Wednesday, August 31, 2011

perubahan | matlamat hidup

bismillah
memetik kata-kata salah seorang orang besar PERMAI 2010/2011 saya tidak pasti siapa yang berucap ketika itu
tetapi dalam ucapannya,beliau menegaskan kepentingan untuk kita meletakkan matlamat sepanjang kita berada di jordan
datang untuk menuntut ilmu,maka itulah yang kita perlu fokuskan
bukan sibuk mencari hiburan sehingga kepulangan ke tanah air tidak membawa apa-apa
hanya membawa nama busuk mahasiswa timur tengah
dituduh mahasiswa lesu
[ok ada tokok tambah siket ayat-ayat di atas]

just nak highlight kan kepentingan MATLAMAT sahaja
perubahan,semua orang pasti sudah atau sedang dan akan mengalami perubahan hidup dan menjumpai turning pointnya untuk berubah ke arah lebih baik
tetapi kadangkala kita tertanya-tanya bagaimana ingin memulakan
kita sedang menelusuri jalan perubahan itu,tetapi seolah terumbang-ambing mencari ke arah mana hijrah kita

maka berbaliklah semula kita kepada matlamat hidup kita dihantar ke bumi ini
sebagaimana seorang mahasiswa yang ingin berazam menaikkan kembali mu3addalnya [pointer] yang telah jatuh pada sem lepas
begitulah juga seorang hamba yang ingin berazam menaikkan kembali imannya yang telah turun sepanjang sesi hidupnya yang lalu
lihatlah kembali pada matlmat hidup kita
ada 2 yang telah termaktub dalam manual kehidupan seorang hamba yakni Al-qur'an iaitu

hamba allah
khalifah [pemimpin]

buktinya ?

dalam surah ad-zariyaat ayat 56

" Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan BERIBADAH kepada-Ku "

serta dalam surah Al-Baqarah ayat 30

" Dan ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat  "Aku hendak menjadikan KHALIFAH di Bumi

Teorinya mudah,praktikalnya tidak semua yang mampu bukan?
Ada yang hanya mendefinisikan abid itu terhad pada 5 rukun islam sahaja
tetapi sebenarnya tidak,setiap apa yang diniatkan kerana Allah adalah ibadah
merokok kerana Allah?agak-agak logik tak orang nak merokok berniat di dalam hatinya untuk merokok kerana Allah
sedangkan Allah telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 195

" ...Dan janganlah kamu menjatuhkan [diri sendiri] ke dalam kebinasaan dengan tangan sendiri,...

dan mungkin ramai telah berjaya menjadi 3bid dengan menazarkan dirinya untuk beribadah kepada Allah
tetapi terlupa untuk menjadi khalifah
sekadar menjadi 3bid yang bermain-main
yakni duduk di masjid,kumpul pahala sendiri dan membiarkan orang-orang di luar sana bermasam muka,menanti adakah tangan-tangan di dalam bulatan/kandang ibadah ingin menarik mereka bersama


berbuat baiklah dan serulah orang untuk melakukan kebaikan bersama-sama 
moga-moga kita mampu tersenyum bersama-sama di dalam kandang ibadah itu

Penutup
ingin berubah,kembalilah kepada matlamat hidup 
moga-moga kita tidak lagi terumbang-ambing ka arah mana hijrah kita ^^

wallahua'lam 

p/s-saya bermatlamat,saya ok ^_^



 

Sunday, August 28, 2011

cerpen: pesan untuk adik [siri akhir]

"Fasha,akak nak borak ngan awak kejap boleh?please..........."

aku cuba memancing dengan buat muka comel.minta-minta umpan mengena.


"Eh,mestila boleh kak Intan payung comel sayaaaaaaaaaaaang.jap eh,fasha log out fb dulu"


terharunya aku dengan  tingkah laku Fasha.kalau yang perempuan pun boleh jatuh cinta,apatah lagi lelaki agaknya.


"Dik nak dengar cerita akak tak.masa dulu-dulu kat sekolah menengah"


aku cuba menyingkap lembaran kisah lama dahulu.malu untuk diceritakan kejahilan yang pernah dilalui.tetapi,moga-moga ada ibrah yang dapat dijadikan iktibar untuk adikku yang baru mengenal erti dunia sebenar ini.Fasha sepertinya berminat.dia mula menukar posisi kedudukannya.bantal diambil buat dia monangkatkan dagu.


"adik tahu,dulu sebelum akak mampu mencapai tahap mcm ni,mampu pakai tudung labuh,baca qur'an setiap hari,akak pernah melalui detik-detik hidup yang penuh dengan kejahilan"


cerita dimulakan.Dahi Fasha sedikit berkerut.Mungkin tidak percaya aku dahulu pernah melalui kehidupan yang jahiliyyah.tersasar dari manhaj hidup yang islam yang sebenar


"seawal usia 14-15 tahun dahulu akak pernah merasakan hidup sebagai seorang remaja jahiliyyah dik.berkawan dengan lelaki itu biasa.kapel itu indah sehingga membutakan mata.kalau x dikenali oleh lelaki itu sangat menyedihkan.bajet hot sangat la biller semua lelaki kenal diri ini."

"biasa la tu kalau kena marah dan kena tegur dengan majlis pengawas asrama.
masuk telinga kanan,keluar telinga kiri.malah,akak mempertahankan yang akak kapel secara islamik.tak pernah dating,pegang tangan apatah lagi.akak just kapel untuk motivasikan diri dan si dia.kejut qiam tu perkara biasa yang akak rasa betul.x salah pun."



