Thursday, August 11, 2011

usrah episod 4[bulatan gembira ^_^]-siri 2

Bayt Hammasah | 830 malam

"Kak Tengku!!!!!!!!"Syali,Nadzirah,Iman dan Zikri menjerit serentak sebaik sahaja daun pintu bayt Hamassah itu dikuak.Hani hanya memencilkan diri. walaupun sudah hampir 2 bulan berada dalam usrah bersama Kak Tengku,dia masih tidak mampu menerima jambatan hearty yang cuba dibina oleh Kak Tengku.Tidak pasti sama ada penyampaian Kak Tengku yang tidak cukup muntij atau dia sendiri yang merasa asing.

"Assalamualaikum adik-adik akak.Rindu nya kat korang semua!!"Kak Tengku menjerit kecil sambil memeluk erat adik-adik usrahnya.Rindunya mereka pada kehangatan pelukan ukhuwwah itu.

Tengku Munirah terharu menerima kunjungan adik-adik usrahnya yang telah ditinggalkan hampir seminggu.

"Maafkan akak adik-adik.Biarkan korang sebentar tanpa tarbiyah dari akak"monolog hati kecil Tengku.Gusar hatinya meninggalkan adik2 walaupun hanya seminggu.Apakah iman mereka masih di tahap yang mantap atau telah turun sedikit?Lagi risau andai turun terus menjunam.Nauzubillah.

Tengku Munirah segera menghadiahkan mereka beberapa cenderahati untuk adik-adik usrahynya.

Dia teringat salah satu method untuk membina jamabatan hearty yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri adalah dengan memberi hadiah.Sekilas mindanya teingat pada hadith Rasulullah yang dikongsikan oleh sahabat nya semasa bercuti di Turki

Raulullah s.a.w bersabda,


" Hendaklah kalian saling memberi hadiah,kerana hadiah itu akan menjadikan kalian saling mencintai"




Dia sangat bersyukur kerana Allah telah mentakdirkan dia hidup dalam kalangan ahli keluarga yang berada.Ditambah dengan duit biasiswa,dapatlah dia membeli sedikit cenderahati.Moga-moga keikhlasannya dipandang Allah.Dan usahanya dapat mengeratkan lagi ukhuwaah serta membina jambatan hearty antara mereka semua.

"Hani,akak paling rindu awak tau.Kat sana asek teringatkan awak je.Hani sihat tak?"sengaja Tengku memfokuskan ke arah Hani.Dia perasan,kebelakangan ini Hani semakin tawar hati dengan tarbiyah.Tengku selalu gusar dan sedih serta bimbang dengan perubahan ini.'Hati akukah  yang bermasalah?'getus hati kecil Tengku Munirah.

"Emm,Hani sihat je kak.Alhamdulillah."Hani cuba sedaya upaya mewujudkan mood.Give urselve one chance more.Kata-kata Syali terngiang-ngiang di telinganya.

"eh,Jomla kita ke musolla akak.Banyak benda nak sharing ni"

Tengku segera membawa mereka ke musolla Bayt Hammasah.Besar,selesa dengan air cond dan pelbagai peralatan untuk daurah kelihatan di ruang musolla.Lengkap dengan LCD dan whiteboard.Dinding2 semua dihiasi kata-kata hikmah dan peringatan.




"Hari ni akak tak nak buat formal-formal la.Kita lebih pada sharing-sharing.Borak-borak manja nak?"

Tengku cuba menukar gaya penyampaian usrah nya.Dia sedar,mungkin selama ni dia sangat formal bila mengendalikan bulatan gembira itu.Adik-adik jualah yang sedikit sebanyak membantu menghangatkan suasana dengan gurauan mereka tanpa henti serta isu-isu masing-masing.

"Haaa.Bagusla mcm tu.Hani suka mcm too.Sebab selalu kak Tengku kalau usrah je,cakap mcm pembaca berita.Rasa mcm segan nak keluarkan suara dalam usrah.sebab ayat2 Kak Tengku bombastik sangat"

Hani terus meluahkan rasa.Moga-moga apa yang terpendam setelah diluahkan dapat menghilangkan sedikit tawar di hearty.

Tengku hanya mampu tersenyum.Betullah sangkaannya.Dia selalu menggunakan pendekatan formal dalam mengendalikan usrah.Terbiasa dengan urusan formal seperti memasuki debat,menjadi pengacara majlis dan mengendalikan forum.Bahasa-bahasa berlaras tinggi tidak lekang dari bibir Tengku.

