-paderis-tazkirah.html
farasheeeeeeeeeeee
rindunya kat awak
ade fb akak tak.add akak eh =)
Post a Comment