Wednesday, August 31, 2011

perubahan | matlamat hidup

bismillah
memetik kata-kata salah seorang orang besar PERMAI 2010/2011 saya tidak pasti siapa yang berucap ketika itu
tetapi dalam ucapannya,beliau menegaskan kepentingan untuk kita meletakkan matlamat sepanjang kita berada di jordan
datang untuk menuntut ilmu,maka itulah yang kita perlu fokuskan
bukan sibuk mencari hiburan sehingga kepulangan ke tanah air tidak membawa apa-apa
hanya membawa nama busuk mahasiswa timur tengah
dituduh mahasiswa lesu
[ok ada tokok tambah siket ayat-ayat di atas]

just nak highlight kan kepentingan MATLAMAT sahaja
perubahan,semua orang pasti sudah atau sedang dan akan mengalami perubahan hidup dan menjumpai turning pointnya untuk berubah ke arah lebih baik
tetapi kadangkala kita tertanya-tanya bagaimana ingin memulakan
kita sedang menelusuri jalan perubahan itu,tetapi seolah terumbang-ambing mencari ke arah mana hijrah kita

maka berbaliklah semula kita kepada matlamat hidup kita dihantar ke bumi ini
sebagaimana seorang mahasiswa yang ingin berazam menaikkan kembali mu3addalnya [pointer] yang telah jatuh pada sem lepas
begitulah juga seorang hamba yang ingin berazam menaikkan kembali imannya yang telah turun sepanjang sesi hidupnya yang lalu
lihatlah kembali pada matlmat hidup kita
ada 2 yang telah termaktub dalam manual kehidupan seorang hamba yakni Al-qur'an iaitu

hamba allah
khalifah [pemimpin]

buktinya ?

dalam surah ad-zariyaat ayat 56

" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan BERIBADAH kepada-Ku "

serta dalam surah Al-Baqarah ayat 30

" Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat  "Aku hendak menjadikan KHALIFAH di Bumi

Teorinya mudah,praktikalnya tidak semua yang mampu bukan?
Ada yang hanya mendefinisikan abid itu terhad pada 5 rukun islam sahaja
tetapi sebenarnya tidak,setiap apa yang diniatkan kerana Allah adalah ibadah
merokok kerana Allah?agak-agak logik tak orang nak merokok berniat di dalam hatinya untuk merokok kerana Allah
sedangkan Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 195

" ...Dan janganlah kamu menjatuhkan [diri sendiri] ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri,...

dan mungkin ramai telah berjaya menjadi 3bid dengan menazarkan dirinya untuk beribadah kepada Allah
tetapi terlupa untuk menjadi khalifah
sekadar menjadi 3bid yang bermain-main
yakni duduk di masjid,kumpul pahala sendiri dan membiarkan orang-orang di luar sana bermasam muka,menanti adakah tangan-tangan di dalam bulatan/kandang ibadah ingin menarik mereka bersama


berbuat baiklah dan serulah orang untuk melakukan kebaikan bersama-sama 
moga-moga kita mampu tersenyum bersama-sama di dalam kandang ibadah itu

Penutup
ingin berubah,kembalilah kepada matlamat hidup 
moga-moga kita tidak lagi terumbang-ambing ka arah mana hijrah kita ^^

wallahua'lam 

p/s-saya bermatlamat,saya ok ^_^



 

No comments: