Saturday, January 22, 2011

haflah tahrij

bismillah
alhamdulillah berkesempatan menghadiri haflah hirij kak yati
akak yang banyak memberi petua2 berguna untuk adik-adik junior nya

ana tak pasti hari konvokesyen dalam bahasa arab adalah haflah hirij atau tahrij
tapi ade seorang pak cik arab penjual bunga mengatakan sebenarnya haflah tahrij
bila kami sebut haflah hirij haram dia tak faham





 haflah takhrij atau konvokesyen day di sini jauh bezanya
dibuat di gymnasium yarmouk
bermula pada jam 10 pagi
tapi 9 pagi depan pintu gym yang masih berkunci sudah sesak dengan ramai warga arab
tambahan pula haflah takhrij kali ini cuma 2 org sahaja melayu yang graduate
kak yati dengan kak ummu
memang bilangan orang melayu yang hadir boleh dibilang dengan jari

nak masuk gym tu memang seksa
lagi-lagi ana yang bertubuh kecil ini
sampai terpisah dengan kawan-kawan yang lain
bunga yang dihajtkan utk dihadiahkan kepada kak yati habes hampir layu dan punah
disondol oleh minah2 dan pak arab
mungkin pihak u sepatutnya lebih cakna untuk mengasingkan pintu masuk lelaki dan perempuan
kan lebih molek begitu

setelah berjaya memboloskan diri ke dalam gym
kami berusaha mencari tempat yang strategik untuk menyaksikan kak yati pada hari bersejarahnya
alhamdulillah ana dapat duduk di tingkat atas
mungkin lebih aman drpd duduk di bawah bersama arab2 lain yang terkinja2

hari konvo yang selalunya merupakan program rasmi di malaysia
tidak kelihatan begitu
mereka terpekik dan terlolong untuk mengekspresikan kegembiraan kejayaan anak,cucu,adik sahabat dan sebaginya
pengambilan sijil juga tidak punya protokol sebagaimana malaysia
di mana ada cara untuk berjalan,mengambil, dan lbih sopan serta bertatasusila
kalau graduatian day kak ngah ana hrtoo berlangsung selama lebih kurang 5 hari
bebrbeza pula di sini
x sampai 1 jam haflah takhrij selesai
macam HAC sekolah menegah pon ada

habis sahaja pengambilan sijil
masing-masing bersepah di sekitar dewan gymnasium
melambung para graduasi
berarak dan menari

perasaan ana?
hampir-hampir diri ini menitiskan air mata
bukan kerana menangis terpaksa dirempuh dan merempuah orang arab
tapi tangisan terharu kerana kakak yang ana kenali telah berjaya menamatkan pengajiannya
namun pencarian ilmu itu masih belum tamat
membayangkan masih lama lagi ana di sini
sangat berharap dapat tahrij ramai2 dengan kawan2 ana yang lain khususnya kawan2 dari daurah mukassafah lughah arabiyah di PSPJ tahun lalu
untuk mencapai impian ini ana dan kawan2 harus lebih serius untuk menuntut ilmu di bumi barakah ini
tambahan pula sem 2 is around da corner
masa untuk panaskan enjin dan tajdid niat kembali
serta muhasabah apa yang ana dah capai dalam sem 1 yang lepas

selamat memaknakan hari konvo kepada semua mahasiswa dan mahasiswi yang lain
wallahua'lam

1 comment:

Qawiem Khairi said...
This comment has been removed by a blog administrator.