Monday, December 12, 2011

AL-Fateh-mengubah dunia dengan sejarah

Bismillah
alhamdulillah
masih lagi diberi peluang untuk bernafas
Tanda Allah masih mahu memberi peluang kepada kita untuk berusaha menjadi Hamba yang terbaik dah khalifah yang terbaik
Tinggal kita ingin bersungguh atau mensia-siakannya

al-Fateh.
pabila sebaik-baik raja dan sebaik baik tentera.
bukan kerja individu tetapi kerja berkumpulan.

adakah aku termasuk golongan yang menyumbang?



dipetik dari status junior ana di sini
kelihatan gelombang akademi Fateh [AF] sudah bermula
terkenang sem lepas ana juga turut terlibat dalam akademi ini yang membuatkan ana jatuh cinta dengan Sultan Muhammad Al-Fateh itu sendiri
meguassai 7 bahasa,sebaik-baik raja,menaiki takhta seawal usia sebaya dengan ana yakni 19 tahun
Tapi hari ini ana bertambah kagum setelah mengamati bahawa
kunci kejayaan sultan muhamad Al-Fateh menguasai kota konstantinople yang berkali-kali cuba dikuasai oleh pemimpin-pemimpin sebelumnya adalah
BELAJAR DARI SEJARAH

ya,sesuatu bangsa itu tidak akan naik tanpa belajar dari sejarah
Konstantinople tidak akan mampu dikuasai Muslim tanpa usaha Al-Fateh bersengkang mata setiap malam bagi mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen sebelumnya
Malaysia yang dahulunya mundur  tidak akan maju jika Tun Dr Mahathir tidak mengkaji sejarah yang berlaku sebelum kita mencapai pencapaian yang begitu membaggakan hari ini
Terbukti,sesuatu kejayaan itu hanya akan dicapai jika kita belajar dari sejarah

Malangnya hari ini sejarah yang disuapkan kepada kita semenjak bangku sekolah hanyalah menipu semata-mata
Manusia dikatakan pernah hidup dalam keadaan hina di zaman batu,paleolitik,mesolitik,dan sebagainya
Sedangkan sejarah kita bukan bermula dari zaman-zaman itu
Tapi sejarah kita bermula dari zaman nabi Adam diikuti zaman-zaman nabi setersunya
tetapi manusia terlupa untuk mengkaji sejarah melalui Kitab Al-Qur'an dan Hadith yang ditinggalkan nabi
Lantas ramailah yang tidak tahu betapa islam pernah mencapai kegemilangan pada zaman Abbasiyah di mana kita menjadi rujukan sedunia
Natijahnya ramailah yang tidak tahu bahawa perang dunia pertama dan perang dunia kedua yang diceritakan dalam buku sejarah sekolah menengah itu bukan sekadar perkara yang perlu dihafal kering-kering untuk memudahkan adik-adik mendapat A+ dalam SPM sejarah
Sejarah yang dibekalkan kepada kita hari ini sungguh menipu

Lantas sumber mana yang harus dirujuk kalau bukan Al-Qur'an dan hadith itu kembali
serta beberapa buku sirah yang menceritakan bukan sahaja cerita-ceita fakta tetapi cerita hati
Pernah anda dengar firman Allah berbunyi seperti ini

Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah [2]; karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan [rasul-rasul]. (137) [Al Qur’an] ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. (138)Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah [pula] kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi [derajatnya], jika kamu orang-orang yang beriman. (139) Jika kamu [pada perang Uhud] mendapat luka, maka sesungguhnya kaum [kafir] itupun [pada perang Badar] mendapat luka yang serupa. Dan masa [kejayaan dan kehancuran] itu, Kami pergilirkan di antara manusia [agar mereka mendapat pelajaran]; dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman [dengan orang-orang kafir] dan supaya sebagian kamu dijadikan-Nya [gugur sebagai] syuhada [3]. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, (140)
Islam pernah bermula dari zero sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w
Perlahan-lahan naik melalui tarbiyah nabi selama 13 tahun
Satu-persatu negara-negara sekitar arab dibuka oleh khulafa Ar-Rasyidin
Satu-persatu negara-negara yang dikuasai Parsi,Rom dan negara-negara bertamadun lain dijatuhkan dan dikuasai untuk dinyalakan obor-obor islam
Islam pernah menjadi rujukan dunia semasa zaman abbasiyah yang penuh dengan pencapaian ilmu dan teknologi
Dan akhirnya jatuh kerana manusia semakin lalai dalam menjadi khalifah dan hamba
Lantas naik semula perlahan-lahan dengan usaha sultan Muhammad Al-Fateh yang cuba membangkitkan jihad dalam hati tentera-tenteranya
Dan hari ini jatuh sekali lagi kerana sebab yang sama
Lupa matlamat hidup di atas bumi Allah ini


