Saturday, April 16, 2011

Tafaqquh-usul yang mengubati penyakit nafsu

Kaedah-kaedah untuk megubati penyakit nafsu:



  1. Ringankan perut dengan makanan dan air
  2. Kembali kepada Allah daripada apa yang mendatang ketika ia datang
  3. Lari daripada tempat-tempat yang ditakuti boleh menyebabkan kita jatuh [tempat maksiat]
  4. Berterusan beristighfar pd malam dan penghujung siang
  5. Bersahabat dengan orang yang menunjukkan kita kepada Allah


RINGANKAN PERUT DENGAN MAKANAN DAN AIR



Yakni makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.Kurangkan makan.
diceritakan Rasulullah s.a.w hanya makan ketika sahur dan berbuka sahaja
Malah Rasulullah s.a.w turut mengikat perut dengan batu daripada memuaskan nafsu dengan makan
Selain itu dikatakan Rasulullah juga apabila makan cukup sekadar 10 suapan atau kurang
kalau kita?tepuk perut ,muhasabah kembali T_T

KEMBALI KEPADA ALLAH DARIPADA APA YANG MENDATANG KETIKA IA DATANG



Yakni kembali kepada Allah apabila ada musibah yang menimpa
Bila dilanda musbibah,jangan cr manusia dulu
tapi cepat-cepat crk Allah
insya Allah jiwa akan tenang,dan Allah akan temukan kita dengan jalan keluar yang terbaik utk masalah yang melanda =)

LARI DR TEMPAT YANG DITAKUTI KITA JATUH

Yakni lari dr tempat-tempat maksiat seperti majlis-majlis yang tdk berkat
ada ikhtilat melampau dalam majlis
majlis yang jauh dr mengingati Allah
atau tempat-tempat yang lebih dahsyat seperti kelab malam,disko,casino dll.

analoginya ada dikisahkan dalam hadis 6,di mana Rasulullah mengibaratkan seorang pengembala kambing yang mengembali berdekatan kawasan larangan
Mungkin mula-mula dia rasa dia boleh jamin kambing-kambing dia takkan pergi kawasan larangan
tapi sekali dia terleka,kemungkinan besar kambing-kambingnya akan termasuk kawasan larang tersebut


BERTERUSAN BERISTIGHFAR PD MALAM DAN HUJUNG SIANG DENGAN MENGHIMPUNKAN PEMIKIRAN



Yakni banyakkan istighfar dan selawat setiap hari dengan khusyuk.Jangan dok mengadap cerita maharaja lawak sempat lagi dok pegang tasbih utk istighfar dan selawat.Carilah ruang dan masa yang kita hanya fokus utk istighfar dan selawat.Istighfar dan selawat ni adalah 2 perkara yang mudah tapi seringkali dipandang remeh oleh kita semua kan?

BERSAHABAT DENGAN ORANG YANG MENUNJUKKAN KITA KEPADA ALLAH



Yakni berkawan dengan kawan-kawan yang baik.Yang apabila kita melihatnya kita teringat kat Allah =)

JALAN-JALAN UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH

  • Kurangkan makan
  • Kurangkan tidur
  • Kurangkan bercakap
  • Kurangkan bergaul dengan manusia
Ada sebuah kisah sahabat bernama Harithah Al-Ansari.Pada suatu hari dia nak menyertai peperangan.
Maka sebelum dia pergi ke medan perang dia telah menemui Rasulullah s.a.w.Berikut merupakan perbualan antara mereka [ayat perbualan telah diubah suai mengikut kesesuaian]

Rasulullah: Wahai Harithah,bagaimanakah pagi kamu pada hari ini

Harithah: Pagi ini aku telah beriman kepada Allah,ya Rasulullah.

Rasulullah: Wahai Harithah.Cubalah kamu lihat kembali apa yang kamu perkatakan.Sesungguhnya setiap perkataan mempunyai hakikatnya.Maka apakah hakikat kata-kata kamu.

Harithah: Sesungguhnya aku telah beruzlah [melarikan diri] dari dunia dengan berjaga malam, dan berpuasa di siang hari seolah-olah aku melihat Arasy dan seakan-akan aku melihat ahli syurga saling ziarah-meziarahi sesama mereka,dan sepertinya aku melihat ahli-ahli neraka berteriak terseksa sesama mereka.

Rasulullah: Wahai Harithah,ketahuilah sesungguhnya kamu telah nampak kemanisan iman.Maka lazimilah [berterusan dengan amalannya].Inilah hamba Allah yang telah diberikan cahaya ke dalam dirinya.

WASIAT SOLIHIN

  1. Barangsiapa yang banyak bercakap,Janganlah pernah berharap akan lembut hatinya
  2. Barangsiapa yang banyak makan,janganlah berharap akan mampu utk bangun malam
  3. Barang siapa memilih utk berkawan dengan orang yang zalim,Janganlah berharap mampu untuk membetulkan agamanya sendiri
  4. Barangsiapa yang membiasakan menipu, janganlah berharap dia mampu utk keluar daripada dunia dalam keadaan beriman
  5. Barang siapa banyak bergaul dengan manusia janganlah dia berharap dapat merasai kemanisan iman
  6. Barangsiapa yang menuntut redha manusia,janganlah berharap dia akan mendapat redha Allah 


5 comments:

MooSHE said...

thanx ali...rasa mcm baru lepas dgr tazkirah kat sambest lah..hehe:)

Aliyah Al~Istiqamah said...

ingat sape la td mandy
hahaha

Anonymous said...

Ya Allah, kuatkanlah iman kami untuk taat kepadaMu
Ya Allah, kuatkanlah iman kami untuk menjauhi maksiat kepadaMu
Permudahkanlah urusan kami. Sesungguhnya tiap-tiap yang payah amat mudah bagiMu
Amin :)

Anonymous said...

betul ape yg kak mandy tu cakap...

terima kasih jgk akak...
best2... =)

sepana said...

+ kurangkan mendengar lagu , dan mendendangkannya .