Pintu ditutup.Seorang anak murid dan guru kelas hafazan Al-Qur'an sahaja berada di dalam bilik itu
Sobah yang baru dibeli guru dipasang menghangatkan bilik
Bimbang perbualan mereka menjadi panjang,takut salah seorang akan menggigil kesejukan dalam suasana dingin shitak yang semakin mengigit tulang dari malam ke malam
"Akak,saya ada menda nak cakap ni"
walaupun wanita itu menjadi guru hafazannya,wanita itu lebih selesa anak-anak didiknya memanggil dirinya dengan panggilan kakak.
"Apa dia yang awak nak cakapkan tu"guru itu memandang.Memberikan peluang untuk anak didiknya meluahkan rasa.
Malam itu,dengan Al-Qur'an masih dalam pelukan erat anak didiknya.dia mendengar luahan rasa.Anak didiknya baru-baru ini merasakan seolah-olah sudah tidak mampu meneruskan jalan Hufaz.Ingin menjadi hafizah,tetapi serasa tidak mampu memberikan komitmen.Tambah-tambah baru-baru ini dia sedang dalam fatrah untuk naik juz.Dan kebanyakan mereka merasakan inilah fatrah yang paling sukar.Kerana kesalahan perlu diminimakan,kelancaran perlu dipertingkatkan.
"Awak,tau tak sebenarnya awak adalah sebaliknya.Bukanlah prestasi awak merudum.Alhamdulillah,hafalan awak ok ja.Teruskanlah menempuh jalan Al-Qur'an ini.Cuba hafal sampai juz 5.Insya Allah awak akan dapat rasa sesuatu yang manis dan akan lebih mudah untuk menempuh jalan ini akan datang"
Jawapan itu melegakan resah di kalbu anak didiknya.Hatinya yang sebentar tadi berkira-kira sama ada ingin meninggalkan kelas tahfiz buat selamnya berubah.Insya Allah,jalan ini akan diteruskan,hingga terasa manisnya menempuh bersama ahli-ahli kelas tahfiz yang lain.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dari sudut yang lain
ana memandang sesuatu yang semua orang perlu tahu
Itu jalan untuk yang mahu menghafal Al-Qur'an
samalah dengan jalan orang yang sedang berusaha hidup di bawah bayangan Al-Qur'an
Kembali ingin hidup berpegang dan berlandaskan Al-Qur'an
Asalnya sangat ramai dibawa masuk ke dalam bulatan tarbiyah untuk bersama-sama menempuh jalan dakwah dan tarbiyah
Pelbagai rencana pembentukan diri disediakan
Dari zero menjadi Hero,Saya Hosem [SH],Babai Jahiliyyah,sejarah bulatan gembira,dan macam-macam lagi usaha dibuat untuk mengubah diri menjadi pendukung agama Allah
Bukankah Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubah diri mereka sendiri?
"Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan [3] yang ada pada diri mereka sendiri." [13:11]
Tetapi berapa ramai yang telah tersungkur sebelum mendengar sejarah KITA yang cuba merungkaikan kepentingan bulatan gembira itu
Berapa ramai yang mengundur diri kerana menganggap yang pengasas bulatan gembira membawa fahaman aqidah yang salah
Sejarah KITA telah membuktikan
memang semenjak khilafah telah jatuh,mana-mana usaha untuk memantapkan aqidah seringkali mendapat fitnah dari musuh-musuh islam
agar sistem tarbiyah yang betul-betul berasakan Al-Qur'an dan As-Sunnah yang menjadi punca kekuatan islam tidak dapat diteruskan lagi
Seharunsa kita sama-sama perlu mentajid niat kembali
Dan cuba menghapuskan ragu di hati dengan memberi peluang pada diri untuk meneruskan jalan ini
sebagaimana kisah anak didik seorang guru tahfiz tadi yang mengambil keputusan untuk meneruskan jalan Qur'an dan bakal merasakan manisnya jalan hufaz selepas juz ke 5 insya Allah
Begitulah juga kita
Ramai yang tersungkur,kerana telah mengundur diri terlalu awal
sebelum menjumpai manisnya hidup di bawah bayangan Al-Qur'an
sebelum menemui indahnya hidup berukhuwwah berlandaskan Aqidah
sebelum menempuhi jalan panjang ini yang membawa ke syurga Abadi Insya Allah
semoga kamu dan aku bukanlah dalam kalangan orang yang tersungkur dan tersingkir dari tapisan Allah
Pegang tangan aku erat-erat sahabat seperjuangan,dan sama-sama kita sambut kembali tangan mereka yang telah tersungkur
Semoga di syurga nanti,Kita dapat tersenyum dan tertawa bersama
wallahua'lam
1 comment:
li...islam kan syumul.kita tak cukup kouta hafizah lagi nih....pakar sej ad,dok ad,sazah ada,ekonomi ad.....
kita bukan best friend forever
tapi kita best friend till jannah.
Post a Comment