Bismillah
buat ibunda ku yang tercinta yang diberi nama Siti Romziah Binti Madong
mungkin masih terlalu awal
tapi oleh kerana jordan masuk 9 april lambat sedikit berbanding malaysia
maka ali ucapkan sekarang
selamat hari lahir ibu ^^
semoga panjang umur dan murah rezeki
perasaan rindu usah ditanya
sentiasa menggunung terkumpul di kalbu
lagi-lagi rindu pada nasihat dan masakan ibu
itu sesuatu yang tidak akan pernah terlepas daripada top 10 perkara-perkara yang ali rindu
ibu,saat ini ali di perantauan sedang berperang dengan beberapa peperiksaan
ditambah dengan sesuatu yang berlaku kepada diri secara mengejut
ali sangat-sangat memerlukan ibu
tapi ali memilih untuk senyap dahulu dan mengadu kepada Dia
walaupun jujur fikiran ali 2 3 hari ini bercelaru tanpa nasihat dari seorang ibu
dan insya Allah andai esok hari masih ada,akan ali ceritakan segalanya
doakan ali esok untuk exam english ^^
2 comments:
Terima kasih atas ucapan hari jadi untuk ibu. Semoga Allah sentiasa melindungi dan merahmati anak ibu yang sedang berjihad menuntut ilmu dibumi anbiya'. Yakinlah dengan ketentuan yg telah Allah berikan kpd kita, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Dari Allah kita datang dan kepada Allah kita akan kembali. Wassalam..
terima kasih ibu
dengar suara ibut sudah cukup membuatkan hati ini tenang dalam membuat keputusan
Post a Comment