Tuesday, December 13, 2011

Sebuah kunci perubahan

"Aku ingat nak duplicate kunci pintu kita la Zafirah.Kunci aku satu tu baru je hilang"

Illi meluahkan rasa.Baru-baru ini kunci rumahnya yang memudahkan pergerakan keluar masuk dari Bayt Luar Biasa Itu hilang entah ke mana.Terasa sedikit kesukaran saat kehilangan kunci.

"Kunci kita da x bole duplicate la Illi,Kuci tu cuma dapat sekali masa kita buat banyak-banyak.Kalau hilang,kena  bergantung pada kunci orang lainla jawabnya.Sebab tu lain kali jaga kunci tu baik-baik tau"

zafirah mengingatkan Illi.Menjadi kebiasaan di Jordan,tombol pintu akan ditukar.Itu merupakan langkah pertama sesi awal perpindahan rumah.Hal ini demikian kerana,kebanyakan kes rompakan,pecah rumah berlaku kerana tombol pintu sedia ada yang dibuat sohib [tuan rumah] boleh dibuka dengan apa-apa bentuk kunci sekalipun.Sangat mudah untuk ditembusi.Maka,tidak kira akhowat atau syabab,mereka dikehendaki menukar tombol pintu,dan mendapatkan kunci yang sukar untuk diduplicate kembali oleh mana-mana kedai.

Begitulah kita,saat Allah memberikan satu kunci perubahan.Yang mengizinkan kita untuk masuk ke dalam bulatan tarbiyah dan Dakwah.Bukan mudah untuk kita memperolehnya.Malah mungkin mahal harganya.Dan sekali kita mengabaikan,lalai dan terleka,boleh jadi sangat sukar untuk memperolehnya kembali.

Tetapi kadangkala,ada orang-orang yang telah diberi kunci,cuba masuk,namun tidak tahu apa yang dia mahukan dalam ruang yang menjanjikan sebuah perubahan itu.

Samalah dengan keadaan orang yang telah diundang masuk ke dalam tarbiyah,tetapi hanya duduk tanpa bergerak,menunggu dan hanya menerima.Bukankah perubahan kita untuk menukarkan yang jahil kepada makrifah yang makrifah kepada yang punya fikrah dan yang punya fikrah kepada yang berharakah?

Alhamdulillah,Allah masih mengizinkan kita untuk memegang kunci itu.Maka peliharalah ia.Jagalah baik-baik dan masuklah dengan tujuan dan matlamat yang lurus.Semoga hari-hari yang kita lalui,kita makin laju menderu dalam jalan ini.wallahua'lam.



4 comments:

Iffah Munirah said...

Pandainya Ali kaitkan bnda simple skeliling dgn apa yg Allah bg kt kte.. :)

&

thank youu sbb byk bg information and tazkirah kt kte.. seronok bce blog ni.. :)

Aliyah Al~Istiqamah said...

alhamdulillah,tarbiyah menukarkan manusia kepada seseorang yang berfikrah

maka setiap yang dilihat punya ibrah jika dipandang dr kaca mata fikrah tarbiyah :)

tarbiyah kat us mcm mana?

Iffah Munirah said...

Alhamdulillah.. actually kuat jugak MISG and MSA kt sini.. ade byk program and baru tau ramai jugak yg pakai tudung labuh kt US ni.. tu yg kagum tuh.. winter break ni ade muktamar dkt las vegas.. tp ifa xpergi sbb kos yg mhl and skarang tgh takde duit sbb baru dtg sini.. bnda ni ade tiap thn, so senior ktorg ckp, biasanya org pergi 2nd year.. time tu da ade duit.. byk jugakla.. syahadatul haq, etc.. & ade a few places kt US ni yg ade byk msjid and bndar org islam.. so, Alhamdulillah.. cuma ujiannya besar la.. sbb kes 9/11, and diorang still xphm dgn islam.. tarbiyyah kt sini sgt okay as senior ktorg ade yg jg ktorg.. usrah pon ade.. :)

sorry trpnjg pulak.. rase mcm byk bnda nk tnye and cerita.. next time, insyaAllah.. :)

Aliyah Al~Istiqamah said...

masya Allah iffah,kita pun tak sabar nak jumpa iffah untuk cerita mcm2 :).ada duet lebih i singgah US u singgah Jordan eh.cn banyak tempat menarik.Insya Allah dis winter i gi UK. :)