Thursday, April 28, 2011

Final exam

Bismillah 
tup tap tup tap
sem 2 bakal melabuhkan tiarinya
terasa sekejap je masa berlalu da nak masuk tahun 2
sem 2 memang telah mencatatkan banyak perkara dalam hidup ini
daripada sebesar2 ujian kepada sekecil kecil cabaran dan dugaan Allah beri


Macam2 persitiwa ada yang sempat dinukilkan
ada yang dibiar terpateri dalam sanubari
Keajaiban?Senior dulu selalu cakap kat Jordan ni kalau mintak apa2 atau terlintas apa2 memang mudah nak dapat
Bukan sahaja mudah,malah cepat,segera dan cara perolehan yang tidak diduga sehingga kadangkala membuatkan kita tersenyum seketika atau terfikir sejenak


Final exam is around the corner
Alhamdulillah setakat ini first dan second exam berada dalam tahap zon selesa excpet for one of my subject
Banyak menda kena muhasabah lantaran dr markah yang sedikit cacat dalam subject ini
wheather dari segi usaha atau hubungan dengan classmate
Ya,banyak yang perlu ana CUBA perbaiki
semoga Allah permudahkan


Insya Allah final exam ana akan bermula seawal 15 mei 2011 dengan subjek Madkhol ila tasyrik dan fiqh ibadat dalam satu hari yang sama
diikuti dengan subjek prinsip akaun pada 17 mei
dan subjek mabadik iktisod islami




kepada ibu,ayah dan adik beradik
ali mohon ampun dan maaf atas ketelanjuran kata dan perbuatan sepanjang ali menjadi anak dan adik beradik kita
doakan exam ali dipermudah
dan paling penting niat belajar itu tidak pernah berubah hanya kerana Allah


kepada classmate2 ana dan individu-individu yang berada di sekeliling ana khusunya di irbid
ana mintak maaf juga banyak2
sesungguhnya ana dan anda semua sama
kita manusia biasa tdk lari dr buat silap
maafkan ana dan doakan supaya exam kita semua dipermudahkan insya Allah


wallahua'lam =)







Monday, April 25, 2011

ade mesej yang ingin disampaikan


Bismillah
da sudah tengok video di atas?
sebenarnya jauh di sudut hati ana ingin menyampaikan mesej untuk seseorang yang ana harap dia mungkin sedang membacanya
dan hatinya tersentuh dan sampai maksudnya

kepada kamu yang ana cuba sampaikan mesej ini
dengar tak ape mesej yang disampaikan dalam mesej di atas
"fisrt of all boys and girls cannot be friend"
yep,ana sangat setuju dengan kenyataan dalam video tersebut

ya,ana juga dulu belum pernah mengerti apakah itu erti ikhtilat
ana ingat berkawan dan berborak dengan classmate lelaki atau schoolmate lelaki itu perkara biasa
ya,memang dalam madhkhol ila tasyrik dr mahmud kholidi ada bgtau ana ikhtilat ini adalah uruf
uruf yakni perkara yang menjadi adat kebiasaan
tapi harus diingat uruf itu ada cabang dan kategorinya
dan ikhtilat iaitu percampuran antara lelaki dan perempuan itu adalah di bawah kategori uruf fasid
uruf yang tidak menepati syarak

lagipun bimbang
kalau2 pergaulan kita sesama lelaki dan perempuan
bukan atas dasar kepentingan seperti pendidikan,perniagaan,dakwah dan perubatan
takut2 nanti ada panah syaitan yang menusuk hati masing-masing
siapalah kita yang imannya senipis  kulit  bawang
para anbiya dan sahabat-sahabat yang mantap iman pun tdk berikhtilat
inikan kita pulak berani berbuat sedemikan?
boleh dikatakan selalu je ana dengar org2 yang sangat terbuka dengan ikhtilat ni mesti nanti sangkut dengan salah seorang kawan tidak sejantina dengan dia
lepas tu nanti timbullah masalah terlanjur cinta dan sebagainya




