Friday, December 30, 2011

Sakit: Ujian Allah

"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan [yang sebenar-benarnya]. Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (21:35)"

Sakit.Jarang merasakannya.Terasa sungguh kafarrah Allah kali ini benar-benar suatu ujian
Mungkin kita membencinya
Kerana bila sakit,diri terasa lemah,pergerakan terbatas buat seketika,iman turun dan naik di tahap yang tidak teratur
tetapi itulah yang dinyatakanNya dalam surat cinta
ujian dengan keburukan dan kebaikan itu adalah sebagai cubaan
Dan benarlah,memang dari ujian itu ia mengembalikan semula kita kepada Dia
tidak di alam sana tetapi kembali semula mendekatkan diri yang semakin jauh
kembali semula menadah tangan memohon sekeping hearty yang baru
Moga hati baru untuk dipenuhi dengan cinta-Nya
bukan untuk dibiarkan dikotori lagi

Seandainya hati ini boleh diisi di dalam balang kaca
dan ditayang untuk tatapan kita dan semua
Pasti tidak berani untuk kita walau sekali cuma
membiarkan ia dikotori oleh debu-debu dan karat-karat Jahiliyyah
Ya Allah bantulah aku menyucikannya

Ya ALLAH,terima kasih untuk sebuah peringatan yang membekas di jiwa
Bersyukur masih diberi peluang untuk bernafas dalam dunia tarbiyah ini
di saat sekujur tubuh melemah,iman menjadi  goyah
ada seorang naqibah untuk memandu diri kita yang semakin lalai dan main-main dengan ayat-Nya

"Tidak datang kepada mereka suatu ayat Al Qur’anpun yang baru [diturunkan] dari Tuhan mereka, melainkan mereka mendengarnya, sedang mereka bermain-main, (21:2)"

Dan kita yang terus bermain-main dengan perintah dan suruhan Allah
sedangkan AllaH tidak pernah bermain-main semasa menciptakan kita bukan?
Maka pantaskah kita untuk terus bermain-main,sedang telah semakin dekat kepada kita perhitungan amal kita?

Dan tidaklah Kami ciptakan langit dan bumi dan segala yang ada di antara keduanya dengan bermain-main. [2] (21:16)"

Kitalah segala yang ada di antara keduanya
Allah menjadikan kita dalam keadaan serius
Dan Dia serius melantik kita untuk menjadi abid dan khalifah
Bukan sekadar sia-sia untuk terus membiarkan kita terus manjaid orang tua yang melihat dunia seperti satu alat permainan
Tetapi melihat dunia untuk kita makmurkan,untuk kita tadbir dan perintah dengan sistem dan hukum ALLAH
namun berapa ramai yang menyedarinya?

Malunya,langit,bumi dan semuanya telah diberi pilihan oleh Allah untuk tunduk sama ada secara patuh atau terpaksa
Dan mereka,yang Allah jadikan sangat besar penciptaanya berbanding kita yang diciptakan dari air mani memilih untuk tunduk dengan patuh
Dan kita?

Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa". Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati". (41:11)"

Sama-samalah kita muhasabah diri kembali
sejauh mana kita melaksanaka tugas kita sebagai abid dan khalifah di muka bumi ini
wallahua'lam


Monday, December 26, 2011

step by step ke arah tarbiyah ini ;)


Terkenang ayahanda,suatu hari berusaha untuk menggantikan mentol atau lampu kalimantang di tandas rumah kami
kedudukan syiling rumah sangat tinggi
meski ayah memang fizikalnya seorang yang tinggi masih memerlukan bantuan tangga untuk memasang lampu tersebut
Malangnya,rumah kami tiada tangga
Maka kami menggunakan alternatif supaya ayah mengguanakan kerusi
Namun masih tidak berjaya,meja diambil,kerusi diletak di atas meja,ayah berusaha lagi
gagal lagi
Kali ini anak teruna berusia 12 tahun itu dipanggil supaya memanjat di atas bahu ayah untuk mencapai syiling rumah
Tetapi dengan ketinggian sebegitu ribu,adik berasa gayat dan kaget
misi gagal lagi
Alhamdulillah,mujur ada hero penyelamat keluaraga,abang tercinta,dia menyelesaikan masalah remeh itu

Pengalaman bukan sekadar untuk dikenang kalau bukan untuk diambil pelajaran
Begitulah kita sebelum mencapai sesebuah perubahan
Sangat ramai individu menyentuh kita dan memperingatkan kita
Mungkin awalnya kita menolak,tidak menerima dan kurang serius terhadapnya
tetapi akhirnya,akan ada suatu tarbiyah yang menjadi alat yang membantu kita mencapai 'turning point' itu
Dahuu di sekolah,sangat banyak program-program tarbiyah
Usrah yang sangat terikat dengan syllabusnya
Program badan dakwah dan rohaninya
Tazkirah,kuliyah subuh,qiamullai,ceramah
semua wasilah tersedia

begitu juga ibu dan ayah kita yang sentiasa berusaha membentuk diri kita

"Ko tak perasan,selama ni ayah dan ibu sedang men 'df' kita"

Terkenang dialog abang suatu masa dahulu
benar,terima kasih Allah kerana mengurniakan aku sepasang ibu ayah yang berusaha mentarbiyah anaknya dalam usaha pembentukan diri ke arah menjadi individu muslim
nasihatnya ringkas,sentuhannya lembut,impaknya berhasil

"sebenarnya,apa yang kita lalui sebelum kita mendapat tarbiyah ini adalah persedian-persediaan dari Allah untuk kita"

akhowat itu memberikan perkongsian
hati ana bersetuju dengan kata-katanya
Benar,segala tarbiyah dari kakak-kakak naqibah,ibu dan ayah,pengalaman pahit yang Allah beri dalam usaha membuang jahiliyyah,cabaran dan dugaan itu semua adalah persediaan untuk melangkah dan dil'langgar' oleh tarbiyah ini

Sebagaimana Allah menyediakan Rasulullah sebelum dilantik menjadi rasul
Bagaimana Allah mencuci dada baginda agar suci dari noda dan dosa
bagaimana Allah menguatkan baginda melalui cabaran menjadi seorang pengembala
Bagaimana Allah memelihara baginda dengan melelapkan baginda saat telinga terusik dengan gemalai dan asyiknya muzik-musik dari sebuah pesta
Dan bagaimana Allah menjadikan Rasulullah sangat gemar beruzlah [mengasingkan diri] di Gua Hira agar baginda tidak rosak dan tenggelam dengan jahiliyyah arab makkah zaman itu
Itulah persediaan khusus dari Allah untuk baginda memikul beban Dakwah dan tarbiyah ini

Kita juga begitu,Allah telah mempersiapkan kita
Lalu hari ini,saat kita telah terjebak dan terserempak dengan si dia yang bernama DnT apakah kita tidak mahu bergerak
Apakah kita tidak mahu belajar mensyukuri?

