Sunday, August 28, 2011

cerpen: pesan untuk adik [siri akhir]

"Fasha,akak nak borak ngan awak kejap boleh?please..........."

aku cuba memancing dengan buat muka comel.minta-minta umpan mengena.


"Eh,mestila boleh kak Intan payung comel sayaaaaaaaaaaaang.jap eh,fasha log out fb dulu"


terharunya aku dengan  tingkah laku Fasha.kalau yang perempuan pun boleh jatuh cinta,apatah lagi lelaki agaknya.


"Dik nak dengar cerita akak tak.masa dulu-dulu kat sekolah menengah"


aku cuba menyingkap lembaran kisah lama dahulu.malu untuk diceritakan kejahilan yang pernah dilalui.tetapi,moga-moga ada ibrah yang dapat dijadikan iktibar untuk adikku yang baru mengenal erti dunia sebenar ini.Fasha sepertinya berminat.dia mula menukar posisi kedudukannya.bantal diambil buat dia monangkatkan dagu.


"adik tahu,dulu sebelum akak mampu mencapai tahap mcm ni,mampu pakai tudung labuh,baca qur'an setiap hari,akak pernah melalui detik-detik hidup yang penuh dengan kejahilan"


cerita dimulakan.Dahi Fasha sedikit berkerut.Mungkin tidak percaya aku dahulu pernah melalui kehidupan yang jahiliyyah.tersasar dari manhaj hidup yang islam yang sebenar


"seawal usia 14-15 tahun dahulu akak pernah merasakan hidup sebagai seorang remaja jahiliyyah dik.berkawan dengan lelaki itu biasa.kapel itu indah sehingga membutakan mata.kalau x dikenali oleh lelaki itu sangat menyedihkan.bajet hot sangat la biller semua lelaki kenal diri ini."

"biasa la tu kalau kena marah dan kena tegur dengan majlis pengawas asrama.
masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.malah,akak mempertahankan yang akak kapel secara islamik.tak pernah dating,pegang tangan apatah lagi.akak just kapel untuk motivasikan diri dan si dia.kejut qiam tu perkara biasa yang akak rasa betul.x salah pun."



"sampaila suatu hari ade seorang ustaz memberi ceramah tentang kapel islamik ni.dia bagi akak analogi.ade seorang pemuda yang sangat suka makan babi dik sebelum dia masuk islam.eheh,,sori kasar sikit bunyinya,yakni khinzir lakan? tapi,lepas dia masuk islam,dia dapat tahu yang orang islam tak boleh makan.babi sebab babi itu haram.pemuda ni fikir dan terus berfikir mcm mana nak selesaikan masalah addicted to babi ni.dia dapat satu idea,dia beli seekor baby khinzir dan bela khinzir tu dari kecil basuh dia bersih-bersih,tak kasik dia main lumpur.tapikan dik,fasha rasa kalau buat macam tu agak-agak boleh ke tetibe babi tu jadi halal?"


Fasha hanya mampu menggeleng.air mukanya kelihatan berubah sedikit.anak matanya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu






"Dan dari situlah hati akak tergerak sedikit dan faham yang apa akak buat selama ni tak betul dik.Kapel islamik.Berkawan dengan lelaki secara islamik.macam mana sekalipun kita islamikkan benda haram tu,yang haram tetap haram.Akak selama tu seolah-olah buta yang akak ada ramai lagi kawan perempuan buat jadi teman motivasi.Tolong kejut qiam.Tapi tyme tu akak masih lagi berkawan dengan lelaki tu.sampailah masa bulan ramadhan tu,akak ngan dia berhasrat untuk meminimakan sms dan contact.Kononnya nak fokus ibadah sama-sama.Dan alhamdulillah,mungkin itu jalan keluar untuk kami.akak paling terkesan masa tilawah qur'an tu,akak terjumpa ayat ini,


" Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)" [3:14]


" Fasha,fasha................."aku cuba memanggil nama fasha.Dah terlelap rupanya adik aku ni.


