bismillah..disebabkan baru sahaja dapat komen dari kak ngah yang tak sabar nak tahu sambungan peraturan baca qur'an ni
maka ana cuba sambung isi kandungan tajuk ini hari ini
BILA PATUT BACA
Tiada dalam nas yang menyatakan waktu-waktu dilarang baca qur'an
"Ingatlah Allah ketika waktu pagi dan petang dan sebahagian dari malam"
[Al-Insan:25]
dan tiada juga nas yang menyatakan cara-cara duduk yang dilarang dalam membaca qur'an
" Mereka yang mengingati Allah ketika berdiri,ketika duduk dan berbaring."
[Ali Imran: 191]
Waktu cadangan: MALAM
Kedudukan paling elok: Berdiri
sebab bila berdiri lagi tambah kekhusyukan.So akan tambah semangat dan azam untuk menyerah diri kepada Allah dan melaksanakan amanahnya.mcm la kalau kita call orang sambil berdiri dengan sambil duduk.Keadaan mana yang buat kita lagi semangat nak berborak.Cuba try! =)
Perkara yang harus kita lakukan kalau nak menyahut galakan baca qur'an dalam keadaan berdiri [solat]:
1.Menghafal mana-mana potongan ayat Qur'an
2.Cari beberapa waktu untuk solat [QIAMULLAIL]
kalau tak mampu bolehla baca pada waktu-waktu berikut:-
1.sebelum subuh/isyak
2.ketika fajar
"Dirikanlah sembahyang dari condong matahari sampai gelap malam dan Qur'an fajar [sembahyang subuh].Sesungguhnya Qur'an fajar itu disaksikan [oleh malaikat]."
[Al-Isra':78]
Keadaan baca qur'an yang tidak digalakkan:-
1.Duduk atas kerusi/sofa
2.Berbaring atas kati
Sekalipun tidak ditegah,kalau boleh elakkan dan jangan jadikan satu kebiasaan.Tapi jangan pulak jadikan alasan x nak baca qur'an sebab x leh nak duduk dengan keadaan yang digalakkan.Kan nanti kita juga yang rugi sebab tinggalkan ganjaran bc qur'an yang banyak tu =)
1 comment:
he hee~ terharu update terus :) thank you ali! ♥
Post a Comment