Saturday, December 11, 2010

SEBARKAN SAYANGMU-cara-cara memulakan ukhuwwah

bismillah
sambungan dari pengisian semalam
terdapat lebih kurang 13 cara untuk kita memulakan ukhuwwah iaitu

1.mencintai sahabat kerana Allah s.w.t
2.Mengucapkan salam apabila bertemu
3.Menjenguk sahabat ketika sakit
4.Mendoakan sahabat ketika bersin
5.Menziarahi sahabat di jalan Allah
6.Menolong sahabat ketika berkemampuan
7.Memenuhi jemputan sahabat
8.Memberi ucapan selamat dalam beberapa kesempatan
9.Saling memberi hadiah
10.Tidak memutuskan silaturrahim dan tidak membelakagi mereka
11.Bertolak ansur dan memafkan sahabat
12.Menemui sahabat dengan muka berseri-seri
13.Menasihati sahabat

CINTAI SAHABAT KERANA  ALLAH



Rasulullah s.a.w bersabda:-


"Tiga sifat sesiapa yang memilkinya,sesungguhnya dia dapat mengecapi kemanisan iman: Hendaklah dia mencintai Allah dan Rasulnya lebih dari yang lain ,MENGASIHI SESEORANG KERANA ALLAH dan benci untuk kembali kepada kekafiran sebagimana dia benci dicampakkan ke dalam neraka"- hadith riwayat bukhari dan muslim.

UCAPKAN SALAM KETIKA BERTEMU



Rasulullah s.a.w bersabda:

"Kamu tidak akan masuk syurga sebelum kamu beriman dan kamu tidak akan beriman sebelum kamu saling cinta-mencintai.Mahukah kamu aku tunjukkan kepada kamu sesuatu yang apabila kamu kerjakan , nescaya kamu saling cinta-mencintai?SEBARKANLAH SALAM DI KALANGAN KAMU".-riwayat muslim-

MENJENGUK SAHABAT KETIKA SAKIT



Al-Bukhari meriwayatkan  daripada Abu Musa Al-Asy'ari bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;-

"JENGUKLAH ORANG YANG SAKIT,beri makanlah orang yang lapar,dan lepaskanlah orang yang dipenjara" -riwayat Muslim-

MENDOAKAN SAHABAT KETIKA BERSIN



Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:-

"Apabila salah seorang dari kamu bersing hendaklah dia mengucapkan ALHAMDULILLAH, (segala puji bagi Allah),dan saudaranya menjawab YARHAMKULLAH (semoga Allah mengasihi kamu),Apabila dia mengatakan yarhamkullah hendaklah ia mengucapkan kembali YAHDIKUMULLAH WA YUSHILLU BALAKUM (semoga Allah memeberikan pentunjuk kepada kamu dan memperbaiki keadaanmu)"

MENZIARAHI SAHABAT DI JALAN ALLAH



Rasulullah s.a.w bersabda:-

"Barang siapa yang MENJENGUK ORANG SAKIT atau BERZIARAH KEPADA SESEORANG DI JALAN ALLAH,maka dia akan diseru oleh seorang penyeru " Hendaklah engkau berbuat baik dan baikilah perjalananmu,engkau akan menempati sesuatu tempat di syurga. -Riwayat Ibnu Majah dan At-Tarmizi.

MENOLONG SAHABAT KETIKA KESEMPITAN

Rasulullah s.a.w bersabda:-

"Seseorang Muslim itu adalah saudara bagi seseorang Muslim yang lain. Ia tidak boleh berbuat zalim kepadanya dan tidak boleh menyia-nyiakannya (mebiarkan atau tidak menolongnya).Barang siapa menolong keperluan saudaranya,maka Allah akan menolong keperluannya.Barang siapa menyingkirkan sesuatu kesusahan daripada seorang muslim,nescaya Allah akan menyingkirkannya daripada suatu kesusahan di antara kesusahan-kesusahan di hari kiamat.Dan barang siapa menutup aib seseorang muslim,nescaya Allah akan menutupinya hari Kiamat."


BERSAMBUNG...





1 comment:

zikri said...

hmm..bererti sgt..sbb ade ahli beyt yg pindah umah ats faktor kesihatan. dahla roommate.terasa kehilangannya.huhu