".......Dan orang-orang ilmunya yang mendalam berkata "Kami beriman kepadanya [Al-Qur'an],semuanya dari sisi Tuhan kami.Tidak ada yang dapat mengambil pelajaran kecuali orang yang berakal (ulul albab)." ali imran:7
siapa dia ULUL ALBAB ye?
"Iaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri,duduk, atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata " Ya Tuhan kami,tidaklah engkau menciptakan semua ini sia-sia.Maha suci Engkau,lindungilah kami dari azab neraka". ali imran:191
tazkirah dr kak munirah semasa kelas az~zikr tadi
ULUL ALBAB ni adalah orang yang mindanya bersih
bersih dari anasir2 jahiliyyah
suci dari memikirkan perkara yang tidak perlu difikirkan dan tidak elok untuk difikirkan
terkesan dengan salah satu ayat kak munirah tadi
nak jadi hafiz/hafizah ni
kita memilih untuk Allah letakkan Al~Qur'an dalam hati kita
tapi kalau hati kita kotor
ibarat nak letak Al~qur'an dalam tong sampah jekan?
so,apa tindakan kita?
sama2lah kurangkan memikirkan perkara2 yang boleh mengotorkan fikiran
melemahkan minda
merosakkan hati dan mengurangkan kualiti iman
jom sama2 sucikan diri agar Al~Qur'an dapat diletak di dalam hati =)
p/s-Perlukan mujahadah yang tinggi untuk itu.Semoga kita saling menguatkan
2 comments:
kita memilih untuk Allah letakkan Al~Qur'an dalam hati kita
tapi kalau hati kita kotor
ibarat nak letak Al~qur'an dalam tong sampah jekan?
-ayat yg cukup buat kite tersentap.rasa mcm nak nages je.
bantu kite ye awak!
kte pon rs tersentap dengar ayat tu
hati kite sangat kotor ingat perkara2 yang melalaikan
sama2 la kite berdoa agar kite dapat membersihkan hati sama2 k =)
Post a Comment