MEREALISASIKAN REDHA DENGAN ALLAH
cara mencapai redha:-
1.qanaah
2.serah diri kepada Allah
QANAAH
-rasa cukup dengan apa yang ada dari segi perkara-perkara duniawi
tapi dr segi ukhrawi seperti ilmu dan amal janganla rs da cukup..banyakkan dan tambahkan lagi buat bekalan di akhirat sana insya Allah
bak kata pepatah arab :-
القناعة كنز لا ينفي
qanaah itu adalah khazanah yang tidak akan musnah
Hadith riwayat muslim ade menyebutkan,maaf ana tak ingat matan
tapi dr matan hadith tersebut
orang yang berjaya adalah orang yang sejahtera,merasa cukup dengan rezeki dan qanaah dengan apa yang diberi
العبد حر بالقنع
والحر اعبد بالطمع
فالقنع ولا طمع
.....................erm..ade sesiapa bole sambung bait2 diatas
bermaksud:-
seorang hamba itu merdeka dengan qanaah
seorang yang merdeka itu menjadi hamba dengan tamak
maka qanaahlah kamu dan jangan tamak
sesungguhnya seburuk2 kelakuan adalah tamak
(mcm tula lebih kurang)
SERAH DIRI
mengenai serah diri ni,ade sedikit kisah untuk dikongsikan.
pada suatu hari.ade seorang lelaki berjumpa dengan gurunya
dia menyatakan kesedihan kerana dia menghadapi penyakit yang akan menyebabkan matanya dibuang
lalu gurunya menjawab "insya Allah khair"
dia merasa sangat pelik,kerana baginya kehilangan sepasang mata bukanlah sesuatu yang baik
tetapi gurunya tetap meyakinkan setiap yang berlaku ke atas dirinya pasti adalah yang terbaik
suatu hari dia ditugaskan untuk menyampaikan dakwah di suatu tempat bersama kawan-kawannya
kebetulan orang2 di kawasan itu merupakan puak kanibal (orang makan orang)
maka dia dan rakan-rakanya telah menjadi sasaran utk menjadi santapan makan malam puak kanibal
namun demikian sebelum mereka di masak,ketua puak kanibal itu memeriksa setiap habuannya
dan dia mendapati salah seorang dari mereka mengalami masalah sakit mata a.k.a buta
maka dia telah dilepaskan kerana kecacatan yang ada padanya akan menjejaskan daging makan malam puak kanibal
lelaki itu alhamdulillah terselamat dari menjadi habuan puak kanibal
lalu dia pulang kepada gurunya dan menyatakan bahawa btullah
apa yang terjadi pada nya yang dianggap bala sebelum ini sebenarnya menyelamatkan dirinya dr bala yang lebih besar..
bersambung....
No comments:
Post a Comment