Dik,adik permata galian bergerak untuk ummah.Adik punya perilaku yang sangat bermanfaat untuk diwakafkan pada dakwah dan tarbiyah.caring,hammasah.akak dapat membayangkan berapa ramai mad3u yang akan tertarik dengan adik andai adik sudah faham dengan kefahaman yang mantap tentang jalan yang sedang adik tempuhi ini.


adik,akak faham perasaan adik yang masih merasa indahnya berkawan dengan lelaki.yang masih tidak nampak salah dik formula dan fahaman yang adik pegang sekarang.nampaknya seperti nice bukan ade teman tapi mesra dari kalangan lelaki yang mampu kejutkan kita qiamullail,bagi semangat untuk terus berada dalam taman-taman syurga dengan join program yang berunsur ceramah islam dan sebagainya.


tetapi,kita tak perasan yang syaitan sedang memperdaya kita dengan menghiaskan dosa ikhtilat itu dengan corak-corak islamik.


akak  singkap kisah lama bukan untuk membuka pekung di dada.apatah lagi nak membolehkan adik beralasan 'akak pun dulu mcm tu jugak'


sebab akak macam tula akak tak nak adik pun jadi macam tu dik.akak rasa menyesal kenapalah akak terlewat dalam menempuhi jalan dakwah dan tarbiyah ini.indahnya la kalau karat-karat jahiliyyah itu tidak pernah hinggap di hearty.pasti akak dapat pergi lebih jauh dari ini.macam tula yang akak mahu adik jadi dik.pergi lagi jauh dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini.bukan bertongkat,bukan merangkak.tapi berlari.


Takpelah dik,lelapkanlah matamu.akak faham adik mengantuk.Moga-moga esok adalah lebih baik dari hari ini buat adik dan akak sekali.insya-Allah


aku hanya mampu bermonolog.mesej yang ingin disampaikan terhenti.Moga-moga masih ada jalan Allah berikan untuk aku menggapai tangan adik juniorku agar tidak tergelincir ke dalam jurang yang menghampiri zina itu.


TAMAT

4 comments:

aku.hamba.abdi said...

ali,dulu pun aku rasa kenapa lambat kita kenal jalan ini?
kenapa baru sekarang,kenapa tak dari dulu lagi?

tapi Allah memilih orang dan memilih masa yang tepat.mungkin kesannya lebih muntij.

jahiliyyah?
aku ingat kisah Abu dzar bila dia ejek Bilal.tapi Nabi tegur dia
"wahai Abu Dzar,masih ada lagi karat-karat jahiliyyah pada diri kamu"

ali,tahu tak Abu Dzar tuh dah islamkan satu kampung??
tarbiyah jahiliyyah sentiasa mengejar kita,
saat kita diatas
atau dibawah
kita akan sentiasa diburu
moga kita tidak tersingkir dalam penapisan-penapisan Allah

Aliyah Al~Istiqamah said...

illaniiiiiiiiiiiiii

rindunye nak dengar nasihat dan kata-kata motivasi dari illani

terima kasih sahabat =)

aku pun sangat2 berharap kita bukanlah orang yang tersingkir dari tapisan Allah

Alu said...

suke bce kisah sahabat.
psl Abu Dzar ejek Bilal tu, lps Rasulullah tegur Abu Dzar terus letak kpala dia kat tanah dan angkat kaki Bilal letak kat kepala dia.. Sampai mcm tu sekali generasi didikan Rasulullah

Kalau Abu Dzar dah Islamkan 1 kampung, cuba tengok kisah Mus'ab Umair pulak, "Madinah setel Ya Rasulullah" kalau diolah ikut zaman skrg,, lepas sampai Madinah, semua pintu kat Madinah dia ktuk utk cerita pasal Islam

jum kte saling mendoakan spya tk tsingkir dri tapisan Allah

Sedetik kita lupa mengingati Allah, Dia berhak menarik balik hidayah yang diberi

Anonymous said...

"berharap kita bukanlah orang yang tersingkir dari tapisan Allah"

sangat terkesan

terima kasih tuan punya blog