Friday, December 17, 2010

hot chocolate

bismillah
alhamdulillah sempat menghadirkan diri ke salah satu program menarik HELWI iaitu sembang-sembang hot chocolate
ana x ingat sangat objektif program ni sebab banyak teringat menda lain semasa program dalam suka2 gelak bersama kawan

tapi apa yang ana faham program ini merupakan salah satu wasilah utk memberi ruang kepada senior berkongsi sedikit peringatan dan tips untuk menhadapi musim sejuk di jordan
syukran kepada rawiyah dan izzah yang menjadi bidan terjun menggantikan ana utk mengendalikan majlis

sebelum perkongsian dimulakan kami disajikan dengan lakonan drpd sahabat-sahabat kami yang bertajuk SHITAK PERTAMAKU
tahniah kepada yang terlibat


FENOMENA MUSIM SEJUK

anda akan menjadi cepat stress
cepat mengantuk
cepat penat
cepat malas
semua cepatla

PEMAKANAN DI MUSIM SEJUK

ya anda akan cepat lapar
tapi awas!sila jaga pemakanan anda
kurangkan makan makanan manis especially halawiyat yang sangat2 sedap dan membuatkan diri kita terliur saat membayangkannya




banyakkan makan makanan fibre seperti roti..carilah roti sandwich..kurgkan roti arab kerana anda akan bertambah gemuk
tp kalau yang kurus xde hal kowt insya Allah ^^
banyakkan makan buah-buahan
banyakkan minum air ..jangan risau pasal masuk bilik air banyak kali
lebih baik risaukan kesihatan anda kerana akan berlaku dehidrasi jika kurang minum air

PENJAGAAN KULIT

musim sejuk akan menyebabkan kulit anda kering dan kadangkala mungkin boleh berdarah
maka sila pastikan losyen dan lip balm menjadi teman baik anda
sila elakkan mandi yang kerap dan sila lap badan anda usai wudhuk dan apa2 sahaja tindakan yang membasahkan kulit
oh ya..walaupun anda pasti akan kurang mandi namun jangan lupa menjaga kebersihan rambut anda
sila basuh selang 2 hari untuk mengelakkan pertambahan kelemumur

PENGGUNAAN SOBAH/TADFIAH DAN SOHWANEH

ana  x taula ana sebut betul ke tak tu
sekiranya anda menggunakan sobah sila pastikan anda membuka sedikit tingkap utk mengelakkan perkara bahaya kerana gas yang terhasil drpd sobah tersebut
mengenai penggunah sohwaneh pula a.k.a air panas
sila pastikan bekalan air di rumah sentiasa ada jika anda mahu onkan sohwaneh

banyak lagi perkara yang dikongsikan bersama senior td
antaranya pemakaian khuf
namun ana sedikit hilang focus kerana banyak fikir menda lain
kenapa ya?


p/s:debat MSD?

1 comment:

Alu said...

1 lgi tip musim sejuk.. sentiasa pakai baju tebal2.. he he ^^