kamu yang ana harap sedang membaca apa yang ana cuba sampaikan
berusahalah menjaga diri kamu sebaik-baiknya
cubalah KURANGKAN bergaul dengan insan yang berlainan jantina dengan kita
nak paksa kamu terus tak berhubung mungkin terlalu drastik
ana tdk mahu nanti perubahan yang drastik itu tidak akan berkekalan
tapi cubalah sedikit demi sedikit
kurangkan ikhtilat bukan hanya di alam nyata
tapi juga ikhtilat siber 

kamu yang ana sedang cuba menyampaikan pesanan
yang lelaki janganlah terlalu melayan
kerana ana akui wanita ni cepat perasaan
lelaki layan macam kawan,tapi wanita ingat hati lelaki itu telah tertawan

yang wanita,janganlah pernah cuba mendekati
hina sangat ke kalau xde kawan lelaki
sedangkan masih lagi ade akhowat yang baik hati 

kamu yang ana sedang cuba untuk menyampaikan pesanan
ana sangat bangga kerana mengetahui kamu tdk pernah bercinta
tapi ana  sangat sedih dan hampa kerana sikap kamu yang terlalu terbuka
ketahuilah Allah sedang melindungi kamu
sebab itu sampai sekarang kamu tdk pernah terjebak dengan cinta syabab akhowat
dan kerana itu mungkin dia menolak kamu,kerana Allah tdak mahu perancangan yang tdk pasti itu merosakkan hati kamu
lantas menghalang kamu utk memburu cinta hakiki,cinta ILLAHI
tapi ingatlah,berkawan sahaja pun bimbang nanti hati kamu dan kawan2 tdk sejantina kamu akan rosak
atau boleh jadi orang2 sekeliling memfitnah itu dan ini

Kamu yang ana harap sedang membacakan ini
sangat berharap dapat melihat kamu berubah walau aku tahu berubah itu payah
memerlukan mujahadah yang tinggi
tapi ingatlah,mujahadah itu pahit kerana nikmatnya manis
cari lah kawan yang baik-baik
dekatkan diri dengan Allah
dimana pun kamu sedang berada,semoga yang terbaik dari Allah adalah untuk kamu


sekadar berkongsi pengalaman ana pada kamu
masa ana mula-mula mengurangkan pergaulan dengan yang berlainan jantina
dicemuh dan dituduh sombong itu suatu perkara biasa
tapi ingatlah
barangsiapa yang mengharapkan redho manusia,janganlah dia berharap akan memperoleh redha Allah yang Maha Esa
setiap kali melakukan sesuatu fikirkan kembali.Apakah Allah redho
contoh kalau kite berkawan dengan sahabat bukan sejantina atas alasan belajar
apakah sudah tdk ade lagi kawan sejantina yang boleh membantu kita untuk belajar

berusahalah menutup pintu-pintu ikhtilat
semoga apa yang ana cuba sampaikan ini sampai kepada kamu
wallahua'lam





musim pilihanraya



Bismillah
memandangkan saya baru tahun satu
x reti sangat nak ulas atau buat kajian apatah lagi menganalisis politik PERMAI tahun ini
tapi kerana ketidak mampuan saya itulah baru saya sedar rupanya saya masih jauh dari kematangan
semoga Allah mudahkan



terkesan juga dengan kata-kata presiden batch 2010/2011 ustaz syafiq di perintis 10


