Saturday, April 23, 2011

Program cari rumah



Bismillah
Alhamdulillah pihak HELWI telah melancarkan satu program menarik utk akhowat tahun 1 pada hari ini
iaitu PCR-Program Cari Rumah

ana mungkin tertinggal sedikit fakta sebab terlewat kerana sebelum program start ana sedang sibuk menuguruskan akad rumah dengan sohib bayt muslimah ana
[alhamdulillah.selesai sudah akad]

Antara perkara-perkara yang dikongsikan oleh kakak2 senior dalam program PCR tadi ialah

  1. Soal harga rumah.Biasanya range harga rumah yang ghairu mafrushah [tiada perabot] adalah sekitar 40-65 JD Tidak termasuk air dan elektirk.Manakala kalau rumah mafrushah [berperabot] addi je kalau harga dia boleh mencecah lebih dr 60 jd seorang.Bergantung kepada kualiti perabot yang disediakan.Anda perlu mengetahui range harga utk mengelakkan sebarang penipuan berlaku. 
  2. Mengenai bayaran sewa,kita semua dinasihatkan agar menyediakan buku catatan atau surat bukti bahawa kita telah membayar sewa bulanan.Macam kalau berhutang.Dalam Al-Qur'an kan da ajar kalau kita berhutang tulis hutang ty.Supaya tdk berlaku sebarang pertelagahan pd masa akan datang.Kalau nak tambah efektif lagi,buat surat telah membayar sewa,dan bila da bayar sewa,mintak sohib tandatangan ok!
  3. Bercakap mengenai soal akad,anda digalakkan untuk membuat akad sekurang-kurangnya setahun.Jangan terus 4 tahun.Itu bukan satu langkah yang bijak.Because pelbagai kemungkinan boleh berlaku seperti sohib naikkan harga secara mendadak.Kerosakan yang tdk dibaiki dll.Kalau boleh akad kurang dr setahun pon lagi ok.Kalau lepas habis akad selesa dengan rumah tu n u want to renew the akad it doesnt matter.
  4. Sila tanya sohib kalau2 dalam akad dia nak tambah harga sewa.Pastikan anda bersetuju dengan kenaikan harga yang akan dia lakukan
Kalau nak cakap pasal akad memang panjang lebar.Btw sebelum sign akad tu bacalah akad tu betul2.Kalau tak faham tanya la senior.And tambahlah apa2 point dalam akad tu seperti korang nak rumah tu berpagar besi ke,nak sohib selalu baiki kerosakan ke ape ke.Ikut keselesaan masing-masing.

THINGS TO DO BILA NAK MASUK RUMAH

-cek segala benda yang disediakan dalam rumah tu.Kalau yang mafrusahah cek perabot anda.Kalau rosak tanya sohib boleh baiki tak.Cek bilik air.plum ok tak,sakhonah [air panas] dll.

-cek main swith berada di mana.Sebab kalau tbe2  eletrik xde,anda tahu nak ke mana.Tetapi seandaninya anda dapati main swith berada di luar.Make sure bila xde letrik jangan keluar sorang2.Because sumtyme,letrik terputus sebab ade org yg matikan main switch dr luar utk mengumpan anda keluar.soifi selalu je xde letrik.Hati-hati ye =)

ETIKA DAN MUAMALAT

Etika dan muamalat dengan sohib

  • Hormat sohib anda sebagaimana anda menghormati orang yang lebih tua.Walaupun kebelakangan ini kita seringkali mendengar kes sohib khianat,naikkan harga dll,.But still hormat dia ok!Islam kan agama yang saling hormat menghormati.
  • Tanya sohib soalan yang perlu dan tepat pada waktunya.Janganlah korang da stuju dalam akad bil air dan letrik bayar sendiri sekali korang pegi tanya lagi,kenapa ktrg kena bayar sendiri bil air dan letrik ?
  • Dekat jordan ni 'adi la kalau sohib nak ziarah,.Pastikan kita selesa tak dengan rumah.Tanya itu ini.Masalah dll.But bila dia datang raikan lah dia sebagai tetamu.Janganlah dia datang kita terus bentangkan masalah dekat dia.
  • Bantulah meringankan beban sohib dengan membayar sewa pada waktu yang ditetapkan .Bila kita da lama x byr sewa n tbe2 dia minta sewa janganlah datang kat dia dalam keadaan marah-marah dan masam muka.Dia pon nak crk rezki juga.Kalau kita tak bayar-bayar,samalah mcm kita tutup pintu rezki dia.
  • Jaga hubungan baik denga sohib.Because in case berlaku masalah seperti kecurian ke,adalah juga org nak back up kita.Tolong2 kita instead of dia buat tak tahu je pada penyewa dia.

Etika dan muamalat dengan jiran

  • Kenal pasti siapa jiran anda.Kalau boleh berjiran dengan semua malizi tolibat itu lagi bagus.
  • Jaga akhlak sebagai jiran.Jangan buat bising dll.
  • Kalau jiran anda meraika anda,sambutlah dia kembali.Kalau boleh borak2 la dengan jiran n tanya berapa sewa rumah dia.Sebab ade je kes yang rumah sama tapi sewa dia dan jiran dia berbeza.apakah?
Etika berpindah

  • Asingkn benda yang anda boleh angkat dan syabab angkatkan.Janganlah masa nak pindah benda2 yang ringan seperti perlatan dapur dan baldi pon syabab nak kena angkat.Syabab just membantu,bukan kuli kita.
  • Belajar kepakaran-kepakaran asas seperti cara-cara memasang lampu kalau rosak.baiki paip,pasang gas dll.Kalau ada syabab membantu minta dia ajarkan sekali dan anda cuba.Kalau x nak syabab,senior2 akhowat pon ramai je yang reti.

Selain itu amalkan perkara-perkara yang boleh menyelamatkan rumah anda dari anasir2 jahat yang kita tdk tahu sama ada dr alam nyata atau alam ghaib.Masa awal-awal pindah bacalah Al-Baqarah bersama ahli bayt kita.Sepanjang berada dalam rumah amalkan menda 2yang dapat menghidupkan biah solehah seperti solat berjemaah,baca qur'an.hafal qur'an dll.Insya Allah,sekalipun anda berada di lokasi black area,Allah akan selamatkan dan lindungu kita.


Banyak je lagi yang kakak2 senior kongsikan td.Tapi inijelah yang ana ingat.Apapun ana ucapkan tahniah pada kakak2 senior.Sebab ana rasa program ini sangat bagus dan banyak membantu kami!

Kpeada warga sakan kuning dan Jpa Esok kalau boleh malam ni sediakan soalan banyak2 utk ditanya semasa PCR anda esok =)


2 comments:

Katibah said...

aliyah..^_^

Anonymous said...

wah. like2!