"sampaila suatu hari ade seorang ustaz memberi ceramah tentang kapel islamik ni.dia bagi akak analogi.ade seorang pemuda yang sangat suka makan babi dik sebelum dia masuk islam.eheh,,sori kasar sikit bunyinya,yakni khinzir lakan? tapi,lepas dia masuk islam,dia dapat tahu yang orang islam tak boleh makan.babi sebab babi itu haram.pemuda ni fikir dan terus berfikir mcm mana nak selesaikan masalah addicted to babi ni.dia dapat satu idea,dia beli seekor baby khinzir dan bela khinzir tu dari kecil basuh dia bersih-bersih,tak kasik dia main lumpur.tapikan dik,fasha rasa kalau buat macam tu agak-agak boleh ke tetibe babi tu jadi halal?"


Fasha hanya mampu menggeleng.air mukanya kelihatan berubah sedikit.anak matanya seolah-olah sedang memikirkan sesuatu






"Dan dari situlah hati akak tergerak sedikit dan faham yang apa akak buat selama ni tak betul dik.Kapel islamik.Berkawan dengan lelaki secara islamik.macam mana sekalipun kita islamikkan benda haram tu,yang haram tetap haram.Akak selama tu seolah-olah buta yang akak ada ramai lagi kawan perempuan buat jadi teman motivasi.Tolong kejut qiam.Tapi tyme tu akak masih lagi berkawan dengan lelaki tu.sampailah masa bulan ramadhan tu,akak ngan dia berhasrat untuk meminimakan sms dan contact.Kononnya nak fokus ibadah sama-sama.Dan alhamdulillah,mungkin itu jalan keluar untuk kami.akak paling terkesan masa tilawah qur'an tu,akak terjumpa ayat ini,


" Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: Kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)" [3:14]


" Fasha,fasha................."aku cuba memanggil nama fasha.Dah terlelap rupanya adik aku ni.


Dik,adik permata galian bergerak untuk ummah.Adik punya perilaku yang sangat bermanfaat untuk diwakafkan pada dakwah dan tarbiyah.caring,hammasah.akak dapat membayangkan berapa ramai mad3u yang akan tertarik dengan adik andai adik sudah faham dengan kefahaman yang mantap tentang jalan yang sedang adik tempuhi ini.


adik,akak faham perasaan adik yang masih merasa indahnya berkawan dengan lelaki.yang masih tidak nampak salah dik formula dan fahaman yang adik pegang sekarang.nampaknya seperti nice bukan ade teman tapi mesra dari kalangan lelaki yang mampu kejutkan kita qiamullail,bagi semangat untuk terus berada dalam taman-taman syurga dengan join program yang berunsur ceramah islam dan sebagainya.


tetapi,kita tak perasan yang syaitan sedang memperdaya kita dengan menghiaskan dosa ikhtilat itu dengan corak-corak islamik.


akak  singkap kisah lama bukan untuk membuka pekung di dada.apatah lagi nak membolehkan adik beralasan 'akak pun dulu mcm tu jugak'


sebab akak macam tula akak tak nak adik pun jadi macam tu dik.akak rasa menyesal kenapalah akak terlewat dalam menempuhi jalan dakwah dan tarbiyah ini.indahnya la kalau karat-karat jahiliyyah itu tidak pernah hinggap di hearty.pasti akak dapat pergi lebih jauh dari ini.macam tula yang akak mahu adik jadi dik.pergi lagi jauh dalam jalan dakwah dan tarbiyah ini.bukan bertongkat,bukan merangkak.tapi berlari.


Takpelah dik,lelapkanlah matamu.akak faham adik mengantuk.Moga-moga esok adalah lebih baik dari hari ini buat adik dan akak sekali.insya-Allah


aku hanya mampu bermonolog.mesej yang ingin disampaikan terhenti.Moga-moga masih ada jalan Allah berikan untuk aku menggapai tangan adik juniorku agar tidak tergelincir ke dalam jurang yang menghampiri zina itu.


TAMAT

cerpen: pesan untuk adik [siri 1]

"Dan janganlah kamu campur adukkan yang benar itu dengan yang salah dan kamu sembunyikan yang benar itu pula padahal kamu semua mengetahuinya." [2:42]

"Sodokollaul3aim"

kedengaran jelas suara adik Fasha  menamatkan bacaan ayat Al-Qur'annya.Fasha,adik juniorku yang tinggal sebumbung di teratak Mu3tasim Billah ini Aku jadi malu sendiri.adik Fasha menghabiskan 3 juzuk sehari sepanjang Ramadhan ini .Melebihi kemampuan aku sendiri.

Alhamdulillah.Rahmat Allah,usaha gigih aku dan teman serumah dalam usaha mewujudkan biah islam dalam rumah kami sedikit sebanyak membuahkan hasil.Junior-junior di bawah jagaan kami yang dahulunya mungkin solat pun bukan di awal waktu,baca qur'an sekali seminggu,dalam laptop penuh filem korea dan lagu-lagu melalaikan, sekarang sedikit-demi sedikit berubah.

cuma satu yang merungsingkan aku hingga sekarang.ikhtilat.hubungan antara lelaki dan perempuan yang bukan atas urusan yang mustahak.sekadar suka-suka.kata orang teman tapi mesra.

"adik tengah buat ape tu dik?"sengaja aku menghampiri Fasha yang sedang asyik menatap wall facebooknya usai membaca Qur'an sebentar tadi.Telekung pun belum sempat dibuka.



"Tengah chat dengan kawan intec Fasha ni," Fasha tersenyum sambil menjawab.Comelnye adik junior aku sorang ni.Cairlah kalau syabab-syabab melihatnya.

Aku melabuhkan punggung ke sebelah sisi Fasha sambil mata melirik ke arah skrin komputernye.Tertera pada  
chat box fb nya nama seorang syabab yang tidak ku kenali.Ikhwan Fahmi.