Masya Allah dan Alhamdulillah
Terima kasih Allah untuk rencana ini
semoga kita terus menjadi hamba yang bersyukur
dan mengespresikan kesyukuran kita melalui amal yang membuah dari iman hasil tarbiyah ini
wallahua'lam

Antara kanak-kanak,PEMUDA dan orang tua


"Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk; (18:13)"

Masya Allah,hebatnya aura pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Allah tambahkan kepada mereka petunjuk
sehingga sakit kepala yang menyerang bisa hilang
sehingga sakit perut yang terasa bisa kurang
sehingga tubuh lemah yang longlai bisa bertenaga

Jika diceritakan kepada seorang kanak-kanak bahawa untuk membangkitkan islam adalah melalui tarbiyah
mereka yang baru mula mengenal dunia pasti hanya mampu mengangguk dan menggeleng dan kemudian jadilah apa yang kita cuba sampaikan umpama mencurah air ke daun keladi
Lalu kanak-kanak riang itu bermain-main kembali bersama anak patung nya dan kawan-kawannya



Jika diceritakan kepada seorang nenek tua yang sudah bongkok tiga untuk membangkitkan islam adalah melalui pengukuhan aqidah daripada jilsah-jilsah yang punya sistem yang tersusun dan berterusan
boleh jadi jawabnya

"cu,nenek dah tak larat da nak buat kerja-kerja dakwah dan tarbiyah ni.Cu teruskanlah ye.Uhuk-uhuk"



Namun,jika diceritakan kepada PEMUDA-PEMUDA yang sentiasa bersemangat bahawa untuk mewujudkan ustaziyatul alam formulanya adalah melalui tarbiyah yang Rasulullah laksanakan
kerana melalui tarbiyah itu kita membina individu muslim bagi membentuk peribadi yang perasaannya,pemikirannya,tingkah lakunya adalah melalui acuan Al-Qur'an dan As-Sunnah
yang faham bahawa pembinaan baitul muslim matlamatnya adalah untuk mewujudkan suasana yang membantu proses penghasilan produk mujahid mujahidah bertaqwa
Kerana hasil produk itu akan terbentuklah masyarakat islam yang inginkan sebuah daulah yang syumul dengan hukum hakam Islam
Yang mana dengan wujud daulah islam ini maka akan terbukalah mata-mata negara-negara lain untuk turut serta pada hukum Allah
Lantas mengulang kembali kegemilangan khilafah islam suatu masa dahulu
Dan akhirnya islam menjadi rujukan ummah,world order,kiblat segenap manusia,bukan lagi kafir durjana

Bila diceritakan semua ini kepada pemuda,percayalah,KEYAKINAN dan KEIMANAN mereka terhadap fikrah ini tidak sama dengan keyakinan seorang kanak-kanak riang dan seorang tua
tetapi KEYAKINAN dan KEIMANAN mereka sangat luar biasa
sehingga terpasak dan mengakar dalam diri mereka

Lihat luar sana.golongan yang manakah yang seringkali membuat kerja gila seperti rempit atau meniru-niru aksi filem KL menjerit?
golongan manakah yang seringkali kelihatan bertenaga?
golongan manakah yang seringkali ingin mencuba merokok dan menghisap ganja ?
kalau bukan golongan pemuda

sayang seribu kali sayang
Barangkali mereka jahil, tertipu dan terpedaya
cara mereka menyalurkan semangat dan tenaga itu adalah cara yang dijadikan terasa indah oleh syaitan durjana

Sayang seribu kali sayang
kejatuhan khilafah yang menjauhkan pemuda dari Al-Qur'an menutup mata,hati dan telinga mereka dari merenung,memahami dan mendengar ayat ini

"Maka apakah orang yang dijadikan [syaitan] menganggap baik pekerjaannya yang buruk lalu dia meyakini pekerjaan itu baik, [sama dengan orang yang tidak ditipu oleh syaitan]? maka sesungguhnya Allah menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya dan menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya; maka janganlah dirimu binasa karena kesedihan terhadap mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat. (35:8)"

Seharusnya hammasah [bertenaga] yang mereka miliki ini digunakan untuk mendukung agama Allah
menjulang semula nama islam melalui kerja-kerja dakwah tarbiyah yang jalannya panjang,susah dan lambat tetapi hasilnya insya Allah pasti dan indah

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. [Itu telah menjadi] janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya [selain] daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (9:111)"

Lihatlah orang tua,seringkali dijangkiti penyakit yang melemahkan gerak geri
Boleh jadi nyanyuk dan mungkin terlupa serba serbi
Bersyukurlah kita masih seorang pemuda yang dilaung-laungkan sebagai tiang negara,harapan bangsa yang mana hakikatnya logam dan galian bergerak untuk ummah!
kepercayaan terhadap fikrah islam kita tidak tehenti sekadar di peringkat teori dan tinggal sebuah mimpi
tetapi keyakinan yang berakar itu akan diterjemahkan melalui sebuah amal yang bergerak dengan hati yang penuh keikhlasan
Hati Ikhlas yang bulat untuk melakukan dan merealisasikan cita demi Allah tidak akan mudah berputus asa untuk meneruskan jalan perjuangan ini
Kerana tumuhattuna [obses kita] adalah syurga Allah

Ayuh pemuda,pasakkan keimananmu terhadap islam yang syumul ini
Tingkatkan keyakinanmu bahawa islam akan mengulangi sejarah kegemilangan sekali lagi
Ikhlaskan niatmu dalam meneruskan perjuangan ini
Kobarkan hammasahmu [semangatmu] untuk berjuang dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini
Buahkan IMAN,IKHLAS,HAMMASAHMU melalui AMALMU
insya Allah,syurga yang indah itu untuk kita!
Qullu amiiiiiiiiiiin.









Wednesday, December 21, 2011

neraca Allah dan neraca manusia

"Nani,ko tau tak tadi ada orang terlupa nak sidai tuala dia "

"Dan,dan je ko ni.Aku la tu kan."

"Eh ko ke.Hehe,x sampai hearty nak tegur direct.Ko kan kawan aku yang paling hosem la katakan."