ya,Allah jadikan jatuh naik itu untuk menguji kita
siapa yang bersungguh-sungguh untuk menjadi pendukung agama Allah
dan siapakah yang akan tertinggal di belakang menjadi pengikut iblis yang telah melancarkan perang sejak awal perintah Allah meminta Iblis sujud kepada Adam
Dan kita lah yang menetukan
Sama ada mahu terus berada dalam hidup yang penuh dengan tipu daya syaitan
Atau mengulangi semula apa yang Rasulullah dan sahabat telah lakukan untuk memantapkan aqidah dalam menjadi individu muslim,setersnya memantapkan baitul muslim bagi mewujudkan masyarakat muslim
Dan melalui masyarakat muslim yang hatinya tertanam semangat jihad inilah akan lahir kerajaan islam,daulah islam,empayar islam dan insya Allah kita akan mengulangi sejarah abbasiyah untuk menjadi rujukan dunia
Bukan lagi berkiblatkan barat dan israel laknatullah!

Ayuh,lakukan perubahan
Al-Fateh mempelajari sejarah dan yakin dengan hadith nabi yang konstantinople akan dibuka oleh islam suatu hari nanti
Lalu Al-Fateh berusaha merealisasikannya

Begitu jugalah kita
kita memPelajari sejarah untuk mencari kunci kegemilangan dan mengkaji punca kejatuhan
serta yakin Allah menjanjikan kemenangan buat Islam
Dan sejarah telah membuktikan,tarbiyahlah kuncinya untuk memantapkan aqidah dalam membuat anjakan paradigma

Shift Your paradigm!!!!!!

"Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah zaman khalifah yang berjalan sepertimana zaman kenabian. Maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit. Berlaku zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya juga, kemudian berlakulah zaman pemerintahan diktator (zaman penindasan dan penzaliman), dan berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula zaman khalifah yang berjalan diatas cara hidup zaman Kenabian."

[Riwayat Imam Ahmad, Bazzar dan at-Tabrani dari Abu Hudzaifah al-Yamani]







4 comments:

Anonymous said...

Ali, aku dah penat cuba dukung agama Allah, tapi arus jahiliah kuat sgt2! Bila nak balik dari Jordan tlg aku? Silap hari bulan dgn aku skali hnyut..*sigh*

Aliyah Al~Istiqamah said...

anony-siapa ni?

" Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong [agama] -Nya. " -hajj 40.

Teruskan berjuang sahabat.Jatuh naik itu pasti.Jilsah-jilsah tanasuh seperti usrah la yang menguatkannya.

Cari usrah paling muntij [efisen untuk hiduo di bawah bayangan Al-Aqur'an dan singkir jahiliyyah dalam diri sendiri dan orang lain.

Insya Allah,jangan bimbang.Doakan ali murah rezeki,aLI AKAN pulang ke malaysia lagi tahun depan =)

teruskan kuat sahabat

Anonymous said...

Akademi al-Fateh tu apa?

Aliyah Al~Istiqamah said...

salam anony-Insya Allah akademi Al-Fateh itu adalah salah satu aktiviti tahunan di bawah kelolaan PINTAR under persatuan pelajar kami di sana

ia merupakan salah satu platform untuk menyedarkan kepentingan dakwah dan tarbiyah kepada junior-junior tahun satu di sini

mengguunakan pendekatan cara kepimpinan Al-Fateh,beberapa aktiviti seperti pembentangan kertas kerja,bedah buku,bengkel pengucapan awam dan bengkel kaedah penulisan disediakan untuk menggilap bakat kepimpinan junior

wallahua'lam