bismillah
sedikit perkongsian mengenai tasawwuf yang ana dapat dari ustaz mahadi semasa tafaqquh pagi tadi
DEFINISI TASAWWUF klik sini
ASAS KEPADA TASAWWUF
1.bertakwa kepada Allah sama ada ketika ada orang atau tiada
2.ikut sunnah nabi sama ada dr segi perbuatan dan percakapan
3.berpaling dari makhluk
4.redha dengan benda yang sedikit
5.kembali kepada Allah sama ada ketika sedih atau gembira
JALAN MEREALISASIKAN TAKWA KEPADA ALLAH
1.warak
2.istiqamah
WARAK:-
meninggalkan perkara syubhah contoh seperti tidak makan makanan yang ada syubhah.
zuhud adalah lebih tinggi dari warak di mana pemilik sifat ini akan meninggalkan perkara-perkara HARUS kerana menjauhkan diri dari dunia.jika tidak MENINGGALKAN sekurang-kurangnya dia akan MENGURANGKAN perkara-perkara harus.
ISTIQAMAH:-
melazimkan ketaatan kepada Allah.merupakan satu sifat yang dikategorikan sebagai KARAMAH paling besar bagi seseorang manusia kerana ianya sukar dimiliki oleh seseorang.istiqamah sangat penting terutama dalam perkara-perkara wajib.sabda rasulullah ana x ingat matannya tapi apa yang ana dapat simpulkan.rasulullah kata sebaik2 amalan adalah yang istiqamah walaupun sedikit.
MERALISASIKAN MELAKUKAN SUNNAH NABI
-dekatkan diri dan perbanyakkan perkara-perkara sunnah dalam diri kita
-berakhlak dengan akhlak yang baik
-menjahui perkara-perkara bid'ah
hadith riwayat bukhari,rasulullah s.a.w bersabda: sebaik-baik antara kamu ialah orang yang paling baik akhlaknya.
hadith riwayat tarmizi,rasulullah s.a.w bersabda orang yang paling aku sayangi dan paling dekat dengan aku semasa hari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya.
contoh-contoh akhlak yang baik ialah bersifat lemah lembut,meninggalkan perkara-perkara yang tidak berfaedah.
MEREALISASIKAN BERPALING DARI MAKHLUK
1.sabar
2.tawakkal
"sekiranya seseorang bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal umpama seekor burung yang keluar dengan perut kosong untuk mencari rezeki lalu pulang dengan perut terisi"
bersambung......
No comments:
Post a Comment