**********************************************************************************


Pernah mengalami situasi di atas.Apabila orang yang anda sayang atau orang yang menyayangi anda
menegur anda secara kiasan,atau tidak terus menujukan kesalahan itu kepada anda,atau cakap berlapik dan sebagainya
Bunyinya mungkin nampak sweet jika anda benar-benar faham apa yang sedang ana maksudkan atau anda sendiri pernah mengalami situasi itu

Dan anda tahu,begitulah Allah dan kekasih hearty no satunya Rasulullah s.a.w
Pernah anda tahu tentang kisah sweet Allah menegur nabi yang telah melakukan sedikit kesilapan dalam menentukan sasaran dakwah
Ya,ada babak sweet itu dinukilkan dalam surah Abasa jika anda ingin tahu

"Dia [Muhammad] bermuka masam dan berpaling, (80:1) karena telah datang seorang buta kepadanya [1]. (80:2)"

Perasan tak bagaimana caranya Allah menegur nabi
sangat sweet bukan,Allah tidak terus direct mengatakan

"Muhammad,kamu ni telah memasamkan muka sebab ada orang buta datang kepada kamu"

Tetapi kerana cinta Allah yang sangat tinggi kepada kekasih-Nya
Allah dahulukan teguran dengan menggunakan kata ganti nama Dia dan seterusnya untuk mencapai maksud barulah Allah menasihati nabi  dengan ayat-ayat seterusnya

Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya [dari dosa]. (3) atau dia [ingin] mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfa’at kepadanya? (4) Adapun orang yang merasa dirinya serba cukup [2], (5) maka kamu melayaninya. (6) Padahal tidak ada [celaan] atasmu kalau dia tidak membersihkan diri [beriman]. (7) Dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera [untuk mendapatkan pengajaran], (8) sedang ia takut kepada [Allah], (9) maka kamu mengabaikannya. (10) Sekali-kali jangan [demikian]! Sesungguhnya ajaran-ajaran Tuhan itu adalah suatu peringatan, (11) maka barangsiapa yang menghendaki, tentulah ia memperhatikannya, (12) di dalam kitab-kitab yang dimuliakan [3], (13) yang ditinggikan lagi disucikan, (14) di tangan para penulis [malaikat], (15) yang mulia lagi berbakti."

Tahukah anda kisah di sebalik babak sweet sebentar tadi
Kisahnya bermula apabila seorang buta bernama Abdullah bin Ummi Maktum datang kepada nabi untuk menyucikan diri yakni mendapaytkan tarbiyah dari nabi
Dalam masa yang sama Rasulullh s.a.w sedang sibuk melayani pembesar-pembesar Quraisy untuk menyampaikan ajaran Islam
Nabi bersungguh-sungguh memberikan fokus kepada pembesar-pembesar itu Lantaran mereka dilihat sebagai aset yang lumayan untuk dakwah yang sumpah panjang sekiranya mereka menerima ajaran Nabi

Namun nabi tersilap percaturan tersalah menerima neraca
sama ada neraca dari langit atau neraca dari bumi
Neraca dari langit iaitu dari Allah telah memberitahu nabi bahawa yang paling mulia di sisi Allah bukan terletak pada pangkat dan harta tetapi taqwanya

 Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. "[Hujuraat : 13]

Neraca dari langit telah mendidik nabi bahawa dalam berdakwah orang-orang yang benar-benar inginkan perubahan itulah yang perlu difokuskan
Mungkin mengikut kaca mata dunia,kita sering menyangkakan orang-orang yang pandai,yang berharta dan berpangkat itulah yang perlu kita utamakan dalam jalan ini
Tetapi hakikatnya,jika rasa ingin berubah dan mendukung Islam itu tidak ada tiadalah manfaatnya harta yang bertimbun dan pangkatnya yang dimiliki

Penggunaan neraca Allah tidak terhenti dalam masalah pemilihan sasaran dakwah sahaja
Tetapi dalam banyak perkara
Sebagai contoh yang paling dekat sukalah ana ulaskan tentang video tunang yang sangat hot baru-baru ini difb
Mulanya ana pandang sebelah mata
Dahulu mungkin ana adalah seorang individu yang sangat mengambil kisah tentang kisah cinta orang,kisah tunang,kisah sweetnya seseoarang itu menaiki jinjiang pelamin
Tetapi hari ini,jalan sumpah panjang ini telah meyebabkan ana menjatuhkan kedudukan rasa-rasa sweet-cintan-cintun itu entah untuk ke tangga yang ke berapa
Terkecuali sweet-sweet dengan akhowat yang bersama dalam jalan ini
Mungkin sebab itu ana memang tidak tergerak untuk mengikuti arus orang yang sedang tenggelam dengan isu video sweet itu

Tetapi melihatkan ada  sahabat yang sedikit keliru tentang ini
Ana sekadar ingin berkongsi rasa
Serasa ana tidak salah untuk judge video itu sweet itu hak anda
Cuma cara kita menilai tindakan pihak terlibat bagaimana
ana cuma risau dengan tersebarnya video-video seperti itu ramai serikandi-serikandi islam kita mula layan perasaan membayangkan saat-saat dipropose
Atau lebih parah ada yang ingin melakukan perkara yang sama seperti itu
Sedangkan banyak lagi benda-benda besar  untuk difikirkan dalam hidup seorang wanita
Itu sahaja yang ana risaukan

Pada ana,ada cara yang lebih syarie dan lebih lagi perlu kita sebarkan untuk diketahui umum
Perkaitannya dengan neraca Allah
Mungkin ramai yang akan terikut-ikut dengan neraca manusia
cuba mencontohi sikap pihak terlibat dalam video yang tidak pernah bercinta dan mengimpikan percintaan selepas nikah
Ya tetapi bagaimana caranya sebelum anda melangkah ke baitul Muslim itu biarlah dengan cara yang betul
Contohilah Khadijah yang melamar Rasulullah melalui Maisarah
Contohilah Nabi Syuaib yang melamar Nabi Musa untuk dinikahkah dengan anaknya yang malu-malu itu

Terlalu banyak kisah di dalam Al-Qur'an tentang sweetnya Allah dengan kekasih hati-Nya malah dengan nabi-nabi serta orang-orang beriman dan semua makhluknya
Namun,berapa ramai yang sedar tentang itu dan ingin menyebarkannya
Ramai orang tetipu bukan dengan cara manusia
Hari ini,itulah yang dinilai sebagai sweet,inilah dinilai sebagai mengujakan dan sebagainya lantas dengan segera disebarkan

Ana tidak mahu mengulas panjang lagi
Cuma yang perlu diketengahkan ialah bagaimana kita ingin menilai sesuatu
Gunakanlah neraca Allah dari langit dengan merujuk Al-Qur'an dan hadith
bukan menilai sesuatu dengan neraca Bumi dari kebiasaan manusia

wallahua'lam

Nak tahu lebih lanjut tentang beberapa ulasan tentang isu tersebut boleh rujuk ini

Aloloh sweetnya 
Aloloh sweetnya 2.0


Saturday, December 17, 2011

Tarbiyah Kota Ummu Qays


"Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah [2]; karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan [rasul-rasul]. (137)"




Alhamdulillah,diberi kesempatan sekali lagi untuk ke kota itu.Kota yang dahulunya pernah dijajah oleh Rom,kemudian perkembangan islam semasa zaman Umayyah telah membolehkan islam pula menguasainya.Buktinya terdapat sendiri  pada perbezaan warna batu di Ummu Qays.Yang hitam itu Rom,Yang putih itu tanda peninggalan pemerintahan islam.

