Saturday, January 29, 2011

peraturan membaca al~qur'an




Bismillah
sedikit perkongsian daripada sebuah buku berjudul AL-QUR'AN tulisan KHURRAM MURAD yang diterjemahkan ke bahasa melayu oleh ZANARIAH YAHAYA

ana cuba kongsikan sedikit menggunakan ayat ana sendiri

BERAPA KERAP NAK BACA QUR'AN

Kita sangat-sangat digalakkan untuk membaca al-qur'an setiap hari and merasa macam tak sempurna hari kalau x baca qur'an.Lebih baik bc sedikit setiap hari drpd baca banyak tapi sekali-sekala.seperti dalam sabda Rasulullah :-

"Allah suka kita melakukan kebaikan berterusan walaupunn sedikit"
[bukhari dan muslim]


Rasulullah juga mengingatkan kita supaya sentiasa membaca qur'an supaya tidak mudah lupa dan elak dari kehilangan rahmat dari al-quran.

"Bandingan menjadikan al~qur'an teman akrab ialah seperti seorang lelaki yang menambat untanya sejak sekian lama tetapi binatang itu lari apabila ia melepaskan ikatannya."
[Bukhari, Muslim]


BERAPA BANYAK NAK BACA

Berapa banyak nak baca ni depends kepada individu masing-masing dan bergantung kepada tujuan kita baca.
Kalau nak baca utk habiskan masa dengan qur'an dan amik pengajaran sepintas lalu boleh baca cepat dan banyak-banyak.
Kalau nak baca sambil merenung dan mentadabbur ayat dan memikirkan apa yang kita baca,bolehlah baca perlahan dan sedikit.

antara contoh-contoh yang boleh diambil dari sahabat dan orang-orang soleh
ada yang khatam dalam masa 2 bulan
ada khatam dalam masa sebulan
ada khatam dalam masa seminggu etc.

cadangan:

1.khatamkan bacaan sekali dalam masa 8 bulan + faham makna sekali sama ada faham terus via arabic atau bukak tafsir.

estimate waktu utk mencapai ini adalah sehari baca sekuran-kuranya dalam masa 5 atau 15 minit.Kalau ana,ana suka baca sebelum solat 4 page atau 5 sementara tunggu kawan-kawan lain utk solat jemaah bersama-sama.

2.Cuba khatamkan sekali dalam bulan ramdhan terutamanya

insya Allah akan disambung dengan sub topik2 lain dalam bab ini
antaranya

BILA PATUT BACA
BACA DENGAN BETUL
BACA DENGAN INDAH
DENGAR DENGAN KHUSYUK
KHATAM
HAFAL

wallahua'lam


1 comment:

As said...

tak sbr nak tgu sambunganny :D