"Ni ke kawan intec Fasha tu.Da lama korang kenal?"

sengaja aku bertanya.Aku tahu Fasha tak pernah makan hati dengan soalan-soalan seperti itu.sangkanya aku bertanya saja-saja.Lagipun ini bukan macam zaman sekolah menengah dulu.Habisla kalau kantoi dengan pengawas Badar macam aku andai ada  adik-adik berkawan dengan lelaki tanpa sebab yang mustahak.Esok juga dipanggil ke bilik Mudir.

"Ha ah kak Intan.Kenapa akak tanya?heheheh"

jari-jemari Fasha pantas menaip tanpa segan silu.terbaca juga sedikit sebanyak apa yang diborakkan dengan kawan intecnya.Bunyinya islamic.tanya pasal tarawikh,qiamullail memburu ramadhan,iktikaf di masjid mana dan lain-lain.Allah,hebatnya syaitan menghiaskan perhubungan lelaki dan perempuan.Yang tidak islamic seperti borak huhahuha comfirm tolak tepi.Tapi liciknya syaitan meng'halalkan' hubungan lelaki dan perempuan dengan menjadikannya bercorak ala-ala islamik.Mereka yang tidak faham dengan islam sepenuhnya pasti tertipu.

"Fasha,akak tanya sikit boleh ke?"

aku cuba step pertama untuk menyampaikan nasihat.Fasha hanya menjawab dengan anggukan sambil mata masih tertumpu ke arah skrin komputer.

"Boleh ke ye kita kawan dengan lelaki.Borak-borak macam ni?"

sempat aku meneguk air liur usai bertanya.Hati risau takut-takut jiwa remaja yang sedang membara itu akan memberontak dengan soalan seperti itu.

"Eh,boleh kan Kak Intan.Ala,Fasha bukan borak pasal gosip ngan dia ke,tanya da makan ke belum ke macam orang-orang kapel kat luar tu.Kitorang berborak pasal bulan Ramadhan tahun ni?Cam mana nak manfaatkan sama-sama.Kitorang kadang-kadang buat jadual siapa nak kejut Qiam setiap pagi.kitorang da berazam sama-sama nak qiam sepanjang ramadhan ni.Tak nak miss sehari pun.nak dapatkan lailatulqadr."

Aku terkesima sebentar.Hendak menangis,bimbang dia kehairanan.Hendak marah-marah,aku daie.Daie bukan penghukum!hati ini menjerit.cuba melakarkan senyuman semanis mungkin sambil otak berfikir ligat memikirkan jawapan paling sesuai untuk menyampaikan pesan untuk adikku ini.


bersambung.....................


Ramadhan | Aidil fitri kayu ukur kemerdekaan

bismillah
sibuk mengemas rumah untuk aidil fitri
terjumpa naskhah ramadhan tahun 1431 hijrah yang lalu
x sangka,ramadhan 1432 hijrah telah pun berlalu 28 hari
tinggal lagi beberapa hari
apakah layak untuk aku mendapat segulung ijazah taqwa dari universiti ramadhan tahun ini?

aidil fitri tahun ini dirai serentak dengan hari kemerdekaan
sungguh cantik susunan Allah
dijadikan aidilfitri jatuh pada hari untuk kita menilai diri kita
apakah ramadhan yang dilalui telah memerdekakan kita dari belengu dosa yang lalu?
apakah ramadhan yang dilalui telah berjaya memerdekakan kita dari belengu jahiliyyah yang lalu?
adakah ramadhan kali ini berjaya memerdekakan kita dari belengu hawa dan nafsu
astaghfirullah,semua kata-kata ini sebanarnya buat muhasabah menembak diri sendiri kembali

ada lagi baki beberapa hari
moga-moga kita masih lagi mampu meneruskan target2 ramadhan yang telah kita tampal buat motivasi diri sendiri
moga-moga aidilfitri kali ini menjadi kayu ukur buat kita menilai kemerdekaan dari hawa nafsu dan jahiliyyah yang meninggalkan karat di hearty

wallahua'lam


p/s-Blog | kadangkala  kayu ukur hubungan hearty dengan Illahi bukan?


Friday, August 26, 2011

usrah episod akhir [soal hati]

Hani sudah mula menguap.Nadzirah dan Iman pula sudah mula tersengguk-sengguk menahan ngantuk.Mata zikri sudah mula berair kerana kerap kali menguap.Syali sahaja yang kelihatan masih mampu bertahan mendengar cerita naqibah usrah mereka.

Tengku tersenyum melihat gelagat adik-adik usrahnya itu.Terleka bercerita sehingga tidak sedar jam sudah menujukkan pukul 10 malam.Adik-adik harus dihantar pulang.Segera Tengku mengubungi Izzah,timbalan JKKK sesi itu untuk mendapatkan perkhidmatan muraqib.

3di di Jordan.apabila malam sudah menjelang,sistem muraqib akan mula beroperasi untuk memastikan keselamatan akhowat.lagi-lagi kebelakangan ini sering sahaja kes-kes keselamatan berlaku.terutama berdekatan kawasan perumahan mereka di sekitar area bab syimali.

beberapa minit kemudian,muraqib bertugas telah sampai di muka pintu.Tengku menghantar adik-adik usrah kesayangannya ke muka pintu Bayt Hammasah itu.Terpana.sepertinya sangat dikenali gerangan muraqib yang bertugas malam itu.Segera Tengku bersalaman dan berpelukan dengan adik-adik usrahnya kemudian terus masuk ke rumah.Pintu dan pagar dikunci.Tengku terduduk.