Dan hari itu kami  ke Ummu Qays bukanlah untuk bergembira,apatah lagi untuk sesi fotografi,jauh lagi berbangga dengan kawan2 di Malaysia yang kami telah sampai ke salah sebuah tempat yang cantik yang terdapat di Jordan.Tapi hari ini  derapan langkah kaki kami untuk berjalan dan memerhatikan sambil mengambil ibrah.Berfikir bagaimana  Rom yang sangat hebat dulu bertahun-tahun menguasai kawasan ini akhirnya berjaya ditumpaskan oleh islam pada zaman Umayyah yang semasa tu islam belum lagi menjadi Ustaziyatul Alam namun sudah cukup  kuat untuk menumpaskan sebuah kuasa besar .

Dan hari ini,kita lihat Alhamdulillah, islam masih berada di Jordan.tetapi islam yang bagaimana?Islam pada nama atau islam pada kata kerja?Kalau benar islam,berserah diri pada Allah,kenapa masih ada muda-mudi yang  ikhtilat,kapel,rokok,pengotor.adakah ini identiti islam?Dan kenapa semua ini terjadi?Lupakah mereka untuk merujuk manual hidup yang memberikan keterangan tentang kehidupan ini bagaimana seharusnya?

“[Al Qur’an] ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. (3:138)”

Hebat kan Kafir menjauhkan kita dari Al-Qur’an.ibarat seseorang yang ingin mengambil Al-Qur’an di atas permaidani tanpa memijaknya.Sebaliknya menggulung perlahan-lahan permaidani itu sehinggalah dapat dicapai Al-Qur’an tadi

Begitulah rencana mereka dalam menjatuhkan kita hari ini.Perlahan-lahan Al-Qur’an dijauhkan tanpa perlu memijak semua umat islam yang sedang lalai dengan peperangan yang menumpahkan darah.Cukup sekadar serangan pemikiran,suapan hiburan yang tidak pernah putus.Dan hari ini,umat kita terleka lagi,zahirnya islam,batinnya kosong!

Sedih,pilu,hampa dan kecewa  dengan umat sendiri yang semakin tenat.Tetapi sampai bila kita mahu bersedih?
Bukankah kita adalah orang-orang yang paling tinggi derajatnya?



"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah [pula] kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi [derajatnya], jika kamu orang-orang yang beriman. (3:139)

Hebatkan Allah memotivasikan kita.Kita adalah yang paling tinggi derajatnya.Tetapi jangan lupa,tidaklah kemuliaan itu datang melainkan jika kita betul-betul mengimani keislaman kita.Dan sebab itu bukanlah kejatuhan islam hari ini adalah tanda Allah tidak sayang kita,atau bukan lah ianya sesuatu perkara yang sengaja dibuat Allah tetapi ada sesuatu yang perlu kita muhasabah bersama.



“Jika kamu [pada perang Uhud] mendapat luka, maka sesungguhnya kaum [kafir] itupun [pada perang Badar] mendapat luka yang serupa. Dan masa [kejayaan dan kehancuran] itu, Kami pergilirkan di antara manusia [agar mereka mendapat pelajaran]; dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman [dengan orang-orang kafir] dan supaya sebagian kamu dijadikan-Nya [gugur sebagai] syuhada [3]. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim,” (3:140)
semput dan tercungap-cungap.Itulah perasaan yang ana dapat gambarkan saat mengetahui kita suatu masa dahulu pernah bersungguh-sungguh mendaki ketinggian derajat untuk meletakkan islam di tempat paling atas.Namun kelalaian itu telah memusnahkan kita,menjatuhkan kita seolah-olah bergolek2 dari gunung yang tinggi jatuh menjadi orang-orang terhina hari ini.Penat lelah para sahabat,khulafa’tabi dan tabien menegakkan islam,lalu umat islam menjatuhkannya sendiri kerana bisikan syaitan yang mengusasai diri.

Namun,telah Allah nukilkan dalam ayat di atas,waktu kejayaan dan kehancuran itu Allah pergilirkan.Makanya suatu hari nanti kita akan berada di atas semula.Tetapi apakah kita mahu menjadi dalam golongan pemerhati sahaja,atau kita mahu turut terlibat menjadi pasukan hero yang mengubah dunia.Ibarat seperti sukan bola sepak.Cukupkah sekadar kita menjadi penyokong nombor satu dengan melihat dan berteriak,atau anda ingin memilih menjadi penggelecek bola yang menjaringkan gol kejayaan lantas nama dijulang bersama piala di sisi?

Suatu perkara yang perlu kita lakukan,sebuah perubahan dan perubahan itu bermula dari diri.

“Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”[13:11]

Dan hari itu,Tasik Galilei dari kejauhan kota Ummu Qays itu memberi peringatan
Surutnya yang semakin dahsyat tanda kiamat yang semakin dekat
Dan Fitnah itu akan muncul tidak lama lagi
Maka perlukah kita menagguhkan perubahan ini?

Persoalannya,formula apakah yang digunakan Rasulullah untuk mengubah sahabat-sahabat dari zero menjadi hero?

Tarbiyah,itulah kuncinya.wallahua'lam


Tuesday, December 13, 2011

mendaki menara gading di bumi isra'


"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. [Itu telah menjadi] janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya [selain] daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar. (9:111) Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji [Allah], yang mengembara [demi ilmu dan agama], yang ruku’, yang sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah berbuat mungkar dan yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembirakanlah orang-orang mu’min itu. (9:112)



Alhamdulillah.Rata-rata dari adik-adik tingkatan 5 2011 sudah selesai menamatkan pengajian diperingkat sekolah menengah bukan?Semoga hari-hari penuh debaran yang dilalui bermula hari tamatnya SPM sehinggalah saat keputusan diumumkan nanti disusuli dengan tahajjud cinta dan doa berpanjangan kepada Allah.Moga-moga Allah kurniakan sesuatu yang terbaik untuk adik-adik.

Dan dalam fatrah sekarang,tidak boleh tidak pasti adik-adik sedang sibuk memikirkan ke mana hala tuju selepas SPM.Ke bumi mana untuk diterokai bagi meneruskan cita-cita.Ke lembah mana untuk dijelajahi bagi mencapai segulung ijazah dalam bidang yang diminati semenjak awal usia.

Maka dengan itu,kami para senior berbesar hati untuk mempromosi sebuah benua yang sarat dengan sinergi ilmu sains sosial dan sains tulen,iaitu The Hashemite Kingdom of Jordan.

Insya Allah,selepas SPM pilihlah sama ada ingin meneruskan pengajian dalam bidang syariah seperti Usuluddin,Usul Fikh,Ekonomi dan perbankan Islam di Yarmouk university serta Bahasa Arab.Atau bagi yang berminat meneruskan cita-cita untuk menjadi seorang doktor atau doktor gigi,Jordan University Science Of Technology yang pernah dinobatkan sebagai universiti terbaik dalam bidang pengkajian saintifik dan teknologi menjanjikan sebuah kejayaan untuk adik-adik.Insya Allah.

