Monday, December 26, 2011

step by step ke arah tarbiyah ini ;)


Terkenang ayahanda,suatu hari berusaha untuk menggantikan mentol atau lampu kalimantang di tandas rumah kami
kedudukan syiling rumah sangat tinggi
meski ayah memang fizikalnya seorang yang tinggi masih memerlukan bantuan tangga untuk memasang lampu tersebut
Malangnya,rumah kami tiada tangga
Maka kami menggunakan alternatif supaya ayah mengguanakan kerusi
Namun masih tidak berjaya,meja diambil,kerusi diletak di atas meja,ayah berusaha lagi
gagal lagi
Kali ini anak teruna berusia 12 tahun itu dipanggil supaya memanjat di atas bahu ayah untuk mencapai syiling rumah
Tetapi dengan ketinggian sebegitu ribu,adik berasa gayat dan kaget
misi gagal lagi
Alhamdulillah,mujur ada hero penyelamat keluaraga,abang tercinta,dia menyelesaikan masalah remeh itu

Pengalaman bukan sekadar untuk dikenang kalau bukan untuk diambil pelajaran
Begitulah kita sebelum mencapai sesebuah perubahan
Sangat ramai individu menyentuh kita dan memperingatkan kita
Mungkin awalnya kita menolak,tidak menerima dan kurang serius terhadapnya
tetapi akhirnya,akan ada suatu tarbiyah yang menjadi alat yang membantu kita mencapai 'turning point' itu
Dahuu di sekolah,sangat banyak program-program tarbiyah
Usrah yang sangat terikat dengan syllabusnya
Program badan dakwah dan rohaninya
Tazkirah,kuliyah subuh,qiamullai,ceramah
semua wasilah tersedia

begitu juga ibu dan ayah kita yang sentiasa berusaha membentuk diri kita

"Ko tak perasan,selama ni ayah dan ibu sedang men 'df' kita"

Terkenang dialog abang suatu masa dahulu
benar,terima kasih Allah kerana mengurniakan aku sepasang ibu ayah yang berusaha mentarbiyah anaknya dalam usaha pembentukan diri ke arah menjadi individu muslim
nasihatnya ringkas,sentuhannya lembut,impaknya berhasil

"sebenarnya,apa yang kita lalui sebelum kita mendapat tarbiyah ini adalah persedian-persediaan dari Allah untuk kita"

akhowat itu memberikan perkongsian
hati ana bersetuju dengan kata-katanya
Benar,segala tarbiyah dari kakak-kakak naqibah,ibu dan ayah,pengalaman pahit yang Allah beri dalam usaha membuang jahiliyyah,cabaran dan dugaan itu semua adalah persediaan untuk melangkah dan dil'langgar' oleh tarbiyah ini

Sebagaimana Allah menyediakan Rasulullah sebelum dilantik menjadi rasul
Bagaimana Allah mencuci dada baginda agar suci dari noda dan dosa
bagaimana Allah menguatkan baginda melalui cabaran menjadi seorang pengembala
Bagaimana Allah memelihara baginda dengan melelapkan baginda saat telinga terusik dengan gemalai dan asyiknya muzik-musik dari sebuah pesta
Dan bagaimana Allah menjadikan Rasulullah sangat gemar beruzlah [mengasingkan diri] di Gua Hira agar baginda tidak rosak dan tenggelam dengan jahiliyyah arab makkah zaman itu
Itulah persediaan khusus dari Allah untuk baginda memikul beban Dakwah dan tarbiyah ini

Kita juga begitu,Allah telah mempersiapkan kita
Lalu hari ini,saat kita telah terjebak dan terserempak dengan si dia yang bernama DnT apakah kita tidak mahu bergerak
Apakah kita tidak mahu belajar mensyukuri?

Masya Allah dan Alhamdulillah
Terima kasih Allah untuk rencana ini
semoga kita terus menjadi hamba yang bersyukur
dan mengespresikan kesyukuran kita melalui amal yang membuah dari iman hasil tarbiyah ini
wallahua'lam

1 comment:

Anonymous said...

persediaan untuk apa? mana aplikasi tarbiah yg antum lalui selama ni? u need more my dear.. perjalanan antum masih jauh, dalami tarbiah tu sendiri