Sudah lama rasanya Hani tidak meluangkan masa dengan teman baiknya Syaliza.Petang yang terasa menggigit dengan bahang teriknya matahari di irbid hari itu,Hani penuhi dengan berjalan-jalan bersama Syaliza di sekitar syarik Jamiah.Berjalan saja-saja sambil meninjau-ninjau ke kedai buah-buahan di situ.
''Syali,aku ada benda nak bagitahu kau ni"
Syali yang sedang sibuk memilih buah epal segera menatap wajah 'cute' sahabatnya itu.Tersenyum.seakan memberi 'signal' bahawa dia bersedia untuk mendengar.
"Dah masuk 2 bulan kita join usrah kan?Aku tiba-tiba rasa nak keluar la wei.Aku rasa usrah cam x best je.x seronok langsung.Lagi seronok aku buat benda lain kowt"
Syali masih terus tersenyum.Memang itu caranya berbicara dengan Hani sahabat baiknya itu.Bila perlu diberi penerangan,Syali akan berpidato ringkas tapi padat.Tetapi kadangla cukup sekadar beberapa ayat untuk menenangkan keresahan kawannya itu tatkala menghadapi masalah.
"Hani,jom kita singgah makan buah epal ni kat Rumah Syali"
"Eh,tukar topik pulak kau ye."
"Eh,x la,mana ada tukar topik.Panas sangat la kat syarik Jamiaah petang ni.Jomla balik rumah cepat-cepat.Nanti aku respon masalah ko tadi eh"Syali menjawab.Tersenyum lagi.
Di Rumah Syali,Syali segara mengupas buah epal yang mereka beli di syarik jamiaah tadi.Lalu dihidangkan kepada sahabatnya Hani.
Hani yang telah mengenali Syali tanpa segan silu segera menikmati buah epal tersebut.
Tersenyum kelat.Sepertinya rasa epal itu tidak seperti biasa.
"Syali,aku rasa macam x sedap pulak la epal ni"Hani mengadu kepada Syali yang masih sibuk mengupas epal yang kedua pula.
"Laa,x sedap ke epal tu sayang.Nah ni Syali da kupaskan epal lagi satu.Syali rasa epal ni better kowt"
Syali segera menghulurkan epal kedua kepada Hani.Caring.salah satu sifat yang ada pada Syali sejak dahulu.Dan kerana caring itu lah yang memikat hati Hani untuk menjadi sahabat baik Syali sehingga kini.
Hani menggigit epal kedua.Nikmat.Manis sungguh epal kedua itu.Hani tersenyum bahagia menggambarkan betapa nikmatnya dia dapat merasa buah epal kedua itu.Tambah-tambah sudah lama tidak berpeluang makan buah kerana terlalu berjimat sepanjang 2 3 bulan menunggu duit biasiswa JPA masuk ke akaun bank masing-masing.
"Haaa..cane Hani.Better kan rasa epal kedua ni?"
Hani hanya mengangguk dan meneruskan menikmati buah epal kedua tersebut.
"Hani,tau tak.epal ni macam usrah jugak"
Hani yang sedang asyik menikmati epal tersebut terus menghentikan kunyahannya apabila terdengar perkataan 'usrah' itu.
"Mungkin sekarang Hani rasa usrah yang kita lalui itu tak best kan?Berilah peluang pada diri Hani sebentar.Hari ini mungkin Hani rasa tak best.Tapi Hani belum rasa lagi liqa' kita yang seterusnya kan?"
Mendalam analogi yang diberi Syali kepada Hani.Sedikit sebanyak terjentik juga hatinya yang tadi beriya-iya mahu mengentikan langkahnya untuk terus mengikuti usrah.
"Kadangkala mungkin kita merasakan usrah itu x best sebab kita sendiri tidak pasti apa itu usrah kan?Kenapa kita masuk usrah?Atau mungkin kita sendiri yang tak pernah hadirkan hearty atau tajdid niat semasa berada dalam bulatang gembira itu kan?"
"Emm,jadi Syali,cuba ko terangkan atau bagi sedikit pencerahan kat aku apa sebenarnya usrah ni."
Allahu akbar...Allahu Akbar
Suara azan kedengaran jelas dari masjid Jamiah.Menghentikan perbualan dua sahabat itu.
bersambung............
1 comment:
this is great.
Post a Comment