Berkenaan dengan sistem pengajian di Universiti Yarmouk.pihak universiti tidak mengehadkan tahun pengajian.Apa yang penting ialah menghabiskan semua subjek yang disediakan bagi setiap bidang.Kebiasaannya pelajar Malaysia mengambil masa 4 tahun untuk menghabiskan pengajian.Terdapat 3 sem dalam satu Tahun.Semester 1,semester 2 dan semester soifi [musim panas] yang mana sem soifi ini adalah sem pilihan.

Manakala untuk universiti JUST pula,tahun pengajian bagi tahun satu,dua dan tiga dikenali sebagai tahun pra-klinikal.Manakala tahun empat,lima dan enam adalah sebagai tahun klinikal.Sistem peperiksaan menggunakan komputer dan assigment atau kerja luat mengikut kemahuan doktor.

Kelebihan?Terlalu banyak.Dengan kedudukan yang berhampiran dengan negara-negara Arab yang lain serta negara Eropah,Jordan juga menjadi salah sebuah negara yang turut mengalami iklim 4 musim yang tidak mungkin kita peroleh di Malaysia.

Selain itu,dari sudut khazanah ilmu,tersangat banyak memandangkan kebanyakan buku-buku agama yang ditermjemahkan di Malaysia boleh dijumpai di sini.Selain itu,kelas-kelas tafaqquh,kelas Al-Qur'an dan sebagainya memberikan ruang dan peluang yang besar untuk adik-adik lebih mendalami ilmu agama di sini tidak kira bagi pelajar aliran agama mahupun pelajar aliran sains
.
Jordan juga kaya dengan tempat-tempat tinggalan sejarah Rom,Islam dan umat-umat terdahulu seperti Ummu Qays,Petra,Wadi Ram,makam-makam sahabat,Laut Mati dan sebagainya.Hal ini membolehkan adik-adik untuk sambil menyelam minum air dengan menikmati dan menghayati serta memperoleh ibrah sepanjang keberadaan anda di Jordan sebagai seorang mahasiswa.

" Kerana itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan [rasul-rasul]. (3:137)"

Akhir kalam,sambunglah pengajian anda ke Jordan yang bakal mengubah adik-adik menjadi seorang mahasiswa yang punya matlamat hidup.Kerana insya Allah,bumi barakah ini bukan sahaja sarat dengan ilmu tetapi padat dengan fikrah dan suasana tarbiyah yang sukar diperoleh di Malaysia.Insya Allah.Apa yang penting,Luruskan niat,bulatkan tekad,tetapkan matlamat.Semoga pengajian adik-adik di sini bukan sekadar membawa pulang segulung ijazah,tetapi membawa sesuatu untuk mengubah dunia!

Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mu’min itu pergi semuanya [ke medan perang]. Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agamadan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya. (9:122) "

Pulang menjadi pemberi peringatan bukan menjadi penghukum,Kembali menjadi Doktor hearty bukan sekadar doktor Jasad.wallahua'lam :)

Ahlen ila Bumi Anbiya'

Sebuah kunci perubahan

"Aku ingat nak duplicate kunci pintu kita la Zafirah.Kunci aku satu tu baru je hilang"

Illi meluahkan rasa.Baru-baru ini kunci rumahnya yang memudahkan pergerakan keluar masuk dari Bayt Luar Biasa Itu hilang entah ke mana.Terasa sedikit kesukaran saat kehilangan kunci.

"Kunci kita da x bole duplicate la Illi,Kuci tu cuma dapat sekali masa kita buat banyak-banyak.Kalau hilang,kena  bergantung pada kunci orang lainla jawabnya.Sebab tu lain kali jaga kunci tu baik-baik tau"

zafirah mengingatkan Illi.Menjadi kebiasaan di Jordan,tombol pintu akan ditukar.Itu merupakan langkah pertama sesi awal perpindahan rumah.Hal ini demikian kerana,kebanyakan kes rompakan,pecah rumah berlaku kerana tombol pintu sedia ada yang dibuat sohib [tuan rumah] boleh dibuka dengan apa-apa bentuk kunci sekalipun.Sangat mudah untuk ditembusi.Maka,tidak kira akhowat atau syabab,mereka dikehendaki menukar tombol pintu,dan mendapatkan kunci yang sukar untuk diduplicate kembali oleh mana-mana kedai.

Begitulah kita,saat Allah memberikan satu kunci perubahan.Yang mengizinkan kita untuk masuk ke dalam bulatan tarbiyah dan Dakwah.Bukan mudah untuk kita memperolehnya.Malah mungkin mahal harganya.Dan sekali kita mengabaikan,lalai dan terleka,boleh jadi sangat sukar untuk memperolehnya kembali.

Tetapi kadangkala,ada orang-orang yang telah diberi kunci,cuba masuk,namun tidak tahu apa yang dia mahukan dalam ruang yang menjanjikan sebuah perubahan itu.

Samalah dengan keadaan orang yang telah diundang masuk ke dalam tarbiyah,tetapi hanya duduk tanpa bergerak,menunggu dan hanya menerima.Bukankah perubahan kita untuk menukarkan yang jahil kepada makrifah yang makrifah kepada yang punya fikrah dan yang punya fikrah kepada yang berharakah?

Alhamdulillah,Allah masih mengizinkan kita untuk memegang kunci itu.Maka peliharalah ia.Jagalah baik-baik dan masuklah dengan tujuan dan matlamat yang lurus.Semoga hari-hari yang kita lalui,kita makin laju menderu dalam jalan ini.wallahua'lam.



Monday, December 12, 2011

Jalan masih panjang



Pintu ditutup.Seorang anak murid dan guru kelas hafazan Al-Qur'an sahaja berada di dalam bilik itu
Sobah yang baru dibeli guru dipasang menghangatkan bilik
Bimbang perbualan mereka menjadi panjang,takut salah seorang akan menggigil kesejukan dalam suasana dingin shitak yang semakin mengigit tulang dari malam ke malam

"Akak,saya ada menda nak cakap ni"

walaupun wanita itu menjadi guru hafazannya,wanita itu lebih selesa anak-anak didiknya memanggil dirinya dengan panggilan kakak.

"Apa dia yang awak nak cakapkan tu"guru itu memandang.Memberikan peluang untuk anak didiknya meluahkan rasa.

Malam itu,dengan Al-Qur'an masih dalam pelukan erat anak didiknya.dia mendengar luahan rasa.Anak didiknya baru-baru ini merasakan seolah-olah sudah tidak mampu meneruskan jalan Hufaz.Ingin menjadi hafizah,tetapi serasa tidak mampu memberikan komitmen.Tambah-tambah baru-baru ini dia sedang dalam fatrah untuk naik juz.Dan kebanyakan mereka merasakan inilah fatrah yang paling sukar.Kerana kesalahan perlu diminimakan,kelancaran perlu dipertingkatkan.

