Friday, January 21, 2011

jelajah jordan siri 2

rentetan dari jelajah jordan sebelum ini
hari kedua kami memulakan perjalanan ke pantai Aqabah
suasana memang lenggang memandangkan kami pergi semasa hari kerja

sempat bermandi-manda di sana
serta menaiki bot kaca untuk menikmati keindahan hidupan di dasar lautan
[terkenang saat jaulah langkawi tahun 2009 yang lalu]
subhanallah..memang cantik!


maryam sempat membeli coklat ini
nampak mcm batu2 kecil yang selalu letak dalam akuarium kan
kalau pegagng pon still mcm batu
but when u eat it u'll notice that ianya bukan batu =)



seterusnya kami meneruskan perjalanan ke wadi rum
wadi rum memang seronok
walaupun sekadar pemandangan padang pasir yang sunyi dan batuan 
tapi serius lawa!ahlen ila urdun dan ziarahlah wadi rum!


banyak lagi view yang lebih cantek
tapi x dapat nak publish di sini

sepatutnya kami akan ke petra selepas melawat wadi rum
walakin masa amat mencemburui kami
maka kami ke petra pada hari seterusnya

selepas kami ke wadi rum
kami bertolak ke muktah
memakan masa yang berjam-jam

suhu musim sejuki muktah nampaknya berbeza dengan musim sejuk di irbid
angin yang cukup sejuk untuk membuatkan sekujur tubuh ini menggigil
bersyukurlah dan nikmatilah musim sejuk anda di irbid

bermalam di wisma negeri sembilan
beralaskan hiram berselimutkan sehelai selimut yang dikongsikan 3 orang
seriusly menguji ketahanan diri dan iman untuk bertahan dalam keadaan yang sangat sejuk

keesokannya kami bertolak ke qal'ah [istana] sultan salahuddin al~ayubi
sangat kagum dengan binaanya dan kedudukannya yang sangat strategik

tugu sultan salahuddin al~ayubi
sangat susah nak tangkap gambar ni tanpa ade makhluk2 laijn interframe di situ

jelajah jordan diteruskan dengan menziarahi makam 3 para sahabat yang seterusnya
iaitu zaid bin harithah
jaafar bin abi talib
dan abdullah bin rawahah

seterusnya ke tempat yang dinanti-nanti oleh semua orang
sehingga masing-masing sanggup membayar extra 1 dinar asalkan dapat ke sini
ini dia

PETRA


Da try rotate gambar ni tapi x berjaya
sori =(

x berkesempatan untuk menjelajah seluruh petra
seriusly sangat besar
tahniah kepada sesiapa yang berjaya sampai ke puncak
terserempak dengan ahli bait muslim ana di sana
bagai x percaya dan jujur sangat rindu mereka
selamat meneruskan jaulah sahabat

pergi sekali pasti rasa nak lagi
lepas ni pegi dengan suami pulak la ye
terima kasih kepada pak cik bas yang berpenat lelah memandu bas siang dan malam
dan terima kasih jugak sebab 'jemput' kami makan nasi dalam bas
pengalaman mencedok nasi dan lauk dalam bas tu memang mahal
selamat la bas pak cik kami sepah-sepahkan dengan butiran nasi tomato 
mintak maaf ye pak cik

wallahua'lam












No comments: