Wednesday, April 13, 2011

PROJEK IMAN:FITRAHKAH RASA ITU-siri 2


Bismillah,alhamdulillah diberi kesempatan untuk sambung semula tajuk projek iman yang ana baru sahaja update beberapa jam yang lepas

Sebelum apa-apa ana nak ucapkan terima kasih kepada seorang anonymous yang telah meninggalkan komen di blog ana dalam post yang lepas
Jujur ana cakap ana bukanlah yang selayaknya untuk beri pendapat
Tapi ana cuba juga menjawab persoalan dan masalah anda dengan modul yang ada

Tahniah ana ucapkan kepada anda kerana berjaya menyerahkan perasaan anda terhadap orang yang mencuri hati anda bulat-bulat terus kepada Allah

Antara kekuatan kita untuk menangani masalah cinta yang belum halal ini ialah

Iman yang kuat
HDA yang kuat [Hubungan dengan Allah]
Pergantungan kepada Allah yang kuat
Serta keyakinan kepada Allah sebagai pengatur hidup kita

Penyerahan urusan anda kepada Allah menunjukkan anda yakin Allah adalah sebaik-baik pengatur





Bercakap mengenai rasa suka yang semakin menebal kepada orang yang kita suka
sedangkan hakikatnya kita sedang fokus cinta kita kepada Allah
Jawab saya itu adalah ujian
Allah nak uji kita sejauh mana kita benar-benar mencintai Allah dan Rasulnya
Teruskan mujahadah untuk menepis bisikan-bisikan syaitan yang sedang cuba menganggu-gugat cinta anda kepada Allah dan Rasul

salah satu caranya ialah dengan sabar dan solat.Bukankah Allah ada bagitau pada kita 

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu"-Al-Baqarah45

Tentang soal jodoh kerana perasaan yang sangat kuat terhadap dia 
ana x berani nak kata itu jodoh,atau sebaliknya.Kerana Allah lebih tahu
Jika anda sedang dalam proses membina bayt Muslim,laksnakalah istikharah.
Diingatkan sebelum istikharah banyak-banyakkanlah berdoa agar Allah mengurniakan sekeping hati yang bersih
yang mampu memandu kita melakukan tindakan yang betul dalam memilih individu yang selayaknya
Bila yakin hati dah tak teringat-ingat lagi dekat dia,Istikharahlah sehingga rasa yakin terhadap pilihan yang dibuat
selain itu,bermusyawarahlah dengan orang-orang yang alim dan selayaknya seperti ibu bapa,senior,ustaz-ustazah dan mintalah pandangan daripada mereka
Istikaharah kadang-kadang memakan masa yang lama.Tapi bersabarlah.Sebab Allah sendiri pernah menyebut:

"Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Rabbmu"-At-Thur:8

Selain itu jika ada benda-benda yang mengingatkan kita kepada dia,contohnya kita ada stalk2 fb dia ke.tanya-tanya kawan-kawan dia pasal dia ke.Trylah jauhkan.
Dan sibukkanlah diri kita dengan benda-benda bermanfaat seperti join usrah ke,pergi dengar ceramah dll.
Mujahadah itu pahit kerana nikmatnya manis ^^.

Janganlah berasa terlalu sedih kalau-kalau hati kita pernah terleka teringatkan si dia.Sebab perasaan cinta itu memang Allah dah ciptakan pada manusia.Tapi bila teringat,sama-samalah kita cepat-cepat beristighfar dan memohon keampunan dari Dia.Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Analoginya,bayangkan kita cipta robot dan letakkan unsur rasa suka pada air dalam diri robot itu.Tapi kita da set bahawa robot itu hanya boleh bermain dengan air bila tempoh usianya mencecah 10 tahun.Tapi disebabkan ada rasa suka yang sangat tinggi terhadap air, robot tu nak juga main air masa dia baru 1 tahun.





Tapi kemudian lepas dah main air,dia rasa sangat bersalah kepada tuannya lalu datang kepada kita dan buat muka seposen sadis-sadis minta maaf dan janji x nak ulang lagi.Agak-agak kita nak maafkan tak bila tengok dia buat muka kesian kat kita?

Macam tu jugaklah Allah.Kalau kita memohon keampunan dengan sepenuh pengharapan,Insya Allah Allah akan ampunkan kita.Selain itu berazamlah untuk tidak mengulangi lagi kesilapan td.

Panjang lagi sebenarnya sambungan dia.Next sambungan berkait tentang urgensi dalam membina rumah tangga.Kalau ada kelapangan masa insya Allah ana kongsikan

salam mujahadah untuk ana dan semua pembaca yang mungkin sedang diuji dengan cinta manusia.
Yakinlah cinta Allah itu lebih indah.Banyakkan berdoa agar Allah sentiasa membantu kita untuk mencintaiNya
Dan pintalah padaNya agar dihadirkan rasa rindu dan cinta yang mendalam terhadap diriNya

wallahua'lam



3 comments:

Anonymous said...

terima kasih sbb bg pndangan.. same dgn ape yg sy fkirkan. apa yg awk ckp tu smua dh pun sy lakukan.
ap2 pun terima kasih aliyah. :)

td sy nmpk komen kwn awk, matadore.
sje nk kongsi, nk hadapi trauma, ikat diri dgn tarbiah, ikuti usrah, bnyk berdoa, solat hajar, paling efektif, hadapi ap yg kte tkutkan tu.

morsmode said...

susaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhh.



tengs aliyah. post anda kool.

Aliyah Al~Istiqamah said...

anony-alhamdulillah sebab awak da lakukan semua yang ana sebutkan.Mungkin perlu tingkatkan kualiti mujahadah.Yakinlah ujian ang berat untuk menjadikan diri hebat.

pa a-jangan rsa susah ye sayang.Setiap kesusahan pasti ada kesenangan kan.Semoga Allah kuatkan