‎"1st skali, sy syukur sbb ada yg bukak discussion mcm ni dalam wall kita. di luar sana, sy percaya kita telah 'melihat' macam2. tinggal lagi, nak tentukan kita 'lihat' dgn mata kpala, mata akal atau mati hati. semua tu berbeza. 2nd, lihat dan belajarlah. semua di kalangan kita harus percaya, bahawa kita adalah 'perintis', bukan semata2 penerus. jangan takut untuk mencuba, jgn takut utk befikir, jgn takut untuk mengubah. hari ini kita lihat pelbagai ketempangan, maka pastikan tahun2 akan datang, adik2 kita tidak akan melihat lagi apa yg kita saksikan hari ini. kita silap kalau kita menganggap yg tercalon shj adalah pemimpin, sebaliknya kita semua adalah PEMIMPIN. so..jom sama2 berfikir sebagai PEMIMPIN! :)"





tidak mahu mengulas panjang mengenai politik PERMAI tahun ini
tunggu nanti saya betul2 matang insya Allah ada input yang akan dikongsi
cuma tahniah kepada yang tercalon
dan selamat berkempen





just helping kak nafeesa yang minta ana tolong menyeru semua 747 ahli PERMAI ramai-ramailah mengundi pada 29 april ini
tak susah,keluar dan pangkah pada pilihan anda
selamat mengundi!





ambil kesempatan ini untuk berkempen bagi calon yang telah berjaya memikat hati saya
chaiyok kak tim!



Saturday, April 23, 2011

Program cari rumah



Bismillah
Alhamdulillah pihak HELWI telah melancarkan satu program menarik utk akhowat tahun 1 pada hari ini
iaitu PCR-Program Cari Rumah

ana mungkin tertinggal sedikit fakta sebab terlewat kerana sebelum program start ana sedang sibuk menuguruskan akad rumah dengan sohib bayt muslimah ana
[alhamdulillah.selesai sudah akad]

Antara perkara-perkara yang dikongsikan oleh kakak2 senior dalam program PCR tadi ialah

  1. Soal harga rumah.Biasanya range harga rumah yang ghairu mafrushah [tiada perabot] adalah sekitar 40-65 JD Tidak termasuk air dan elektirk.Manakala kalau rumah mafrushah [berperabot] addi je kalau harga dia boleh mencecah lebih dr 60 jd seorang.Bergantung kepada kualiti perabot yang disediakan.Anda perlu mengetahui range harga utk mengelakkan sebarang penipuan berlaku. 
  2. Mengenai bayaran sewa,kita semua dinasihatkan agar menyediakan buku catatan atau surat bukti bahawa kita telah membayar sewa bulanan.Macam kalau berhutang.Dalam Al-Qur'an kan da ajar kalau kita berhutang tulis hutang ty.Supaya tdk berlaku sebarang pertelagahan pd masa akan datang.Kalau nak tambah efektif lagi,buat surat telah membayar sewa,dan bila da bayar sewa,mintak sohib tandatangan ok!
  3. Bercakap mengenai soal akad,anda digalakkan untuk membuat akad sekurang-kurangnya setahun.Jangan terus 4 tahun.Itu bukan satu langkah yang bijak.Because pelbagai kemungkinan boleh berlaku seperti sohib naikkan harga secara mendadak.Kerosakan yang tdk dibaiki dll.Kalau boleh akad kurang dr setahun pon lagi ok.Kalau lepas habis akad selesa dengan rumah tu n u want to renew the akad it doesnt matter.
  4. Sila tanya sohib kalau2 dalam akad dia nak tambah harga sewa.Pastikan anda bersetuju dengan kenaikan harga yang akan dia lakukan
Kalau nak cakap pasal akad memang panjang lebar.Btw sebelum sign akad tu bacalah akad tu betul2.Kalau tak faham tanya la senior.And tambahlah apa2 point dalam akad tu seperti korang nak rumah tu berpagar besi ke,nak sohib selalu baiki kerosakan ke ape ke.Ikut keselesaan masing-masing.

THINGS TO DO BILA NAK MASUK RUMAH

-cek segala benda yang disediakan dalam rumah tu.Kalau yang mafrusahah cek perabot anda.Kalau rosak tanya sohib boleh baiki tak.Cek bilik air.plum ok tak,sakhonah [air panas] dll.

