bismillah
ya esok maal hijrah
1431 hijrah akan berlalu pergi
memberi laluan kepada angka 1432 untuk membuka lembaran yang baru buat tahun hijrah yang baru
apa itu hijrah
klik sini untuk mendalami maksud hijrah
MAKSUD HIJRAH
Sudah klik?ya kebanyakan perkataan hijrah dedefinisikan dengan mengaitkan kisah hijrah rasulullah s.a.w ke dr mekkah ke madinah
kerana tarikh atau takwim hijrah itu sendiri diwujudkan sempena penghijrahan baginda dan para sahabat ke madinah
satu penghijrahan yang telah menjadi asas tersebarnya islam ke seluruh pelusuk dunia
satu penghijrahan yang membawa ke arah kebaikan
maka dengan itu sama-samalah kita mencontohi dan mengekspresikan penghijrahan di dalam diri kita
untuk menjadi insan yang baik dan insya Allah lebih baik
maal hijrah samalah macam tahun baru
kalau tahun baru selalu soalan popular yang akan ditanya adalah mengenai azam
ya,apa azam tahun baru hijrah ana?
banyak mungkin
ana ingin menghijrahkan diri ini agar menjadi lebih baik
terutama dari aspek muamalat dengan manusia
hidup di jordan menemukan ana dengan seseorang
yang telah membuka mata ana bahawa semua manusia itu serba x sempurna
mungkin pada pandangan majoriti kita kelihatan baik,alim,solehah,muslimah sejati
hakikatnya..,masih ada kekurangan
terima kasih kepada insan yang telah hadir menguji diri ini
yang seringkali menyebabkan diri ini sentiasa perlu muhasabah
yang selalu membuat ana sedar bahawa ana serba tak sempurna
syukran kepada ALLAH kerana mengurniakan dia yang menguji diri
terasa kasih sayang Allah sangat halus dan diekspreskan pada jalan yang kita sendiri tidak sedar
hanya pandangan mata hati yang mampu mencungkil hikmah di sebaliknya
maka sempena maal hijrah ini
ana ingin menghijrahkan diri
memperbaiki mana yang masih cacat dan kurang
meningkatkan kematangan untuk menempuh cabaran yang mendatang
wallahua'lam
salam maal hijrah.tema maal hijrah malaysia tahun ini satu malaysia satu ummah.satu jordan?
No comments:
Post a Comment