Monday, April 25, 2011

ade mesej yang ingin disampaikan


Bismillah
da sudah tengok video di atas?
sebenarnya jauh di sudut hati ana ingin menyampaikan mesej untuk seseorang yang ana harap dia mungkin sedang membacanya
dan hatinya tersentuh dan sampai maksudnya

kepada kamu yang ana cuba sampaikan mesej ini
dengar tak ape mesej yang disampaikan dalam mesej di atas
"fisrt of all boys and girls cannot be friend"
yep,ana sangat setuju dengan kenyataan dalam video tersebut

ya,ana juga dulu belum pernah mengerti apakah itu erti ikhtilat
ana ingat berkawan dan berborak dengan classmate lelaki atau schoolmate lelaki itu perkara biasa
ya,memang dalam madhkhol ila tasyrik dr mahmud kholidi ada bgtau ana ikhtilat ini adalah uruf
uruf yakni perkara yang menjadi adat kebiasaan
tapi harus diingat uruf itu ada cabang dan kategorinya
dan ikhtilat iaitu percampuran antara lelaki dan perempuan itu adalah di bawah kategori uruf fasid
uruf yang tidak menepati syarak

lagipun bimbang
kalau2 pergaulan kita sesama lelaki dan perempuan
bukan atas dasar kepentingan seperti pendidikan,perniagaan,dakwah dan perubatan
takut2 nanti ada panah syaitan yang menusuk hati masing-masing
siapalah kita yang imannya senipis  kulit  bawang
para anbiya dan sahabat-sahabat yang mantap iman pun tdk berikhtilat
inikan kita pulak berani berbuat sedemikan?
boleh dikatakan selalu je ana dengar org2 yang sangat terbuka dengan ikhtilat ni mesti nanti sangkut dengan salah seorang kawan tidak sejantina dengan dia
lepas tu nanti timbullah masalah terlanjur cinta dan sebagainya




kamu yang ana harap sedang membaca apa yang ana cuba sampaikan
berusahalah menjaga diri kamu sebaik-baiknya
cubalah KURANGKAN bergaul dengan insan yang berlainan jantina dengan kita
nak paksa kamu terus tak berhubung mungkin terlalu drastik
ana tdk mahu nanti perubahan yang drastik itu tidak akan berkekalan
tapi cubalah sedikit demi sedikit
kurangkan ikhtilat bukan hanya di alam nyata
tapi juga ikhtilat siber 

kamu yang ana sedang cuba menyampaikan pesanan
yang lelaki janganlah terlalu melayan
kerana ana akui wanita ni cepat perasaan
lelaki layan macam kawan,tapi wanita ingat hati lelaki itu telah tertawan

yang wanita,janganlah pernah cuba mendekati
hina sangat ke kalau xde kawan lelaki
sedangkan masih lagi ade akhowat yang baik hati 

kamu yang ana sedang cuba untuk menyampaikan pesanan
ana sangat bangga kerana mengetahui kamu tdk pernah bercinta
tapi ana  sangat sedih dan hampa kerana sikap kamu yang terlalu terbuka
ketahuilah Allah sedang melindungi kamu
sebab itu sampai sekarang kamu tdk pernah terjebak dengan cinta syabab akhowat
dan kerana itu mungkin dia menolak kamu,kerana Allah tdak mahu perancangan yang tdk pasti itu merosakkan hati kamu
lantas menghalang kamu utk memburu cinta hakiki,cinta ILLAHI
tapi ingatlah,berkawan sahaja pun bimbang nanti hati kamu dan kawan2 tdk sejantina kamu akan rosak
atau boleh jadi orang2 sekeliling memfitnah itu dan ini

Kamu yang ana harap sedang membacakan ini
sangat berharap dapat melihat kamu berubah walau aku tahu berubah itu payah
memerlukan mujahadah yang tinggi
tapi ingatlah,mujahadah itu pahit kerana nikmatnya manis
cari lah kawan yang baik-baik
dekatkan diri dengan Allah
dimana pun kamu sedang berada,semoga yang terbaik dari Allah adalah untuk kamu


sekadar berkongsi pengalaman ana pada kamu
masa ana mula-mula mengurangkan pergaulan dengan yang berlainan jantina
dicemuh dan dituduh sombong itu suatu perkara biasa
tapi ingatlah
barangsiapa yang mengharapkan redho manusia,janganlah dia berharap akan memperoleh redha Allah yang Maha Esa
setiap kali melakukan sesuatu fikirkan kembali.Apakah Allah redho
contoh kalau kite berkawan dengan sahabat bukan sejantina atas alasan belajar
apakah sudah tdk ade lagi kawan sejantina yang boleh membantu kita untuk belajar

berusahalah menutup pintu-pintu ikhtilat
semoga apa yang ana cuba sampaikan ini sampai kepada kamu
wallahua'lam





6 comments:

Anonymous said...

jzzk ats p'kongsian. klu kte pergi pasar raya saje nk jln2, lme2 kte akn beli somethng jgak. klu kte sje2 knal2 dgn someone (b'lainan jantina), lme2 kte akn sangkut jgak.

MooSHE said...

oh.inilah dia maksud ikhtilat ea..baru faham...thanx ali!!:)

Aliyah Al~Istiqamah said...

anony-syukran atas komen dan analogi yg diberikan

mandy oh mandy-yep.sama2lah kte menjauhi ikhtilat

Mutiara Islam said...

like~
sbnrnye lama dh nk tgr sahabat ttg perkara nie..
tp msh tak reti nk kuarkan ayat,takut terasa:(
blog ini sgt mmbntu..
syukran...^^

Aliyah Al~Istiqamah said...

jalancahaya-kadangkala rasa sayang itulah yang membantu kita utk menegur sahabat.insya Allah entry ini umum.yang terasa alhamdulillah.Itu tanda hatinya telah terjentik dengan pesanan yang cuba disampaikan.wallahua'lam

Anonymous said...

insyaAllah sme2 kte ishlah diri kte.