"Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk; (18:13)"
Masya Allah,hebatnya aura pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Allah tambahkan kepada mereka petunjuk
sehingga sakit kepala yang menyerang bisa hilang
sehingga sakit perut yang terasa bisa kurang
sehingga tubuh lemah yang longlai bisa bertenaga
Jika diceritakan kepada seorang kanak-kanak bahawa untuk membangkitkan islam adalah melalui tarbiyah
mereka yang baru mula mengenal dunia pasti hanya mampu mengangguk dan menggeleng dan kemudian jadilah apa yang kita cuba sampaikan umpama mencurah air ke daun keladi
Lalu kanak-kanak riang itu bermain-main kembali bersama anak patung nya dan kawan-kawannya
Jika diceritakan kepada seorang nenek tua yang sudah bongkok tiga untuk membangkitkan islam adalah melalui pengukuhan aqidah daripada jilsah-jilsah yang punya sistem yang tersusun dan berterusan
boleh jadi jawabnya
"cu,nenek dah tak larat da nak buat kerja-kerja dakwah dan tarbiyah ni.Cu teruskanlah ye.Uhuk-uhuk"
Namun,jika diceritakan kepada PEMUDA-PEMUDA yang sentiasa bersemangat bahawa untuk mewujudkan ustaziyatul alam formulanya adalah melalui tarbiyah yang Rasulullah laksanakan
kerana melalui tarbiyah itu kita membina individu muslim bagi membentuk peribadi yang perasaannya,pemikirannya,tingkah lakunya adalah melalui acuan Al-Qur'an dan As-Sunnah
yang faham bahawa pembinaan baitul muslim matlamatnya adalah untuk mewujudkan suasana yang membantu proses penghasilan produk mujahid mujahidah bertaqwa
Kerana hasil produk itu akan terbentuklah masyarakat islam yang inginkan sebuah daulah yang syumul dengan hukum hakam Islam
Yang mana dengan wujud daulah islam ini maka akan terbukalah mata-mata negara-negara lain untuk turut serta pada hukum Allah
Lantas mengulang kembali kegemilangan khilafah islam suatu masa dahulu
Dan akhirnya islam menjadi rujukan ummah,world order,kiblat segenap manusia,bukan lagi kafir durjana
Bila diceritakan semua ini kepada pemuda,percayalah,KEYAKINAN dan KEIMANAN mereka terhadap fikrah ini tidak sama dengan keyakinan seorang kanak-kanak riang dan seorang tua
tetapi KEYAKINAN dan KEIMANAN mereka sangat luar biasa
sehingga terpasak dan mengakar dalam diri mereka
Lihat luar sana.golongan yang manakah yang seringkali membuat kerja gila seperti rempit atau meniru-niru aksi filem KL menjerit?
golongan manakah yang seringkali kelihatan bertenaga?
golongan manakah yang seringkali ingin mencuba merokok dan menghisap ganja ?
kalau bukan golongan pemuda
sayang seribu kali sayang
Barangkali mereka jahil, tertipu dan terpedaya
cara mereka menyalurkan semangat dan tenaga itu adalah cara yang dijadikan terasa indah oleh syaitan durjana
Sayang seribu kali sayang
kejatuhan khilafah yang menjauhkan pemuda dari Al-Qur'an menutup mata,hati dan telinga mereka dari merenung,memahami dan mendengar ayat ini
"Maka apakah orang yang dijadikan [syaitan] menganggap baik pekerjaannya yang buruk lalu dia meyakini pekerjaan itu baik, [sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaitan]? maka sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya; maka janganlah dirimu binasa karena kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. (35:8)"
Seharusnya hammasah [bertenaga] yang mereka miliki ini digunakan untuk mendukung agama Allah
menjulang semula nama islam melalui kerja-kerja dakwah tarbiyah yang jalannya panjang,susah dan lambat tetapi hasilnya insya Allah pasti dan indah
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. [Itu telah menjadi] janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya [selain] daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (9:111)"
Lihatlah orang tua,seringkali dijangkiti penyakit yang melemahkan gerak geri
Boleh jadi nyanyuk dan mungkin terlupa serba serbi
Bersyukurlah kita masih seorang pemuda yang dilaung-laungkan sebagai tiang negara,harapan bangsa yang mana hakikatnya logam dan galian bergerak untuk ummah!
kepercayaan terhadap fikrah islam kita tidak tehenti sekadar di peringkat teori dan tinggal sebuah mimpi
tetapi keyakinan yang berakar itu akan diterjemahkan melalui sebuah amal yang bergerak dengan hati yang penuh keikhlasan
Hati Ikhlas yang bulat untuk melakukan dan merealisasikan cita demi Allah tidak akan mudah berputus asa untuk meneruskan jalan perjuangan ini
Kerana tumuhattuna [obses kita] adalah syurga Allah
Ayuh pemuda,pasakkan keimananmu terhadap islam yang syumul ini
Tingkatkan keyakinanmu bahawa islam akan mengulangi sejarah kegemilangan sekali lagi
Ikhlaskan niatmu dalam meneruskan perjuangan ini
Kobarkan hammasahmu [semangatmu] untuk berjuang dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini
Buahkan IMAN,IKHLAS,HAMMASAHMU melalui AMALMU
insya Allah,syurga yang indah itu untuk kita!
Qullu amiiiiiiiiiiin.
No comments:
Post a Comment