-cek main swith berada di mana.Sebab kalau tbe2  eletrik xde,anda tahu nak ke mana.Tetapi seandaninya anda dapati main swith berada di luar.Make sure bila xde letrik jangan keluar sorang2.Because sumtyme,letrik terputus sebab ade org yg matikan main switch dr luar utk mengumpan anda keluar.soifi selalu je xde letrik.Hati-hati ye =)

ETIKA DAN MUAMALAT

Etika dan muamalat dengan sohib

  • Hormat sohib anda sebagaimana anda menghormati orang yang lebih tua.Walaupun kebelakangan ini kita seringkali mendengar kes sohib khianat,naikkan harga dll,.But still hormat dia ok!Islam kan agama yang saling hormat menghormati.
  • Tanya sohib soalan yang perlu dan tepat pada waktunya.Janganlah korang da stuju dalam akad bil air dan letrik bayar sendiri sekali korang pegi tanya lagi,kenapa ktrg kena bayar sendiri bil air dan letrik ?
  • Dekat jordan ni 'adi la kalau sohib nak ziarah,.Pastikan kita selesa tak dengan rumah.Tanya itu ini.Masalah dll.But bila dia datang raikan lah dia sebagai tetamu.Janganlah dia datang kita terus bentangkan masalah dekat dia.
  • Bantulah meringankan beban sohib dengan membayar sewa pada waktu yang ditetapkan .Bila kita da lama x byr sewa n tbe2 dia minta sewa janganlah datang kat dia dalam keadaan marah-marah dan masam muka.Dia pon nak crk rezki juga.Kalau kita tak bayar-bayar,samalah mcm kita tutup pintu rezki dia.
  • Jaga hubungan baik denga sohib.Because in case berlaku masalah seperti kecurian ke,adalah juga org nak back up kita.Tolong2 kita instead of dia buat tak tahu je pada penyewa dia.

Etika dan muamalat dengan jiran

  • Kenal pasti siapa jiran anda.Kalau boleh berjiran dengan semua malizi tolibat itu lagi bagus.
  • Jaga akhlak sebagai jiran.Jangan buat bising dll.
  • Kalau jiran anda meraika anda,sambutlah dia kembali.Kalau boleh borak2 la dengan jiran n tanya berapa sewa rumah dia.Sebab ade je kes yang rumah sama tapi sewa dia dan jiran dia berbeza.apakah?
Etika berpindah

  • Asingkn benda yang anda boleh angkat dan syabab angkatkan.Janganlah masa nak pindah benda2 yang ringan seperti perlatan dapur dan baldi pon syabab nak kena angkat.Syabab just membantu,bukan kuli kita.
  • Belajar kepakaran-kepakaran asas seperti cara-cara memasang lampu kalau rosak.baiki paip,pasang gas dll.Kalau ada syabab membantu minta dia ajarkan sekali dan anda cuba.Kalau x nak syabab,senior2 akhowat pon ramai je yang reti.

Selain itu amalkan perkara-perkara yang boleh menyelamatkan rumah anda dari anasir2 jahat yang kita tdk tahu sama ada dr alam nyata atau alam ghaib.Masa awal-awal pindah bacalah Al-Baqarah bersama ahli bayt kita.Sepanjang berada dalam rumah amalkan menda 2yang dapat menghidupkan biah solehah seperti solat berjemaah,baca qur'an.hafal qur'an dll.Insya Allah,sekalipun anda berada di lokasi black area,Allah akan selamatkan dan lindungu kita.


Banyak je lagi yang kakak2 senior kongsikan td.Tapi inijelah yang ana ingat.Apapun ana ucapkan tahniah pada kakak2 senior.Sebab ana rasa program ini sangat bagus dan banyak membantu kami!

