Saturday, April 2, 2011

KARISMA

bismillah
sebelum tu blog ana bukan blog rasmi karisma
maklumat terperinci mengenai karisma boleh rujuk sini :BLOG KARISMA


KARISMA merupakan singkatan daripada karnival sukan mahasiswa sejordan
alhamdulillah karisma yang bertemakan kualiti juara inspirasi bersama pada tahun ini bertempat di irbid
berdasarkan pembacaan saya dalam naskhah karisma yang diedarkan pada atlet
karisma sebelum2 ini bukan sahaja melibatkan pertandingan sukan
tapi turut mempertandingkan acara2 ilmiah yang lain seperti pidato dan sebagainya
dan pada tahun ini ada beberapa pertandingan atau acara baru dipertandingkan iaiatu sepak takraw,bowling dan dart [x silap la]

opening ceremony hari itu berlangsung alhamdulillah dengan baik
dengan lagu karisma yang sangat menarik
serta juru acara yang mempunyai kredibiliti mengacarakan majlis dengan baik sekali.tahniah!

sedikit kekalutan pada sesi pembahagian petempatan untuk para atlet yang sangat ramai dari matiqah-mantiqah lain iaitu mafraq,muktah dan amman
biro petempatan nampaknya berhadapan dengan cabaran yang besar
"hanya ketegasan dan ketenangan sangat diperlukan untuk menghadapi cabaran ini"kata kak zeti zamri selaku salah seorang ajk petempatan karisma.

hari pertama berlalu dengan baik sekali
para atlet kelihatan bersemangat 
"kelainan pada tahun ini ,saya lihat atlet2 sangat bersemangat.Mungkin kerana KARISMA diadakan di irbid dan kami ada baju masing-masing"-kapten bola jaring muktah
Muktah memilih seragam warna gelap.Warna gelap sangat bagus dalam mengeluarkan aura semangat nampaknya.

program permai kali ini ana dilantik menjadi reporter umum oleh kak nafeesa dan kak syairah safiya
sempat juga menjenguk ke bayt permai melihat skuad2 persegaran yang terdiri dr beberapa kakak unity dan ikip 
dan paling ingin saya puji,AMM turun padang duduk di dapur membantu persegaran.terharu saya
"sepatutnya paramedic turut diletakkan di lokasi persegaran kerana ajk2 persegaran lebih berisiko mengalami kecederaan seperti terpotong tangan"-kak nafeesa yang terhiris tangan semasa proses memotong sayur.huhu-

alhamdulillah berdasarkan pembacaan di blog rasmi karisma dan fb karisma
nampaknya irbid merebut banyak emas dalam sukan tahun ini
maka,jom sama2 saksikan dan kongsikan kegembiraan atlet dengan menghadiri majlis penutup malam ini
tahniah pasukan irbid!!



p/s-setiap kali nak taip laju 2 KARISMA mesti tertulis karimsa.maaflah kalau ade salah type di atas ^^

8 comments:

LaiLA s~ said...

kitorg pn ade karisma gak..aha..tp under uitm

dhirar al-azwar said...

rep0rter terbaek dr ladang~~

umm said...

err , KARISMA ? adakah sama dengan KARISMA di Malaysia ??

Aliyah Al~Istiqamah said...

lela-ko mesti masuk ping pong kan karisma kat uitm

dhirar-ladang bukan sebarang ladang

umm-mungkin sama.karisma di malaysia bagaimana ye.mungkin boleh dikongs bersama?

umm said...

kelab rakan siswa malaysia [ karisma ] :)

umm said...

ehsilap.

kelab rakan siswa islah Malaysia [karisma]

umm said...

lebih kurang je dengan KARISMA di Msia, bezanya di Msia semuanya sukan. mcm sukan olimpik la, tpi versi universiti.

Aliyah Al~Istiqamah said...

umm-lebih kurang sama kowt karisma jordan dan malaysia

btw salam ukhuwafillah ye =)