"Awak,tau tak sebenarnya awak adalah sebaliknya.Bukanlah prestasi awak merudum.Alhamdulillah,hafalan awak ok ja.Teruskanlah menempuh jalan Al-Qur'an ini.Cuba hafal sampai juz 5.Insya Allah awak akan dapat rasa sesuatu yang manis dan akan lebih mudah untuk menempuh jalan ini akan datang"

Jawapan itu melegakan resah di kalbu anak didiknya.Hatinya yang  sebentar tadi berkira-kira sama ada ingin meninggalkan kelas tahfiz buat selamnya berubah.Insya Allah,jalan ini akan diteruskan,hingga terasa manisnya menempuh bersama ahli-ahli kelas tahfiz yang lain.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dari sudut yang lain
ana memandang sesuatu yang semua orang perlu tahu
Itu jalan untuk yang mahu menghafal Al-Qur'an
samalah dengan jalan orang yang sedang berusaha hidup di bawah bayangan Al-Qur'an
Kembali ingin hidup berpegang dan berlandaskan Al-Qur'an

Asalnya sangat ramai dibawa masuk ke dalam bulatan tarbiyah untuk bersama-sama menempuh jalan dakwah dan tarbiyah
Pelbagai rencana pembentukan diri disediakan
Dari zero menjadi Hero,Saya Hosem [SH],Babai Jahiliyyah,sejarah bulatan gembira,dan macam-macam lagi usaha dibuat untuk mengubah diri menjadi pendukung agama Allah
Bukankah Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum melainkan mereka yang mengubah diri mereka sendiri?

"Sesungguhnya Allah tidak merobah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merobah keadaan [3] yang ada pada diri mereka sendiri." [13:11]

Tetapi berapa ramai yang telah tersungkur  sebelum mendengar sejarah KITA yang cuba merungkaikan kepentingan bulatan gembira itu
Berapa ramai yang mengundur diri kerana menganggap yang pengasas bulatan gembira membawa fahaman aqidah yang salah

Sejarah KITA telah membuktikan
memang semenjak khilafah telah jatuh,mana-mana usaha untuk memantapkan aqidah seringkali mendapat fitnah dari musuh-musuh islam
agar sistem tarbiyah yang betul-betul berasakan Al-Qur'an dan As-Sunnah yang menjadi punca kekuatan islam tidak dapat diteruskan lagi

Seharunsa kita sama-sama perlu mentajid niat kembali
Dan cuba menghapuskan ragu di hati dengan memberi peluang pada diri untuk meneruskan jalan ini
sebagaimana kisah anak didik seorang guru tahfiz tadi yang mengambil keputusan untuk meneruskan jalan Qur'an dan bakal merasakan manisnya jalan hufaz selepas juz ke 5 insya Allah
Begitulah juga kita
Ramai yang tersungkur,kerana telah mengundur diri terlalu awal
sebelum menjumpai manisnya hidup di bawah bayangan Al-Qur'an
sebelum menemui indahnya hidup berukhuwwah berlandaskan  Aqidah
sebelum menempuhi jalan panjang ini yang membawa ke syurga Abadi Insya Allah

semoga kamu dan aku bukanlah dalam kalangan orang yang tersungkur dan tersingkir dari tapisan Allah
Pegang tangan aku erat-erat sahabat seperjuangan,dan sama-sama kita sambut kembali tangan mereka yang telah tersungkur
Semoga di syurga nanti,Kita dapat tersenyum dan tertawa bersama




wallahua'lam


AL-Fateh-mengubah dunia dengan sejarah

Bismillah
alhamdulillah
masih lagi diberi peluang untuk bernafas
Tanda Allah masih mahu memberi peluang kepada kita untuk berusaha menjadi Hamba yang terbaik dah khalifah yang terbaik
Tinggal kita ingin bersungguh atau mensia-siakannya

al-Fateh.
pabila sebaik-baik raja dan sebaik baik tentera.
bukan kerja individu tetapi kerja berkumpulan.

adakah aku termasuk golongan yang menyumbang?



dipetik dari status junior ana di sini
kelihatan gelombang akademi Fateh [AF] sudah bermula
terkenang sem lepas ana juga turut terlibat dalam akademi ini yang membuatkan ana jatuh cinta dengan Sultan Muhammad Al-Fateh itu sendiri
meguassai 7 bahasa,sebaik-baik raja,menaiki takhta seawal usia sebaya dengan ana yakni 19 tahun
Tapi hari ini ana bertambah kagum setelah mengamati bahawa
kunci kejayaan sultan muhamad Al-Fateh menguasai kota konstantinople yang berkali-kali cuba dikuasai oleh pemimpin-pemimpin sebelumnya adalah
BELAJAR DARI SEJARAH

ya,sesuatu bangsa itu tidak akan naik tanpa belajar dari sejarah
Konstantinople tidak akan mampu dikuasai Muslim tanpa usaha Al-Fateh bersengkang mata setiap malam bagi mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen sebelumnya
Malaysia yang dahulunya mundur  tidak akan maju jika Tun Dr Mahathir tidak mengkaji sejarah yang berlaku sebelum kita mencapai pencapaian yang begitu membaggakan hari ini
Terbukti,sesuatu kejayaan itu hanya akan dicapai jika kita belajar dari sejarah

Malangnya hari ini sejarah yang disuapkan kepada kita semenjak bangku sekolah hanyalah menipu semata-mata
Manusia dikatakan pernah hidup dalam keadaan hina di zaman batu,paleolitik,mesolitik,dan sebagainya
Sedangkan sejarah kita bukan bermula dari zaman-zaman itu
Tapi sejarah kita bermula dari zaman nabi Adam diikuti zaman-zaman nabi setersunya
tetapi manusia terlupa untuk mengkaji sejarah melalui Kitab Al-Qur'an dan Hadith yang ditinggalkan nabi
Lantas ramailah yang tidak tahu betapa islam pernah mencapai kegemilangan pada zaman Abbasiyah di mana kita menjadi rujukan sedunia
Natijahnya ramailah yang tidak tahu bahawa perang dunia pertama dan perang dunia kedua yang diceritakan dalam buku sejarah sekolah menengah itu bukan sekadar perkara yang perlu dihafal kering-kering untuk memudahkan adik-adik mendapat A+ dalam SPM sejarah
Sejarah yang dibekalkan kepada kita hari ini sungguh menipu

Lantas sumber mana yang harus dirujuk kalau bukan Al-Qur'an dan hadith itu kembali
serta beberapa buku sirah yang menceritakan bukan sahaja cerita-ceita fakta tetapi cerita hati
Pernah anda dengar firman Allah berbunyi seperti ini