Kpeada warga sakan kuning dan Jpa Esok kalau boleh malam ni sediakan soalan banyak2 utk ditanya semasa PCR anda esok =)


Thursday, April 21, 2011

Pesan ayah






Bismillah
lama rasanya x duduk2 di hadapan laptop
bukak inbox,bukak blog,bukak fb, dan link-link wajib yang selalunya ana singgah di alam maya


bukak fb,terlihat video ini
ayah yang bagi khusus untuk anak-anak perempuan ayah
ramai kan anak perempuan ayah,8 orang semuanya


ali tbe2 rasa syahdu sangat menonton video ini
ayah kongsikan peringatan-peringatan yang Rasulullah beri pada wanita
pasal aurat dan sebagainya
kepada kakak-kakak dan adik-adik ali
hargailah ayah kita yang masih ada dan masih menjalankan tanggungjawabnya


jaga diri kita baik-baik
jaga aurat,jaga batasan pergaulan
berat ayah nak tanggung dosa-dosa kita semua
ali faham je,bukan senang nak jadi muslimah sejati,anak solehah,dan sebagainya
tambah-tambah dengan suasana dekat Malaysia yang makin hari makin menjadi-jadi
tapi ingatlah korang semua yang kekuatan usah ditunggu,tetapi utk dicari


Jasa ibu ayah terlalu banyak
kita langsung x mampu nak bayar balik
so sama-samalah kita usaha membayarnya kembali dengan berusaha menjadi anak-anak ayah yang solehah
insya Allah




p/s-ayah yang sedang membacakan,jika ayah membaca,jangan lupa carik video utk anak-anak lelaki ayah pulak ye.Tq ayah for the sweet advices =).

Saturday, April 16, 2011

Tafaqquh-usul yang mengubati penyakit nafsu

Kaedah-kaedah untuk megubati penyakit nafsu:



  1. Ringankan perut dengan makanan dan air
  2. Kembali kepada Allah daripada apa yang mendatang ketika ia datang
  3. Lari daripada tempat-tempat yang ditakuti boleh menyebabkan kita jatuh [tempat maksiat]
  4. Berterusan beristighfar pd malam dan penghujung siang
  5. Bersahabat dengan orang yang menunjukkan kita kepada Allah


RINGANKAN PERUT DENGAN MAKANAN DAN AIR



Yakni makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.Kurangkan makan.
diceritakan Rasulullah s.a.w hanya makan ketika sahur dan berbuka sahaja
Malah Rasulullah s.a.w turut mengikat perut dengan batu daripada memuaskan nafsu dengan makan
Selain itu dikatakan Rasulullah juga apabila makan cukup sekadar 10 suapan atau kurang
kalau kita?tepuk perut ,muhasabah kembali T_T

KEMBALI KEPADA ALLAH DARIPADA APA YANG MENDATANG KETIKA IA DATANG



Yakni kembali kepada Allah apabila ada musibah yang menimpa
Bila dilanda musbibah,jangan cr manusia dulu
tapi cepat-cepat crk Allah
insya Allah jiwa akan tenang,dan Allah akan temukan kita dengan jalan keluar yang terbaik utk masalah yang melanda =)

LARI DR TEMPAT YANG DITAKUTI KITA JATUH

Yakni lari dr tempat-tempat maksiat seperti majlis-majlis yang tdk berkat
ada ikhtilat melampau dalam majlis
majlis yang jauh dr mengingati Allah
atau tempat-tempat yang lebih dahsyat seperti kelab malam,disko,casino dll.

analoginya ada dikisahkan dalam hadis 6,di mana Rasulullah mengibaratkan seorang pengembala kambing yang mengembali berdekatan kawasan larangan
Mungkin mula-mula dia rasa dia boleh jamin kambing-kambing dia takkan pergi kawasan larangan
tapi sekali dia terleka,kemungkinan besar kambing-kambingnya akan termasuk kawasan larang tersebut


BERTERUSAN BERISTIGHFAR PD MALAM DAN HUJUNG SIANG DENGAN MENGHIMPUNKAN PEMIKIRAN



Yakni banyakkan istighfar dan selawat setiap hari dengan khusyuk.Jangan dok mengadap cerita maharaja lawak sempat lagi dok pegang tasbih utk istighfar dan selawat.Carilah ruang dan masa yang kita hanya fokus utk istighfar dan selawat.Istighfar dan selawat ni adalah 2 perkara yang mudah tapi seringkali dipandang remeh oleh kita semua kan?