"Astaghfirullah,inikah jawapan pada permasalahan hati ini"

"Dalam berdakwah,apabila kita mengahadapi masalah dengan da3ie kita,ada 2 kemungkinan.Masalah hati kita sendiri atau masalah hati mad3u kita.Kita manusia biasa bukan?Tidak akan mampu menembusi hearty orang lain.Makanya,jagalah hearty kita baik-baik.Moga-moga usaha kita memudahkan dan melancarkan lagi jalan dakwah ini."

 terngiang-ngiang kata-kata sahabat seperjuangannya dari UK yang datang menziarahinya beberapa bulan yang lalu.Sungguh,seakan-akan terkena das tembakan yang tepat ke kepala Tengku.

Ya,mungkin inilah yang menjadi masalah hearty Tengku selama ini.Ini jugalah yang mungkin menjadi batu penghalang yang melembabkan perjalanan dakwah dan tarbiyahnya.Lamaran seorang lelaki.

Fuad.Muraqib bertugas sebentar tadi yang telah melamarnya sebelum Tengku berangkat ke Turki.Entah bagaimana Tengku boleh hilang pertimbangan saat itu.Apatah lagi apabila dilamar syabab rupawan yang boleh dikatakan paling hot di Jordan ketika itu.Tengku jatuh nafsu.Terlupa merujuk murabbi.Dengan terburu-buru merencana itu dan ini untuk kehidupan baru yang bakal ditempuhi.Cuma perancangan mereka masih tergantung  dan masing-masing memilih untuk mendiamkan diri.

Dalam fatrah inilah Tengku rasa teruji.Terbayang-bayang kehidupan indah yang bakal ditempuhi.Terlupa seketika yang ada tugasan dakwah yang masih belum selesai.

"Jadi individu muslim pun tak pas lagi.Bina adik-adik pun cacamarba lagi.Layakkah aku menaiki tangga yang setersunya.Bayt Muslim?Ya Allah,pendeknya pemikiran aku saat itu"hati Tengku berbisik sendiri.

Tengku segera mengambil wudhuk,mendirikan solat taubat dan dicapainya Al-Qur'an buat menenangkan resah di kalbu.

"Sesuatu harus dilakukan"Tengku bermonolog sendiri.

Pagi itu Tengku nekad membuat keputusan.Halangan ini perlu diketepikan segera.Jari-jemari Tengku pantas menaip di atas skrin keyboard laptop Toshibanya.


"Saudara,kita merancang,Allah jua merancang dan sebaik-baik perancangan adalah perancangan-Nya.maaf mebiarkan keputusan perancangan kita tergantung begitu sahaja.Setelah beristikharah berkali-kali Allah telah menyuluhkan jalan.Hati ini masih diperlukan untuk dakwah dan tarbiyyah diri sendiri dan insan-insan yang lebih memerlukan.semoga ini yang terbaik.wallahua'lam"

Enggan berbicara meleret.Itu memang cara Tengku.seolah-olah memperoleh sekeping hati yang bersih,baru dan suci saat Tengku tekad menekan butang send.

"Ya Allah moga-moga ini yang terbaik untuk dakwah dan tarbiyah"

Tiiit.......tiiit...

Hp Tengku berbunyi menandakan mesej masuk.



"Fuadkah?"getus hati kecil Tengku

Kotak mesej dibuka.Hani rupanya yang menghantar mesej.

"Kak Tengku sayang,Hani minta maaf kalau2 kebelakangan ini Hani menunjukkan rasa kurang minat dalam usrah kita.Lepas kita luangkan masa semalam tiba-tiba hati Hani jadi jatuh cinta pada usrah kita akak ^^.Agak-agak bila next liqa' ye.Hani jadi tak sabar nak duduk dalam bulatan gembira kita =)."

Masya-Allah,Tengku hanya mampu tersenyum.

"Sungguh,sebelum membersihkan hearty manusia,hearty inilah yang perlu dibersihkan dulu,"hanya itu yang terluah dalam kalbu Tengku saat itu.

Tengku merenung ke luar..jalan dakwah ini masih panjang.semoga Allah mudahkan.

TAMAT
episod sebelumnya : episod 4





Tuesday, August 23, 2011

perubahan

alhamdulillah,Allah kurniakan kesempatan untuk menulis
seminggu diri ini tidak sepenuhnya berada di rumah
3 hari berturut menghabiskan masa dengan kakak-kakak dari china,korea,jepun dan usim
sampai sekarang pun masih terbayang-bayangkan wajah mereka dan keindahan kata-kata especially apabila dituturkan dalam bahasa tempat belajar masing-masing =)
banyak benda nak dikongsikan
dari perkongsian buku muntalaq dan pemahaman lebih mendalam tentang qaedah sulbah
semoga Allah lapangkan masa dan gagahkan diri yang sedang proses untuk kebah dari demam bagi meneruskan penulisan nanti insya Allah

3 hari yang seterusnya setelah berehat 1 hari di rumah dan proses tasjil madah
berkunjung pula ke sekolah
ziarah mahabbah mengerat ukhuwah,menyebar fikrah
belum puas,kerana belum sempat duduk sejenak,beriman bersama adik-adik junior =)

perjalanan diteruskan ke intec untuk menziarahi adik-adik yang bakal menjadi teman seperjuangan di Jordan Nanti
adik-adik comel,akak menanti kehadiran antunna semua
tak sabar membina ukhuwah dan melalui jalan kehidupan bersama ^^

perjalanan tanpa henti diteruskan lagi, ditemani Hanis Zikri,   ke rumah sahabat istimewa, Farha Jalila
untuk melaksanakan misi iftor batch
alhamdulillah iftor batch berjalan dengan lancar
walaupun kehadiran girls hanya beberapa,tapi kami faham
perempuan sangat sukar untuk keluar rumah kan?

kembali kepada tajuk
perubahan?