Malam itu Tengku enggan menyentuh pasal tarbiyah.Dia ingin mengaplikasikan kembali cara dakwah Fardiyyah yang betul.Semasa dalam perjalanan ke Turki,Tengku sempat membaca naskhah ringkas mengenai 7 Tahapan dakwah Fardhiyyah karya Syeikh Mustaffa Masyhur yang dihadiahkan sahabat baiknya, Hanum.Sunggguh,berdakwah dengan manusia bukanlah perkara pertama kita nak terus asak2 diorang komited dengan usrah dan sebagainya.Tapi yang penting,bina jambatan hearty.Bina hubungan.Buat mereka jatuh cinta!

Mereka banyak meluangkan masa dengan mendengar pengalaman Kak Tengku semasa di Turki.sedikit sebanyak terselit cerita mengenai pembuka Konstantinople berbangsa Turki,Sultan Muhammad bin Murad,Al~Fateh, yang telah membina lembaran sejarah dalam tamadun Islam.

Siapa yang tidak kenal Sultan Al~Fateh.Pembuka Konstantinopel yang telah dilantik menjadi sultan seawal usia 19 tahun.Dan dalam masa 2/3 tahun pemerintahan beliau,beliau telah berjaya menguasasi kota yang telah lama berada di bawah naungan Tentera Byzantine beratus-ratus tahun lamanya.Benarlah hadith nabi yang berbunyi, "Konstantinople akan dikuasai oleh sebaik-baik raja dan sebaik-baik rakyat".



Tengku Munirah meneruskan cerita mengenai insan yang dia kagumi itu.Adik-adik usrahnya terpesona lagi-lagi apabila Tengku Munirah menceritakan bagaimana sebaik-baik tentera ini telah melakukan sesuatu yang luar biasa dalam strategi peperangan mereka.Melayarkan kapal di atas daratan.Sungguh, bila difikirkan semula,Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk melakukan perkara seperti itu melainkan dengan kekuatan dan kesungguhan serta bantuan dari Allah

Selain itu Tengku Munirah tidak lupa juga mengongsikan antara rahsia kejayaan Al~Fateh ialah beliau tidak pernah tinggal tahajjud selepas beliau baligh.Subhanallah.Sukarnya untuk mencari individu-individu seperti ini zaman sekarang.Ramai orang tertipu dengan fakta barat yang mengatakan kita perlu tidur sekurang-kuranya 8 jam sehari.Hakikatnya cukuplah 3 jam untuk merehatkan diri.Tambahan masa sekarang sangat memerlukan daie yang tidak banyak tidur.Tetapi perlu sentiasa berjaga merencana itu dan ini.


bersambung lagi ^^

episod 1
episod 2
episod 3
episod 4













8 comments:

ummu aiman binti hasbullah said...

aliyah.sgt menarik.teruskn usahamu.wat byk2. kte nak baca lagi.bole x bg contoh dakwah2 fardiyah melalui sentuhan hati.hr tu mse ali balik kte tdur smlm lg dkt umh rawiyah d saadah.prbncgn yg sgt mnarik.kte sgt kagum dgn sifat ktrbukaan korunk mmbncgkan psl jemaah.alangkh indhnya mfraq begini.wlu kte brbeza jemaah tp kte mmpunyai hadaf yg sme.tujuan yg sme.ingin menegakkan kalimah Allah.meletakkan kalimah Allah ditempat yg plg tinggi.smoge usaha berterusan d jgn prnh kenal erti putus asa.cayok!!!!!اجتهد ولا تكسل

Aliyah Al~Istiqamah said...

terima kasih ummu.Alhamdulillah,Allah jualah yang memberikan ilham untuk menulis.Mengenai dakwah fardiyah tu akan diusahakan untuk dishare insya Allah.

MyIlham.com said...

menarik

mencernakan kisah Al-Fateh melalui cerpen.moga terus thabat memperkasa dakwah..amin

Aliyah Al~Istiqamah said...

terima kasih ustaz atas komentarnya
banyak benda kena belajar dari ustaz~

zida said...

baru terasa nak komen. yeahh yeahh teruskan usaha, ni aku rasa nak share kat orang ramai ni!!

Aliyah Al~Istiqamah said...

malu-malu

huhuh

sejak ko kate aku kena buat buku tula aku rasa aku boleh menulis
tapi bahasa cacamarba lagila =P

ummu said...

xpe aliyah..teruskn usahamu dlm bidang penulisan mulakn sedikit2.wat latihn byk2.tanyakn pendapat org yg mahir..insya allah disitu bakat akn tercungkil percayalah....selamat menulis....

Aliyah Al~Istiqamah said...

tq ummu atas sokongan yang berterusan =)