BERSAHABAT DENGAN ORANG YANG MENUNJUKKAN KITA KEPADA ALLAH



Yakni berkawan dengan kawan-kawan yang baik.Yang apabila kita melihatnya kita teringat kat Allah =)

JALAN-JALAN UNTUK MENDEKATKAN DIRI KEPADA ALLAH

  • Kurangkan makan
  • Kurangkan tidur
  • Kurangkan bercakap
  • Kurangkan bergaul dengan manusia
Ada sebuah kisah sahabat bernama Harithah Al-Ansari.Pada suatu hari dia nak menyertai peperangan.
Maka sebelum dia pergi ke medan perang dia telah menemui Rasulullah s.a.w.Berikut merupakan perbualan antara mereka [ayat perbualan telah diubah suai mengikut kesesuaian]

Rasulullah: Wahai Harithah,bagaimanakah pagi kamu pada hari ini

Harithah: Pagi ini aku telah beriman kepada Allah,ya Rasulullah.

Rasulullah: Wahai Harithah.Cubalah kamu lihat kembali apa yang kamu perkatakan.Sesungguhnya setiap perkataan mempunyai hakikatnya.Maka apakah hakikat kata-kata kamu.

Harithah: Sesungguhnya aku telah beruzlah [melarikan diri] dari dunia dengan berjaga malam, dan berpuasa di siang hari seolah-olah aku melihat Arasy dan seakan-akan aku melihat ahli syurga saling ziarah-meziarahi sesama mereka,dan sepertinya aku melihat ahli-ahli neraka berteriak terseksa sesama mereka.

Rasulullah: Wahai Harithah,ketahuilah sesungguhnya kamu telah nampak kemanisan iman.Maka lazimilah [berterusan dengan amalannya].Inilah hamba Allah yang telah diberikan cahaya ke dalam dirinya.

WASIAT SOLIHIN

  1. Barangsiapa yang banyak bercakap,Janganlah pernah berharap akan lembut hatinya
  2. Barangsiapa yang banyak makan,janganlah berharap akan mampu utk bangun malam
  3. Barang siapa memilih utk berkawan dengan orang yang zalim,Janganlah berharap mampu untuk membetulkan agamanya sendiri
  4. Barangsiapa yang membiasakan menipu, janganlah berharap dia mampu utk keluar daripada dunia dalam keadaan beriman
  5. Barang siapa banyak bergaul dengan manusia janganlah dia berharap dapat merasai kemanisan iman
  6. Barangsiapa yang menuntut redha manusia,janganlah berharap dia akan mendapat redha Allah 


Thursday, April 14, 2011

PROJEK IMAN:FITRAHKAH RASA ITU-siri 3



Wednesday, April 13, 2011

PROJEK IMAN:FITRAHKAH RASA ITU-siri 2


Bismillah,alhamdulillah diberi kesempatan untuk sambung semula tajuk projek iman yang ana baru sahaja update beberapa jam yang lepas

Sebelum apa-apa ana nak ucapkan terima kasih kepada seorang anonymous yang telah meninggalkan komen di blog ana dalam post yang lepas
Jujur ana cakap ana bukanlah yang selayaknya untuk beri pendapat
Tapi ana cuba juga menjawab persoalan dan masalah anda dengan modul yang ada

Tahniah ana ucapkan kepada anda kerana berjaya menyerahkan perasaan anda terhadap orang yang mencuri hati anda bulat-bulat terus kepada Allah

Antara kekuatan kita untuk menangani masalah cinta yang belum halal ini ialah

Iman yang kuat
HDA yang kuat [Hubungan dengan Allah]
Pergantungan kepada Allah yang kuat
Serta keyakinan kepada Allah sebagai pengatur hidup kita