alhamdulillah,kebelakangan ini sentiasa hidup di sekelilng orang-orang yang mahu berubah
Ya Allah thabatkanlah hati ini
janganlah orang lain sibuk berubah ke arah kebaikan,aku pula terhenti kemudian  berpatah balik kepada kejahilan
istiqamahkan aku dalam perubahan ya Allah

ya,berubah memerlukan masa
berubah tidak boleh drastik
berubah perlu perlahan dan istiqamah
ingin berubah perlukan tarbiyah
carilah tarbiyah dan hidayah itu ^-^
Tarbiyah tidak menunggu kita,tetapi kitalah yang perlu berlari mencarinya

Tahun 1 telah tamat
Tahun 2 bakal menyaksikan perubahan baru
tak cukup sekadar menjadi mad3u,perlu belajar manjadi dai3e kepada mad3u
cabaran lebih hebat,perlu belajar berdakwah secara muntij dan sistematik
perlu belajar menyusun masa
perlu belajar mengatasi futur agar tidak tersungkur

"Da3ie ada 2 tarikan.Tarikan iman dan tarikan syaitan.Tarikan iman berupa hammasah,rasa tanggungjawab,himmah.Tarikan syaitan pula adalah terlebih atau terkurang dalam ibadah,atau futur atau mungkin syaitan menghiaskan futur"[ayat telah diubah suai oleh penulis] -kitab muntalaq-

semoga kita mampu mencari magnet paling kuat yang menarik kta ke arah iman
wallahua'lam

+ + +


Tol Lebuhraya [x diketahui namanya] | 730 pagi | Malaysia

Hari itu aku dalam perjalanan untuk singgah ke sekolah
ziarah untuk mengambil sijil spm
ziarah mengerat ukhuwwah
ziarah menyebar fikrah

ayah terlupa untuk membawa smart tag,yang ada hanya sekeping kad touch n go
sedang rancak berbual dengan ayah,ayah tersilap memilih lorong
kereta proton saganya yang berwarna hitam itu tanpa ragu telah memasuki lorong smart tag

dengan tenang ayah mengundurkan kereta ke belakang dan memasuki lorong yang sepatutnya

"Dah terbiasa lalu lorong smart tag.Hari ni ayah terlupa bawak smart tag.tapi sebab da terbiasa,terlupa nak tukar masuk lorong mana tadi.Macam tulah perubahan kan li.Mana boleh drastik.susah!"

Masya Allah.beruntungnya punya ayah yang sentiasa memandang sesebuah peristiwa dengan kaca mata hikmah.Dalam kesilapan pun kita dapat memandangnya ada ibrah.wallahua'lam






Friday, August 12, 2011

Bulatan Amal Muntijah

Bismillah
Lama tidak menulis sedikit formal
Terlalu teruja untuk menulis cerita yang masih banyak cacat cela dari segi penggunaan bahasa yang menarik
Bimbang mesej yang ingin disampaikan merangkak-rangkak
Sukalah kiranya saya menulis kurang santai daripada biasa =)

Sebelum itu,syukur Alhamdulillah dipanjatkan
kerana dalam keadaan hati yang berbolak-balik untuk pulang ke Malaysia
akhirnya dapat juga ditajdidkan niat kembali untuk pulang
Moga-moga Allah mudahkan plan yang dirancang

Kita hanya mampu merancang bukan
pelbagai perkara kita lakarkan dalam minda
Nak buat tu,nak buat ni
Nak jumpa dia,Nak jumpa mereka,kamu lagi
Tetapi bukan semua yang terlakar di minda dapat direalisaikan
pernah dengar perkataan medan amal islami muntij?
saya x pasti sama ada nama itu tepat atau tak
tetapi medan amal ini diasakan oleh Hassan Al-Banna


sila amati bulatan di atas
maaf jika melihat bulatan di atas menambah pening anda yang melihatnya
bulatan yang paling terakhir di  luar dilabelkan sebagai fikir
ya,berapa ramai yang mampu berfikir macam-macam untuk dibuat
dengan harapan dapat direalisasikan
bulatan seterusnya qaul [perkataan]
dan berapa ramai pula yang mampu mengucapkan apa yang mereka fikir ingin buat dalam hidup mereka
tidak kiralah sama ada mereka mengucapkan melalui lisan
atau mata pena

bulatan yang ke3 dari luar pula adalah 3mal [perbuatan]
kita semua mampu bercakap apa yang kita buat

"Ko tau,esok aku nak ziarah cikgu kat sekolah,lusa aku nak gi daurah pulak,next week nak balik kampung,pastoo hupdate blog..bla..bla..n bla"

lebih kurang mcm too,tetapi berapa ramai yang mampu mengamalkan apa yang direncanakan
kita hamba,memang diakui kemampuan terbatas
tetapi sejauh manakah kita berjihad untuk melaksanakan apa yang kita fikir dan kita ucapkan
itu bulatan yang keempat dari luar pula

anda pernah dengar perkataan muntij
sebelum ni saya pun tak pernah dengar =P
yang pernah dengar video montage
muntij berasal dari perkataan bahasa arab نتج
yang membawa maksud hasil
maka muntij sukalah kiranya saya mendefiniskan sebagai berhasil/efisien kata sahabat saya

kakak saya pula mentafsirkan muntij sebagai sesuatu yang kita buat sehabis mungkin sampai rasa da memang x boleh buat da
selagi ada jalan,kita akan teruskan jugak
begitulah dalam kita beramal
lakukan lah amal itu secara berterusan insya Allah
wallahua'lam

p/s-Dalam dakwah dan tarbiyah,apakah wasilah yang paling muntij [efisien]?
Insya Allah akan kita ketahui bersama dalam cerita bersiri usrah di episod seterusnya ^-^


Thursday, August 11, 2011

usrah episod 4[bulatan gembira ^_^]-siri 2

Bayt Hammasah | 830 malam

"Kak Tengku!!!!!!!!"Syali,Nadzirah,Iman dan Zikri menjerit serentak sebaik sahaja daun pintu bayt Hamassah itu dikuak.Hani hanya memencilkan diri. walaupun sudah hampir 2 bulan berada dalam usrah bersama Kak Tengku,dia masih tidak mampu menerima jambatan hearty yang cuba dibina oleh Kak Tengku.Tidak pasti sama ada penyampaian Kak Tengku yang tidak cukup muntij atau dia sendiri yang merasa asing.