Sesungguhnya telah berlalu sebelum kamu sunnah-sunnah Allah [2]; karena itu berjalanlah kamu di muka bumi dan perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang mendustakan [rasul-rasul]. (137) [Al Qur’an] ini adalah penerangan bagi seluruh manusia, dan petunjuk serta pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa. (138)Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah [pula] kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi [derajatnya], jika kamu orang-orang yang beriman. (139) Jika kamu [pada perang Uhud] mendapat luka, maka sesungguhnya kaum [kafir] itupun [pada perang Badar] mendapat luka yang serupa. Dan masa [kejayaan dan kehancuran] itu, Kami pergilirkan di antara manusia [agar mereka mendapat pelajaran]; dan supaya Allah membedakan orang-orang yang beriman [dengan orang-orang kafir] dan supaya sebagian kamu dijadikan-Nya [gugur sebagai] syuhada [3]. Dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim, (140)
Islam pernah bermula dari zero sebelum kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w
Perlahan-lahan naik melalui tarbiyah nabi selama 13 tahun
Satu-persatu negara-negara sekitar arab dibuka oleh khulafa Ar-Rasyidin
Satu-persatu negara-negara yang dikuasai Parsi,Rom dan negara-negara bertamadun lain dijatuhkan dan dikuasai untuk dinyalakan obor-obor islam
Islam pernah menjadi rujukan dunia semasa zaman abbasiyah yang penuh dengan pencapaian ilmu dan teknologi
Dan akhirnya jatuh kerana manusia semakin lalai dalam menjadi khalifah dan hamba
Lantas naik semula perlahan-lahan dengan usaha sultan Muhammad Al-Fateh yang cuba membangkitkan jihad dalam hati tentera-tenteranya
Dan hari ini jatuh sekali lagi kerana sebab yang sama
Lupa matlamat hidup di atas bumi Allah ini


ya,Allah jadikan jatuh naik itu untuk menguji kita
siapa yang bersungguh-sungguh untuk menjadi pendukung agama Allah
dan siapakah yang akan tertinggal di belakang menjadi pengikut iblis yang telah melancarkan perang sejak awal perintah Allah meminta Iblis sujud kepada Adam
Dan kita lah yang menetukan
Sama ada mahu terus berada dalam hidup yang penuh dengan tipu daya syaitan
Atau mengulangi semula apa yang Rasulullah dan sahabat telah lakukan untuk memantapkan aqidah dalam menjadi individu muslim,setersnya memantapkan baitul muslim bagi mewujudkan masyarakat muslim
Dan melalui masyarakat muslim yang hatinya tertanam semangat jihad inilah akan lahir kerajaan islam,daulah islam,empayar islam dan insya Allah kita akan mengulangi sejarah abbasiyah untuk menjadi rujukan dunia
Bukan lagi berkiblatkan barat dan israel laknatullah!

Ayuh,lakukan perubahan
Al-Fateh mempelajari sejarah dan yakin dengan hadith nabi yang konstantinople akan dibuka oleh islam suatu hari nanti
Lalu Al-Fateh berusaha merealisasikannya

Begitu jugalah kita
kita memPelajari sejarah untuk mencari kunci kegemilangan dan mengkaji punca kejatuhan
serta yakin Allah menjanjikan kemenangan buat Islam
Dan sejarah telah membuktikan,tarbiyahlah kuncinya untuk memantapkan aqidah dalam membuat anjakan paradigma

Shift Your paradigm!!!!!!

"Telah berlaku zaman kenabian ke atas kamu, maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkat zaman itu. Kemudian berlakulah zaman khalifah yang berjalan sepertimana zaman kenabian. Maka berlakulah zaman kenabian itu sebagaimana yang Allah kehendaki, kemudian Allah mengangkatnya. Kemudian berlakulah zaman pemerintahan yang menggigit. Berlaku zaman itu seperti yang Allah kehendaki. Kemudian Allah mengangkatnya juga, kemudian berlakulah zaman pemerintahan diktator (zaman penindasan dan penzaliman), dan berlakulah zaman itu sebagaimana yang Allah kehendaki. Kemudian berlaku pula zaman khalifah yang berjalan diatas cara hidup zaman Kenabian."

[Riwayat Imam Ahmad, Bazzar dan at-Tabrani dari Abu Hudzaifah al-Yamani]







Sunday, December 4, 2011

interaksi dengan surat cinta



Kepada : Nur Akmalina Zulkifli


Tawaran menjadi ahli akademi tahfiz Az-Zikr Generasi 6 sesi 2010 dan Jemputan Menghadiri Taklimat Perjalanan Tahfiz


Sukacita dimaklumkan,saudari telah terpilih untuk menganggotai kelab tahfiz aZ-zikr Irbid
dengan ini,kami berbesar hati untuk menjemput anda menghadiri Taklimat Perjalanan Tahfiz
Butir program adalah seperti berikut 


Tempat : Musolla Az-Zikr
Masa: Lepas Maghrib
Tarikh : 16 september 2011

opps,sekejap-sekejap,teruskan membaca
Ini bukan iklan,ini bukan nostalgia ana dipilih menjadi ahli tahfiz az-zikr dan sengaja ana titipkan bait-bait ayat yang terkandung dalam surat tawaran kami
Tetapi,mari duduk di hadapan laptop anda bersama ana,kita beriman sejenak
kita berfikir seketika,apa yang anda rasa saat anda membacakan kenyataan tadi
mungkin pelik,atau mungkin tidak terasa apa-apa kerana kenyataan di atas bukan ditujukan untuk anda bukan?

Itu surat biasa,bagaimana pula dengan surat luar biasa yang selama ini telah kita lupakan?
Surat  cinta dari Allah.Al-Qur'an
Rasa-rasa,surat-surat cinta itu untuk siapa.
Untuk nabi sahajakah?Untuk ahli makkah sajakah.Atau untuk ahli Madinah sajakah?
Kalau anda berasa seperti itu,sudah lama dalam pengajian ilmu ulum Al-Qur'an menerima definisi makki dan madani dari segi mukhatibnya
Yakni,ayat-ayat makki membawa maksud ayat yang diturunkan kepada ahli makkah sahaja
dan ayat madani adalah ayat-ayat yang diturunkan kepada ahli madinah sahaja
definisi ini ditolak kebanyakan ulama'

Ya,surat cinta itu hakikatnya untuk kita
Kalau tidak,masakan sampai kini Allah masih memeliharanya untuk kita
Kalau tak,masakan sahabat sangat risau apabila melihat pertambahan syuhada' dalam perang yamamah yang dibimbangi akan mengurangkan bilangan penghafaz Qur'an 
Dan kalau benar Qur'an itu bukan untuk kita
Mengapa termaktub dalam hadith tentang Surah Al-Fatihah yang mana hakikatnya
saat kita sedang membacakan Al-Fatihah satu-persatu ayatnya
Allah menjawab dengan jawaban-Nya

T A H U K A H A N D A ?

Oatk ktia mmapu membca apa sjaa aayt

wlaauupn eajanyna baynk ynag sliap.
Dnegan sayart hruuf petrama dan treakihr
breada pdaa temapt ynag beutl. tiadk
pelru membcaa hruuf dmei hruuf tetpai
sebrais aayt selakigus. Heabtkan?


