Sunday, July 31, 2011

akademi al~fateh

BELAJAR ADALAH MUJAHADAH
kata-kata azimat dari seorang ibu yang terngiang-ngiang di telinga lagi-lagi bila kemalasan mula menguasai diri

Bismillah
Alhamdulillah
Akademi Al-Fateh telah melabuhkan tirainya
saya kira saya memang belum ada mengupas langsung sedikit mengenai akademi ini

Akademi ini ditubuhkan pada tahun ini
sebagai salah satu platform untuk membina individu-individu yang faham tentang kepentingan gerak kerja dakwah dan tarbiyyah
atau mungkin persiapan buat mereka yang akan menjadi naqib/naqibah

Untuk menghasilkan seorang pemuda berjiwa besar dan berwawasan seperti Sultan Muhammad bin Murad iaitu sultan Al~Fateh dalam masa sebulan adalah satu perkara yang saya kira mustahil
tetapi hakikatnya,kalau kita lihat kembali sejarah Al~Fateh sendiri beliau telah melakukan sesuatu yang mustahil
menjadikan daratan seperti lautan
tentera-tentera terbaiknya telah melayarkan kapal mereka di daratan?
Suatu perkara yang tidak terfikir dek akal kita bukan?



Terima kasih kepada semua mentor-mentor yang bertungkus lumus memberikan kami input untuk persediaan menjadi murobbi
Tidak pada orang lain,sekurang-kurangya murabbi untuk diri sendiri
Pengisian yang disediakan seperti public speaking,seni penulisan
Dan malam konserto terakhir yang dipenuhi dengan kertas kerja dengan tajuk2 menarik seperti bedah buku Bagaimana Menyentuh Hati,Dakwah Fardhiyyah,Ikon Just atau Yarmouk dan ada juga sebahagian pembentangan yang saya terlepas kerana ada tugasan lain
Saya kira semua ini adalah tanda keprihatinan senior-senior
betapa pentingnya Dakwah dan Tarbiyyah dalam diri kami semua
Tambah-tambah,sesi akan datang dijangkakan,jalan ini akan makin payah
kerana akan mempertemukan kita dengan jumlah junior yang sangat ramai
semoga Ramai itu bakal membawa kekuatan,Insya Allah

Sultan Al-Fateh merupakan satu ikon Islam yang sesuai untuk dijadikan idola buat remaja masa ini
Hal ini demikian kerana
Usianya semasa menyerlahkan kepimpinannya adalah bermula dengan usia sebaya kita
19 tahun telah diangkat menjadi sultan?
Tidakkah kita tercabar
Dan bila disoroti sejarah beliau,dia pada asalnya sama sahaja dengan remaja lain semasa usia muda
jiwa memberontak,degil,
tetapi,pendidikan dari ayahnya iaitu Sultan Murad dan gurunya Syeik Aq Syamsuddin la yang telah menjadi penyumbang besar kepada pembentukan dirinya

Banyak perkara boleh kita contohi dari Al~Fateh
seperti semangat belajar
semangat berpasukan
kepentingan Qiamullail
dan lain-lain yang perlu dikaji lagi




Sultan Muhammad Al~Fateh telah pun melakukan tugas yang ditaklifkan kepada dirinya
menjadi abid dan menjadi khalifah
tetapi kit,biller lagi?

Beliau bukan hanya menumupukan pada penawanan konstantipel
Hakikatnya dalam usaha membuktikan kebenaran hadith Rasulullah s.a.w itu
beliau telah melaksanakan penawanan terhadap hati-hati rakyatnya
agar dapat menawan pandangan Allah kepada diri mereka
dengan uslub dakwah beliau yang tersendiri

Hari ini waqik kita berbeza
Bukan whitehouse yang kita ingin buka
Bukan united Kingdom yang ingin kita jajahi
tetapi hearty-hearty manusia yang ingin kita tawan





Masa semakin suntuk
ada tugasan yang perlu diselesaikan
abid dan khalifah
ayuh kita bergerak laju dalam menghidupkan jentera dakwah dan tarbiyyah
wallahua'lam

2 comments:

Anonymous said...

suke dgn ayat ali, penuh dgn keunikan.. teruskan p'juangan k! :)

Aliyah Al~Istiqamah said...

anony-sedang belajar serius dalam penulisan.dan sedang cuba menulis seperti penulis2 hebat di luar sana.mohon doanya


Ramadhan kareem