Tuesday, December 7, 2010

shita'

bismillah
serasa ana ana masih belum pernah menulis atau mengulas mengenai musim sejuk di jordan
almaklum
musim sejuk pada tahun ni lain sedikit fenomenanya berbanding tahun-tahun sebelum ini
kata senior-senior ana la
ana sendiri pon tak tahu
kata mereka sepatutnya bulan disember semua orang da start pakai baju tebal-tebal
kalau cakap da start keluar asap
cuaca mendung dan hujan setiap hari
dan salji pun da mula turun kat muktah
tapi tahun ini lain pulak jadinya
kata syaikah yang memberi pengisian dalam tanbih ghofilin maghrib tadi
tahun ini hujan lambat
kerana mungkin dosa-dosa kita
dan hilangya rasa tanggung jawab amar makruf nahi munkar

shitak di jordan
menyebabkan kami semua perlu menukar jam awal satu jam
masa siang berlalu pantas
dan malamnya sangat panjang
sangat seronok untuk study dan ibadah lama-lama

shitak di jordan
bagi ana sudah cukup sejuk hingga solat pon boleh menggigil-gigil
tapi hakikatnya ia masih belum cukup sejuk

shitak di jordan
kulit tangan dan muka mula kering
darah kadang-kadang keluar kerana tangan terlalu kering
maka losyenlah teman setia ana sepanjang musim shitak

oh ya
alhamdulillah pagi tadi da turun hujan
katanya pihak jamiah nak wat solat istisqak di padang yarmouk selepas zohor
tapi Allah itu sangat pemurah
hujan turun pagi tadi

selamat menikmati musim sejuk buat semua warga jordan
bersedia untuk sebarang kemungkinan ^^