Alhamdulillah,ana yakin dan percaya
kebanyakan kita mampu  membaca tulisan di atas
petanda otak kita masih berfungsi
tetapi tahukah kita,dalam diri manusia kita bukan punya otak sahaja sebagai komponen penting yang menujukkan kita adalah sejenis makhluk berjenama manusia
Kalau otak sahaja tanpa hati,bukankah kita ibarat robot
kalau jasad sahaja tanpa otak dan hati bukankah mayat namanya
kalau hati sahaja tanpa otak yang mampu berfikir bukankah haiwan namanya?


Kalau sebentar tadi kita cuba menguji kemampuan otak kita
Bagaimana pula kita mahu menguji kemampuan hati kita?
Anda pernah dengarkan ayat Al-Qur'an yang berbunyi begini :-






Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk isi neraka Jahannam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami [ayat-ayat Allah] dan mereka mempunyai mata [tetapi] tidak dipergunakannya untuk melihat [tanda-tanda kekuasaan Allah], dan mereka mempunyai telinga [tetapi] tidak dipergunakannya untuk mendengar [ayat-ayat Allah]. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai." (7:179)

Maka,sejauh mana hati kita berfungsi lagi-lagi saat berinteraksi dengan ayat-ayat Qur'an yang dinukilkan dalam Bahasa arab
Bahasa yang tidak memerlukan intonasi yang betul dalam memahaminya
Bahasa yang kaya dengan nahu.sorof dan balaghah
Bahasa yang walau lagu apapun yang kita gunakan untuk mengalunkannya ia masih mampu untuk mencuit,menjentik dan menyentuh hati-hati pendengarnya
Sekiranya kita memahami bahasa arab dengan betul

Jadi apa perlu kita buat untuk beriteraksi dengan love letters Allah kalau kita sedar bahasa arab kita tidak seberapa?

Sama-sama kita tingkatkan bahasa arab kita untuk bersegara membaca surat cinta itu
Anda sangat fanatik dengan Korea kan?
Anda kenal Minho dari kumpulan shinee?
Bayangkan anda dapat surat cinta dari dia
Apakah anda akan membiarkan surat itu tidak dialih bahasa dan simpan baik-baik dalam kotak musik anda
sedangkan Minho sedang menyampaikan sesuatu untuk anda?





Dan hari ini,surat-surat cinta kita dari Langit itu telah banyak dialih bahasa untuk memudahkan kita membacanya
Anda menentukan,sama ada ingin membacanya,atau mengabaikannya


Pernah baca novel cinta?Pernah tonton drama Adam Maya?Pernah tengok filem Korea?
Kadangkala ada part-part dalam cerita itu yang membuatkan anda menitiskan air mata bukan?
Kerana anda melihatnya dengan penuh perasaan
Dan rasa itu lahirnya dari hati,bukan dari otak
Begitulah saat mata kita melalui ayat-ayat cinta dari Allah yang hakikatnya di dalam Kitab Suci itu juga terkandung cerita-cerita yang mungkin tidak mampu dipaparkan di kaca tv anda apatah lagi dalam vidoe-video you tube anda
Ada kisah-kisah fizikal seperti peperangan Badar
Ada kisah-kisah meruntun jiwa dan menyentuh hati seperti kisah Allah memujuk nabi dengan surah Ad-Dhuha 
Yang mana ketika itu,sudah lama Allah tidak menurunkan wahyu pada nabi
Lantas orang-orang kafir mendakwa Allah tidak sayang akan nabi lagi


 Masa spm dulu terasa sejarah dan pelajaran sirah itu sesuatu yang membosankan bukan?
Terlalu banyak fakta untuk dihafal.Terlalu banyak tarikh untuk diingat

sebab itu seringkali kita gagal menjiwai apa yang sejarah cuba sampaikan kepada kita
Dan oleh sebab itulah kita perlu memahami sirah yang terdapat dalam Al-Qur'an dengan hati
Bagaimana caranya adalah dengan mencari sumber-sumber rujukan sirah yang padat dengan dialog agar saat kita membacanya terasa seolah-olah kita juga adalah salah-satu watak dalam cerita itu
Bukankah itu yang anda lakukan saat membaca novel dan menonton drama?


Masa sekolah dulu,selalu berlaku masala assobiyah kan?
Ada geng skema,ada geng otai,ada geng thiqah
Masing-masing hidup berkelompok mengikut sesuatu yang dirasakan paling besar dalam hidup mereka


Begitu juga pada zaman nabi.Ada pelbagai kelompok manusia
Lalu saat surat cinta ini turun,nabi lantas menyampaikan dakwah kepada suatu kelompok lantas terbentuklah kelompok baru,kelompok Islam
yang bertahun-tahun dibentuk,dan ditarbiyah nabi pada awalnya di rumah Al-Arqam bin abi Al-Arqam
untuk apa kalau bukan untuk melaksanakan tugas sebagai abid dan khalifah di muka bumi ini
serta meletakkan islam ke tempat yang paling tertinggi

Lalu kita,siapakah kita
Apakah kita bukan dalam kalangan orang-orang yang mendukung Al-Qur'an itu
apakah kita bukan dalam kalangan orang yang mahu dibentuk,ditarbiyah dan memahami tugas di muka bumi ini adalah untuk menjadi abid dan khalifah?

Dan surat-surat cinta itu,telah ana katakan awal-awal tadi
Ianya adalah untuk kita
kita dan sahabat sama sahaja
Kitalah yang bertanggungjawab mendukung Islam itu
kitalah yang bertanggungjawab melaksanakan apa yang terkandung dalam Al-Qur'an itu
kitalah yang diamanahkan untuk membawa fikrah islam itu

Seringkali manusia itu hanya mampu mengeluh

"Ya Allah,teruknya masyarakat zaman sekarang.Berzina dengan anak pun nak bagitau satu dunia"
Mengeluh sahaja tanpa melakukan apa-apa?
Dan apa perlu kita buat sebenarnya
Tahukah anda,hakikatnya,gejala-gejala sosial ini berlaku kerana manusia kian jauh dari Al-Qur'an
Dan Al-Qur'an itu telah menjadi jauh dari manusia kesan dari kejatuhan Khilafah
tiada siapa lagi mahu mengingatkan bahawa hidup kita bukan permainan
Tiada siapa lagi mahu mengingatkan bahawa Al-Qur'an itu adalah manual kehidupan

Maka,kerana itu,sangat pentinglah kita untuk mencari kelompok-kelompok manusia yang sedang ditarbiyah dan mentarbiyah diri dengan Al-Qur'an
bukan sekadar untuk menghafalnya di bibir,tetapi untuk menjadikannya manual dalam mengembalikan islam
Dan kelompok-kelompok itu tidak lain tidak bukan
Kelompok bulatan-bulatan gembira dalam University Tarbiyah yang ada di sekeliling anda
Pilihan di tangan anda
Anda mampu mengubahnya,Insya Allah