Penyerahan urusan anda kepada Allah menunjukkan anda yakin Allah adalah sebaik-baik pengatur





Bercakap mengenai rasa suka yang semakin menebal kepada orang yang kita suka
sedangkan hakikatnya kita sedang fokus cinta kita kepada Allah
Jawab saya itu adalah ujian
Allah nak uji kita sejauh mana kita benar-benar mencintai Allah dan Rasulnya
Teruskan mujahadah untuk menepis bisikan-bisikan syaitan yang sedang cuba menganggu-gugat cinta anda kepada Allah dan Rasul

salah satu caranya ialah dengan sabar dan solat.Bukankah Allah ada bagitau pada kita 

"Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu"-Al-Baqarah45

Tentang soal jodoh kerana perasaan yang sangat kuat terhadap dia 
ana x berani nak kata itu jodoh,atau sebaliknya.Kerana Allah lebih tahu
Jika anda sedang dalam proses membina bayt Muslim,laksnakalah istikharah.
Diingatkan sebelum istikharah banyak-banyakkanlah berdoa agar Allah mengurniakan sekeping hati yang bersih
yang mampu memandu kita melakukan tindakan yang betul dalam memilih individu yang selayaknya
Bila yakin hati dah tak teringat-ingat lagi dekat dia,Istikharahlah sehingga rasa yakin terhadap pilihan yang dibuat
selain itu,bermusyawarahlah dengan orang-orang yang alim dan selayaknya seperti ibu bapa,senior,ustaz-ustazah dan mintalah pandangan daripada mereka
Istikaharah kadang-kadang memakan masa yang lama.Tapi bersabarlah.Sebab Allah sendiri pernah menyebut:

"Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Rabbmu"-At-Thur:8

Selain itu jika ada benda-benda yang mengingatkan kita kepada dia,contohnya kita ada stalk2 fb dia ke.tanya-tanya kawan-kawan dia pasal dia ke.Trylah jauhkan.
Dan sibukkanlah diri kita dengan benda-benda bermanfaat seperti join usrah ke,pergi dengar ceramah dll.
Mujahadah itu pahit kerana nikmatnya manis ^^.

Janganlah berasa terlalu sedih kalau-kalau hati kita pernah terleka teringatkan si dia.Sebab perasaan cinta itu memang Allah dah ciptakan pada manusia.Tapi bila teringat,sama-samalah kita cepat-cepat beristighfar dan memohon keampunan dari Dia.Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Analoginya,bayangkan kita cipta robot dan letakkan unsur rasa suka pada air dalam diri robot itu.Tapi kita da set bahawa robot itu hanya boleh bermain dengan air bila tempoh usianya mencecah 10 tahun.Tapi disebabkan ada rasa suka yang sangat tinggi terhadap air, robot tu nak juga main air masa dia baru 1 tahun.





Tapi kemudian lepas dah main air,dia rasa sangat bersalah kepada tuannya lalu datang kepada kita dan buat muka seposen sadis-sadis minta maaf dan janji x nak ulang lagi.Agak-agak kita nak maafkan tak bila tengok dia buat muka kesian kat kita?

Macam tu jugaklah Allah.Kalau kita memohon keampunan dengan sepenuh pengharapan,Insya Allah Allah akan ampunkan kita.Selain itu berazamlah untuk tidak mengulangi lagi kesilapan td.

Panjang lagi sebenarnya sambungan dia.Next sambungan berkait tentang urgensi dalam membina rumah tangga.Kalau ada kelapangan masa insya Allah ana kongsikan

salam mujahadah untuk ana dan semua pembaca yang mungkin sedang diuji dengan cinta manusia.
Yakinlah cinta Allah itu lebih indah.Banyakkan berdoa agar Allah sentiasa membantu kita untuk mencintaiNya
Dan pintalah padaNya agar dihadirkan rasa rindu dan cinta yang mendalam terhadap diriNya

wallahua'lam