Saturday, April 9, 2011

Tafaqquh-usul ketinggian

Usul ketinggian-Jalan-jalan menuju Allah



  1. Menuntut ilmu untuk mendirikan suruhan Allah
  2. Bersahabat dengan orang yang alim untuk mendapatkan jalan yang lurus
  3. Meninggalkan keringanan untuk menjaga diri
  4. Menjaga waktu dengan wirid-wirid harian untuk menghadirkan hati dengan Allah
  5. Bersangka buruk kepada sesuatu dalam setiap sesuatu
Ana hanya akan menerangkan mengenai usul ke empat dan ke lima,sebab usul pertama sehingga ketiga mungkin masa tu ana tidak ke kelas ke tafaqquh kerana bersiap sedia untuk exam yang berdekatan dengan tarikh tafaqquh time tuu.wallahua'lam

MENJAGA WAKTU DENGAN WIRID HARIAN UNTUK MENGHADIRKAN HATI DENGAN ALLAH

  • Menjaga wirid-wirid selepas solat seperti zikir,tasbih,tahmid,takbir atau mathurat
Persoalan: Apakah gunanya sekiranya kita berwirid tetapi hati tidak hadir sekali [wirid dalam keadaan lalai]

Jawapan:Berdasarkan pendapat Imam Ibnu Atoillah

"Jangan tiggalkan zikir disebabkan tidak hadir hati kamu dengan Allah pada zikir kamu,Kerana lalai dari zikir itu lebih teruk daripada zikir dalam keadaan lalai"

Tambahan pula,sekiranya kita berzikir dalam keadaan lalai,boleh jadi lama-lama Allah akan meningkatkan martabat zikir kita kepada zikir yang tidak melalaikan,kemudian zikir yang hadir dengan hati dan akhir sekali zikir sehingga ingat hanya pada yang kita ingat [Allah],yakni dah tak ingat menda lain dah

ringkasannya:

zikir lalai
zikir tidak lalai
zikir dengan hati
zikir sehingga lupa selain dari yang kita ingat dalam zikir 

BERSANGKA BURUK KEPADA NAFSU DALAM SETIAP SESUATU [LAWAN NAFSU]

Tujuan sangka buruk:
  • keluar dari belengu hawa nafsu
  • terselamat dari binasa
Bila ragu-ragu antara dua perkara,pilihlah yang mana nafsu berat untuk melakukannya
kerana seringkali perkara yang berat bagi nafsu melakukannya adalah perkara yang benar

sedikit ulasan mengenai usul-usul di atas


PERKARA-PERKARA YANG MEROSKKAN ILMU

  1. Berkawan dengan orang yang baru dari segi usia [kanak-kanak]
  2. Berkawan dengan orang yang baharu akal [tidak sempurna akal]
  3. Berkawan dengan orang yang baharu dari segi agama [kurang pemahaman agama]
Oleh itu,dalam fatrah menuntut ilmu kita haruslah mengelakkan berkawan dengan individu di atas melainkan untuk tujuan mendidik,mengislah dan sebagainya.Better berkawan dengan orang-orang yang lebih tua,sejahtera akal dan lebih banyak pengetahuan agama kerana boleh membantu untuk mematangkan diri.

adakahinibermaknabetterberkahwindengan orangyanglebihtua?

PERKARA-PERKARA YANG MEROSAKKAN PERSAHABATAN

  1. Terpengaruh dan terikut-ikut
  2. berlebih-lebihan [terlalu mesra alam]dengan semua orang dia nak kawan,Sehingga hilang pertimbangan dan kayu ukur untuk memilih seorang SAHABAT.
PERKARA-PERKARA YANG MEROSAKKAN AKIBAT DARI TIDAK MENINGGALKAN KERINGANAN

Bersifat belas kasihan pada nafsu

Contoh: Kita terlalu mengambil ringan tentang solat di awal waktu dengan alasan penat dan sebagainya.Akhirnya lama-lama nafsu kita akan manja [naik lemak].Boleh jadi susah nak didik nafsu bila nafsu sudah menjadi manja.

PERKARA-PERKARA YANG MEROSAKKAN AKIBAT TIDAK BERSANGKA BURUK DENGAN NAFSU

Nafsu akan berasa jinak yakni berasa sudah cukup baik dan bagus.

"Nafsu itu umpama bayi yang menyusu,jika ibunya tidak menegah dia dari menyusu,maka dia akan terus menyusu sehingga dewasa"

Macam tulah kalau kita tak tegah nafsu kita dari buat benda-benda tak elok,lama kelamaan benda tak elok tu akan jadi berkekalan dalam diri.

Dalam gerak hati,ada gerak hati mengikut nafsu dan ada gerak hati yang tidak mengikut nafsu

Apabila kita berhadapan dalam situasi untuk menentukan tindakan mengikut gerak hati,langkah yang perlu dilakukan ialah :-

-Bentangkan  nafsu dengan Al-Qur'an dan As-Sunnah.Yakni nilai keninginan kita melalui Qur'an dan Sunnah.Seandainya bertentangan jelaslah ia adalah gerak hati yang berdasarkan nafsu.

Walaubagaimanapun seringkali terjadi semasa kita melakukan sesuatu yang digerakkan oleh hati bukan kerana nafsu yang tidak baik,tetapi semasa melakukannya terdapat syahwat yang tersembunyi.

Sebagai contoh,keinginan untuk membuat solat sunnat tahyatul masjid,tp dalam masa yang sama kita ada keinginan nak laksanakan solat sunat tu sebab manusia.

Jadi untuk mengatasi masalah ini,bukanlah dengan mengambil langkah mengelakkan diri dari meneruskan keiginan kita yang baik tadi.Tapi lakukanlah dan selepas itu beristighfarlah.Dan mohonlah pd Allah agar amalan kita dijauhkan dr unsur-unsur riya', takabbur dan sum'ah.

wallahua'lam






3 comments:

Anonymous said...

Sentap!
sedap mknn rohani.Syukran

Aliyah Al~Istiqamah said...

bukannya kita x boleh berkawan dengan mereka
boleh,tetapi pastikan ada hadaf dan bukan kawan untuk suka-suka sahaja
kerana dibimbangi akan menyebabkan kita juga jadi seperti mereka

err . said...

akhirnya , semua benda merujuk kepada keutamaan dan keperluan .

tamat .