"Assalamualaikum adik-adik akak.Rindu nya kat korang semua!!"Kak Tengku menjerit kecil sambil memeluk erat adik-adik usrahnya.Rindunya mereka pada kehangatan pelukan ukhuwwah itu.

Tengku Munirah terharu menerima kunjungan adik-adik usrahnya yang telah ditinggalkan hampir seminggu.

"Maafkan akak adik-adik.Biarkan korang sebentar tanpa tarbiyah dari akak"monolog hati kecil Tengku.Gusar hatinya meninggalkan adik2 walaupun hanya seminggu.Apakah iman mereka masih di tahap yang mantap atau telah turun sedikit?Lagi risau andai turun terus menjunam.Nauzubillah.

Tengku Munirah segera menghadiahkan mereka beberapa cenderahati untuk adik-adik usrahynya.

Dia teringat salah satu method untuk membina jamabatan hearty yang telah diajarkan oleh Rasulullah s.a.w sendiri adalah dengan memberi hadiah.Sekilas mindanya teingat pada hadith Rasulullah yang dikongsikan oleh sahabat nya semasa bercuti di Turki

Raulullah s.a.w bersabda,


" Hendaklah kalian saling memberi hadiah,kerana hadiah itu akan menjadikan kalian saling mencintai"




Dia sangat bersyukur kerana Allah telah mentakdirkan dia hidup dalam kalangan ahli keluarga yang berada.Ditambah dengan duit biasiswa,dapatlah dia membeli sedikit cenderahati.Moga-moga keikhlasannya dipandang Allah.Dan usahanya dapat mengeratkan lagi ukhuwaah serta membina jambatan hearty antara mereka semua.

"Hani,akak paling rindu awak tau.Kat sana asek teringatkan awak je.Hani sihat tak?"sengaja Tengku memfokuskan ke arah Hani.Dia perasan,kebelakangan ini Hani semakin tawar hati dengan tarbiyah.Tengku selalu gusar dan sedih serta bimbang dengan perubahan ini.'Hati akukah  yang bermasalah?'getus hati kecil Tengku Munirah.

"Emm,Hani sihat je kak.Alhamdulillah."Hani cuba sedaya upaya mewujudkan mood.Give urselve one chance more.Kata-kata Syali terngiang-ngiang di telinganya.

"eh,Jomla kita ke musolla akak.Banyak benda nak sharing ni"

Tengku segera membawa mereka ke musolla Bayt Hammasah.Besar,selesa dengan air cond dan pelbagai peralatan untuk daurah kelihatan di ruang musolla.Lengkap dengan LCD dan whiteboard.Dinding2 semua dihiasi kata-kata hikmah dan peringatan.




"Hari ni akak tak nak buat formal-formal la.Kita lebih pada sharing-sharing.Borak-borak manja nak?"

Tengku cuba menukar gaya penyampaian usrah nya.Dia sedar,mungkin selama ni dia sangat formal bila mengendalikan bulatan gembira itu.Adik-adik jualah yang sedikit sebanyak membantu menghangatkan suasana dengan gurauan mereka tanpa henti serta isu-isu masing-masing.

"Haaa.Bagusla mcm tu.Hani suka mcm too.Sebab selalu kak Tengku kalau usrah je,cakap mcm pembaca berita.Rasa mcm segan nak keluarkan suara dalam usrah.sebab ayat2 Kak Tengku bombastik sangat"

Hani terus meluahkan rasa.Moga-moga apa yang terpendam setelah diluahkan dapat menghilangkan sedikit tawar di hearty.

Tengku hanya mampu tersenyum.Betullah sangkaannya.Dia selalu menggunakan pendekatan formal dalam mengendalikan usrah.Terbiasa dengan urusan formal seperti memasuki debat,menjadi pengacara majlis dan mengendalikan forum.Bahasa-bahasa berlaras tinggi tidak lekang dari bibir Tengku.

Malam itu Tengku enggan menyentuh pasal tarbiyah.Dia ingin mengaplikasikan kembali cara dakwah Fardiyyah yang betul.Semasa dalam perjalanan ke Turki,Tengku sempat membaca naskhah ringkas mengenai 7 Tahapan dakwah Fardhiyyah karya Syeikh Mustaffa Masyhur yang dihadiahkan sahabat baiknya, Hanum.Sunggguh,berdakwah dengan manusia bukanlah perkara pertama kita nak terus asak2 diorang komited dengan usrah dan sebagainya.Tapi yang penting,bina jambatan hearty.Bina hubungan.Buat mereka jatuh cinta!

Mereka banyak meluangkan masa dengan mendengar pengalaman Kak Tengku semasa di Turki.sedikit sebanyak terselit cerita mengenai pembuka Konstantinople berbangsa Turki,Sultan Muhammad bin Murad,Al~Fateh, yang telah membina lembaran sejarah dalam tamadun Islam.

Siapa yang tidak kenal Sultan Al~Fateh.Pembuka Konstantinopel yang telah dilantik menjadi sultan seawal usia 19 tahun.Dan dalam masa 2/3 tahun pemerintahan beliau,beliau telah berjaya menguasasi kota yang telah lama berada di bawah naungan Tentera Byzantine beratus-ratus tahun lamanya.Benarlah hadith nabi yang berbunyi, "Konstantinople akan dikuasai oleh sebaik-baik raja dan sebaik-baik rakyat".



