Saturday, December 11, 2010

sebarkan sayangmu

bismillah
alhamdulillah projek iman yang kami gelar liqa mahabbah dapat lagi dilaksanakan dengan lancar minggu ini
kali ini kami mengulas mengenai UKHUWWAH
tajuk yang sangat2 terkesan di dalam jiwa

objektif tajuk kali ini ialah

-memberi pencerahan pengertian persahabatan atau menjalin ukhuwwah bertunjangkan iman
-mengingatkan diri bahawa nilai ukhuwwah itu adalah satu yang sangat berat untuk diperoleh


FLASHBACK

alhamdulillah 1432 hijrah sudah membuka tirainya.bulan muharram seringkali dikaitkan dengan peristiwa hijrah kan.ya,peristiwa hijrah memang sangat berkait rapat dengan isu ukhuwwah.bagaimana kita lihat ukhuwwah yang terbina antara ansar dan muhajirin.jom flashback beberapa tauladan semasa hijrah nabi ke madinah.

1.kisah antara abdur rahman bin auf dan saad bin rabi'.atas dasar ukhuwwah bertunjangkan keimanan saad bin rabi rela hati menawarkan SEPARUH harta dan seorang ISTERI kepada abdur rahman bin auf.maklumlah,muhajirin telah berhijrah meninggal kan segala harta dan keluarga.masakan ansar tidak mahu membantu mereka.namun kerana ukhuwwah yang bertunjangkan iman juga abdur rahman bin auf menolak tawaran tersebut dan meminta diberikan pasar untuk dimajukan.agak-agak kita kalau kena offer suami dr kawan kita n sebahagian harta dia mampu tak kite tolak.pergh..tepuk dada tanya iman masing-masing.jauhnya kedudukan kita berbanding para sahabat kan?

2.kisah antara abu bakar as~sidiq dan rasulullah s.a.w the sweet bestfren ever after.semasa menemani rasulullah berhijrah ke madinah,abu bakr kejap2 jalan di hadapan rasulullah,kejap2 berjalan di belakang.hal ini menyebabkan rasulullah sedikit confuse lalu bertanya kepada abu bakr.lantas abu bakr menjawab,

"apabila aku teringat akan orang yang akan mengejarmu aku akan berjalan di belakangmu,dan apabila aku teringat ada orang akan mengintaimu dr hadapan lantas aku berjalan di hadapanmu."

comel kan.


PERSOALAN

dari mana datangnya semangat untuk berkorban seperti para sahabat terhadap sahabat-sahabatnya.sudah tentu jawapannya adalah UKHUWWAH yang berlandaskan IMAN dan TAKWA

MAKSUD UKHUWWAH:-

"Yang saya maksudkan ukhuwwah (persaudaraan) ialah:hati dan jiwa terikat dengan ikatan aqidah.Aqidah merupakan ikatan yang paling kukuh dan bernilai .Ukhuwwah adalah saudara iman,sementara perpecahan pula adalah saudara kufur.Kekuatan pertama adalah kekuatan perpaduan dan tidak ada perpaduan tanpa kasih sayang.Darjat kasih sayang yang paling rendah ialah kesejahteraan jiwa terhadap saudara seISLAM dan darjat paling tinggi ialah mengutamakan orang lain dr diri sendiri."-Al-Imam As-Syahid

KETERANGAN

ukhuwwah ialah :-

1.anugerah Allah bagi mereka yang ikhlas beramal kerana Allah dan ikhlas membersihkan jiwa mereka

"Dialah yang memperkuatkan kamu dengan pertolongan dan dengan para mu'mienin dan menyatukan hati-hati mereka.Sekiranya kamu belanjakan semua (kekayaan) yang ada di bumi,nescaya kamu tidak dapat menyatukan hati-hati mereka,akan tetapi Allah telah menyatukannya.Sesunggunya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"-Al-Anfal : 62-63

2. kekuatan iman yang mewarisi perasaan yang mendalam dengan sifat berikut:-

  • kasih sayang
  • lemah-lembut
  • hormat-menghormati
  • saling percaya-mempercayai
  • mempunyai hubungan aqidah tauhid dan manhaj islam yang abadi
 3.satu perkara yang melazimi iman

tiada ukhuwwah tanpa iman dan tidak sempurna iman tanpa ukhuwwah dan tiada persahabatan tanpa takwa.

firman Allah s.w.t:

"Teman-teman Akrab pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh bagi sebahagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa" -Az-Zukhruf:67

4.tanda-tanda kemanisan iman

Rasulullah s.a.w bersabda:-

"Tiga sifat sesiapa yang memilinya,sesungguhnya dia dapat mengecapi kemanisan iman: Hendaklah dia mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari yang lain ,MENGASIHI SESEORANG KERANA ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekafiran sebagimana dia benci dicampakkan ke dalam neraka"- hadith riwayat bukhari dan muslim.

PERSOALAN 2:

bagaimana mahu memulakan ukhuwwah?bersambung.....^^

4 comments:

analisiszikri said...

dgn satu peratus rahmat Allah inilah, kita berkasih sayang di dunia.. so marilah kita kejar lagi 99% pastinya idaman bg mereka yg b'ukhuwah keranaNya..

analisiszikri said...

alee..

aLiYaH aHmAd said...

kalau ade butang like kat bloger dalama da aku tekan like

zikri~~~~

Alu said...

Assalammualaikum, lawa blog kamu. Moga jadi pohon yang berbuah! Maksudnya cuba amalkan apa yang dah diperkatakan. Islam sekarang membutuhkan umat yang sedemikian. ^^