Tuesday, December 13, 2011

mendaki menara gading di bumi isra'


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. [Itu telah menjadi] janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya [selain] daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (9:111) Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji [Allah], yang mengembara [demi ilmu dan agama], yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mu’min itu. (9:112)



Alhamdulillah.Rata-rata dari adik-adik tingkatan 5 2011 sudah selesai menamatkan pengajian diperingkat sekolah menengah bukan?Semoga hari-hari penuh debaran yang dilalui bermula hari tamatnya SPM sehinggalah saat keputusan diumumkan nanti disusuli dengan tahajjud cinta dan doa berpanjangan kepada Allah.Moga-moga Allah kurniakan sesuatu yang terbaik untuk adik-adik.

Dan dalam fatrah sekarang,tidak boleh tidak pasti adik-adik sedang sibuk memikirkan ke mana hala tuju selepas SPM.Ke bumi mana untuk diterokai bagi meneruskan cita-cita.Ke lembah mana untuk dijelajahi bagi mencapai segulung ijazah dalam bidang yang diminati semenjak awal usia.

Maka dengan itu,kami para senior berbesar hati untuk mempromosi sebuah benua yang sarat dengan sinergi ilmu sains sosial dan sains tulen,iaitu The Hashemite Kingdom of Jordan.

Insya Allah,selepas SPM pilihlah sama ada ingin meneruskan pengajian dalam bidang syariah seperti Usuluddin,Usul Fikh,Ekonomi dan perbankan Islam di Yarmouk university serta Bahasa Arab.Atau bagi yang berminat meneruskan cita-cita untuk menjadi seorang doktor atau doktor gigi,Jordan University Science Of Technology yang pernah dinobatkan sebagai universiti terbaik dalam bidang pengkajian saintifik dan teknologi menjanjikan sebuah kejayaan untuk adik-adik.Insya Allah.

Berkenaan dengan sistem pengajian di Universiti Yarmouk.pihak universiti tidak mengehadkan tahun pengajian.Apa yang penting ialah menghabiskan semua subjek yang disediakan bagi setiap bidang.Kebiasaannya pelajar Malaysia mengambil masa 4 tahun untuk menghabiskan pengajian.Terdapat 3 sem dalam satu Tahun.Semester 1,semester 2 dan semester soifi [musim panas] yang mana sem soifi ini adalah sem pilihan.

Manakala untuk universiti JUST pula,tahun pengajian bagi tahun satu,dua dan tiga dikenali sebagai tahun pra-klinikal.Manakala tahun empat,lima dan enam adalah sebagai tahun klinikal.Sistem peperiksaan menggunakan komputer dan assigment atau kerja luat mengikut kemahuan doktor.

Kelebihan?Terlalu banyak.Dengan kedudukan yang berhampiran dengan negara-negara Arab yang lain serta negara Eropah,Jordan juga menjadi salah sebuah negara yang turut mengalami iklim 4 musim yang tidak mungkin kita peroleh di Malaysia.

Selain itu,dari sudut khazanah ilmu,tersangat banyak memandangkan kebanyakan buku-buku agama yang ditermjemahkan di Malaysia boleh dijumpai di sini.Selain itu,kelas-kelas tafaqquh,kelas Al-Qur'an dan sebagainya memberikan ruang dan peluang yang besar untuk adik-adik lebih mendalami ilmu agama di sini tidak kira bagi pelajar aliran agama mahupun pelajar aliran sains
.
Jordan juga kaya dengan tempat-tempat tinggalan sejarah Rom,Islam dan umat-umat terdahulu seperti Ummu Qays,Petra,Wadi Ram,makam-makam sahabat,Laut Mati dan sebagainya.Hal ini membolehkan adik-adik untuk sambil menyelam minum air dengan menikmati dan menghayati serta memperoleh ibrah sepanjang keberadaan anda di Jordan sebagai seorang mahasiswa.

" Kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan [rasul-rasul]. (3:137)"

Akhir kalam,sambunglah pengajian anda ke Jordan yang bakal mengubah adik-adik menjadi seorang mahasiswa yang punya matlamat hidup.Kerana insya Allah,bumi barakah ini bukan sahaja sarat dengan ilmu tetapi padat dengan fikrah dan suasana tarbiyah yang sukar diperoleh di Malaysia.Insya Allah.Apa yang penting,Luruskan niat,bulatkan tekad,tetapkan matlamat.Semoga pengajian adik-adik di sini bukan sekadar membawa pulang segulung ijazah,tetapi membawa sesuatu untuk mengubah dunia!

Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya [ke medan perang]. Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agamadan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122) "

Pulang menjadi pemberi peringatan bukan menjadi penghukum,Kembali menjadi Doktor hearty bukan sekadar doktor Jasad.wallahua'lam :)

Ahlen ila Bumi Anbiya'

4 comments:

Anonymous said...

Dah mula promote Yarmouk dah. huhu.
Moga dikurniakan Allah hati-hati manusia yang bisa diikat untuk bersama-sama atas jalan DnT. Cemburu dengan semangat yang ada pada kamu. Mudah-mudahan tetap teguh di atas jalan ini dan sentiasa dirahmati Allah. Insyaallah. //HB,Rawang.

Aliyah Al~Istiqamah said...

HB-asankah.Sekadar melaksanakan taklifan senior2 untuk promo Jordan ^^.Jemputla sambung study di cn jugak asan.dan rasai apa yang ali rasa.seringkali ali juga cemburu akan semangat asan.Moga-moga semangat ini datangnya dari iman hasil kefahaman yang diperoleh dari tarbiyah.

zikri said...

bg sy yg dah menjadi tetamu jordan.. ucapkan ahlan pd adek2 yg mdpt rezeki ke mid. east nnt..jemput2.. ;)

erk..ali..bile nk mai sini?

Aliyah Al~Istiqamah said...

zik-mula-mula plan nak gi mesir
tapi dengar crt tak baik pasal keadaan mesir sekarang
apecer senanye zik>