Tengku Munirah meneruskan cerita mengenai insan yang dia kagumi itu.Adik-adik usrahnya terpesona lagi-lagi apabila Tengku Munirah menceritakan bagaimana sebaik-baik tentera ini telah melakukan sesuatu yang luar biasa dalam strategi peperangan mereka.Melayarkan kapal di atas daratan.Sungguh, bila difikirkan semula,Bukanlah suatu perkara yang mudah untuk melakukan perkara seperti itu melainkan dengan kekuatan dan kesungguhan serta bantuan dari Allah

Selain itu Tengku Munirah tidak lupa juga mengongsikan antara rahsia kejayaan Al~Fateh ialah beliau tidak pernah tinggal tahajjud selepas beliau baligh.Subhanallah.Sukarnya untuk mencari individu-individu seperti ini zaman sekarang.Ramai orang tertipu dengan fakta barat yang mengatakan kita perlu tidur sekurang-kuranya 8 jam sehari.Hakikatnya cukuplah 3 jam untuk merehatkan diri.Tambahan masa sekarang sangat memerlukan daie yang tidak banyak tidur.Tetapi perlu sentiasa berjaga merencana itu dan ini.


bersambung lagi ^^

episod 1
episod 2
episod 3
episod 4













Wednesday, August 10, 2011

usrah episod 3 [bulatan gembira ^_^]

"Sedap giller dalek karsyak ni wei.Ko macam tau2 je aku kempunan dale3 da dua tiga hari ni mus"Hani meluahkan rasa puasnya dapat menikmati ayam dale3 Karsyak yang semakin mendapat nama dalam kalangan mahasiswa Jordan.Kalah kfc dan mcd.

"Korang makanla semua tu.aku tau orang lapar kan.Sian tengok makan epal je dr tadi"kata Muzdalifah sambil melemparkan pandangan ke arah Syali.

"Hei,epal2 pun banyak ibrah dapat tau".Jawab Syali sambil sempat lagi mengukir senyuman walaupun dia mengerti yang Muzdalifah sedang mengusiknya.


"kita akan makan kalau kita lapar kan.Betul tak.Ataupun kita nak tambah tenaga.Kan korang?"Hani tiba-tiba bersuara.

"Betul la tu sayang.Hani tau tak rohani kita pun sebenarnya kelaparan.Lagi lapar dari perut kita."

"Eh,yeke.Apasal pulak dia lagi lapar dari perut kita"Hani sedikit mengerutkan dahi

"Yela,agak2 da berapa hari kita x pergi usrah ye Hani sayang.Usrah tula makanan rohani kita.Betul tak?Syali menjawab.

Hani terdiam seketika.Cuba mengangguk-angguk.Hampir seminggu mereka tidak ke usrah memandangkan kakak usrah mereka sedang bercuti di Turki.

"Dapat mesej tak dari Kak Tengku?Kak Tengku da balik Turki.Insya Allah malam ni kita ke rumah dia.Nanti kita boleh sharing mcm2 dengan dia kan?"

Hani terdiam lagi.Nak ke tak nak.Nak ke tak nak.Hati Hani berbolak-balik.Bukanlah dia tidak suka dengan cara kak Tengku.tetapi mungkin perangainya yang jauh berbeza dan sedikit otai kadangkala menyebabkan dia rasa kerdil sangat dengan Kak Tengku yang sangat baik.Merasakan diri tidak layak berada dalam bulatan ini kadangkala menyebabkan hati Hani tawar dengan Tarbiyah.

"Takyah la temenung lama-lama.Ingat tak pasal epal tadi.Give yourselve one chance more.Kita pergi ye.Tajdid niat tau!"Syali cuba memujuk Hani.

"Tau x kenapa penting sangat kita nak gi usrah ni?"

Hani menggeleng sambil mengangkat kedua-dua bahu tanda tidak tahu"

"Kenapa penting untuk kita makan sayang?"Syali cuba menggunakan pendekatan lain untuk memujuk

"Mestilah sebab nak isi kekosongan perut.Kat Jodeng ni dala kalau tak makan habis perut menyanyi.Malu den"Hani menjawab.Memang 3adi di Jordan lagi2 kalau musim sejuk,perut masing2 mula mendendangkan irama .

"Hahaha.Betula lah tu.Macam mana kita usaha untuk isi peurt kita begitulah jugak kita kena USAHA untuk mengislah diri,mengisi kekosongan rohani.Dengan cara........"

"Usrah"Hani segera menjawab tanda sudah mengerti.

"Oklah,jom siap2 iron baju.Malam ni kita ke teratak Hammasah ok ?"

Hani sekadar mengangguk tanda setuju.

bersambung lagi ^^............................

Friday, August 5, 2011

Ramadhan | Kem motivasi mu'mien bertaqwa



Bismillah
menghitung hari untuk pulang ke tanah air
muahasabah kembali sejauh mana persediaan untuk menghadapi dunia realiti

Alhamdulillah
masih diberi peluang untuk Allah meneruskan hari-hari penuh barakah dalam bulan Ramadhan
Sudah berjaya merasa indahnya menunaikan solat tarawikh 20 rakaat

