Friday, July 22, 2011

penulisan | create ur own style!

 "Prinsip seorang penulis adalah menulis apa yang masyarakat PERLU bukan apa yang masyarakat MAHU"

Baru-baru ini ramai orang sudah mula mengkritik mengenai filem TAHAJJUD CINTA
kerana memaparkan cinta islamik jauh dari manhaj islam yang sebenarnya
begituah manusia kalau buat sesuatu hanya untuk kepentingan dunia semata-mata
mereka menulis atau mungkin membikin filem untuk memenuhi kemahuan manusia yang tidak terbatas malah sudah terbabas
bukan menulis atau membikin filem untuk menyampai dan memberi sesuatu yang sangat perlu dalam mengembalikan masyarakat kepada manhaj islam yang hakiki

ok,lupakan tahajjud cinta sebentar.

alhamdulillah,akademi al-fateh terus menggerakkan aktiviti-aktiviti yang menarik untuk anggota-anggotanya
dan malam ini ana kira satu slot yang menarik
yang mungkin mengujakan bagi kawan-kawan saya yang khususnya peminat penulis muda yang semakin meningkat namanya 'HILAL ASYRAF'



Terus kepada pengisian yang dikongsikan oleh senior hilal
antara bakat dan latihan,manakah faktor yang paling penting dalam penulisan?
ada yang berpendapat salah satu darinya,ada pula yang berpendapat kedua-duanya sekali
tetapi hakikatnya bukanlah kedua-dua faktor di atas menjadi faktor utama untuk menulis
hakikatnya penulisan itu bermula daripada MINAT
Tanamlah minat itu dengan mengkaji fadhilat-fadhilat atau kelebihan daripada penulisan

STRATEGI MEMBANGKITKAN POTENSI  PENULISAN |

1.Latihan

- Try carik sekumpulan kawan atau individu-individu yang dapat memberikan komen atau kritikan terhadap penulisan kita untuk meningkatkan skilL penulisan itu sendiri

-Latihan sangat penting untuk memastikan: -


  • penulisan tidak merapu
  • bahasa diterima pembaca
  • boleh mempengaruhi pembaca
  • penulisan tidak membosankan
-Penulisan akan bertambah menarik sekiranya terdapat analogi yang baru terselit dalam penulisan kita


2.Buat jadual

Rancang jadual dan pilih waktu yang sesuai untuk menulis.Dan hakikatnya sebenarnya bila-bila masa sahaja adalah waktu yang sesuai untuk menulis.

3.Cari medan

Kalau dulu,medan penulisan sangat terhad di mana mungkin hanya terhad pada pertandingan penulisan,atau hantar karya kepada majalah atau akhbar.Namun begitu,dalam era ledakan blog ini,ana kira blog adalah medan terbaik untuk penulisan.

4.Banyakkan membaca

Untuk menulis seseorang tidak boleh tidak perlu punya ilmu untuk menyampaikan sesuatu.Tetapi moleklah kiranya pembacaan itu diseimbangkan dengan penulisan.Caranya,amalkan setiap kali lepas baca buat rumusan.

5.Banyakkan menulis apa yang dibaca

6.Banyakkan memerhati

Saya kira banyakkan membaca dan menulis itu adalah sesuatu yang berbentuk formal atau secara langsung.manakala memerhati pula adalah cara tidak langsung

sebagai contoh senior hilal ada kongsikan satu situasi yang pernah dia alami dalam kehidupan dia
Dan senior  meminta kami mengextarct apa yang kami dapat dari situasi tersebut
thats what we need to do
sometimes ,we just take it for granted for something that happend in our life
sesuatu itu hanya menjadi sesuatu yang berlalu
tanpa kita fikirkan ibrah besar yang tersembunyi
atau mesej yang mampu kita garap dari peristiwa-peristiwa yang kita hadapi dalam hidup

menjadi penulis bukanlah persoalannya penulis itu islamik atau tidak
tetapi apa yang membezakan seorang penulis yang islamik atau yang lain adalah NIAT
apa-apa pun semua berkisar pada niat
sebab itu hadith pertama dalam hadith 40 adalah berkisar tentang niat

dalam penulisan kita ada 2 bentuk niat

niat ukhrawi-menuju redha Allah
niat duniawi-menarik manusia [jangan sempitkan skop bahawa duniawi adalah semata-mata harta sahaja]

"build a chain-reaction"

Saya sangat tertarik dengan penggunaan perkataan 'chain-reaction' yang digunakan senior hilal semasa penyampaiannya tadi

Saya tidak ingat matan hadith nabi yang ada menyebutkan
seorang hamba Allah itu apabila mati,akan terputus dunia darinya
kecuali 3 perkara

-sedekah/amal jariah [amalan yang berterusan]
-ilmu yang berguna
-anak yang soleh

Jadi,penulisan adalah hakikatnya salah satu alternatif untuk kita meninggalkan amal jariah itu
membina chain-reaction dengan manusia
dengan meninggalkan nasihat,peringatan dalam alam maya
di mana dengan adanya medium ini
apabila ada orang yang terkesan dengan penulisan kita
dan berubah hanya melalui pembacaan atau ziarah mahabbah ke blog kita
Allah akan kira hasil itu sebagai amal jariah kita,insya Allah
yang mana akan berterusan
walaupun kita sudah 'berehat' dari menulis buat selama-lamanya

PENULIS-ALLAH-PEMBACA

ya,kita menulis bukanlah directly terus sampai maksudnya kepada pembaca
hakikatnya Allah lah yang menghubungkan kita kepada pembaca itu tadi
oleh itu,amatlah penting untuk seorang penulis itu menjaga HDA nya - Hubungan Dengan Allah

Banyak sebenarnya untuk dikongsikan berdasarkan apa yang saya dapat dari senior hilal tadi
saya kira penyampaian beliau secara life tadi sangat menarik
sama seperti karya-karya yang beliau hasilkan dalam langitillahi
alhamdulillah,untung 1 universiti,kalau x, x dapat la talk percuma macam ni =)

banyak perkara perlu dimuhasabah oleh diri ini kembali dalam bergiat untuk menyampaikan sesuatu kepada masyarakat melalui blog

wallahua'lam







8 comments:

Iffah Munirah said...

"untuk memenuhi kemahuan manusia yang tidak terbatas malah sudah terbabas.."


haha.. suke ayt nh.. :)

Zida said...

dan aku tetap suka bila membaca tulisan ali. weh ko taknak buat buku ke? zaman sekarang ni, kalau buat buku laku wehh

aku sokong ko! :D

Aliyah Al~Istiqamah said...

zid,ko bercakap benar ke ni
hahaha

buku memang laku zaman sekarang
teritama MUKABUKU

haha,setakat ni aku tak rasa aku sangat berbakat untuk menulis
tengoklah nanti aku keluarkan buku
liku-liku pelajar agama -jordan-haha =p

Anonymous said...

salam, mengapakah dgn entri latest kamu?

Aliyah Al~Istiqamah said...

anony-tiada apa.Hanya Allah yang tahu.Mungkin entry latest tadi berbaur emosi.sebab tu tekah didelete~

Anonymous said...

semoga emosi kamu tak effect persediaan Ramadhan yang menjelang tiba, masa ni lah syaitan bekerja all out sebelum bercuti. salam mujahadah. :)

myilham said...

penulis yg lebih banyak menulis dari membaca adalah penulis yang bankrap. moga dijauhkan Allah. syukran atas perkongsian.

Dr. Mohamad Khir Bin Johari said...

tulisan dari tangan, akan tersangkut hanya sekadar di mata.

tulisan dari hati, akan terus menerobos jauh ke dasar hati..