Saturday, January 29, 2011

jelajah ummu qays

bismillah
alhamdulillah,berkesempatan menjelajah ummu qays bersama sahabat-sahabat dan senior2 dari just dan yarmouk uni pagi tadi
ke ummu qays buat kali kedua dan tempat makriqah [perang] yarmouk buat pertama kali


perjalanan dimulakan seawal jam 7 pagi dr bab syamaliyiah
kejutan dengan kehadiran kak izzah dr muktah
bertolak ke makrikah yarmouk [nampaknya kami coaster yang paling awal pagi ini]

makrikah yarmouk berdasarkan apa yang ana ingat drpd perkongsian kakak2 tadi
berlaku pada tahun ke 15 hijrah
diketuai oleh khalid al~walid tetapi pada akhirnya semasa bermulanya pemerintahan umar
abu ubaidah telah menggantikan khalid al~walid yang diminta utk meletakkan jawatan kerana umar mendapati terdapat beberapa muslimin yang mula fanatik pada kehandalan khalid al~walid dalam mengetuai siri peperangan

perang yarmouk telah menyaksikan perlawanan antara tentera islam vs tentera rom
tentera rom ketika itu merupakan salah satu kuasa besar
alhamdulillah berkat keimanan yang utuh dalam diri mujahid zaman itu
Allah telah memberi kemenangan kepada muslimin

terdapat beberapa kisah menarik dalam peperangan yarmouk

pertama: strategi perang


  • bertukar-tukar pakaian sesama tentera untuk membuatkan mereka kelihatan ramai di mata musuh
  • tentera infantri diletakkan di hadapan dan tentera berkuda di barisan belakang
  • ketua tentera sering ditukar-tukar setiap hari utk memberi peluang kepada setiap ahli tentera merasai pengalaman memimpin
  • meletakkan wanita-wanita di belakang dengan senjata dan diminta membunuh mana-mana tentera yang berpatah balik dr menyertai peperangan [hal ini untuk menaikkan semangat mereka,syahid di medan perang lagi better dari mati di tangan perempuan kan?=)]
kedua: kisah athar [melebihkan orang lain dr diri sendiri]

melibatkan beberapa orang sahabat.ana cuma ingat ikrimah bin abu jahal.ikrimah sangat hendak mati syahid.Dan ketika perang yarmouk dia telah tenat dan sangat menginginkan air.Semasa salah seorang tentera menghulurkan air kepadanya,dia terdengar sahabat di sebelahnya juga meminta air,lalu dia menyerahkan air itu kepada sahabat itu.Kemudia sahabat lain pula meminta air,maka air itu dipas2 hingga ia pulang semula ke tangan orang pertama,namun didapati kesemua mereka yang meminta air tadi telah syahid sebelum sempat meneguk air tersebut.comel kan kisah ni =)

Ketiga: kisah pengislaman ketua tentera rom [George x silap ana nam a dia]

Semasa peperangan yarmouk sedang berlaku,salah seorang ketua rom telah menemui khalid al-walid untuk bertanyakan tentang islam,lalu dia berkata kepada khalid

"Wahai khalid,sekiranya aku memeluk islam apakah aku boleh menandingi pahalan amalanmu yang telah lama memeluk islam"

lalu khalid menjawab

"Sudah tentu,bahkan lebih dari itu,Hal ini demikian kerana engkau memeluk islam selepas kewafatan nabi Muhammad s.a.w.Engkau tidak pernah melihat dan hidup bersamanya tidak seperti aku"

sejurus kemudia pemimpin rom itu memeluk agama Islam lalu menunaikan solat 2 rakaat dan menyertai tentera Islam lalu syahid di medan perang.

Banyak lagi kisah yang dikongsikan oleh kakak2 pagi tadi

selepas bertaaruf dengan akhowat dr muktah,rusia,Just dan Yarmouk,kami meneruskan perjalanan ke ummu qays


mohon komentar andai ada fakta yang salah 

2 comments:

Anonymous said...

hmmm, semua 'salah'..:)

Aliyah Al~Istiqamah said...

mendalam nya perkataan 'salah' tu
mohon dibetulkan andai betul2 ada yang salah