Semakin lama terasa seolah-olah Ramadhan ini memamg hakikatnya satu kem motivasi untuk kita
Yang selama ini 11 bulan berperang dengan syaitan dan nafsu
jatuh,terduduk,kadang berlari kencang terkadang semput di pertengahan
diri terasa hilang
Dan bulan Ramadhan inilah yang menjadi alternatif untuk kita mengecas kembali iman yang pasang surut dengan dahsyat sebulan yang lalu
Dan bulan ramadhan inilah yang membina semula ketaqwaan yang mungkin hampir runtuh diserang anasir-anasir negatif

terasa uniknya Allah menyediakan pakej2 istimewa sepanjang kem motivasi ini
tarawikh setiap malam hakikatnya melatih diri untuk terus kuat
selain dapat mengeratkan ukhuwah sesama insan
dan juga melatih kita untuk membetulkan masyakat sebenarnya
yang seringkali mengalami masalah dalam merapatkan saf

terasa uniknya Allah menjanjikan lailatul Qadr dalam kem motivasi ini
menggalakkan kita untuk memburu malam yang lebih baik dari seribu bulan
Bayangkan kalau Ramadhan kali ini kita tetapkan target tidak mahu miss qiam untuk memburu lailatulQadr
Jom kita lihat hasilnya nanti selepas kem motivasi ini berakhir!
Masya Allah,moga-moga kita tergolong dalam kalangan insan yang istiqamah

Baru lepas membaca tentang Tariq bin Ziad
Pembuka kota Andalus [Sepanyol]
Yang mana menjadikan puasa sebagai motivasi untuk berperang
Biar panas lapar dan dahaga serta sedar jauh dari punca air
Namun kata tariq "Kita berpuasa,kita tidak perlukan makanan dan air"
Maka biarpun kubu pertahanan mereka jauh dari kawasan punca air kerana kawasan tersebut telah dikuasi musuh
tetapi itu bukan satu masalah bagi mereka untuk meneruskan semangat juang demi menegakkan Islam

Semoga Ramadhan ini benar-benar menjadi motivasi untuk kita menjadi mu'mien bertakwa
sebagaimana kita pergi ke camping atau rehlah motivasi untuk membina diri
begitulah juga yang kita harapkan pada  Ramadhan kali  ini
wallahua'lam


Thursday, August 4, 2011

Ramadhan | Motivasi untuk para Huffaz

Bismillah
alhamdulillah,berkesempatan untuk mengupdate blog
Maaf andai ada yang ternanti episod untuk cerpen 'usrah'
sedang menjana idea,menyusun jalan cerita,mencari masa dan tambahan baru sahaja habis examination
Insya Allah akan cuba disambung

Alhamdulillah,hari ini masuk hari keempat berpuasa di irbid,jordan
sudah merasa sahur dan berbuka dengan ahli bayt mughiraat
sudah merasa lajunya tarawikh di masjid 3taal =P
sudah menikmati merdunya alunan suara Syeikh Makmum mengimamkan solat tarawikh di masid jami3h

Lama rasanya tidak mencoretkan tentang akademi tahfiz az-zikr
alhamdulillah,soifi ini pelbagai bentuk jadual digubal oleh guru kami kak Munirah
sebelum masuk ramadhan jadual padat dengan kelas 4 kali seminggu
hifz jadid,murajaah 2 kali dan tasmik
Ramadhan kali ini jadual bertukar lagi
tetapi pernah sekali teringat Kak Munirah berpesan
Jadual yang terasa padat seperti ini masih belum cukup sebenarnya kalau betul2 kita nak jadi hafizah



setiap kali habis kelas
seringkali Kak Munirah memberikan motivasi,tazkirah ramadhan dan kata-kata semangat
salah satunya,sabar seorang hafiz/hafizah
sabar seorang hafizah ialah bersabar menempuhi jalan al-Qur'an ini
biarlah terpaksa mengulang berpuluh-puluh kali sehingga thabat di dalam hearty
biarlah terpaksa ditegur berkali-kali asalkan yang thabat itu adalah bacaan yang betul




apa yang seronoknya bila melangkah ke dalam bulan ramadhan
saya temukan 2 motivasi untuk diri yang insya Allah ingin mencari redha-Nya dengan cara ini

1.Sebagaimana yang kita ketahui.setiap bacaan ayat Al-Qur'an satu huruf dikurniakan sepuluh kebaikan.Dan sebagiman yang kita tahu,pada bulan Ramadhan setiap amalan akan dilipat gandakan beratus-ratus kali ganda.Bayangkan kita murajaah satu page 5 kali supaya thabat dalam otak dan hearty kita.Masya-Allah,x terbayang berapa banyak yang Allah mahu beri.Moga-moga kita ikhlas,agar apa yang dilakukan dipandang dan dinilai oleh Allah.



2.Seronok bertarawikh berimamkan syeikh Makmun di masjid jamiaah.Lagi-lagi kepada sesiapa yang mahu mengulang sebab syeikh Makmun akan membaca bacaan selepas Fatihah mengikut turutan Juz.Apa yang dikatakan boleh menjadi motivasi ialah,saat mendengarkan bacaan syeikh Makmum yang lancar,mashi,merdu dan mengikut tajwid yang betul.Subhanallah.Huffaz mana yang tidak mahu menjadi seperti beliau?

Penutup

Ok,tibe2 terpengaruh dengan gaya penulisan beberapa blogger yang seringkali menghakhiri penulisan mereka dengan satu kesimpulan yang jelas dan ada perkataan penutup di ruang bawah.ehe~

Maka apa yang saya dapat ramadhan ini
Ia sangat bermakna dan rasa sangat beruntung menjadi insan terpilih yang sedang menempuhi jalan Al-Qur'an
Mungkin bagi orang lain,cukuplah sekadar baca satu hari sekali sahaja untuk satu muka surat
tetapi untuk kita,kesabaran seorang huffaz menuntut kita bersungguh mengulangi bacaan sehinga betul-betul mashi,thabat dalam hearty dan mengikut tajwid yang betul biarpun berapa kali kita terpaksa mengulangnya
Bukankah redha Allah yang kita cari dalam jalan ini?
wallahua'lam


p/s-Bila kadang kala terlupa atau tersangkut semasa menghafal sebenarnya tanda Allah sayang.Insya Allah =)

Saya az zikr,saya ok ^_^